2/27/2009

Pergerakan Pemuda Parti Gerakan Kedah Pertahan Sultan - Raja Untuk Semua Kaum


Ucapan tahniah dan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda Parti Gerakan Kedah yang mempertahankan kedaulatan Raja Melayu (merujuk Sultan Kedah). Kelantangan Pemuda Gerakan mempertahankan Sultan Kedah yang dihina oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah membuktikan bahawa Raja-Raja Melayu bukan sahaja diterima oleh orang Melayu, malah Cina dan India serta kaum-kaum lain.

Malah, Pemuda Parti Gerakan mendesak agar tindakan diambil ke atas mana-mana individu yang menghina Sultan Kedah agar diambil tindakan sewajarnya.

Di harap Parti Gerakan Rakyat Malaysia meneruskan kerjasama di bawah komponen BN dan sebarang masalah dapat dirujuk dan dibincang dengan baik dengan parti-parti komponen lain.

Terima Kasih dan Syabas Pemuda Parti Gerakan Kedah.

Sumber : Buletin Utama TV3

Nizar tetap enggan serah kereta MB

Menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kunci kediaman rasmi menteri besar Perak hari ini, hampir seminggu mengosongkan kediaman itu sejak Ahad lalu.


Beliau bagaimanapun enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sementara menunggu mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut.


Penyerahan kunci kediaman rasminya dilakukan oleh pegawai khasnya Amran Harun kepada ketua penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.20 pagi tadi.

PEMUDA PERKASA! AYUH! BANGUN SEMUA

Inilah yang kita mahu daripada kepimpinan Pemuda Umno. Bangkit dan berani! Inilah yang di namakan Pemuda Perkasa. Kami di Gombak Selatan akan menyokong dan akan menyahut semboyan perjuangan.


Biadap dan keceluparan orang sebelah nampaknya sudah melampau - lampau. Tidak hormat dengan Institusi Raja - Raja Melayu, hendak menyaman Sultan, menuduh Umno yang bukan - bukan dan macam - macam lagi. Sudah tiba masanya kita ini semua bersiap - sedia menghadapi gerombolan Uncle King ini. Ini satu strategi mereka. Uncle King buat hal, Anwar diam. Hadi diam. Dia menangguk di air keruh. Gadaikan bangsa sendiri. Mereka tahu mereka sudah tidak fofular lagi dan rakyat mula nampak pekung diorang. ( kes keruntuhan moral, salahguna kuasa dan macam - macam lagilah). Jadi untuk memastikan mereka ini masih lagi relevan kononnya, mereka keluar isu - isu sebegini. Pemuda be alert!


Barisan pemuda, perhebatkan lagi usaha kita. Makhluk - makhluk sebegini tidak boleh di beri muka lagi. Ini baru sedikit kuasa mereka dapat. Kalau dapat kuasa secara total. Fikirlah sendiri. Kita mungkin selamat tetapi generasi di bawah kita...inilah yang perlu kita pertahankan.

Mari kita sama - sama membela bangsa, agama dan negara kita yang tercinta.

Umno...dulu, kini dan selamanya.


2/26/2009

Uncle Karpal,UMNO Pantang Dicabar - Tahniah Pemuda UMNO!!!

Insiden Karpal Singh diterjah dan dikepung oleh sebilangan pasukan Pemuda UMNO Kuala Lumpur dan Selangor di perkarangan Parlimen menarik perhatian kami. Pejuang-pejuang Melayu ini hanya mahukan kepastian kenyataan Uncle Karpal tempoh hari mengenai tuduhan beliau yang menyatakan Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya.


Tetapi, keceluparan Uncle Nyanyuk ini menjawab tuduhan di hadapan mereka telah menyebabkan mereka marah dan suasana menjadi kecoh. Pada pandangan kami, ianya tidak akan menjadi kecoh jika Karpal Singh memberi kerjasama yang baik. Tetapi disebabkan keceluparan Uncle gila ini telah mencabar krelibiliti Pemuda UMNO yang mewakili golongan Melayu muda.


Beberapa Ahli Parlimen dari DAP juga turut 'membantu' Karpal. Yang peliknya, di mana Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain? Di mana Anwar Ibrahim, yang dikatakan Pembela bangsa Melayu,Cina dan India? Di mana YB Pas yang dikatakan membela masyarakat Islam?

Sudahlah YB-YB Pas dan PKR, anda sendiri tahu yang Uncle kamu ini telah melakukan kesilapan atas keceluparan dia. Kenapa kamu biarkan? Kenapa tidak ditegur orang gila ini? Kamu takut? Walaupun kamu tahu ianya salah? Jika kamu masih hendak membela orang bernama Karpal Singh, kamu juga gila.....

UMNO Cawangan Gombak Selatan akan terus mempertahankan agama, bangsa dan tanah air kita. Kami juga menghormati bangsa-bangsa lain. Tetapi, tolong hormati kami.



2/25/2009

"Ini Pemuda UMNO celaka" - Uncle Karpal Yang Gila


Tuduhan Pengerusi DAP, Karpal Singh or 'Uncle Karpal' yang mendakwa orang yang menghantar peluru kepadanya adalah di kalangan Pemuda UMNO tan
pa sebarang bukti menunjukkan sikap kurang ajarnya di Parlimen.

Setelah itu, dicarutnya dengan perkataan 'Celaka' kepada pihak Pemuda UMNO. Cara beliau berhujah sememangnya seperti golongan yang sudah nyanyuk. Jika benar Pemuda UMNO yang menghantar peluru kepadanya, serahkan bukti kepada polis. Tidak perlu membela diri di Parlimen dan menuduh tanpa sebarang bukti. Karpal Singh sememangnya sudah melampau.


Yang peliknya, ramai pula Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyokong 'Uncle' mereka. Sokong apa ni? Ahli - ahli Parlimen PAS pun menjerit di Dewan Rakyat. Tak tahu malu ke? Orang ini tidak merestui dan anti perjuangan PAS sejak dari dulu lagi. Begitu sensitif apabila disebut mana-mana parti yang ada menyebut nama ISLAM. Sedarlah wahai YB PAS.


YB-YB dari PKR pun tidak kurang hebatnya terjerit - jerit menghentam YB - YB Barisan Nasional menyokong kenyataan 'Uncle' mereka. Orang ini yang menghentam De facto kamu, dikatanya Anwar tidak layak memimpin Pakatan, moral rendah dan sebagainya tetapi sebab BN punya pasal,di sokong juga 'Uncle Karpal'.


Sebelum ini, Sultan dibuatnya seperti tiada simbol dalam Negara kita. Di cabarnya kedaulatan Sultan sehinggakan hendak menyaman Sultan Perak. Memang Sultan merupakan manusia biasa dan tindakan Karpal Singh tidak salah di sisi undang-undang seperti yang termaktub dalam Mahkamah Khas, tetapi di mana tatasusila kamu sebagai rakyat Malaysia yang mengangkat Sultan sebagai Ketua Negara? Anda tidak menghormati sensitiviti kaum Melayu di Malaysia. Anda menunjukkan sikap biadap anda kepada anak cucu yang akan menjadi generasi kita di masa akan datang.



Inilah Pakatan Rakyat... Sanggup melakukan apa sahaja dan mengenepikan ideologi dan perjuangan parti masing-masing demi menawan Malaysia. Hudud pun sanggup diketepikan dahulu demi bersama barisan kepimpinan 'Uncle Karpal'.


UMNO Cawangan Gombak Selatan mengutuk sebarang perkara yang menjatuhkan perjuangan, maruah parti kami,UMNO, yang memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara. Ingatlah, anda berada di tempat yang salah. Kembalilah bersama kami di dalam UMNO.

Konsep Ketuaan Rakyat : Republik?


Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini gempar apabila Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah mencadangkan agar perlantikan Perdana Menteri Malaysia diberikan kuasa sepenuhnya kepada rakyat. Dalam erti kata lain tanpa kuasa Yang Di Pertuan Agong.

Sekali di dengar, konsep ini sama seperti Negara-Negara Republik seperti Indonesia, Singapura malah Amerika Syarikat. Adakah sistem ini sewajarnya dilaksanakan di Malaysia?


Kita lihat contoh di Indonesia. Apabila kuasa Sultan tiada, apa telah berlaku di negara tersebut? Keadaan politik dan ekonomi mereka amat teruk dan huru hara. Presiden bertukar ganti. Apa yang baiknya sistem sedemikian?


Memang benar, kuasa rakyat amat penting. Kerana itu, kita adakan pilihanraya, agar rakyat boleh memilih pemimpin dan parti yang sewajarnya memerintah negara kita. Namun begitu, untuk melantik seorang Perdana Menteri, penelitian sedalam-dalamnya amatlah perlu. Kerana itu, Kuasa Raja amatlah perlu bagi meneliti barisan Kabinet yang dilantik untuk diluluskan. Kita memegang kuasa Raja berpelembagaan. Kuasa Raja perlu tetapi dengan kawalan perlembagaan. Amat cantik sistem perundangan Negara kita. Kenapa hendak ditukar?

Pada pandangan DAP dengan menggunakan kuasa rakyat untuk melantik Perdana Menteri, maka rakyat akan memilih Anwar Ibrahim. Menggelupur Karpal Singh.


Kepada Gobind Singh Deo a/l Karpal Singh khasnya,kami tahu idola kamu adalah ayah kamu. Tetapi, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kamu tunggulah impian 16 September yang Anwar rancang itu berjaya. Bak kata P.Ramlee, "Tunggu punya tunggu punya tunggu,bulan tak timbul-timbul".

2/24/2009

ADUN Batang Ai, Sarawak Meninggal Dunia

Menteri Muda Sukan dan Pertanian Sarawak, Datuk Dublin Ingkot meninggal dunia jam 1.25 pagi tadi pada usia 53 tahun.

Mendiang yang diserang angin ahmar Mei tahun lalu, adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Ai dalam kawasan Parlimen Lubok Antu.

Mendiang yang juga merupakan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) memenangi kerusi DUN Batang Ai pada pilihan raya negeri 2006 dengan mengalahkan calon SNAP, Bawin Anggat.
Jasa beliau kepada penduduk Batang Ai akan sentiasa dikenang.

Terima Kasih Wilayahkini.

Kepada Wilayahkini, kami di Umno Cawangan Gombak Selatan ingim mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Wilayahkini menyempurnakan lagi kehadiran kami di kalangan blogger.

Terima kasih juga kepada rakan - rakan blogger seperjuangan yang turut memberi sokongan dan dorongan untuk kami lebih yakin dan berani dalam memperjuangkan Umno sendiri.

Wilayahkini...THANKS A MILLION!!!

Shamsury Mohd Salleh & Krew
Ketua Penerangan Umno
Umno Cawangan Gombak Selatan

2/23/2009

Miskin Tegar. Apa Cerita Saudara Lim Guan Eng?


DAP Pulau Pinang pada Pilihanraya Mac lepas telah mensasarkan untuk menghapuskan miskin tegar dalam tempoh setahun jika berjaya menawan Pulau Pinang. Ini merupakan di antara janji DAP kepada para pengundi di negeri itu.

Kini, tinggal beberapa minggu sahaja lagi maka genaplah setahun DAP memerintah negeri Pulau Pinang. Janji mereka terhadap rakyat untuk menghapuskan miskin tegar gagal untuk dilaksanakan.

"Masalah yang timbul adalah kesukaran untuk membuka akaun Amanah." Itu di antara alasan yang diberikan Ketua Menterinya, Saudara Lim Guan Eng.

Nampaknya janji yang sepatutnya dikotakan nampaknya tidak berjaya. Dulu, dikatanya Kerajaan Barisan Nasional lembap, tidak mementingkan rakyat dan bermacam-macam lagi tuduhan yang dilemparkan. Mereka telah menjanjikan bahawa mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Sekarang?


Wahai Pakatan Rakyat. Memang mudah untuk berjanji, tetapi untuk mengotakan janji, ia tidak mudah. Jangan begitu angkuh mengatakan bahawa Pakatan Rakyat yang terbaik untuk rakyat dan menuduh Barisan Nasional seolah-olah anti rakyat, tidak mengambil tahu masalah rakyat. Sekarang sudah terkena batang hidung. Bagaimana? Mana Amar Ma'aruf Nahi Mungkar? Kalau nak laksanakan Amar Ma'aruf Nahi Mungkar kena laksanakan Hukum Hudud? Oppss,nanti melenting pula DAP.


Miskin tegar di Pulau Pinang,sudah tentu tumpuan pada orang Melayu Pulau Pinang. Mengapa masalah ini sukar diatasi. Bukan hendak menimbulkan isu perkauman, tetapi ini realitinya. Mengapa? DAP kata parti itu tidak membeza-bezakan kaum di Malaysia. Tetapi mengapa masalah ini masih berlaku?


Wahai Pakatan Rakyat,jangan sekadar menuduh dan menghentam kerajaan. Jaga negeri anda. Jangan sampai ada di kalangan wakil rakyat anda lompat ke BN kerana tidak tahan dengan parti komponen 'haram' kamu.

Ingatan Pengasas UMNO


2/22/2009

Ketua Wanita UMNO - Rafidah atau Shahrizat?

Pemilihan pergerakan Wanita UMNO semakin sengit apabila Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dengan rasminya bertanding untuk merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Persoalannya, adakah dengan pemilihan ini akan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan Wanita UMNO Malaysia?

Apa yang kami harapkan dari UMNO Cawangan Gom
bak Selatan agar jentera Wanita UMNO akan lebih kuat dan bersatu walau siapapun yang akan memenangi jawatan ini. Kedua - dua calon Ketua Wanita UMNO ini mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam memimpin pergerakan itu.



Tan Sri Rafidah Aziz yang juga penyandang Ketua Wanita UMNO mempunyai pengalaman yang luas dalam arena politik tanah air terutamanya dalam pergerakan Wanita UMNO Malaysia dan ini juga akan menjadi faktor penarik kepada ahli wanita UMNO untuk memilih beliau kembali menerajui Pergerakan tersebut.


Begitu juga dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang tidak kurang hebatnya dalam pentas politik. Pengalaman beliau menerajui Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sedikit sebanyak dapat mempengaruhi ahli-ahli untuk memilih beliau.



Sungguhpun begitu, kami di UMNO Cawangan Gombak Selatan sentiasa menyokong sesiapapun yang akan memenangi jawatan ini pada Pemilihan Mac depan. Apa yang paling penting, kerjasama dan bersatu padu dalam meneruskan perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan Negara.

2/20/2009

MB Selangor akan dihadapkan ke mahkamah? Panas.. Sepanas Lembu Jantan..



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah mendapati ada bukti kukuh untuk membawanya ke muka pengadilan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ketika memaklumkan perkara itu berkata, Khalid akan didakwa berhubung dengan salah guna kuasa yang membabitkan penyelenggaan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban.

Menurut beliau, kertas siasatan mengenai perkara berkenaan telah pun siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut dalam waktu yang terdekat.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita di Pulau Pinang, hari Jumaat.

Isu penyalahgunaan kuasa yang membabitkan Abdul Khalid dilaporkan kepada SPRM oleh Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) sejak Januari lalu.



Pada 21 Januari lalu, GERAK membuat laporan kepada SPRM terhadap Abdul Khalid atas dakwaan menyalahgunakan dana syarikat kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu dengan harga RM110,400 untuk ibadah korban sempena Aidiladha pada Disember 2008. Haiwan itu kemudiannya diagihkan ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakilinya.

Manakala isu penyelenggaraan kereta mewah peribadi Abdul Khalid pula dilaporkan oleh GERAK pada pada 3 Februari apabila menyerahkan enam keping dokumen kepada SPRM termasuk invois dan resit penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Abdul Khalid.

----------------



Isu kereta MB: SPRM panggil 5 pegawai Khalid

Sekurang-kurangnya lima pegawai dan kakitangan pejabat Menteri Besar Selangor dipanggil dan disiasat Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selasa dipercayai bagi membantu siasatan dakwaan salahguna kuasa dan wang awam bagi kepentingan peribadi membabitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Difahamkan, antara dipanggil SPRM adalah Ketua Setiausaha Sulit kepada Khalid, pegawai tugas khas, pemandu serta kerani di pejabat Menteri Besar itu.

Sumber berkata, mereka mungkin memberi keterangan selepas Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) membuat aduan kepada SPRM bagi menyiasat menyiasat berkaitan amalan Menteri Besar menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pembelian aksesori serta alat ganti kereta milik peribadinya.



GERAK pada 3 Februari lalu menyerahkan enam keping dokumen kepada SPRM termasuk invois dan resit penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Abdul Khalid.

Ketika membuat laporan itu, Pengerusi GERAK Mohd Nazree Mohd Yunos mendakwa bahan bukti yang diterima menunjukkan kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM7,797 bagi membiayai kos penyelenggaraan kereta Abdul Khalid itu secara berkala, alat ganti termasuk tayar berjenama Michelin dan pemasangan cermin gelap.

Kerajaan Selangor pada awal Januari lalu membeli 15 kereta Toyota Camry 2.4 bernilai lebih RM2.3 juta sebagai kenderaan rasmi menggantikan Proton Perdana Eksekutif.

Difahamkan, sejak dilantik Menteri Besar, Abdul Khalid tidak menggunakan kenderaan rasmi yang disediakan termasuk Toyota Camry yang baru.

Beliau menggunakan kenderaan Toyota Lexus miliknya sendiri manakala sebuah kereta rasmi kerajaan negeri hanya sebagai kereta pengiring yang membawa anggota polis pengiring peribadi

Apakah rasionalnya membela Elizabeth Wong?




Ketua Muslimat Pas Pusat, Nuridah Salleh memeluk Elizabeth tanda sokongan.

Sokong? Sokong apa? Sokong perbuatan Eli ke?




“I WISH TO STATE THAT I AM NOT ASHAMED OF MY SEXUALITY AS A WOMAN AND AS A SINGLE PERSON. I HAVE BROKEN NO LAW. I STAND BY THE FUNDAMENTAL PRINCIPLE IN A DEMOCRACY THAT EVERYONE HAS A RIGHT TO PRIVACY”. Di terjemahkah secara ringkas dalam bahasa melayu, “saya tak buat salah dan tidak malu hanya kerana saya tidak berkahwin”. Cuba fahamkan kenyatan Cik Eli ini. Ini kami hendak tanya sikitlah, isu gambar bogel Adun mereka ini bila tersebar meluas dan memalukan si Eli ini. Dakwanya menjatuhkan maruah beliau sebagai seorang wanita. Single pula tu!


Kenyataannya di atas adalah dasar ingin mempertahankan dirinya sebagai seorang perempuan dan mempunyai hak yang sama seperti yang lain di dalam hal peribadinya. Baiklah. Fair enough. Sekarang, soalannya di manakah letakknya soal moral dan jati diri? Kita penat membicarakan tentang gejala sosial melanda masyarakat kita sekarang ini. Lebih – lebih lagi di kalangan remaja dan belia. Dan ini amat membimbangkan.


Sekarang bila hal sebegini keluar dan melibatkan salah seorang pemimpin dari sebelah sana, kenapa tiada yang mahu membicarakan tentang moraliti. Asyik dok bercakap tak patutlah orang membuat si Eli ini macam ini. seperti kenyataan Ketua Wanita MCA, Datuk Paduka Chew Mei Fun di dalam NST pada 17/02/09 – ‘We are outraged by such shameful acts using women as sexual objects. It is an invasion of privacy.’


Adakah wanita ini juga akan di bela juga oleh

Muslimat PAS jika gambarnya tersebar?



Kalau beliau ini bukan seorang Adun atau public figure dan gambar itu tersebar di luar sana agak – agak kecoh tak macam ini? Ini satu lagi hendak tanya, dia single kalau berkahwin macam pula kenyataan dia? Asyik putar – putar dia tidak bersalah. Itulah dia PKR. Asyik memutar kenyataan sehingga yang lain pun termakan dengan putaran Inul 360 dia.


Cukup – cukuplah. Kepada semua Ahli UMNO amnya, khusus di KL dan Selangor dan juga orang melayu yang ada –ada ini cuba buka minda. Tidakkah terpukul di benak di sebalik apa yang berlaku. Mereka ini sudah bersiap sedia. Salah satu daripada taktiknya adalah bila ada dua pemimpin mereka bertelagah tentang pendapat maka mereka akan cuba membesarkan isu tersebut ( kes Uncle Karpal dengan DSAI). Lepas itu keluar kes Bukit Selambau dan Bukit Lanjan (dua – duanya pasal skandal). Kalau rajin cuba baca sejarah China Lama.



Ini adalah taktik bagaimana mereka mendapat undi dan raih simpati rakyat. Kalau hendak senang lagi cuba ingat cerita ketam melayu dan ketam cina. Ini mereka ingin buat!Cuba baca balik kenyataan yang berikan oleh kepala – kepala mereka. Semua menyerang kepimpinan dan kewibawaan barisan kita. Semua mengatakan ia adalah agenda politik BNlah UMNOlah, ironiknya kenapa tidak kaitkan parti kompnen lain? Kami tertanya – tanya juga.


Sudah tiba masanya kita orang – orang melayu dan UMNO khususnya bangun dan kembalikan kedaulatan dan ketuanan kita di tanah pusaka ini. Nampakkan belang mereka sekarang sehingga menderhaka kepada Sultan dan tidak menghormati undang – undang. Baca kembali kisah Raja Mendeliar dan Si Kitul yang mengadu domba (fitnah) sehingga terbunuhnya keluarga Bendahara (kalau malas hendak membaca cari cerita Tun Fatimah lakonan Datuk Maria Menado). Ini adalah realitinya.



Pada Pemuda dan Puteri, bangun! Ayuh jalankan tugas kita! Perhebatkan lagi usaha kita agar kepimpinan dan ketuanan kita di tanah tercinta ini akan terus berkekalan. Cukup – cukuplah di ulit dan mengulit diri kita ini. Inilah masanya untuk pemimpin – pemimpin muda menunjukkan kepimpinan anda bahawa anda inilah yang di katakan pepatah ‘patah tumbuh hilang berganti’

Wassalam.

2/19/2009

Mesej buat 3 Calon Pemuda UMNO Malaysia

3 Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah mengadakan sidang Debat anjuran TV9. Masing - Masing mempunyai kekuatan yang tersendiri. Bagi kami dari Cawangan Gombak Selatan,sesiapa pun yang memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan Mac ini akan melakukan sesuatu untuk menarik lebih ramai golongan muda.

Melalui analisis keputusan PRU 12 Mac lepas, golongan muda merupakan golongan yang teramai sekali mengundi pembangkang dan menyebabkan beberapa negeri di rampas pembangkang. Ini merupakan cabaran utama Pemuda UMNO dalam mengembalikan keyakinan mereka terhadap golongan ini.

Apa yang diharapkan, Datuk Mukhriz, Dato' Dr. Khir Toyo mahupun Khairy mampu bekerjasama dengan lebih baik bagi menyelesaikan masalah ini. Ini merupakan impian kami di cawangan Gombak Selatan. Jangan jadikan pertandingan ini sebagai medan untuk mendapat publisiti murahan. Jadikan ia sebagai pertandingan sihat yang dapat menyatupadukan Pemuda UMNO. Kita sedia maklum ketiga-tiga calon ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Namun, untuk memimpin Pemuda UMNO Malaysia, ia bukanlah semudah yang di sangka.

Pemimpin muda dari PKR, PAS mahupun DAP akan sentiasa bergerak pantas mendekati golongan muda. Kita mampu bergerak lebih pantas dari mereka. Kita perlu bersatu. Bersatu menentang kuasa Pemuda Pembangkang. Apa yang perlu hanyalah semangat,kerjasama dan bersatu padu dalam merealisasikan impian ini. Jangan leka berkempen untuk kemenangan individu tetapi lupa akan perjuangan Pemuda UMNO. Kita sedia maklum Pemuda UMNO suatu ketika dulu digelar 'singa' dalam arena politik tanah air sehinggakan digeruni pihak lawan. Kini kembalikan semula sakti itu.

Bangunlah wahai Pemuda UMNO. Bangkit dari lena. Angkatan Muda Keadilan?, Dewan Pemuda PAS?, atau Pemuda Sosialis DAP?, hanya kanak-kanak yang kerdil tetapi lincah memasuki gelanggang pemuda. Kita tahu kita lebih kental....


2/18/2009

Surat Dari DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ, SULTAN SELANGOR


Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.


Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.


Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.


Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.


Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.


Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.


Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.


(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)SULTAN SELANGOR13 Februari 2009