6/15/2009

Kekecohan di Parlimen - ANWAR IBRAHIM BUNTU DAN HILANG AKAL

Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamed Nizar membuat kecoh di Sidang Dewan Rakyat pagi tadi amat memalukan semua pihak. Bekas Menteri Besar Perak ini nampaknya bertindak seolah-olah sedang berada di Sidang DUN Perak pula.

Nizar sebenarnya masih tidak berpuas hati dan tidak menghormati keputusan mahkamah. Di manakah etika anda sebagai seorang wakil rakyat? Jikalau iapun tidak berpuas hati, gunakanlah saluran yang sepatutnya. Ianya disambut oleh beberapa Ahli Parlimen Pembangkang iaitu Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai). Tetapi yang peliknya, Ahli Parlimen PKR semuanya tidak berani?

Mana Anwar Ibrahim? Kenapa tidak dibela Nizar? Anwar sebagai Ketua Pembangkang sewajarnya bertindak menegur Nizar untuk menghentikan jeritan gila itu. Tapi, Anwar tak berani. Dia selamatkan diri terlebih dahulu.

Jangan pula dikatakan pula Speaker Dewan Rakyat gila kuasa kerana tindakan beliau adalah betul dan mengikut saluran. Tidak seperti mereka... bertindak untuk publisiti dan tidak guna akal.


4 ulasan:

fedup berkata...

kenape weeeehhh si nizar ni..nyanyuk ke mende ini sidang parlimen bukannye sidang negeri kome..tepok dahi kome baru tahu..

Unknown berkata...

Dia tak fikir ke pasal anak dia? Mesti banyak kena perli kat sekolah. Malu jangan cerita lah, ni sampai cucu pun nanti orang buli nanti.
Nizar patut beringat, kadang2 bala tak kena pada dia tapi kena pada anak cucu.

Mohd Afdzal Mokhtar berkata...

anwar ni tak tau la nak ckp pe..sume yg x btol sume nak sokong..sanggup jadi pengkhianat bangsa dan negara..

anakmelayu30.blogspot.com
p/s:plz support..

eXception berkata...

akal dia, awal-awal dia dah campak dlm longkang....

http://exception2008.blogspot.com/