1/11/2010

UMNO JUARA RAKYAT - BANGKIT DAN TERUS BANGKIT !!!

“Kami dengar dan kami terima bahawa rakyat telah memberi teguran kepada UMNO dan BN, teguran itu kami akan hayati bukan saja kami dengar tapi kami insaf bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah kuasa keramat dan mutlak. UMNO akan terus membela nasib rakyat !!!!"

Itulah antara ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau yang juga merupakan Presiden UMNO mengingatkan kesemua pemimpin UMNO agar tidak bersikap bongkak dan hanya berkeinginan untuk mengejar jawatan. Pembelaan terhadap rakyat wajib diutamakan dan pemimpin sebegini yang akan diangkat dan dijulang.

Kehadiran ribuan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional masih kuat dan utuh di bawah pimpinan Datuk Seri Najib. Ini juga sedikit sebanyak membuat pembangkang berasa gusar dan takut terhadap respon dari rakyat Malaysia yang menyokong Barisan Nasional.

Crew blog UMNO Cawangan Gombak Selatan berkesempatan menyertai rombongan UMNO Bahagian Wangsa Maju ke Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Selangor ke Program UMNO Juara Rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah amat gembira dengan sambutan yang menggalakkan dari UMNO Wangsa Maju dimana lebih dari 50 ahli UMNO Wangsa Maju menyertai rombongan ini.

Turut menyertai rombongan ini adalah Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En. Abd. Razak Muhamad, Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Gombak Selatan dan beberapa AJK UMNO Cawangan.

Semoga ianya menjadi perintis dan semangat untuk kita terus bekerja bagi membela nasib rakyat tanpa mengira kaum. Berikut antara beberapa gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang berlangsungnya Program UMNO Juara Rakyat.




Kehadiran Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Gombak Selatan diketuai Ketuanya, Pn. Endon Abd. Manan (kanan sekali) memeriahkan rombongan UMNO Wangsa Maju.



Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah (tengah) sempat bergambar sementara menunggu ketibaan bos beliau, Datuk Seri Najib. Beliau dilihat begitu gembira dengan kehadira Crew Blog UMNO Gombak Selatan.



Kehadiran golongan belia ke program ini menunjukkan mereka kenal akan sejarah Malaysia dan mengetahui sejauh mana pengorbanan UMNO dan BN terhadap Negara.



Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Kiri Sekali) turut hadir memberi sokongan.



Persembahan ini amat memberi semangat kepada mereka yang hadir.



Naib Ketua Pemuda UMNO Bhg. Wangsa Maju, En. Azha Mustapha (kiri) merupakan antara wakil Pemuda Wangsa Maju yang hadir. Turut kelihatan, Pegawai Khas Dato' Shafei Abdullah (kanan).




Antara wakil Pergerakan Pemuda UMNO Wangsa Maju yang hadir.


LAGI GAMBAR?
LAYARI FACEBOOK DAN 'SEARCH' UMNO GOMBAK SELATAN.

Tiada ulasan: