4/17/2010

ZAID IBRAHIM CALON PKR - PENYOKONG PKR MABUK MENGGANAS !!!


Hari penamaan calon bagi PRK Parlimen Hulu Selangor telah berlalu. 4 calon telah menawarkan diri untuk bertanding bagi kerusi tersebut.

Keputusan rasmi menunjukkan P.Kamalanathan mewakili BN, manakala Zaid 'Kaki Botol' mewakili Parti Kencing Rakyat (PKR). Terdapat juga 2 lagi calon Bebas.

Semasa Hari Penamaan Calon berlangsung, pihak Pembangkang dengan sikap bodoh dan biadap membaling botol ke arah penyokong BN menyebabkan beberapa penyokong cedera di bahagian kepala, kaki dan tangan.

Seorang penyokong MIC telah tercedera di bahagian kepala manakala 3 wakil Parti Makkal Sakhti iaitu dari Wilayah Persekutuan (Ganesan), Kuala Lipis dan Pulau Pinang juga menjadi mangsa penyokong PKR yang leka mabuk membaling batu dan 'kon' ke arah mereka. Tindakan ini menyebabkan berlaku kekecohan dan ianya diselesaikan pihak polis.

Zaid Ibrahim yang kaki mabuk telah berjangkit ke penyokong-penyokong beliau.. Mabuk di jalanan.. Lupa diri.. Ganas... PAS,apa cerita? Mabuk sekali ka?

Walaupun berlaku situasi sebegini, ianya tidak sama sekali melunturkan semangat Barisan Nasional untuk bekerja keras berjuang. Bersama kesemua parti komponen BN yang lain, kami bersatu untuk merampas kembali Parlimen Hulu Selangor.

4/16/2010

WEE CHOO KEONG KENA KENCING DGN. ANWAR - TAK SETUJU ZAID IBRAHIM CALON HULU SELANGOR.


Sepertimana yang kita sedia maklum beberapa Ahli Parlimen dari PKR telah keluar dari parti kesayangan mereka dek kerana berang dengan sikap Anwar yang semakin menjadi-jadi. Nama-nama seperti Datuk Seri Zahrain yang dahulunya digelar jaguh PKR merasakan Anwar Ibrahim sebenarnya mempunyai agenda jahat dan peribadi (baru nak sedar..... hmmm).


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula dibuang terus dari PKR kerana mempertahankan kalimah Allah. Siapa sangka, individu yang berjuang mati-matian semasa Anwar dipecat dari kerajaan dan menghadapi tuduhan liwat 11 tahun dahulu akhirnya dibuang begitu sahaja. YB Zul sedar,inilah perjuangan PKR... Kalau sedar awal-awal dulu kan bagus?


Dan YB Zul telah membongkang terdapat Firaun-Firaun kecil dalam PKR berpakat untuk menguasai parti dan membuang sisa-sisa lama di dalam parti ini. Tergelak besar dibuatnya kerana dahulu mereka juga yang menggelar Bekas Presiden UMNO, Tun Mahathir sebagai Mahafiraun. Alih-alih, pemimpin mereka sekarang pula digelar firaun. Hahahahaa... Nama yang sinonim dengan gelaran Firaun Kecil termasuklah calon PRK Hulu Selangor,Datuk Zaid Ibrahim.


Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang pernah kami gelarkan Mr.Political Badut satu ketika dahulu pun semacam tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Beliau juga anti Zaid Ibrahim dan menggelar orang-orang seperti ini sebagai Little Napoleons.. Pulak. Baru nak tersentak ke YB? Dulu punya cium mulut dengan Anwar?


Choo Keong juga telah membuat kenyataan tidak bersetuju dengan pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon PRK Hulu Selangor mewakili PKR. Nak buat macam mana YB., orang ini sekarang kesayangan Anwar. Yang dulu-dulu semua sudah kena buang.

Kira Zaid Ibrahim ini telah berjaya membuang dan akan terus membuang bekas-bekas pejuang reformasi yang dahulunya bertarung nyawa membela Sang Anwar Ibrahim.

Macam-macam ragam PKR sekarang ini. Apa yang dituduh UMNO, difitnah UMNO kini kena batang hidung sendiri. Inilah balasannya. Allah Maha Berkuasa.

Tapi apa-apapun, jentera BN jangan tidur lena. Kita ada tanggungjawab dan amanah yang mesti kena laksanakan. Perkuatkan jentera kita bagi menghadapi PRK Hulu Selangor. Calon telah dipilih. Tugas kita kini hanya perlu pastikan pengundi memilih kita. Kerana kita adalah Juara Rakyat yang sebenar.


INILAH JIWA SEBENAR ZAID IBRAHIM - FIR'AUN KECIL !!!!!!

4/15/2010

P.KAMALANATHAN CALON BN - BLOG UMNO GOMBAK SELATAN KEMBALI BERTARING !!!


Pemilihan calon BN bagi PRK Hulu Selangor akhirnya terjawab apabila nama Ketua MIC Pusat, P. Kamalanathan diumumkan. Pemilihan beliau telah menutup sebarang spekulasi yang digembar gembur dari pelbagai pihak.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis khas di Command Centre BN di Bukit Sentosa,dekat Rawang petang Khamis. Hadir sama di majlis itu ialah Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu dan barisan pimpinan MIC lain. Majlis berlangsung dalam semangat setiakawan BN sekalipun sebelum ini timbul polimek dalam MIC mengenai calon untuk bertanding.

Blog UMNO Gombak Selatan kini kembali bertaring........ PRK Hulu Selangor membangkit semula semangat kami. Pelbagai isu dan perkembangan mutakhir akan kami utarakan melalui blog kami.

Ayuh BN, jangan lena dibuai mimpi.. Kita gempur Hulu Selangor..



2/05/2010

TUDUHAN LIWAT BAWA PADAH - PERANG SESAMA PAKATAN !!!

Ketika kes liwat Datuk seri Anwar Ibrahim masuk hari pertama Rabu…’ tembak menembak’ dalam pakatan pembangkang di Pulau Pinang belum nampak tanda-tanda bakal reda.

Siapa kata Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim yang hingga hari ini tidak berganjak dari kenyataannya menghentam Ketua Menteri Lim Guan Eng keseorangan. Rabu lepas Ahli Parlimen PKR kawasan Nibong Tebal, Tan Tee Beng tampil memberi sidang akhbar di Kuala Lumpur mendakwa Guan Eng yang berasal dari Melaka sudah tidak layak menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tan berkata sudah tiba masanya untuk rakyat Pulau Pinang menentukan kedudukan Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang. Katanya beliau tidak kisah kalau pemimpin DAP anak tempatan lain ambilalih asalkan bukan Guan Eng. Lebih teruk beliau mendakwa Guan Eng melayan wakil rakyat PKR seperti anjing.

"Sebenarnya beliau tidak endahkan wakil rakyat PKR langsung dan terlalu berlagak dengan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya. Kata Tan lagi hampir semua wakil rakyat di negeri itu sudah muak dan bosan dengan janji-janji Guan Eng yang kononnya akan memperjuangkan nasib rakyat.

"Bayangkan setiap kali mesyuarat dalam negeri atau perjumpaan biro diadakan, Guan Eng tidak pernah mengambil tindakan susulan daripada perkara berbangkit sebaliknya hanya cakap kosong. Sehubungan itu, saya sebagai wakil akar umbi bertindak menegur beberapa perkara berbangkit kepada Guan Eng namun beliau menuduh saya telah mengkritik kepimpinannya," katanya.

Tan turut mencabar Guan Eng menafikan dakwaannya itu jika ia salah. Ditanya sama ada Anwar menyedari mengenai kebimbangan beberapa pemimpin PKR di Pulau Pinang terhadap Guan Eng,katanya beliau percaya Penasihat PKR itu menyedari keadaan terkini politik di Pulau Pinang tetapi tidak bertindak untuk menanganinya.

"Saya rasa beliau tidak bertindak menanganinya...mungkin beliau fikir berkompromi (dengan DAP) adalah cara terbaik," katanya. Tan mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan menarik balik atau berhenti membuat kenyataan mengenai "keangkuhan" Lim meskipun menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussein Ali, supaya berbuat demikian.

Dalam perkembangan berkaitan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Dr Mansor Othman memberitahu wartawan di Georgetown PKR Pulau Pinang tidak akan terjejas jika ada seorang dua anggotanya mahu keluar daripada parti.

Beliau yang juga Pengerusi badan perhubungan parti negeri berkata, kedudukan PKR dalam pakatan pembangkang juga tidak akan tergugat dengan tindakan itu.

"Kami tidak akan menangis hanya kerana ada dua orang anggota mahu keluar parti," katanya ketika mengulas laporan media bahawa terdapat segelintir anggota PKR khususnya di negeri itu berhasrat keluar parti berikutan krisis kepimpinan.

Mengenai gesaan Ahli Parlimen Nibong Tebal agar PKR mendesak Ketua Menteri ditukar, Mansor berkata saranan itu bukan pendirian parti. "Keretakan yang berlaku sekarang berpunca daripada seorang dua anggota baru yang hanya menyertai parti pada tahun kebelakangan ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi menafikan wujud keretakan dikalangan anggota Exco. Memang ada berlainan pandangan dan kami bebas bercakap, tetapi tidak ada di antara kami yang berkecil hati selepas keputusan dibuat," katanya.

Beliau juga menafikan dakwaan bekas anggota DAP, Tham Weng Fatt, bahawa ada perselisihan antara kalangan ahli Exco dari DAP dengan Guan Eng. Sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia hari ini memetik Tham sebagai berkata bahawa terdapat keretakan antara Lim dan beberapa anggota Exco seperti Phee Boon Poh, Law Hen Kiang dan Ooi sendiri, dan masalah itu semakin buruk.