1/07/2010

DEMO ISU ALLAH ESOK - KERAJAAN TIDAK HALANG..

Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri.

Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta mengulas sama ada kerajaan mengamalkan sikap berbeza terhadap kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi. Bantahan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' dalam Herald The Catholic Weekly terus marak walaupun Najib sebelumnya menyeru semua pihak bertenang.

Kes tersebut kini di peringkat rayuan. Semalam, mahkamah menangguhkan perintah membenarkan mingguan itu berbuat demikian setelah dimohon oleh Kementerian Dalam Negeri.

Selain Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan bantahan di seluruh negara, sebuah lagi persatuan berpengaruh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) juga akan menganjurkan bantahan yang sama.

Bantahan dua NGO Melayu dijadual diadakan di Masjid Negara. Dua badan Islam berpengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan berhimpun di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.

Pada 31 Disember lalu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald berbuat demikian dalam penerbitannya, mengundang reaksi negatif masyarakat Islam.

Isu tersebut pada mulanya dijangkakan akan reda apabila Perdana Menteri meminta umat Islam bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu sensitif tersebut kerana kerajaan akan menanganinya sebaik mungkin.

Sehari selepas arahan Najib dibuat, Pemuda UMNO Selangor yang turut bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran esok menangguhkan hasrat tersebut.

1/05/2010

KALIMAH ALLAH UTK. KRISTIAN - HARON DIN KATA KUFUR SIAPA YG. SOKONG, KHALID SAMAD KUFUR?

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan beberapa penulis blog termasuk pemimpin politik yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar Khatolik, adalah mereka yang ada ‘ short wire ’.

Dalam erti kata lain, otak mereka mungkin sudah ada masalah, tak betul atau mungkin gila. Barangkali, Yang di Pertua PAS Shah Alam, Khalid Samad, antara yang menulis di blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah, boleh terasa pedas maksud di atas kerana Ahli Parlimen itu yang ‘makan cili’.

Malah tambah Dr Haron lagi, mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan yang memihak akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran serta syirik.

“Menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam bermakna kita redha. Bila redha, juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik,” kata Dr Haron dalam sidang media di kediamannya di Bangi, petang Isnin. Untuk rekod dalam hiraki parti PAS selaku Timbalan Musyridul Am beliau dikira ulama nombor dua paling kanan dalam pengetahuan bab agama selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya pada penulis blog termasuk pemimpin parti-parti politik yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu.

Katanya, memanglah setiap orang ada kebebasan bersuara menyatakan pandangan. "Kalau hal siasah ataupun politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama. Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya.

Pada sidang media itu, beliau menunjukkan bukti ‘Holly Bible’ yang pada halaman pertamanya sahaja mencatat God, Lord serta Jesus dan tiada langsung perkataan kalimah ‘Allah’. Ini katanya berbeza berbanding dalam al Quran bermula halaman pertama sudah ada kalimah Allah malah dalam Surah Al-Baqarah, daripada 286 ayat terdapat 279 kalimah itu.

Dr Haron menjelaskan, ini membuktikah kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama Islam. Beliau berkata, berdasarkan persefahaman inilah, umat Islam dan bangsa lain hidup harmoni di negara ini dengan menghormati agama setiap kaum.

Dalam pada itu, Dr Haron meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat. Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Menurutnya, mungkin pada permulaan kalimah itu hanya untuk penerbitan sahaja tetapi mungkin lama kelamaan akan diletak pada salib dan sebagainya. Ulama dalam PAS itu juga berharap pada masa akan datang, perkara membabiitkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah. Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya. Beliau juga menyeru kepada semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

Kenyataan Dr Haron ini menyusul selepas Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik juga menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu. Bagaimanapun, ada pihak melihat pimpinan PAS tidak sekata dalam isu ini tambahan pula bila Khalid dan ahli parlimen Kuala Selangor Dr Zulkifli Ahmad dilihat menyokong penggunaan kalimah Allah dalam gereja.


1/04/2010

KALIMAH ALLAH - KHALID SAMAD GILA AGAKNYA !!

Semua salah orang... itulah keistimewaan yang dimiliki Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Abdul Khalid Samad dalam menangani isu-isu yang berlaku. Tatkala PAS bergolak, UMNO dituduh menjadi puncanya. Bila isu kuil di Seksyen 13, Shah Alam muncul, UMNO juga difitnah menjadi dalang. Bagi Khalid Samad itulah adalah jawapan mudah kerana beliau masih beranggapan apa pun pembohongan terhadap UMNO maka rakyat akan menyukainya.

Terbaru dalam soal keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah, Khalid Samad terus menuding jari kepada UMNO keranan kononnya menggunakan isu kalimah Allah untuk memenangi hati rakyat.

Beliau dilaporkan berkata demikian kerana mengulas gesaan Ahli Parlimen PKR kawasan Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin agar PAS mengambil tindakan terhadap Khalid kerana mencemarkan imej parti itu dengan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. Malah Zulkifli secara sinis mencadangkan Khalid keluar PAS dan menyertai DAP.

Khalid pula dalam reaksinya meminta Zulkifli agar tidak terpedaya dengan helah UMNO berhubung dengan kontroversi kalimah Allah.

Namun peliknya, bagaimana hendak dikatakan soal kalimah Allah ini adalah mainan politik UMNO kerana semasa sidang Dewan Rakyat pada 5 Mac 2009, pendirian Khalid pernah disanggah oleh imam besar Masjid Negara yang juga Ahli Parlimen PAS kawasan Baling, Datuk Taib Azamudden.

Khalid pada masa itu mempertahankan pendiriannya bahawa agama lain boleh menggunakan nama Allah dan menggunakan hujah Al-Quran tidak menghalang perkara itu. Terbaru, Khalid meneruskan usaha mempertahankan pendiriannya dengan berkata, "Orang bukan Islam pun percaya Allah itu ada, tapi pada masa yang sama mereka juga percaya Allah itu ada sekutunya, mereka percaya Nabi Isa itu anak Allah... ini adalah fakta”.

Namun semasa perbahasan 16 Mac lalu, Datuk Taib Azamudden dengan hujah berdasarkan dalil yang kukuh dan ilmu yang ada pada dirinya menegaskan, bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan) yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

Berdasarkan kenyataan Taib itu, jelas pendirian Khalid yang menyatakan orang bukan Islam pun percaya Allah itu ada tidak bertepatan dengan apa yang dihuraikan oleh Taib bernaskan ayat Al-Quran.

Bersungguh-sungguh sangat Khalid hendak mempertahankan pendiriannya untuk menjamin sokongan politik kepada pakatan pembangkang yang memang tidak peduli soal ini.

1/03/2010

ALLAH AR RAHMANIR RAHIM - NAJIB BERJUANG, AKAN MENGADAP YANG DI PERTUAN AGONG PERTAHAN KALIMAH ALLAH!!!

Kontroversi keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penerbitan majalah Kristian Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah makin panas. Pelbagai pihak khususnya pertubuhan Melayu dan Islam menganjurkan pelbagai bentuk bantahan.

Ekoran keadaan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari Ahad meminta umat Islam bertenang dan menyerahkan kepada kerajaan menyelesaikan kontroversi berkenaan melalui proses undang-undang.

Kenyataan Najib tersebut memperkukuhkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir hari Sabtu bahawa JPM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukan rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.

"Mereka (KDN) akan kemuka rayuan dan saya akan sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan jika Yang di-Pertuan Agong berkenan, akan diberi taklimat, juga taklimat kepada Majlis Raja-Raja," katanya kepada para pemberita selepas satu menghadiri satu majlis anugerah kecemerlangan UPSR di Pekan Pahang.

“Kerajaan amat sedar dan prihatin akan pelbagai reaksi yang telah kerajaan terima sejak keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini. Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan terutama sekali umat Islam, kita hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah," ujar beliau.

Najib turut berharap, penyelesaian terhadap isu yang amat sensitif itu kelak dibuat dengan penuh kebijaksanaan.

"Saya tak galakkan (demonstrasi) tapi saya tahu perasaan di kalangan perasaan umat Islam, mereka merasa begitu terkilan. Cuma saya berharap perkara yang amat sensitif, kita biarkan kerajaan tangani isu ini dengan sebaik-baiknya melalui proses rayuan...saya tak nak terlalu memanaskan isu, kerajaan faham perasaan umat Islam, biarlah kita cari jalan sebaik-baiknya," katanya.

Usaha kerajaan untuk memfailkan rayuan mendapat sokongan semua pertubuhan Melayu/Islam. Terdahulu Bernama melaporkan, sebelum Najib mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan, beliau menerima memorandum daripada 24 badan bukan kerajaan (NGO) Pahang berhubung isu berkenaan.
Menurut jurucakap NGO berkenaan, Amidi Abdul Manan yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), KDN perlu memfailkan rayuan secepat mungkin bagi menghilangkan keresahan umat Islam di negara ini.

"Semua pihak dalam negara ini perlu menghormati institusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa bagi melindungi kedaulatan dan kesucian agama Islam," katanya.

Amidi berkata, menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, kalimah "Allah" adalah eksklusif bagi agama Islam sahaja.


1/02/2010

PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR? BETUL KE?

Spekulasi hangat sedang menjalar tentang kemungkinan Ahli Parlimen PKR kawasan Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad letak jawatan. Beliau yang juga merupakan Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor sudah sekian lama sakit. Sepanjang sidang Dewan Rakyat selama hampir dua bulan yang baru berlalu Dr Zainal tidak kelihatan hadir langsung. Desas desus ini sudah mula disiarkan dalam laman web dan blog.

Cakap-cakap tentang kemungkinan Dr Zainal mungkin letak jawatan sudah kedengaran sejak berbulan dulu. Jika betul bakal ada pilihanraya kecil maka suasananya dijangka panas.Dalam pilihanraya umum lalu Dr Zainail hanya menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanival dengan hanya 198 undi sahaja. Kawasan itu ada 63,593 pengundi.

Betul atau tidak? Sama-sama kita tunggu pengesahan dari pihak Dr. Zainal, pihak PKR dan SPR.