3/27/2009

Hadiah Untuk Isteri - Dr. Zahid Hamidi


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan beliau sebagai Naib Presiden Umno merupakan hadiah kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan ke-31 mereka, yang kebetulan jatuh pada hari pemilihan parti.


"Saya fikir tugas saya ialah untuk memperkuatkan parti, membantu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, dan bekerjasama dengan kawan-kawan naib presiden dan juga ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) untuk terus merelevankan parti, menjenamakan semula Umno dan merelevankan Umno ini dengan rakyat Malaysia keseluruhannya khususnya akar umbi di luar bandar," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan pemilihan parti, malam tadi.

Selain Ahmad Zahid, yang turut memenangi dua lagi jawatan naib presiden Umno ialah Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ketika ditanya mengenai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini, Ahmad Zahid berkata:


"Kebetulan saya timbalan pengerusi perhubungan Umno Perak setakat ini, maka menjadi tanggungjawab saya untuk menentukan pilihan raya kecil di Bukit Gantang akan dimenangi semula oleh Barisan Nasional kerana kami telah meminjamkan kerusi itu kepada Allahyarham (Roslan Shahrom dari PAS) selama 11 bulan dan kini kami mahu mengambil semula kerusi itu," katanya.


Sementara itu, isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis menyifatkan hadiah ulang tahun perkahwinannya tahun ini sebagai yang paling berharga untuk diri dan keluarga.

"Saya menerima kemenangan suami sebagai pertanggungjawaban Datuk untuk meneruskan kesinambungan Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan meneruskan perjuangan parti demi agama, bangsa dan negara," katanya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Dr Zahid Hamidi... Kepimpinan anda amat diperlukan...

Buat UMNO Cawangan Gombak Selatan, teruskan perjuangan kita..

Allah bersama kita..

Hidup UMNO..

Tanpa Nama berkata...

Dr. Ahmad Zahid Hamidi sememangnya seorang pemimpin unggul yang mampu melaksanakan transformasi di dalam UMNO.

Gandingan beliau bersama barisan yang ada kini akan memberi nafas baru dalam UMNO.

Syabas juga diucapkan kepada UMNO Cawangan Gombak Selatan.

Tanpa Nama berkata...

Allah memelihara parti kita UMNO..

Syabas buat pemimpin-pemimpin unggul kita.

Pak Lah akan sentiasa dikenang...

Najib bangkit menentang pembangkang...

UMNO Gombak Selatan, Cawangan pertama melakukan transformasi melalui blog.. Syabas

Prof. Era Pasca berkata...

salam...
mintak ambil perhatian dan tindakan kepada petualang agama ini.. lupakan sebentar parti anda.. please.. sebab ia dari MALAYSIA.. link nye..
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/petualang-agama-baginda.html

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/bangsat-yang-menghina-islam.html

POLIS ambil tindakan... kami nak rejam mereka sampai mati..

Panglima Perang Cyber berkata...

salam perkenalan..

moga kita dapat berganding bahu di alam siber ini untuk mendaulatkan agama kita serta bangsa dan juga negara.