4/30/2009

Fairus Muncul Kembali - APA SEBENARNYA AGENDA PKR?



Pada hari pengumuman calon parti PKR begi DUN Penanti, kelibat bekas ADUN, Fairus muncul buat pertama kalinya selepas meletakkan jawatan sebagai TKM 1 dan ADUN Penanti. Kemunculan ini menghairankan ramai pihak kerana SPRM telah mengesahkan bahawa beliau bebas dari kes rasuah kuari.


Fairus juga mendakwa ada pakatan dari pihak dalaman PKR yang ingin menjatuhkan beliau. Beliau juga begitu kecewa dengan layanan pilih kasih terhadap beliau kerana tidak dibela sepertimana Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong.


Kehadiran Fairus semasa majlis tersebut seolah-olah tiada apa yang berlaku. Seperti orang kata, 'drama telahpun tamat, kini tiba masa untuk mengambil gaji dari pihak penerbit?' Adakah semua ini hanyalah lakonan yang diberikan Fairus sebagai alasan untuk letak jawatan bagi DUN Penanti?

Persoalan yang timbul, Fairus kini bebas dari rasuah kuari dan ianya disahkan oleh SPRM, kenapa perlu juga meletakkan jawatan. Apa alasan kukuh yang mennyebabkan beliau letak jawatan? Alasan untuk melanjutkan pengajian bukan penghalang untuk beliau meneruskan karier dan tanggungjawab sebagai ADUN.

Inikah strategi PKR sebenarnya. Adakah PKR sengaja mahu mengosongkan kerusi DUN Penanti supaya mereka dapat mengalihkan perhatian masyarakat dan kerajaan dari isu-isu yang lebih penting seperti ekonomi dan pembangunan Negara?

Apakah strategi ADUN atau Ahli Parlimen letak jawatan akan dilakukan lagi selepas Fairus?

Stategi ini sengaja dilakukan di kawasan kubu kuat PKR bagi menunjukkan kekuatan mereka dan setelah mereka menang, mereka akan mencanang satu dunia bahawa mereka semakin kuat.


Jangan cuba mempermainkan rakyat dengan budaya meletak jawatan. Apa kamu fikir tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat boleh kamu jadikannya alat untuk permainan politik kamu? Mana perginya sumpah kamu untuk berkhidmat di kawasan kamu?

Tetapi, PKR telah termakan sumpah. PAS Pulau Pinang membuat keputusan untuk memboikot pilihanraya kecil di Penanti. Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Aminah Abdullah juga menawarkan diri untuk menjadi calon bebas bagi menegakkan keadilan di dalam PKR. Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga akan meletakkan calon bagi kerusi tersebut.


Inilah akibat PKR mempermain sumpah mereka terhadap rakyat. Belum sempat berkhidmat sebagai YB, sudah letak jawatan. PAS Permatang Pauh telah mengesan strategi buruk PKR ini. Mereka merasakan strategi PKR salah dan mereka akan tetap meletakkan calon untuk DUN Penanti.


Inilah strategi buruk PKR dikepalai Anwar Ibrahim. Beliau sebenarnya tidak pernah mementingkan rakyat. ADUN menjadi medan permainan politik mereka. Budaya meletak jawatan wakil rakyat sesuka hati mungkin akan dilakukan lagi selepas ini. Mereka lupa bahawa wang untuk diperuntukkan bagi menampung kos pilihanraya adalah wang rakyat.

Itu semua tidak dipedulikan lagi PKR. Yang lebih penting, publisiti murahan dengan mengalihkan perhatian rakyat kerana khuatir dasar dan plan baru yang diperkenalkan Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib akan meyakinkan rakyat.

PKR, sudahlah. Rakan kamu dari PAS sendiri benci dengan strategi kamu kerana strategi kamu ini salah. Jika BN membuat keputusan untuk tidak bertanding, nampaknya PKR tidak menang mudah. Terpaksa berhadapan dengan sahabat-sahabat mereka sendiri.

JANJI RAKYAT PENANTI TERGADAI..
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH PKR BERMAIN POLITIK DENGAN TAKTIK BURUK ...
SEHINGGAKAN PAS SENDIRI MAHU BERLAWAN DENGAN MEREKA
INILAH PERJUANGAN PKR...

10 ulasan:

fedup berkata...

Tidak jujur dan tidak ikhlas..inikah ciri2 seorang pemimpin...tak guna mengangakt sumpah taat setia semuanya jika hanya mahu mempermainkan rakyat terutamanya pengundi..

sikap mereka bukan sahaja membuang masa tetapi juga telah membuat kawasan tersebut terbantut pembangunan dan ekonomi..semasa berkempen PRU dulu tabur janji sekian..semuanya kerana rakyat..sekarang apa sudah jadi..

Aku rasa mereka ini sebenarnya mahu mempermainkan rakyat dengan janji2 manis mereka bila sudah dapat apa yang mereka mahu tinggalkan macam tu...terkonteng - konteng pengundi..kesian mereka..tapi ini juga natijah diowg gak..marahkan pijat bakar kelambu..

Nak belajar konon..kenkawan semua bukak mata dan juga simpan dalam minda kita..inilah antara strategi sebenar PKR..seorang lagi yang sanggup mengadaikan maruah diri..syabas!..bang ferus..berapa banyak depa huluq suruh hang buat lagu ni..membaziaq duit rakyat yang sepatutnya untuk kepentingan rakyat..

Keluarga bahagia kowg yang lain..komen sikit pasal si Fairus nie..

Ct berkata...

Ni sumer permainan Anwar. Dia akan lakukan apa sahaja. Asalkan musuh2 dia dlm UMNO hancur.

Anwar tak pernah kisah apa yang orang kata. Janji apa yang beliau inginkan terlaksana.

BN... Bangkit dari lena. Strategi dan plan mesti bermula dari skrg. Jangan mudah putus asa.

Tanpa Nama berkata...

nak agenda apa ubn bodoh ?
apa salah dia kalau sertai berkempen selaku bekas ahli pkr ?
beliau lebih berani dari orang b-end yg makan rasuah tapi masih pegang jawatan ...

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah bengap sangat tulisan ini. Tak baca paper ke atau dengar berita. Kan MACC kata kertas siasatan kes Fairuz telah siap dan dihantar untuk buat susulan lanjut. Apa erti ini semua??? Ini macam satu permainan puak-puak umno untuk memburukkan PKR. So, sebelum apa terjadi macam kes 2 katak kat Perak, lebih baik letak jawatan. jadi semua perancangan yg dibuat umno tak menjadi. So, sorry le...

Anak Wangsa Maju berkata...

Kenapa Fairus perlu meletak jawatan? Beliau sudah disahkan oleh SPRM bahawa beliau tidak besalah.

Ni da masuk kali ke2 pilihanraya kecil. Dgr kate de ADUN dari Selangor pun nak letak jawatan. Mainan apakah sumer ni?

Kate BN membazir la... rasuah la... Hey, pemimpin korg pun da kantoi la.. Ni wat PRK byk kali, pe hal, xmbazir?

Jgn mainkan undi yg rakyat da beri kt korg. Mane sumpah korg. Kne sumpah baru tau.

UMNO GOMBAK SELATAN, teruskan..

Hidup En. Razak

ShahUMNO berkata...

Dorg mmg xnak ngaku salah. Dorg salah, UMNO yg kne..

Anwar skrg tgh gelabah sbb PAS Pulau Pinang pn da tak caye kt Anwar. Tgh pikit cm ner nak ayat PAS.. Lim Guan Eng da settle..

SPRM nk spotcheck Pimilihan PAS, Team Erdogan da gelabah.. Ni sume team anwar la tu..

Pikir la skit.. kite sepatutnya sma3 jlnkan tggungjwab sebagai YB. Ni, jadi YB, pas2 letak jwtn... Tak amanah langsung. Malu la wei..

Kalo de masalah dalaman skalipun, xyah la smpi tahap nk letak jwtn ADUN.. Ni amanah rakyat...

Tanpa Nama berkata...

MEREKA MUNGKIN TERLALU BONGKAK DGN JAWATAN ADUN YG DIPEROLEHI MAKA DGN SEWENANG2NYA BOLEH MELEPASKAN BEGITU SAJA MCM XDE APA2 YG TERJADI. MEREKA TERLALU OVER KONFIDEN BAHWA JAWATAN ADUN BOLEH DIREBUT DGN MUDAH SETELAH MEMENANGI BERBERAPA PRK SEBELUM NI. TP MEREKA LUPA PD TANGGUNGJWB TERHADAP RAKYAT. MEREKA ANGGAP DIRI MEREKA DH KEBAL. "KLU NAK LETAK JAWATAN PUN X MENGAPA SB RAKYAT DH PERCAYA KT KITA..KITA LETAK LA SAPE2 YG KITA SUKA WAIMA ORG BODOH SEKALIPUN..RAKYAT TETAP MEMILIH KITA..KLU ADA ADUN KITA YG LETAK JAWATAN JGN RISAU..KITA MINTAK DI ADAKAH PILIHRAYA LG..APA YG NAK DI TAKUTKAN?..KERAJAAN YG KELUARKAN BELANJA..BKN KITA..APA GUNA RAKYAT BAYAR CUKAI KPD KERAJAAN?..KITA X BEKERJA PUN RAKYAT MASIH UNDI KITA..JADI BERUNTUNG TAK KITA?..ELAUN KITA DPT..UNDI KITA DPT..JAWATAN PUN SENANG2 KITA DPT! SB RAKYAT DH PECAYA 100% KT KITA..PEDULI APA ORG NK KATA KITA MKN GAJI BUTA?..UMNO PUN SAMA..KITA IKUT CARA UMNO. RAKYAT X AMIK TAU PUN APA YG KITA BUAT SB KITA ADA ANWAR YG PANDAI KELENTONG..KITA ADA USTAZ YG PANDAI PUTARBELIT PSL AGAMA DAN KITA ADA PEGUAM YG BERANI MELAWAN RAJA..SO APE YG PERLU KITA TAKUT??..RAKYAT DI BELAKANG KITAA!!!"

MK IV berkata...

Salam... Bro, sila berikan email anda secepat mungkin kepada saya... terima kasih...

fedup berkata...

hahaha..gelak lak baca tanpa bernama..nak kona tapi kona kowg salah jalan daa...kah kah kah..

yang mencanangkan kes Fairus tu bukankami yang mula bengap!..geng kowg gak..AMK Kepala BATAS..bukan UMNO atau BN..

soalannya kenapa Fairus gelabah sampai letak jawatan..itu sahaja owg tanya..kata nak belajau..halo ramai pemimpin kowg dan UMNo yang sambung belajau tak lak letak jawatan..

jangan nak memutarbelitkan fakta..semua orang tahu..jgn nak menafikan..berdoso kau jang..

Jeff..diowg nie bak kata owg minang..mendarek joo..

Tanpa Nama berkata...

KPD SDR MASCO..INI EMEL SAYAhttp://jeffrydamien09.blogspot.com/