5/29/2009

RM 100 Juta Saman Maruah atau Saman Malu? - MARAH BETUL ANWAR APABILA DISEBUT TENTANG PROJEK 16 SEPT.?


Sebelum memulakan artikel, pihak crew blog UMNO Cawangan Gombak Selatan memohon maaf kerana sudah lama tidak update blog ini atas kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Mohon maaf sepuluh jari.

Apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mendedahkan berkenaan tawaran atau pujukan Anwar Ibrahim ke atas beberapa Ahli Parlimen di Sabah untuk menyertai Pakatan Rakyat (seperti yang diberitahu Anwar sendiri sebelum ini), Saudara Anwar nampaknya begitu sensitif dan bertindak di luar kawalan.

Datuk Anifah yang juga disebut-sebut akan lompat parti untuk menyertai kerajaan 16 September mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Pendedahan beliau telah membuat Anwar berang dan bertindak menyaman Datuk Anifah sejumlah RM 100 Juta? WOW....

Anwar nampaknya begitu marah. Mungkin ianya kerana Datuk Anifah membuat pendedahan tersebut di Amerika Syarikat, dan ianya akan memalukan Anwar yang mempunyai ramai 'kenalan rapat' di sana. Jika Datuk Anifah mendedahkan perkara ini di Malaysia, mungkin Anwar akan menarik nafas lega..

Wahai Anwar Ibrahim, anda sebelum ini mencanang satu dunia tentang keburukan Malaysia, pemimpin-pemimpin kami dan Kerajaan Malaysia, ada kami bertindak? Ada kami saman anda? Ada kami menggelabah seperti anda sehinggakan bertindak menyaman dan memaki hamun kami? Jika betul anda tidak bersalah, tidak perlu panik dan menggelabah, relaks..

Janganlah dek kerana projek 16 September anda tidak berjaya dilaksanakan, marahkan kami pula. Ini merupakan luahan dan pendedahan seorang Ahli Parlimen mewakili Sabah, Anifah Aman, yang juga antara yang disebut-sebut akan melompat parti.

Anwar ohh Anwar, sudahlah.. Apa yang anda perlukan sehingga wang RM 100 Juta. Kami difitnah oleh anda kononnya memberi sogokan berjuta-juta ringgit, kamu pula mahukannya?

Insaflah Anwar Ibrahim. Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan mahu lihat, siapa lagi Ahli Parlimen dari Sabah yang akan dedahkan taktik Anwar memujuk mereka melompat parti.

Semoga kebenaran akan terserlah...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lupakanlah saja Anwar dgn projeknya. Tumpukan kepada memperkuatkan saf dan barisan UMNO...

Tanpa Nama berkata...

Sekurang-kurang ada maruah dari PM Umno yang kecut teloq tu. Siapa namanya Najib...Altantuya

fedup berkata...

Yang takdak nama lagi takdak teloq..sebab takdak nama..lagi geng mathain yang baru dapat KP tu..cian..

yang takdaknama lagi satu..betul UR R right..tapi kena berhati-hati..

fedup berkata...

Wow!..tipulanjat.saman 100 juta..wow!..mau cover losses ker brader