6/28/2009

PRK Manik Urai - TUAN AZIZ MAT PERLU KERJA KERAS

Pilihanraya kecil DUN Manik Urai semakin hampir. Petang tadi Barisan Nasional telah mengumumkan calon Barisan Nasional iaitu Tuan Aziz Tuan Mat, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai. Pengumuman tersebut telah di buat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin, pimpinan UMNO dan parti komponen tempatan.

"Kita akan teruskan perjuangan pemimpin terdahulu, untuk bangunkan negara dengan dasar yang jelas, iaitu setiap lapisan masyarakat mendapat pembelaan adil dan saksama. Saya sendiri akan bantu jadikan Manek Urai simbol kebangkitan semula UMNO dan BN. Dalam masa yang sama, kita akan lihat bagaimana kawasan ini boleh dimajukan," tegas beliau.

Pemilihan calon daripada kalangan Pemuda UMNO mendapat reaksi positif dari semua pihak kerana sudah tiba masanya kepimpinan di dalam UMNO dan BN ini mempunyai pelapisnya. Kami,UMNO Cawangan Gombak Selatan ingin mengucapkan Salam Perjuangan buat Tuan Aziz Mat. Apa yang diharapkan dari semua pihak terutamanya dari pihak penyokong BN agar beliau memberi sepenuh tumpuan dan lebih komited kepada perjuangan ini. Kami juga akan memberi sokongan kepada beliau agar kemenangan bakal di genggaman kita.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kelab 304 akan menyumbang kpd kekelahan UMNO.
Dalam bahase Inglis,Pemuda Umno sudah lame "demarginalised" belia Melayu.
Kalu Kelab 304 nak menang kan UMNO,baik buat"low profile".
Maaf Tok Pa, demo wajib buat "damage control".
Apa pun aliran dan fahaman politik oge Kelate, tapi mereka sikap rendah diri dan "humble".
Klu bawe oge luar yan sombong, maana nye ToK Pa sudah di KLkan.
HajiMae,berek 12.