8/15/2009

BLOG HINA ISLAM - JANGAN CABAR KAMI

Kisah sebuah blog yang telah menghina Islam dan Sultan Perak kini kian kecoh. Sudah tentunya yang menghina itu penyokong kuat pembangkang. Namun persoalannya, sampai bila kita mahu membiarkan Islam dicela dan dihina?

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan meminta pihak Kerajaan bersikap tegas dalam hal ini. Jangan biarkan mereka terus menerus menghinaIslam sesuka hati. Ini akan menaikkan kemarahan masyarakat seterusnya akan berlakunya pergolakan. Pihak yang terlibat perlu disiasat segera dan diambil tindakan tegas jika didapati bersalah.

Setakat ini, Ketua Pemuda DAP Liow Siew Fook antara yang sedang disiasat berkenaan kes ini. Beliau menafikan terlibat dalam penulisan blog tersebut. Namun, seperti mana yang diketahui, pihak yang menulis artikel tersebut sudah tentunya penyokong pembangkang kerana di dalam artikel tersebut juga, penulis menghina Sultan Perak.

PAS sepatutnya bersikap tegas dalam menegur penyokong Pembangkang. Jangan hanya tahu bersandiwara dan sibuk berlakon untuk menarik sokongan pengundi, tetapi lupa akan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim? Jika PAS membenarkan perkara ini berlaku, apa maknanya perjuangan PAS... Lakonan semata-mata?

Dari satu lakonan ke satu lakonan. Itulah Pembangkang. PAS tidak pernah sedar bahawa Agama dan Bangsa anda sedang dipijak, ditikam dari belakang. Atau tidak ambil peduli?


1 ulasan:

fedup berkata...

salam

demi perjuangan semua kami sanggup!janji tak hina Tok Goku dan bang nuar..yg lain halal!..dasar tak bertanggungjawab inikah pilihan kalian..patutlah sebok berdemo sini sana pengundi sendiri terabai..lepas tu salahkan k'jaan..mcm budak2!..