8/03/2009

Demonstrasi Haram : GUNALAH STADIUM, NAK MENYALAK SAMPAI SUBUH PUN BOLEH !!!!

Kalau di Selangor sejak dikuasai oleh pakatan pembangkang semua perhimpunan nak protes apa sekalipun boleh diadakan di Stadium Kelana Jaya mengapa di Kuala Lumpur tempat orang ramai jadi sasaran?

Seperti Sabtu dan sejak zaman reformasi 1998 tumpuannya ialah di kawasan komplek Sogo-Pertama, Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Dataran Merdeka.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedia berlembut dalam bab lokasi nak adakan perhimpunan secara aman.Katanya kerajaan bersedia menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan."Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata beliau yang juga Presiden UMNO.

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan amat bersetuju dengan cadangan Datuk Seri Najib. Buat di tempat yang tidak mengganggu orang awam. Nak pekik, telalak sampai subuh pun orang tak marah. Disebabkan demonstrasi haram Sabtu lalu, kerugian peniaga di sekitar Kuala Lumpur mencecah hampir RM 100 juta. Siapa nak bayar? Kerajaan Selangor? Kerajaan Kelantan? Kerajaan Penang dan Kedah? Kerajaan BN juga. Pembangkang buat kecoh, kita yang tanggung. Itu pun tak reti bersyukur. Tahu nak menyalak macam anjing.

Oooo, lupa. Pembangkang takkan percaya dekat kita. Mereka akan kata itu semua angka yang direka pemerintah. Semua ini kita yang reka. Fakta mereka saja yang sahih. BN saja yang salah. Hey pembangkang, selesaikan dahulu masalah di Negeri yang kamu perintah. Di Selangor, kecoh pasal isu rampasan arak di sebuah Kedai Serbaguna. Exco DAP sampai mengamuk suruh pulangkan semula arak yang dirampas. Tak pernah terjadi di Malaysia, sudah rampas barang haram, kena pulangkan balik, dekat Selangor jadi. PAS, apa cerita?

Di Penang, tak selesai-selesai lagi isu Kg. Buah Pala. Lim Guan Eng kononnya menggunakan pendekatan Amar Ma'ruf nahi Munkar dalam sistem pemerintahan. Nak bela Melayu, Cina dan India. Apa cerita?

Itulah. Suka sangat menyalak cari kesalahan orang lain. Kesalahan sendiri tak sedar. Yang untung, Anwar Ibrahim.


2 ulasan:

fedup berkata...

UCGS..stadium tak thrill bro..kat situ tak leh nak rosakkan harte bende..kan jalanan tu leh rosakkan barangan..tu yang syok tu..biar owg nengok..power mereka..nnt kat stadium takleh ada siaran langsung..takde wat liputan..nnt ada lak yang bukak suar tunjuk bontot lagi..tertutuplah katakan..

yang ngekor wat demo tukan..mana pemimpin kowg hah..pasai apa la cabut..awat tak demo sekali..hangapa yang duk demo tu sekarang fikir inikah pemimpin yang kononnya membela semua..bersama rakyat senantiasa konon..jgn jadi bodoh beb..ikut macam lembu di cucuk hidungnya..aku tahu ada yang jawab balik aku pun bodoh gak sokong k'jaan rasuah dan korup..saja nak tanya pakat2 kao tu bersih macam kena basuh dengan klorok ker..isu berlambak la woi!..penang tu terang terangan menipu rakyat..s'gor uncle ronnie bikin celita..si gagap tetiba takleh cakap..hassang ali..alahai kat summer camp..bang nuar..ehemm..jgn citer lak kan..PAS sendiri pon dok kasi fatwa merapu..jap boleh kejap tak boleh..

aku pon taknak merapu cam diowg..cuma akhirnya..JANGAN NAK SUSAHKAN ORANG LAIN SUSAH2KAN DIRI KOWG TU BANTU PENGUNDI KAT TEMPAT KOWG..BENGAP!..WARGA KOTA BANYAK DAH MUAK WOIII!!!!

Godisuno berkata...

ingat lagu Sex Pistol... Anarchy in UK.. sekarang Anarkhy in KL eheheh. Dari sudut psychology, pada umur remaja dan akhir remaja, manusia ada perasaan ingin memberontak, menyalahkan semua orang di sekeliling dan membenarkan dirinya sahaja. Pada peringkat umur sebegini yang betul hanya diri mereka sahaja. Yang lain, orang lain... salah semuanya. Sikap anarchist ini sebenarnya manifestasi perasaan dalaman yang tidak puas terhadap persekitaran yang tidak mengikut kehendak individu tersebut. Lantas apabila individu yang mempunyai perasaan begini di provoke oleh faktor luar yang dianggap sealiran dengannya maka perasaan tidak puas hati itu akan diluahkan. contohnya kepada entiti berkuasa seperti ibu bapa, polis, kerajaan dan sebagainya. Mungkin sebab itu ramai peserta demontrasi adalah golongan muda. tapi macam mana nak jelaskan penglibatan golongan tua? mungkin mereka ini hanya hendak mengalihkan amarah mereka kepada satu entiti kuasa untuk mendapat ketenangan seperti marahkan isteri, anak menjadi mangsa.

Walau bagaimanapun energy anarchy ini telah dimanipulasikan dengan baik oleh pembangkang kerana memang sifat manusia suka membangkang untuk memenuhkan keinginan ego mereka. boute