8/14/2009

KDN - 58% MAHU ISA DITERUSKAN DENGAN SEMAKAN

Sebanyak 58 peratus atau 23,850 respons mengundi menyokong ISA "diteruskan dengan semakan" seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hanya 42 peratus atau 17,399 respons mahu akta kontroversi itu "dimansuhkan" bagi soalan keempat "Apa yang anda mahu dari ISA?" (lihat carta pertama), satu daripada dua soalan yang didakwa diseleweng akibat lonjakan mendadak dan luar biasa kelmarin.

Pada jam 4 petang 10 Ogos, hanya 1,333 respons mahu ISA disemak semula tetapi melonjak 1,069 peratus kepada 15,590 respons pada 1.45 petang semalam (lihat carta kedua).

Lonjakan luar biasa itu, berbanding hari-hari sebelumnya, mula dikesan tengah hari Isnin lalu - justeru mula menjadi subjek pertikaian sekumpulan pengguna internet di ruang diskusi Facebook.

Bagi soalan pertama, pada 10 Ogos, hanya 1,499 respons memilih jawapan ISA sebagai "undang-undang pencegahan" tetapi naik sehingga 887 peratus 14,807 respons. Jumlah respons pula meningkat mendadak sebanyak 16,171 – dari 13,644 kepada 29,815 respons.

Ketua Komunikasi Korporat KDN, Jamilah Taib, juga editor portal berita tersebut berkata, kementerian tidak menyeleweng data tersebut seperti didakwa. Sebanyak 57 peratus daripada 37,944 respons menganggapnya "undang-undang pencegahan."

Maklumat ini membuktikan bahawa ISA masih diperlukan, cuma ianya perlu dirombak agar ianya tidak mengelirukan rakyat. Maknanya, demonstrasi Mansuhkan ISA pada 1 Ogos lepas bukanlah suara dari majoriti rakyat Malaysia, tetapi ianya adalah strategi pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan sebelum ini beberapa kajian sedang dilakukan bagi mengemaskini Akta ISA. Maka, kita tidak sewajarnya melakukan sebarang bentuk perhimpunan haram yang akan menyusahkan ramai pihak.

2 ulasan:

Mantan Pemuda UMNO Bahagian Tapah berkata...

Seperti biasa, hukum,mahkamah,pilihan raya,poll dll semuanya mesti berpihak kpd puak pembangkang, itu baru adil. Malahan suara rakyat pun mereka kuasai, sedangkan UMNO/BN yg mendapat majoriti suara rakyat. Apa yg mereka tak sedar, PRU12 tu pun adalah tumpang tuah atas undi protes org UMNO sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Cuba try. Survey KDN takde credibiltiy. Saya sorang boleh undi dekat 100 kali. Letih!