8/05/2009

SAMAN RM 100 JUTA - ANWAR JUTAWAN SAMAN, GILA DUIT !!!!!!

Ramai tersenyum apabila peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim beritahu Penasihat PKR itu akan saman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar Utusan Malaysia berjumlah RM100 juta kerana dakwa memfitnahnya.

Ini ekoran Utusan Isnin lalu melaporkan di muka depan kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu. Tersenyum kerana dua sebab. Tindakan menyaman bermakna Anwar masih percaya kepada sistem perundangan negara ini walaupun siang malam pagi petang asyik jaja kata institusi kehakiman negara ini sudah teruk dan tidak boleh dipercayai.

Keduanya, semua orang tersenyum kerana jika saman terbaru ini dilaksanakan, sejak tahun 1999, tuntutan saman Anwar di mahkamah yang masih belum selesai sehingga kini telah mencecah RM520 juta.

Selepas ini Anwar nak saman siapa pula? Lain kali, saman dekat Mahkamah Keadilan Dunia la.. Mahkamah Malaysia kan, tak telus... bohong dan zalim (mengungkap kata-kata Anwar). Bila bab saman, guna juga Mahkamah Malaysia yang tak telus ni..

Kalau sudah kata gila wang, gila wang juga.


2 ulasan:

Tok Ayah berkata...

SAMAN? ALAHAI JANGAN BUANG MASA. KES YANG DOK ADA PUN TERTANGUH-TANGGUH. DAH MENYAMPAH AKU TENGOK MUKA ORANG NI DENGAN ANAK BINI DIA.

fedup berkata...

salam

asik2 dia..hai..kes dia lagilah tak selesai nak saman owg lak..mendelah bang nuar..bukan nyampah siap muntah belahak baca hal dia..

tu s'gor tu..apa celita..senyap jer bang nuar..