10/12/2009

KEMENANGAN BAGAN PINANG - FITNAH 'ANAK LUAR NIKAH' ISA SAMAD BAWA TUAH..

Selepas berdepan kekalahan hampir semua pilihan raya kecil sebelum ini kecuali di Batang Ai, Sarawak, Barisan Nasional (BN) bangkit mengekalkan kemenangan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, pada Ahad. Kemenangan dengan majoriti 5,435 undi – sesuatu diluar jangkaan, dianggap cukup manis oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pertama, ia sebagai kebangkitan BN serta manifestasi penerimaan semula semua kaum terhadap BN selain menang di semua lapan peti undi.

Calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar dengan majoriti di luar jangkaan. BN memperolehi majoriti 5,435. Isa memperolehi 8,013 undi manakala calon PAS Zulkefly mendapat 2,578 undi. Undi yang ditolak pula 223. Pengumuman dibuat oleh Pengurus pilihan raya tepat 8.02 malam. Keputusan itu disambut dengan sorakan para penyokong BN yang berada di dalam dewan pengumuman Majlis Perbandaran Port Dickson. Pada pilihan raya umum Mac 2008, calon BN ketika itu Allahyarham Azman Mohd Nor memperolehi undi sebanyak 6,430 manakala calon PAS Ramli Ismail (4,097) dan BN menang dengan majoriti 2,333. Berdasarkan keputusan tersebut, PAS kehilangan hampir separuh daripada undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum 2008.

Pembangkang sebelum ini menjadikan gambar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menimang seorang bayi sebagai tohmahan kononnya itu anak luar nikah beliau. Padahal itu kanak-kanak itu, Nurnajwa adalah cucu beliau hasil perkahwinan anaknya Mohd Najib dengan Sharifah Madehah. Mungkin ramai tidak tahu, Nurnajwa genap 8 bulan pada Ahad, hari sama datuknya Mohd Isa kembali sebagai wakil rakyat DUN Bagan Pinang. Barangkali itulah tuah Mohd Isa, walaupun sebelum ini beliau ditohmah kerana cucunya tetapi Nurnajwa mungkin membawa tuah dan rezeki kemenangan beliau dengan majoriti besar menewaskan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Pembangkang seperti biasalah. Apabila kita memperolehi kemenangan dikatanya kita tidak telus. Apabila mereka menang dikata pula rakyat Malaysia menolak BN, walaupun memang hanya di DUN tersebut. Menang kita kena maki, kalah pun kena maki. Itulah Pembangkang.

UMNO Cawangan Gombak Selatan mengucapkan syabas buat Tan Sri Isa Samad. Kami tidak akan melupakan jasa beliau ketika memegang portfolio Menteri Wilayah Persekutuan satu ketika dahulu. Beliau banyak memberi ruang dan bantuan di kawasan kami terutamanya dalam memperjuangkan isu tanah rizab dan TOL. Tahnian Tan Sri.


Tiada ulasan: