1/13/2011

HAPUSKAN SIFAT CANTAS MENCANTAS !!!


Tabiat cantas mencantas yang berlaku dalam UMNO Kedah perlu dihapuskan sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu menawan semula negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tabiat itu memang berlaku dan ia boleh menjadi penghalang kepada cita-cita BN untuk merampas semula Kedah yang jatuh ke tangan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.Menurut bekas Presiden UMNO itu, beliau berkeyakinan perubahan dalam kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Kedah seperti yang diumumkan baru-baru ini boleh membawa kemenangan kepada BN dengan syarat sesetengah pemimpin UMNO menghentikan kelakuan yang tidak baik itu.

"Insya-Allah boleh(menang)kalau tidak ada cantas mencantas,memang boleh menang(pilihan raya).Yang jadi masalah ialah bila orang lain naik,yang tidak naik dia cantas. Bila yang tak naik ini naik, orang lain pula cantas, jadi tidak boleh menang sampai bila-bila pun," katanya selepas merasmikan prapelancaran sambutan Jubli Perak GiatMara di GiatMara Prima Kubang Pasu di sini hari ini.

Turut hadir isterinya,Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali,Pengerusi GiatMara,Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara,Meriyam Abdul Majid.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada perubahan kepimpinan UMNO Kedah yang diumumkan baru-baru ini mampu memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.Melalui rombakan tersebut,Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dilantik sebagai Pengerusi dan Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.Menjawab satu soalan Dr. Mahathir menegaskan,beliau tidak pernah campur tangan dalam menentukan kedudukan anaknya,Mukhriz dalam politik negara.Malah katanya,semasa menjadi Perdana Menteri, beliau melarang anak-anaknya daripada terlibat dalam politik kerana bimbang ia akan disalah tafsir oleh rakyat.

"Saya tak campur tangan sama sekali berkenaan dengan nasib baik buruk anak saya,daripada dulu pun saya tidak pernah campur tangan. Semasa jadi perdana menteri.saya larang anak saya daripada terlibat dalam politik,takut orang kata kerana bapa dia perdana menteri.Sekarang ini bapa dia tak jadi perdana menteri,masih lagi bapa tak ada kacau.Ini urusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin-pemimpin UMNO yang menentukan," ujarnya.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

Tiada ulasan: