1/18/2011

NG KIAN NAM MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA !!!

Peguam yang menimbulkan kontroversi kerana mempertikaikan azan, Ng Kian Nam semalam memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas kesilapannya itu.Katanya,perkara itu terjadi kerana beliau sebenarnya tidak tahu membezakan antara laungan azan dengan ceramah ataupun kuliah subuh.

“Saya perlu jelaskan saya tidak pernah meminta ataupun berniat untuk menghentikan atau mempertikaikan azan yang merupakan elemen yang begitu penting dalam sembahyang umat Islam.Saya perlu mengaku tiap-tiap orang ada kelemahannya termasuk saya. Sebagai seorang bukan Muslim, semasa saya tulis surat tersebut, saya langsung tidak tahu membezakan antara azan dan ceramah.Maka saya ingin memohon maaf secara tulus ikhlas jikalau kekeliruan saya ini menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak khasnya umat Islam di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis dialog dengan dua persatuan penduduk Pantai Dalam.

Hadir sama,Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang bertindak sebagai moderator dialog tersebut dan Pengerusi Majlis Gabungan Ayahanda-Ayahanda Wilayah Persekutuan,Zakaria Awang.Kian Nam yang juga ahli MCA sebelum ini dilaporkan menghantar surat kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) meminta laungan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah di Jalan Pantai Permai di sini diperlahankan kerana mengganggu tidurnya yang tinggal berdekatan.

Tindakan Kian Nam itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam sehingga mendorong lebih 100 orang mengadakan demonstrasi di pekarangan masjid tersebut pada Jumaat lalu.Menurut Kian Nam, beliau akan berpindah semula ke rumahnya di Pantai Dalam sedikit masa lagi kerana penerimaan masyarakat Melayu dan Islam di sana yang sedia memaafkannya.Beliau sebelum ini berpindah sementara kerana bimbangkan keselamatannya ekoran bantahan masyarakat Islam setempat.Dalam pada itu,Raja Nong Chik memberitahu, beliau kesal dengan sikap sesetengah pihak yang mensensasikan isu agama tersebut untuk pelbagai tujuan termasuk kepentingan politik.

“Pada saya ia hanya salah faham, jadi ia sebenarnya bukanlah isu. Pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili penduduk di Pantai Dalam pun menerima hakikat ini,” ujarnya.

Sementara itu, Zakaria berkata,demonstrasi bantahan yang dianjurkan oleh pihaknya pada Jumaat lalu merupakan petunjuk bahawa kesucian dan kedaulatan Islam akan terus dipertahankan di negara ini.Beliau bagaimanapun memuji keberanian serta keikhlasan Kian Nam yang tampil serta memohon maaf pada majlis dialog itu.

“Kalau boleh kami minta Kian Nam memberitahu rakan-rakan daripada kaum lain supaya memahami dan tidak mencampuri hal ehwal agama Islam,” tegasnya.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

1 ulasan:

Laksamana Bentan berkata...

Itulah perbezaan antara Ng Kian Nam ahli MCA yg menganggotai BN berbanding dengan Teresa Cock yang menganggotai DAP.

Ng Kian Nam secara ikhlas memohon maaf terbuka dan diterima dengan ikhlas juga.

Tetapi teresa Cock tetap angkuh malah sangat berminat menimbulkan isu perkauman dan agama untuk dapatkan undi dari kaum China dan ahli2 Pas.