1/12/2011

SHUHAIMI TIDAK DATANG MEMBERI KETERANGAN SEBALIKNYA MENGHANTAR PENYOKONG !!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda,Shuhaimi Shafiei yang sepatutnya hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11 petang semalam,gagal berbuat demikian.

Beliau sebaliknya 'menghantar' kira-kira 30 penyokongnya berhimpun di balai polis itu dengan membawa kain rentang tertera perkataan 'Kami Bersama Berdiri Teguh Di Belakang YB Suhaimi Shafie'.Turut hadir Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang memasuki IPD itu pukul 2.15 petang dan keluar selepas 30 minit kemudian.

Shuhaimi dikehendaki polis supaya hadir memberikan keterangan yang dipercayai berhubung kenyataan dalam blognya yang dilihat sebagai menghina dan menghasut orang ramai menentang institusi beraja di negeri ini.Bagaimanapun,wakil rakyat itu dikatakan hanya akan hadir jika polis mengeluarkan notis 111 terhadapnya.

Sumber dari utusan menyebut Tian Chua berkata,arahan polis memanggil ADUN tersebut semalam hanya tindakan terburu-buru dalam memulakan siasatan.Beliau mendakwa tindakan polis itu seolah-olah mengugut ADUN berkenaan dan memberikan tekanan terhadapnya dan kerajaan PKR Selangor.

"Selain itu,tindakan polis yang datang ke rumah Shuhaimi malam tadi adalah tidak perlu dan tidak bersesuaian.Lagipun tiada notis rasmi mewajibkan Shuhaimi hadir ke balai polis hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memaklumkan kepada polis tentang ketidakhadiran Shuhaimi di balai polis itu di sini hari ini.Ahli Parlimen Batu itu berkata, perbincangan dengan peguam telah dilakukan dan berpendapat Shuhaimi hanya akan hadir memberikan keterangan selepas menerima notis 111.Selain itu katanya,pihak polis juga perlu memberikan jaminan keselamatan terhadap Shuhaimi.Beliau turut mendesak pihak polis agar tidak melibatkan diri dalam politik dan perlu bertindak profesional.Sementara itu,Ketua Polis negeri,Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi hari ini berkata, polis hanya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah iaitu merekod kenyataan percakapan mereka berkaitan dengan satu kes yang disiasat.

"Sekiranya saksi enggan tampil apabila dipanggil,baru polis keluarkan notis 111 untuk dirakam percakapan.Seksyen ini bukan bermakna dia salah tetapi hanya untuk merekod kenyataan.Kita bukan nak tangkap Shuhaimi dan kalau betul (hendak tangkap), buat apa keluarkan notis?" ujar beliau.

Mengenai kehadiran anggota polis ke rumah Shuhaimi, beliau berkata, ia bagi mengetahui bila wakil rakyat itu akan datang ke balai untuk memberi keterangan.

"Memang polis tidak mencampuri urusan politik dan polis hanya bertindak mengikut fakta undang-undang.Apabila sudah ada 25 laporan polis dibuat terhadap Shuhaimi, polis mesti menjalankan siasatan, ini bukan mengenai politik atau tidak, kaya atau miskin atau bangsa apa, kita hanya pandang dari segi undang-undang," katanya.

POST BY DR.ME...

Tiada ulasan: