
Mengulas keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan sokongan kepada BN di beberapa peti undi. Sikap pengundi menurutnya tidak banyak berubah tetapi BN akan tetap mengambil perhatian perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para pengundi baik daripada kalangan Melayu, Cina mahupun India semasa tempoh kempen pilihan raya kecil berkenaan.
BN terutama UMNO tidak perlu berputus asa. UMNO perlu bersatu hati dan bergerak secara berpasukan dalam menempuh pembangkang. UMNO kini tidak perlu lagi memikirkan soal Kumpulan A atau Kumpulan B dalam menggerakkan parti ini kerana perjuangan kita dalam membela Agama, Bangsa dan Negara.
Pemuda UMNO terutamanya perlu bergerak secara 1 pasukan yang mantap bagi memperhebatkan semula jentera parti kita. Buang segala perang dan syak wasangka di kalangan kita. Ayuh kita bersatu dan berperang menentang pembangkang.

1 ulasan:
Salam,
PAS menang ditempat sendiri apa nak heran sgt. Tp BN dapat Lunas, ok ape.
Catat Ulasan