

Tempoh kempen tiga hari terakhir dalam suasana bulan puasa juga berjalan seperti biasa malah meriah pada petangnya apabila petugas parti bersama-sama berbuka puasa manakala bersolat terawih pada malamnya. Hanya isu calon mendominasi kempen dengan calon BN, Rohaizat Othman diasak isu lesen guamannya dibatalkan Majlis Peguam manakala calon PAS, Mohd Salleh Man juga dikaitkan dakwaan pecah amanah RM600,000 wang peruntukkan kempen di parlimen itu sebelum ini.
PAS dan jentera pembangkang PKR dan DAP turut mempergunakan kenyataan rakan kongsi calon BN itu, Yusri Isahak yang kecewa kerana mendakwa jadi kambing hitam dalam kes pembatalan lesen guaman Rohaizat. Bagaimanapun, Yusri pada dua hari terakhir kempen, tampil menyatakan sokongan terhadap Rohaizat dan menyelar pembangkang kerana menjadikan kenyataan beliau dua hari sebelum itu untuk menyerang Rohaizat
Pihak UMNO Cawangan Gombak Selatan mengucapkan Selamat Mengundi buat pengundi DUN Permatang Pasir. Undilah BN kerana perjuangan kami untuk anda.
3 ulasan:
PAS sentiasa menangguk di air yg keruh, sentiasa mencari isu yg boleh menjatuhkan lawan, termasuklah mengheret dan mengupah seorang perempuan agar mengaku sebagaiu bini no 2 calon BN.
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
Salam,
Keikhlasan anak-anak muda untuk memastikan bangsa Melayu dan agama Islam seterusnya bumi Malaysia bermartabat, InsyaAllah BN akan mencapai kemenagan....
salam
PRK PERMATANG PASIR - MILIK SIAPA? .......... SUDAH TENTU BILIK BN kemenangan dengan majoriti yang besar .... kali ini PAS terhemPAS
Catat Ulasan