10/04/2009

DATUK AZEEZ DIPUKUL - MAFIA PAS TAK BERADAB !!

PAS sudahpun masuk kandang bersama PKR dan DAP selepas pilihan raya umum lalu. Macam pepatah, masuk kandang kambing kenalah mengembek, masuk kandang rimau kenalah mengaum. Secara tak langsung, budaya keganasan dan provokasi yang kerap dikaitkan dengan PKR ketika pilihan raya sudah meresap ke dalam PAS gara-gara sekandang.

Sebab itulah juga, sekumpulan penyokong parti itu melakukan provokasi melampau dan menyerang dua pemimpin UMNO ketika proses penamaan calon dalam polihan raya kecil DUN Bagan Pinang, di Port Dickson pagi Sabtu.

Dalam insiden kira-kira jam 9.45 pagi itu, bekas Pengerusi Putera UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa dipukul penyokong parti lawan ketika menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Sekurang-kurangnya sembilan penyokong PAS menumbuknya menyebabkan Ketua UMNO Bahagian Baling untuk cedera di bahu dan leher kiri. Abdul Azeez berkata, ketika kejadian beliau bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa ahli parti daripada UMNO Bera berjalan ke pusat berkenaan.

Kurang 200 meter sebelum tiba di pusat itu, mereka terus diejek oleh penyokong-penyokong pembangkang termasuk beberapa orang daripada mereka menayang wang kertas ke muka Ismail Sabri, yang juga ahli MT.

“Kami tidak menghiraukan provokasi mereka dan terus berjalan. Barangkali marah kami tidak respons dan hampir sampai ke pusat penamaan, beberapa orang daripada mereka cuba menerpa Ismail,” ujarnya.

Bagaimanapun, pengawal peribadi menteri itu berjaya melindungi Ismail menyebabkan cubaan serangan itu terus ke arah Abdul Azeez yang berjalan di belakang Ismail. Beberapa anggota polis yang bertugas meluru ke arah kumpulan terbabit dan berjaya mengawal keadaan dan mengarahkan pengikit-pengikut parti lawan beredar. Abdul Azeez dan Ismail kemudian terus menuju ke pusat pencalonan diiringi anggota polis dan penyokong-penyokong BN yang berkejar ke tempat kejadian.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditanya reaksinya mengenai kejadian itu, menyifatkan PAS hanya parti dengan nama Islam sahaja tetapi tindak tanduknya tidak beradab serta tiada akhlak.

Katanya, PAS cakap tidak serupa bikin. “Itu contoh parti PAS tidak beradab. Kata parti Islam, biasanya Islam berhemah,berakhlak dan bermoral. Mereka bukan parti Islam tapi PAS sahaja, sebab itu mudah guna cara provokasi dan taktik kotor lain,” katanya dalam sidang media selepas proses penamaan calon tersebut.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, tindak tanduk PAS kerap cakap tidak serupa bikin. “Perkara ini bukan baru, mereka juga buat perkara serupa di tempat lain. Kenyataan (Mursyidul Am PAS, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) kata guna cara baik, jangan kritik peribadi tapi semuanya cakap saja, tak serupa bikin,” tegasnya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan menyerang Abdul Azeez menunjukkan pembangkang tertekan untuk menang di Bagan Pinang. “Sebelum ini ada wartawan diserang dan macam-macam lain termasuk Puteri UMNO, Kita (UMNO dan BN) tidak pernah mengasari sesiapa. Saya berharap polis akan mengambil tindakan terhadap kejadian itu,” katanya.

Naib Presiden UMNO itu percaya tindakan itu dicetuskan oleh orang luar bagi mengeruhkan keadaan. Manakala Ismail Sabri pula berkata, insiden itu dapat dikawal kerana penyokong-penyokong BN tidak bertindak balas terhadap provokasi yang dilakukan penyokong pembangkang terhadapnya dan Abdul Azeez.

“Selama ini kita menunjukkan sikap berhemah, saling menghormati sistem demokrasi dalam pilihan raya. Tindakan ini membuktikan itulah rupa sebenar PAS dan parti pembangkang,” jelasnya. Ismail dan Abdul Azeez kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO memang kaki pembohong. Tumbuk diri sendiri pastu tuduh orang lain. Provokasi murahan. Dulu pun tuduh orang lain pukul dia kat Terengganu. Harap badan saja besar tapi akai takdak.

Tanpa Nama berkata...

Yela.. Bila time org BN kene tumbuk, dikatanye org BN pembohong.. Sumernye org BN bohong. Dorg je yg betul...

Dorg xtau yang dorg da kne tipu ngan Anwar... 16 September, 16 September..

Suda2 la...

Tanpa Nama berkata...

persoalannye
mane anak buah KETUA PUTERA UMNO ni
dah xde org nak eskot KETUA PUTERA UMNO ni ke

hahaahahahahaha

dah taw 2 kawasan pas,yg KETUA PUTERA UMNO ni wat bebal je masuk dlm 2 watpe?
dah xtaw peraturan pilihanraye ape?
bebalnye KETUA PUTERA UMNO ni

Tanpa Nama berkata...

yang bawak KEPALA LEMBU tu org UMNO CILAKA kan bkn org PEMBANGKANG peciter???PERGI JAHANAM SAMA AMNO......

Tanpa Nama berkata...

yang bawak KEPALA LEMBU tu org UMNO CILAKA kan bkn org PEMBANGKANG peciter???PERGI JAHANAM SAMA AMNO......

pemuda berkata...

Sudahlah orang-orang PAS..kamu semua hanya boneka yang dikawal oleh peliwat terkenal yang takut bersumpah..mana kekuatan orang islam kalau dok bertumbuk sesama agam!!!

Tanpa Nama berkata...

Mcmana pakaian masih terurus ,topi masih atas kepala kalau kena belasah tak mcm gobala baru real

AnakGanu berkata...

mana la buktinya dia kena tumbuk tu...aku x puas ati btol ngan mamak ni...

Tanpa Nama berkata...

deeii...mana bukti...cari sekeping gambar RM 1000 kasi...cepattt

Tanpa Nama berkata...

Biasa la.. mane org2 PAS nak percaya... Dorgkan penyokong PAS.. Tapi xpyh la sampai nk hina kami dari UMNO ni...

Biar polis siasat.. Azeez da wat laporan polis.. Jap, ooo.. org PAS xpecaya polis kt negara kita... Lupa.. Sukati la.. sumer xcaya.. org2 dia je btol..

Tanpa Nama berkata...

Baser la... Depa org2 PAS ni mmg cmtu... Skrg ni pe2 hal sumer nak bukti.. Mcm dorg tu polis..

Sukati la.. Aku ttp sokong BN..

Halim Tuah berkata...

PAS BERJUANG CARA REVOLUSI IRAN
Semasa Revolusi Iran tahun 1979 dan ketika pembentukan Kerajaan Revolusi Iran tahun 1980’an, ramai dari kalangan tokoh-tokoh PAS melawat Iran termasuk TG Hadi Awang, TG Nik Aziz, bahkan hampir kesemua tokoh kepimpinan PAS melawat Iran. Anak TG Nik Aziz kemudiannya dihantar menuntut di Qom Iran, juga termasuk ramai pelajar dari sekolah-sekolah Agama kelolaan PAS dihantar ke Iran.

PAS yang selama ini tidak menyokong MAZHAB SYI’AH, telah kemudiannya mengiktirafnya sebagai salah satu mazhab yang diterima oleh Dunia Islam selain AHLIL SUNNAH WAL JAMA’AH. Bahkan fahaman SYI’AH telah diserapkan ke dalam PAS, termasuk juga meniru teknik dan cara perjuangan Revolusi Iran. Kita dapati cara perjuangan PAS adalah ala revolusi dan sering terlibat dengan demonstrasi, bersikap kasar serta mencaci maki tokoh-tokoh pemimpin bukan PAS.

http://www.youtube.com/watch?v=PRzYG9vJXAQ

http://www.youtube.com/watch?v=D8Dw3Pv1Lbc

http://www.youtube.com/watch?v=LtRlJNbS_Ec