1/21/2010

KERAJAAN BAZIR WANG RAKYAT RM1 BILLION TAJA F1 TEAM? - PAS FITNAH LAGI...

PAS nampaknya memfitnah Kerajaan Malaysia lagi dengan mendakwa bahawa Kerajaan telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM1 billion untuk menaja Pasukan 1Malaysia F1 Team.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahamad Shabery Cheek, perbelanjaan perlaksaan projek tersebut dibiayai oleh syarikat-syarikat swasta seperti Air Asia, Proton, Naza Group dan lain-lain, bukan melalui peruntukan kerajaan. "Kerajaan tidak mengeluarkan sesen pun wang rakyat untuk program ini. Kerajaan hanya memberi sokongan dan mengalu-alukan projek swasta sebegini". Itulah ulasan beliau.

PAS baru-baru ini memfitnah Kerajaan dengan mendakwa Kerajaan BN telah membazirkan wang rakyat dengan memberi peruntukan RM 1 billion dalam Bajet 2010 untuk Formula 1. Ianya juga seperti didakwa PAS menyebabkan pengurangan subsidi gula sehingga menyebabkan harga gula naik RM 0.20 sekilogram.

Inilah kerja PAS dan Pakatan Pembangkang. Sengaja ingin menutup masalah dalaman mereka dan cuba mengalihkan pandangan masyarakat terhadap masalah Kerajaan Negeri pimpinan mereka dengan mencipta fitnah kepada Kerajaan BN.

Sudah-sudahlah PAS.. Selesaikan masalah kamu di Negeri Kelantan terlebih dahulu. Sudah tahap kritikal da...

PS - Exco Selangor didakwa lakukan rasuah? Aik, 'Pejuang Keadilan' pun main rasuah ka?


3 ulasan:

Matrengganu berkata...

I rasa kerajaan buat klinik 1Malaysia lagi membazir..sebab nya semua orang PAS jer yang berebut2 ambil ubat kat situ. kalau tak percaya,pagi esok pegi tengok sendiri kat klinik 1Malaysia Kedai Jelawat, pukul 7 pagi dah penuh dengan orang PAS nak minta panadol,sakit telinga dengar ceramah,bisul naik kat mulut kerana suka maki hamun,dan tak kurang juga otak sikit senget kerana terkena doa Tok Guru

AbgTuah berkata...

HAHAHA..MAT TRENGANU MELAWAK...

SHABAS BLOG UCGS..ARTIKEL YG HEBTA..MAMPU MENJAWAB TOMAHAN DARI PEMBANGKANG.

JIKA KITA BERTERUSAN MENGELUARKAN ARTIKEL DAN PENERANGAN BERFAKTA SEBEGINI INSHALLAH AKHIRNYA RAKYAT AKAN MEMBUKA MATA BAHAWA PEMBANGKANG HANYA PANDAI BERMAIN SPIN DAN TOMAHAN.

UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...

Jutaan Terima Kasih... Inilah tugas kita.. Menjawab segala persoalan yang dilemparkan Pembangkang..

Sama2 kita terus berusaha..