1/21/2010

NIZAR AKUI MELAYU PERAK SUDAH TAK SOKONG PAKATAN - SEDAR PUN? INGATKAN TAK SEDAR..

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Namun, Mohammad Nizar berkata, keseluruhannya sokongan rakyat terhadap pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin menang.

Bernama melaporkan beliau berkata demikian pada sidang akhbar di rumahnya di sini sempena setahun kerajaan negeri pimpinan DAP, Pas dan PKR tumbang setelah dua Ahli Dewan Undangan Negeri 9Adun) daripada PKR dan seorang daripada DAP keluar parti masing-masing untuk memberi sokongan kepada BN sehingga membolehkan BN berkuasa kerana mempunyai majoriti dalam dewan.

Mohammad Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri dan meminta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Mohammad Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Sedar pula Nizar ni. Itulah. Kamu sewajarnya bertanya pada diri kamu, kenapa Melayu Perak sudah tidak percayakan kamu. Muhasabah diri sikit. Jangan pula salahkan UMNO lagi. Sendiri buat salah, sendiri tanggung.


Tiada ulasan: