1/11/2010

SERANG RUMAH IBADAH TINDAKAN BODOH - ADA PIHAK CUBA SABOTAJ UMNO???

UMNO Cawangan Gombak Selatan mengambil kesempatan disini menyatakan penditian mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang bertindak keterlaluan merosakkan rumah Ibadah seperti yang berlaku baru-baru ini. Tindakan membaling bom di Gereja kawasan Desa Melawati merupakan tindakan bodoh dan mencemarkan Agama Islam.

Situasi yang sama berlaku di Surau di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, Klang dekat Shah Alam di mana cermin surau tersebu didapati pecah setelah dibaling dengan batu. Selain cermin pintu itu yang pecah, terdapat tompokan air yang dibuang ke dalam surau berusia 13 tahun itu.

Astagfirullahal Azim. Memang. Kontroversi penggunaan nama Allah telah menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati beberapa pihak termasuk dari pihak kami. Namun, janganlah pula kita melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal dan menyebabkan hubungan baik antara agama di Malaysia lumpuh. Ada cara dan pendekatan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.

Jika mengadakan demonstrasi aman, kita masih boleh terima. Ini sampai merosakkan rumah Ibadah. Adakah ini ajaran Islam? Datuk Seri Najib sendiri telah memberi jaminan bahawa isu penggunaan nama Allah ini akan diselesaikan. Oleh itu, janganlah pula dibuat perkara gila sebegini. Di mana letaknya adab dan semangat keharmonian masyarakat Malaysia?

UMNO Cawangan Gombak Selatan meminta pihak polis menyiasat dan menyiasat secara terperinci tentang perkara ini. Kepada semua pihak, kita perlu tekadkan diri kita bahawa sebarang perselisihan faham yang berlaku antara sesama kita hendaklah mengambil pendekatan yang lebih bijak yang sememangnya akan dapat menyelesaikan sesebuah masalah.

Ini bukanlah budaya kita di Malaysia. Semoga Allah melindungi Malaysia dari sebarang anasir keganasan melampau.


PS : Dengar kata insiden-insiden ini dilakukan oleh satu pihak bagi mensabotaj UMNO. Betul ke? Wallahu 'A'lam.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasalah PR nak tunjuk hero, yg buruk berlaku keja semua UMNO, kalau UMNO buat baik pun UMNO tak betul, pendek kata semua yg UMNO buat semua tak betul dan ta baik belaka. Walhal PR juga yg melebelkan UMNO ni "kafir". Kalau dah PR sendiri yg kata UMNO ni "kafir" buat apa nak buat kerja terkutuk mcm ni. Sikit punya bodoh ke PR. Selalunya yg terlalu ekstrim bab bab agama ni dtgnya dari puak puak HamPas. Kalau kita tunding jari pada HamPAs kan jadi isu pulak, masalah yg timbul tak patut diperbesar besarkan atau mecurahkan lagi "petrol" dlm api menyemarakkan isu ni. Sepatutnya, semua pihak perlu bertenang, guna akal fikiran, sabar serta tunggu siasatan polis. Jgn ambil sikap nak tunjuk terror atau pandai sendiri nanti buruk padahnya.

Bawa bawalah bertenang, jgn kerana nila setitik nanti rosak susu sebelanga.

10 BUDAK HITAM berkata...

Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

http://10sibudakhitam.blogspot.com/

dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

Saya dengan ini juga secara rasminya menjadi followers blog saudara.

Dalam memantapkan ukhwah dan merapatkan saf, harapan saya agar dapat kita sama-sama jadi followers blog dan buktikan pengikut kita lebih ramai bersatu-padu dalam menegakkan agama,bangsa dan negara.Tunjukkan inilah generasi maya yang bersatu dalam perjuangan di alam siber.

Menjadi followers di blog saya di http://10sibudakhitam.blogspot.com, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari 10 Si Budak Hitam..Assalamualaikum.