10/22/2009

TIAN CHUA KENA TINDAKAN MAHKAMAH - PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BATU???

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas. Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu. Maka satu pilihanraya kecil di Parlimen Batu akan dibuat jika rayuan Tian Chua ditolak.

Tian Chua bersama George Soros.


Adakah ia benar-benar akan berlaku? Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan akan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Namun, jika tiada pilihanraya sekalipun di Parlimen ini, khidmat BN akan tetap diteruskan kerana Parlimen Batu banyak berjasa dengan kami satu ketika dahulu. UMNO Cawangan Gombak Selatan dahulunya bernaung di bawah UMNO Bahagian Batu.

Sama-sama kita tunggu perkembangan terkini dari SPR...

10/16/2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO - NAJIB KASI WARNING !!!!

Datuk Seri Najib Razak memberi amaran supaya tidak ada pihak dalam Umno yang cuba merosakkan sistem baru yang bakal dilaksanakan untuk memulihkan sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Jangan sesekali nak rosakkan sistem baru ini. Kita serius kali ini, minta maaf, kalau cuba (merosakkannya) akan tanggung (akibatnya)," kata presiden Umno ketika menggulung perbahasan di perhimpunan agung ke-60, petang ini. Beliau mengingatkan bahawa apa yang rakyat mahu melihat ialah imej Umno bersih dan benar-benar mahu membantu mereka dan menjadi juara rakyat.

Oleh itu, Najib mahu semua peringkat ahli dan pemimpin parti itu supaya mengambil semangat baru bagi memperkukuhkan parti dan mengikis sikap-sikap lama dan negatif yang boleh menjejaskan parti.

Sehubungan itu, katanya, Umno akan kembali kepada matlamat asal penubuhannya sebagai sebuah parti pergerakan massa. Dahulunya, katanya, Umno jadi kuat kerana ia merupakan parti pergerakan massa, bukan parti golongan elitis atau golongan bangsawan.

Sebaliknya, Umno adalah satu perhimpunan segala pimpinan Umno dari segala peringkat latarbelakang dan bergerak satu pergerakan yang mencerminkan hati nurani orang Melayu.


10/12/2009

KEMENANGAN BAGAN PINANG - FITNAH 'ANAK LUAR NIKAH' ISA SAMAD BAWA TUAH..

Selepas berdepan kekalahan hampir semua pilihan raya kecil sebelum ini kecuali di Batang Ai, Sarawak, Barisan Nasional (BN) bangkit mengekalkan kemenangan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, pada Ahad. Kemenangan dengan majoriti 5,435 undi – sesuatu diluar jangkaan, dianggap cukup manis oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pertama, ia sebagai kebangkitan BN serta manifestasi penerimaan semula semua kaum terhadap BN selain menang di semua lapan peti undi.

Calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memenangi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar dengan majoriti di luar jangkaan. BN memperolehi majoriti 5,435. Isa memperolehi 8,013 undi manakala calon PAS Zulkefly mendapat 2,578 undi. Undi yang ditolak pula 223. Pengumuman dibuat oleh Pengurus pilihan raya tepat 8.02 malam. Keputusan itu disambut dengan sorakan para penyokong BN yang berada di dalam dewan pengumuman Majlis Perbandaran Port Dickson. Pada pilihan raya umum Mac 2008, calon BN ketika itu Allahyarham Azman Mohd Nor memperolehi undi sebanyak 6,430 manakala calon PAS Ramli Ismail (4,097) dan BN menang dengan majoriti 2,333. Berdasarkan keputusan tersebut, PAS kehilangan hampir separuh daripada undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum 2008.

Pembangkang sebelum ini menjadikan gambar Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menimang seorang bayi sebagai tohmahan kononnya itu anak luar nikah beliau. Padahal itu kanak-kanak itu, Nurnajwa adalah cucu beliau hasil perkahwinan anaknya Mohd Najib dengan Sharifah Madehah. Mungkin ramai tidak tahu, Nurnajwa genap 8 bulan pada Ahad, hari sama datuknya Mohd Isa kembali sebagai wakil rakyat DUN Bagan Pinang. Barangkali itulah tuah Mohd Isa, walaupun sebelum ini beliau ditohmah kerana cucunya tetapi Nurnajwa mungkin membawa tuah dan rezeki kemenangan beliau dengan majoriti besar menewaskan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Pembangkang seperti biasalah. Apabila kita memperolehi kemenangan dikatanya kita tidak telus. Apabila mereka menang dikata pula rakyat Malaysia menolak BN, walaupun memang hanya di DUN tersebut. Menang kita kena maki, kalah pun kena maki. Itulah Pembangkang.

UMNO Cawangan Gombak Selatan mengucapkan syabas buat Tan Sri Isa Samad. Kami tidak akan melupakan jasa beliau ketika memegang portfolio Menteri Wilayah Persekutuan satu ketika dahulu. Beliau banyak memberi ruang dan bantuan di kawasan kami terutamanya dalam memperjuangkan isu tanah rizab dan TOL. Tahnian Tan Sri.


10/04/2009

DATUK AZEEZ DIPUKUL - MAFIA PAS TAK BERADAB !!

PAS sudahpun masuk kandang bersama PKR dan DAP selepas pilihan raya umum lalu. Macam pepatah, masuk kandang kambing kenalah mengembek, masuk kandang rimau kenalah mengaum. Secara tak langsung, budaya keganasan dan provokasi yang kerap dikaitkan dengan PKR ketika pilihan raya sudah meresap ke dalam PAS gara-gara sekandang.

Sebab itulah juga, sekumpulan penyokong parti itu melakukan provokasi melampau dan menyerang dua pemimpin UMNO ketika proses penamaan calon dalam polihan raya kecil DUN Bagan Pinang, di Port Dickson pagi Sabtu.

Dalam insiden kira-kira jam 9.45 pagi itu, bekas Pengerusi Putera UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa dipukul penyokong parti lawan ketika menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Sekurang-kurangnya sembilan penyokong PAS menumbuknya menyebabkan Ketua UMNO Bahagian Baling untuk cedera di bahu dan leher kiri. Abdul Azeez berkata, ketika kejadian beliau bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa ahli parti daripada UMNO Bera berjalan ke pusat berkenaan.

Kurang 200 meter sebelum tiba di pusat itu, mereka terus diejek oleh penyokong-penyokong pembangkang termasuk beberapa orang daripada mereka menayang wang kertas ke muka Ismail Sabri, yang juga ahli MT.

“Kami tidak menghiraukan provokasi mereka dan terus berjalan. Barangkali marah kami tidak respons dan hampir sampai ke pusat penamaan, beberapa orang daripada mereka cuba menerpa Ismail,” ujarnya.

Bagaimanapun, pengawal peribadi menteri itu berjaya melindungi Ismail menyebabkan cubaan serangan itu terus ke arah Abdul Azeez yang berjalan di belakang Ismail. Beberapa anggota polis yang bertugas meluru ke arah kumpulan terbabit dan berjaya mengawal keadaan dan mengarahkan pengikit-pengikut parti lawan beredar. Abdul Azeez dan Ismail kemudian terus menuju ke pusat pencalonan diiringi anggota polis dan penyokong-penyokong BN yang berkejar ke tempat kejadian.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditanya reaksinya mengenai kejadian itu, menyifatkan PAS hanya parti dengan nama Islam sahaja tetapi tindak tanduknya tidak beradab serta tiada akhlak.

Katanya, PAS cakap tidak serupa bikin. “Itu contoh parti PAS tidak beradab. Kata parti Islam, biasanya Islam berhemah,berakhlak dan bermoral. Mereka bukan parti Islam tapi PAS sahaja, sebab itu mudah guna cara provokasi dan taktik kotor lain,” katanya dalam sidang media selepas proses penamaan calon tersebut.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, tindak tanduk PAS kerap cakap tidak serupa bikin. “Perkara ini bukan baru, mereka juga buat perkara serupa di tempat lain. Kenyataan (Mursyidul Am PAS, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) kata guna cara baik, jangan kritik peribadi tapi semuanya cakap saja, tak serupa bikin,” tegasnya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan menyerang Abdul Azeez menunjukkan pembangkang tertekan untuk menang di Bagan Pinang. “Sebelum ini ada wartawan diserang dan macam-macam lain termasuk Puteri UMNO, Kita (UMNO dan BN) tidak pernah mengasari sesiapa. Saya berharap polis akan mengambil tindakan terhadap kejadian itu,” katanya.

Naib Presiden UMNO itu percaya tindakan itu dicetuskan oleh orang luar bagi mengeruhkan keadaan. Manakala Ismail Sabri pula berkata, insiden itu dapat dikawal kerana penyokong-penyokong BN tidak bertindak balas terhadap provokasi yang dilakukan penyokong pembangkang terhadapnya dan Abdul Azeez.

“Selama ini kita menunjukkan sikap berhemah, saling menghormati sistem demokrasi dalam pilihan raya. Tindakan ini membuktikan itulah rupa sebenar PAS dan parti pembangkang,” jelasnya. Ismail dan Abdul Azeez kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.


10/03/2009

PRK BAGAN PINANG 1 LAWAN 1 - GANGSTER PAS NAIK TARING !!

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar setelah Ahli Jawatankuasa PKR Teluk Kemang, Shahruddin Abdul Hamid yang bercadang hendak bertanding sebagai calon bebas gagal membawa pencadang dan penyokong bagi pencalonannya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan dua penjuru itu setelah menolak dua bantahan yang dibuat oleh BN dan PAS. Dengan itu pemilihan akan diadakan pada 11 Oktober depan.

Terdahulu, kira-kira jam 8.30 pagi dalam keadaan hujan lebat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai kira-kira 3,000 penyokong BN dalam perarakan calon ke pusat penamaan di Majlis Perbandaran Port Dickson. Manakala di pihak PAS pula, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin pakatan pembangkang mengiringi Zulkefly ke pusat penamaan calon.

Proses perarakan dan penamaan calon berjalan lancar namun dicemari dengan tindakan sekumpulan penyokong PAS yang menimbulkan kekacauan. Kumpulan berkenaan didakwa cuba membuat provokasi terhadap para penyokong BN semasa perarakan dengan menayangkan helaian wang kertas ke arah muka Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sambil menayangkan wang kertas tersebut, mereka menjerti-jeritkan 'rasuah, rasuah'. Pengawal peribadi Ismail bertindak cepat menghalang kumpulan dan melindungi Ismail dariapda serangan tersebut. Bagaimanpun kumpulan berkenaan terus bertindak kasar dan menyebabkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Rahim yang berada di belakang Ismail terkena tumbukan.

Sementara itu Muhyiddin pada sidang media selepas proses penamaan calon selesai meminta seluruh jentera BN agar tidak terlalu yakin dan selesa sepanjang tempoh kempen sehingga tarikh pemilihan pada 11 Oktober depan.

Katanya, sikap sedemikian boleh menyebabkan peluang calon BN, Isa Samad mencipta kemenangan dengan majoriti besar terjejas. Beliau juga menegaskan, dalam isu masalah dalaman, pakatan pembangkang mempunyai masalah besar kerana perbezaan pendapat di kalangan parti-parti pembangkang itu yang membentuk kerajaan di negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

“”Mereka cuba menyembunyikan tetapi jelas selama ini mereka tidur sebantal tetapi mimpin lain-lain,” jelasnya. Mengulas mengenai insiden Azeez ditumbuk sekumpulan penyokong PAS, Muhyiddin berkata, PAS nama sahaja parti Islam tetpi tindakan mereka tidak berakhlak, mengamalkan taktik kotor dan suka menabur fitnah.