6/30/2009

ISU ISLAM - KENAPA PERLU DEBAT, TIDAK MUZAKARAH?

Debat PAS-UMNO seperti dicadangkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih jadi tanda tanya dalam pimpinan parti itu. Apakah ianya dipersetujui pimpinan PAS atau Tok Guru itu hanya nak cari populariti bagi raih undi di Manek Urai?

Persoalan ini timbul kerana Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sendiri tak tahu menahu idea debat itu. Kata, beliau hanya baca laporan media. “Saya akan jumpa dia dapatkan penjelasan sebelum komen,” katanya ketika ditemui di Parlimen, Isnin.

Naib Presiden parti, Salahuddin Ayob pula mengakui, idea Tok Guru itu tidak dibincangkan di peringkat AJK PAS Pusat. Beliau melihat cabaran Nik Aziz itu atas kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelatan.

Bagaimanapun, beliau menyokong diadakan debat terbuka berbanding dialog yang dicadangkan sesetengah pihak.

“Perdebatan ini juga untuk cari penyelesaian. Perkataan debat ini tak seharusnya dijadikan konotasi yang tak baik, jadi ketegangan dan sebagainya,” katanya.

Apa yang lebih menarik, ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim setuju dekat, Wakil Rakyat PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin berkata, dialog adalah cara terbaik selesai soal Islam UMNO ataupun PAS.

“Dalam debat kita tak boleh kawal..ada isu Islam..ada isu kaum. Lebih sesuai diadakan dialog,” katanya kepada Agendadaily di lobi Parlimen.

Zulkifli turut bertanya, tujuan debat itu untuk apa? “Kalau nak cari populariti, debatlah. Tapi kalau nak selesai masalah, dialoglah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kenyataan Nik Aziz yang agak keterlaluan termasuk menyamakan parti UMNO dengan komunis dan ajaran sesat disebabkan Menteri Besar Kelantan itu ada pengalaman pahit dengan UMNO.

Beliau turut mencadangkan dialog itu dibuat berkumpulan bukan setakat Nik Aziz dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.

Selain itu katanya, perlu ada moderator yang arif hal agama dan perihal umat Islam mengendalikan dialog berkenaan.

Sementara itu Bernama melaporkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Islam lebih mengutamakan proses muzakarah atau perbincangan berbanding mujadalah atau berdebat dalam soal perpaduan Ummah.

Beliau berkata Islam juga tidak menolak perdebatan untuk berhujah dan berdepan dengan individu atau kumpulan bukan Islam, khususnya dalam soal berkaitan akidah sepertimana ketika Nabi Musa berhadapan dengan Firaun.

"Dalam Islam lebih baik muzakarah (dalam soal perpaduan Ummah). Lebih baik duduk semeja dan berunding daripada berdebat," kata mufti itu.

"Debat itu wajar kalau hendak hujah dengan bukan Islam contohnya tentang akidah tapi ini untuk mencari jalan kepada perpaduan (sesama Islam)... Jadi lebih baik utamakan muzakarah," kata Harussani.

"Kalau hendak bincang soal polisi bolehlah berdebat tapi ini untuk mencari jalan dalam soal perpaduan," kata Harussani.

Bagi pensyarah media dan komunikasi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, kedua-dua proses muzakarah dan perdebatan adalah penting untuk mencari titik pertemuan dalam sebarang perkara.

"Ianya ibarat dua keretapi berhenti di stesen yang sama," kata Abu Hassan.

Katanya, ia perlu dilihat sebagai proses bersekutu dan bukannya berseteru.

"Tamadun juga dibina atas dua proses ini (perbincangan dan perdebatan). Malah di Parlimen juga berasaskan kepada dua proses ini yang saling melengkapi," kata Abu Hassan.

Namun pensyarah media itu berkata proses itu hanya akan berjaya, jika kedua-dua pihak benar-benar ikhlas untuk mencari titik pertemuan dalam soal perpaduan itu.

Soalnya sejauhmana pihak terbabit terutama PAS melihat kepada kepentingan perpaduan Melayu ini, katanya.


6/29/2009

PRK Manik Urai - TUAN AZIZ OBOR PERPADUAN

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat,39 akan menjadi calon Barisan Nasional untuk berentap dengan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Nama beliau diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis di Kampung Sok Luar Manek Urai petang Ahad.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu pemilihan Tuan Aziz direstui dan mendapat sokongan padu pimpinan parti termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga semua peringkat UMNO selain diterima baik anggota akar umbi.

"Kita beri peluang semua untuk kemuka pandangan. Susahnya kita di Manek Urai ini (untuk pilih calon), kerana ada ramai tokoh yang layak. Bagaimanapun, kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi," katanya.

Muhyiddin berkata seluruh pimpinan parti yakin Tuan Aziz dan jentera pilihan raya yang diketuai Mustapa, dapat menebus kekalahan BN di kerusi itu pada pilihan raya Umum 8 Mac tahun lalu.

Turut hadir, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin, pimpinan Umno dan parti komponen tempatan.

Muhyiddin berkata seluruh pimpinan parti yakin Tuan Aziz dan jentera pilihan raya yang diketuai Mustapa, dapat menebus kekalahan BN di kerusi itu pada pilihan raya Umum 8 Mac tahun lalu.

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini."

"Penting untuk pilih calon yang berilmu kerana dialah yang nak bimbing masyarakat di sini, tak ada ilmu bahaya kerana mungkin dia terseleweng," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata mungkin ramai yang memandang sinis jika BN menang di Manek Urai kerana wakil rakyat BN hanyalah pembangkang dalam DUN Kelantan malahan ia langsung tidak akan menjejaskan struktur kerajaan negeri yang dipimpin PAS.

Namun, tegas beliau, wakil rakyat BN di Kelantan disokong oleh kerajaan Pusat." Dia calon BN. Saya sendiri akan bantu jadikan Manek Urai simbol kebangkitan semula UMNO dan BN. Dalam masa yang sama, kita akan lihat bagaimana kawasan ini boleh dimajukan," katanya.

Katanya sejak dari awal penubuhannya, BN yang ditunjangi UMNO terbukti mampu membela nasib rakyat seluruh negara dan tradisi itu akan tetap diteruskan.

"Kita akan teruskan perjuangan pemimpin terdahulu, untuk bangunkan negara dengan dasar yang jelas, iaitu setiap lapisan masyarakat mendapat pembelaan adil dan saksama.

Bercakap kepada para wartawan kemudian Muhyiddin menafikan dakwaan yang disebarkan oleh PAS kononnya berlaku "cah keting" atau cantas mencantas dalam proses pemilihan calon BN.

"Itu anggapan PAS sahaja berlakunya cah keting dan ia tidak pernah berlaku dalam pemilihan sebaliknya calon ini mendapat sokongan semua pihak.

"Tuan Aziz ini bukan sahaja mampu menarik sokongan golongan muda tetapi berdasarkan sokongan yang diterima, kita yakin semua golongan akan menerimanya dengan baik," katanya. Tuan Aziz pula ketika ditemui berjanji akan membantu membangunkan Manek Urai jika dipilih pengundi untuk mewakili kawasan itu.

Anak kelahiran Kuala Krai dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata beliau yang dibesarkan di Kuala Krai memahami kehendak penduduk di situ yang mahu sesuatu dilakukan bagi membangun kawasan tersebut.

Beliau yang bertugas sebagai Pengurus Pemantauan dan Penyelarasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu mahu memanfaatkan pengalamannya yang pernah bekerja di sektor swasta dan kerajaan untuk tujuan tersebut.

"Saya sudah biasa dengan permasalahan rakyat di sini dan amanah untuk mewakili BN akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh," katanya.

6/28/2009

PRK Manik Urai - TUAN AZIZ MAT PERLU KERJA KERAS

Pilihanraya kecil DUN Manik Urai semakin hampir. Petang tadi Barisan Nasional telah mengumumkan calon Barisan Nasional iaitu Tuan Aziz Tuan Mat, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai. Pengumuman tersebut telah di buat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin, pimpinan UMNO dan parti komponen tempatan.

"Kita akan teruskan perjuangan pemimpin terdahulu, untuk bangunkan negara dengan dasar yang jelas, iaitu setiap lapisan masyarakat mendapat pembelaan adil dan saksama. Saya sendiri akan bantu jadikan Manek Urai simbol kebangkitan semula UMNO dan BN. Dalam masa yang sama, kita akan lihat bagaimana kawasan ini boleh dimajukan," tegas beliau.

Pemilihan calon daripada kalangan Pemuda UMNO mendapat reaksi positif dari semua pihak kerana sudah tiba masanya kepimpinan di dalam UMNO dan BN ini mempunyai pelapisnya. Kami,UMNO Cawangan Gombak Selatan ingin mengucapkan Salam Perjuangan buat Tuan Aziz Mat. Apa yang diharapkan dari semua pihak terutamanya dari pihak penyokong BN agar beliau memberi sepenuh tumpuan dan lebih komited kepada perjuangan ini. Kami juga akan memberi sokongan kepada beliau agar kemenangan bakal di genggaman kita.

6/25/2009

Istiqamah Tuan Guru Nik Aziz - ADAKAH ISLAM AKAN TERBELA DI BAWAH PAKATAN ?

Tok Guru kata hanya ada satu kerajaan perpaduan iaitu apa yang telah diputuskan dalam muktamar di Ipoh. Dia hanya BERISTIQAMAH mengenai keputusan yang dicapai dalam muktamar tersebut.

ISTIQAMAH adalah bermaksud TETAP DENGAN PENDIRIAN WALAUPUN APA YANG TERJADI DAN WALAUPUN DILAMBUNG OMBAK SEBESAR GUNUNG EVEREST.

Kita memang hormatlah akan pendirian Tok Guru tadi. Ia melambangkan sikap seorang muslim sejati iaitu berpegang teguh kepada janji. Walupun kita tidak pasti apa sebenarnya intipati perjanjian tersebut. Dan perjanjian yang dibuat mestilah ada syarat syaratnya yang tidak didedahkan kepada umum. Mana ada perjanjian ada syarat apa apa lebih lebih lagi jika berjanji untuk membentuk sebuah negara.

Tapi bagaimana pula jika janji janji yang dibuat diatas perkara perkara yang salah? Bagaimana pula janji janji yang dibuat diatas kemungkaran? Dan bagaimana pula janji yang dibuat bakal menghancurkan sesama bangsa yang mengucap dua kalimah sahadah? Apakah kita masih diwajibkan beristiqamah keatas perkara perkara yang batil? Kita tidak tahu mengenai hukum tersebut. Mungkin Tok Guru ada hukum lain berkenaan itu.

Tok Guru mungkin akan kata keputusan untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR adalah sesuatu yang baik dan tidak akan memudaratkan keseluruhan umat Islam dan bangsa Melayu. Kerana kita akan ‘mengIslamkan’ DAP dan sekutu sekutu bukan Islam didalam PKR. Dalam ertikata lain DAP akan bersetuju dengan agenda negara Islam dan hukum hudud yang akan diperkenalkan olih PAS. Apa benarkah itu?

Dah lebih 50 tahun DAP tidak pernah bersetuju dengan agenda negara Islam PAS. Apakah yang membuatkan pemimpin PAS benar benar yakin yang mereka akan menerimanya kali ini. Apakah PAS merasakan Tuan Guru Haji Hadi akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya ke Putra Jaya? Apakah pemimpin PAS begitu yakin yang agenda negara Islam mereka telah diterima hanya dengan berpandukan bendera PAS telah dikibarkan oleh ahli ahli DAP dalam PRU yang lepas?

Tidakkah PAS meneliti siapakah yang berada dalam kelab penyokong PAS di seluruh negara? Sebab kita merasa sedikit pelik bila mereka buat kenyataan membantah PAS nak berbaik baik dengan sesama Islam. Apakah hak mereka disisi Islam untuk berbuat demikian?Mereka ini patut masuk Islam dan berjuang dalam PAS. Esok esok ada pulak orang Melayu/Islam tubuh kelab penyokong DAP.

Pas harus sedar diri yang perlantikan Nizar sebagai Menteri Besar Perak adalah kerana DAP tidak mempunyai adun Melayu dan undang undang tubuh Negeri Perak memerlukan seorang Melayu sebagai menteri besar tanpa ada timbalan menteri besar.PKR pula tidak mempunyai adun Melayu yang berwibawa dan berpendidikkan tinggi untuk dilantik sebagai menteri besar.Dan kita sedia maklum selama 11 bulan yang lalu siapa yang membuat keputusan penting di dalam pentadbiran di Perak.

Di Selangor pula yang menyaksikan adun PAS tidak dilantik sebagai menteri besar atau pun exco kanan walaupun ahli ahli akar umbi PAS begitu yakin PAS akan memegang salah satu jawatan tersebut. YB Hasan Ali telah disebut sebut akan dilantik ke salah satu jawatan tersebut kerana ia dilihat sangat berwibawa tetapi malangnya ia diberi potfolio agama Islam yang mentadbir hal ehwal agama Islam. Sedangkan portfolio penting diisi oleh kalangan adun DAP dan PKR.

Jadi apakah PAS yakin mereka akan diberikan jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan atau Menteri Kehakiman?.

Tidak mustahil satu hari nanti PAS akan ditendang keluar dari ‘Kerajaan Pakatan’ kerana kerenah Negara Islam dan Hukum Hudud yang mereka perjuangkan. Baru saja Haji Hadi bersuara tentang rundingan perpaduan, Karpal Singh dah nak tendang PAS keluar. Apabila DAP tegur PAS mengenai pengharaman SIS, PAS Shah Alam dah kelam kabut. Kita amat menyedari bahawa ADUN PAS dalam Kerajaan Selangor memendam rasa dan percayalah satu hari nanti bom PAS ini akan meletup di Selangor.

Huluran tangan UMNO di lihat sebagai huluran tangan syaitan hanyalah kerana dendam kasumat yang tak habis habis. Huluran tangan perpaduan DAP adalah penoh dengan syarat yang berlapis lapis dan dilapik dengan undang undang ‘Common Law’ British bukan undang undang Islam yang PAS perjuangkan. Jangan lupa DAP dipenuhi dengan pemimpin pemimpin lulusan undang undang dan PAS tidak akan berupaya untuk melawan putar belit peguam peguam DAP. Pada masa itu PKR tidak akan membantu PAS kerana struktur berbilang kaum yang ada dalam parti itu..

Apa yang diaturkan oleh DSAI adalah tolak ansur politik dan ianya tiada kene mengena dengan prinsip yang PAS perjuangkan. Tidak mustahil suatu hari nanti DSAI dan kroni kroninya dalam PAS akan membubarkan PAS dan bergabung dalam PKR untuk memudahkan kerjanya. Lihatlah apa yang terjadi pada PRM. Inilah yang dinamakan pecah dan perintah. Tok guru sibuk suruh bubarkan UMNO tiba tiba PAS pulak yang terbubar dan masuk PKR. Dalam politik segalanya berkemungkinan.

Tiada kejujuran hakiki dalam politik dan sejahat jahat UMNO mereka tetap mendoakan dan menyedekah Al fatihah apabila pemimpin PAS telah bersemadi kelak kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah sepertimana yang dilakukan oleh MP MP UMNO di Parlimen semasa permergian Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dahulu. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan roh roh orang orang yang dikasihiNya. Amin.


6/24/2009

API PERJUANGAN UMNO GOMBAK SELATAN SEMAKIN MEMBARA - KETUA UMNO BHG. WANGSA MAJU TURUT BANGGA

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Haji Shafei Abdullah memuji komitmen yang diberikan dari UMNO Cawangan Gombak Selatan yang bersungguh-sungguh menjayakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan. Kehadiran melebihan kuota persidangan juga menunjukkan UMNO Cawangan masih utuh dan kuat. Beliau juga berkata bahawa UMNO dan Barisan Nasional kini perlu bekerja keras bagi mengembalikan keyakinan semua rakyat terhadap parti ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan memuji inisiatif UMNO Cawangan dengan memberikan informasi terkini mengenai politik melalui Blog dan Buletin. Beliau mahu melihat kerja keras UMNO Cawangan ini membuahkan hasil positif di masa akan datang di samping mengembalikan kerusi Parlimen Wangsa Maju ke tangan BN yang kalah tipis pada PRU 12.

Dato' Shafei juga menyelar sikap Anwar Ibrahim yang menjadi punca pemberontakan kaum di Negara ini. Ini semua merupakan strategi beliau bagi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Gombak Selatan pada ahad lepas. Turut hadir pada persidangan tersebut adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Naib Ketua Pemuda UMNO Bhg. dan Ketua UMNO Cawangan Kg. Puah Lembah.

En. Abd. Razak (kiri) sedang berbincang bersama Timbalannya, Tuan Haji Razak Alias selepas persidangan.


Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En. Abd. Razak Muhamad berkata, UMNO Cawangan Gombak Selatan sentiasa bersama Dato' Shafei Abdullah dalam memperkasa UMNO demi Agama, Bangsa dan Negara. Manakala Timbalan Ketua UMNO Cawangan, Tuan Haji Abdull Razak Haji Alias mahu semua Jawatankuasa UMNO Cawangan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada En. Abd. Razak Muhamad.

Pada hari tersebut juga pihak UMNO Cawangan Gombak Selatan telah merasmikan Blog dan Buletin UMNO Cawangan Gombak Selatan. Perasmian yang julung kali diadakan mendapat maklum balas positif dari ahli-ahli UMNO yang hadir. Blog dan Buletin ini dikendalikan oleh Biro Penerangan UMNO Cawangan Gombak Selatan di bawah pimpinan Ketua Penerangan, Shamsury Mohd Salleh.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Cawangan, Sdr. Radzi Omar akan bekerjasama dalam memberikan informasi melalui Buletin dan Blog menerusi ruangan Pena Pemuda. Sokongan yang sama diberikan kepada Ketua Wanita UMNO Cawangan, Pn. Endon dan Ketua Puteri UMNO Cawangan, Pn. Zurina.

Semoga UMNO Cawangan Gombak Selatan akan terus mara dan semangat kental kami tidak pernah luntur dan akan terus membara.

Berikut merupakan beberapa gambar sekitar Perasmian Blog dan Buletin UMNO Cawangan Gombak Selatan dan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan : -


Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Shafei memberi reaksi positif semasa membaca Buletin UMNO Cawangan Gombak Selatan. Turut kelihatan, Ketua UMNO Cawangan, En. Abd. Razak (kiri) dan Timb. Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, En. Jaafar Arifin (berkopiah).




Dato' Shafei khusyuk melihat video Perasmian Blog UMNO Cawangan Gombak Selatan.




UMNO Cawangan Gombak Selatan memberi penghargaan kepada bekas Timb. Ketua UMNO Cawangan, En. Abu Samat Mohd Amin yang telah meletakkan jawatan pada tahun lepas atas sebab masalah kesihatan. Penghargaan ini diwakili anak-anak beliau.





Dewan Balairaya Kampung Sungai Merali menjadi lokasi persidangan UMNO Cawangan setiap tahun. Sungguhpun kelihatan agak kecil dan usang, namun perjuangan UMNO tidak mengira tempat.




Ketua UMNO Cawangan, En. Abd. Razak dan Timbalannya, Tuan Hj. Razak sedang berbual dengan Pemuda UMNO Cawangan.



Pimpinan Wanita UMNO Cawangan diketuai Ketua Wanita UMNO Cawangan, Pn. Endon.




Barisan Pemuda UMNO Cawangan Gombak Selatan diketuai oleh Sdr. Radzi Omar.




Barisan kepimpinan Puteri UMNO Cawangan Gombak Selatan diketuai Pn. Zurina Rejab




Ketua Penerangan UMNO Cawangan merangkap Ketua Editor Blog dan Buletin UMNO Cawangan, Sdr. Shamsury Mohd Salleh mempengerusikan Majlis.




Pemuda UMNO Cawangan bekerjasama mengemas Dewan selepas selesai Majlis.

6/23/2009

Kerajaan Perpaduan - PAS KINI DIGELAR BONEKA ANWAR IBRAHIM

Sepertimana yang kita sedia maklum, semalam Pakatan Pembangkang telah membuat keputusan tidak akan menerima sebarang bentuk perkongsian kerajaan atau Kerajaan Perpaduan sepertimana yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ustaz Hadi secara tiba-tiba berubah fikiran semalam lantas menyalahkan Barisan Nasional yang memanipulasi isu Kerajaan Perpaduan ini. Beliau mendakwa BN telah memutarbelit isu ini agar Pakatan berpecah.

Pulak.... Ustaz Hadi, anda yang mencadangkan Kerajaan Perpaduan.. Kami dari UMNO menerima dengan hati terbuka. Kemudian kami pula yang disalahkan? Ini kenyataan dari luahan hati anda atau ikut skrip Anwar Ibrahim?

PAS kini tidak mampu lagi bersuara kerana telah dikawal oleh De Facto PKR, Anwar Ibrahim. Perpaduan Islam dan Melayu yang sepatutnya disambut dengan baik, kini hanya menjadi gimik politik. Anwar Ibrahim tidak akan sesekali membenarkan PAS berkongsi kuasa bersama UMNO kerana impiannya untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan berjaya tanpa PAS. Anwar memerlukan PAS untuk menarik sokongan orang Melayu.

PAS sendiri tidak mengadakan Majlis Syura untuk membincangkan perkara ini. Kenapa perlu terus bermesyuarat bersama DAP dan PKR? Di mana Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa semalam? Beliau tidak memberi sebarang kenyataan berhubung keputusan ini?

Inilah Pakatan Pembangkang. PAS... Hanya menurut apa yang diputuskan dari Anwar Ibrahim. Perjuangan mereka semakin terbatas.


6/22/2009

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN KEMBALI BERBISA - Majlis Pelancaran Blog dan Buletin UMNO Cawangan Mendapat Sambutan Luar Biasa



Majlis Pelancaran Blog dan Buletin UMNO Cawangan Gombak Selatan memberi mesej baru dalam sebuah parti sebenar yang mampu berjuang demi Negara. Ianya dilancarkan dengan penuh sambutan dari kalangan pemimpin UMNO Cawangan dan beberapa wakil dari UMNO Bahagian Wangsa Maju.

Pada majlis tersebut juga diadakan Persidangan UMNO Tahunan Cawangan Gombak Selatan. Persidangan UMNO Cawangan pada tahun ini menunjukkan satu transformasi baru dan semangat baru di bawah kepimpinan 2 gabungan RAZAK iaitu Ketua UMNO Cawangan, En. Abd. Razak Muhamad dan Timbalannya, Tuan Haji Abdull Razak Hj. Alias.

Sambutan yang diberikan dari kalangan ahli juga sungguh memberansangkan. Ini menunjukkan bahawa Gombak Selatan masih lagi dikuasai UMNO dan masyarakat kawasan masih lagi meletakkan UMNO sebagai tunggak perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Majlis ini dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Haji Shafei Abdullah dan beliau amat berbangga dengan inisiatif UMNO Cawangan Gombak Selatan yang merupakan antara UMNO Cawangan yang aktif di Bahagian Wangsa Maju.

Disebabkan beberapa masalah teknikal, gambar sekitar Majlis Pelancaran tidak dapat disiarkan pada hari ini.

Gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran ini akan disiarkan dalam masa terdekat ini....

6/18/2009

Dakwah PAS kepada UMNO seperti NABI MUSA temui FIRAUN - DAKWAH BERSAMA DAP MACAM SIAPA PULA?

Dakwah PAS kepada UMNO seperti Nabi Musa temui Fir'aun? Kenyataan ini amat mengecewakan UMNO Cawangan Gombak Selatan. Kenyataan ini diutarakan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru, Nasrudin Hassan. Beliau begitu angkuh membuat kenyataan sedemikian seolah-olah UMNO telah mengganggu dan menyeksa hidupnya serta keluarganya sepertimana Fir'aun mengganggu Nabi Musa A.S.

Apakah begitu zalim UMNO sehingga membandingkan UMNO dengan fir'aun?
Apakah kami ada membunuh anak-anak lelaki di Negara ini?
Apakah kami ada menyeksa rakyat menjadi hamba abdi kami?
Apakah kami pernah membunuh rakyat kami hanya kerana kehendak kami tidak dituruti?
Apakah pernah pemimpin tertinggi kami mengaku dirinya Tuha sepertimana fir'aun mengaku dirinya Tuhan?
Pernahkah kami membunuh mana-mana pemimpin kamu?

Ingatlah, kami dari UMNO adalah Islam. Kita mengadap kiblat yang sama. Kami tidak pernah menolak Islam. Sebarang perbincangan mengenai Islam kami sedia menyokong dan sentiasa berusaha ke arah itu.

Setahu kami, parti sekutu kamu DAP yang menolak Undang-Undang Islam (Hudud). Terang-terang mengugut kamu wahai PAS, akan memastikan Hudud tidak akan dilaksanakan. PAS yang bersengkongkol dengan DAP yang terang-terang menentang Islam.

Inilah politik. Tidak kira kamu digelar Ustaz, Tuan Guru, Al-Fadhil bla3, demi kepentingan politik, dihina saudara seIslam kamu sendiri. Malah dibela pula orang kafir yang terang-terang menentang Islam.

Buat Nasrudin Hassan, jangan hendak cuba mencari publisiti murahan dengan menggadai maruah Islam kita. Diagung-agungkan parti sekutu kamu yang sebenarnya tbengit telinga mendengar tentang Islam. Berfikirlah sebelum bercakap. Jangan pula DAP mentertawakan kamu kerana inilah yang mereka mahu.


6/15/2009

Kekecohan di Parlimen - ANWAR IBRAHIM BUNTU DAN HILANG AKAL

Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamed Nizar membuat kecoh di Sidang Dewan Rakyat pagi tadi amat memalukan semua pihak. Bekas Menteri Besar Perak ini nampaknya bertindak seolah-olah sedang berada di Sidang DUN Perak pula.

Nizar sebenarnya masih tidak berpuas hati dan tidak menghormati keputusan mahkamah. Di manakah etika anda sebagai seorang wakil rakyat? Jikalau iapun tidak berpuas hati, gunakanlah saluran yang sepatutnya. Ianya disambut oleh beberapa Ahli Parlimen Pembangkang iaitu Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai). Tetapi yang peliknya, Ahli Parlimen PKR semuanya tidak berani?

Mana Anwar Ibrahim? Kenapa tidak dibela Nizar? Anwar sebagai Ketua Pembangkang sewajarnya bertindak menegur Nizar untuk menghentikan jeritan gila itu. Tapi, Anwar tak berani. Dia selamatkan diri terlebih dahulu.

Jangan pula dikatakan pula Speaker Dewan Rakyat gila kuasa kerana tindakan beliau adalah betul dan mengikut saluran. Tidak seperti mereka... bertindak untuk publisiti dan tidak guna akal.


6/14/2009

PEMIMPIN PAS YANG MENYOKONG KERAJAAN PERPADUAN ADALAH BONEKA UMNO - Kelab Penyokong PAS Desak Mereka Tidak Kempen PRK Manek Urai

Kelab Penyokong PAS yang diwakili dari kalangan bukan Islam telah menyarankan agar pemimpin PAS yang menyokong Kerajaan Perpaduan tidak berkempen pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu. Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini." Inilah kenyataan Timbalan Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng.

Nampaknya Kelab ini telah mula bersuara dan mencabar kewibawaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencadangkan pembentukan Kerajaan Perpaduan. Kelab ini seolah-olah naik angin apabila Ustaz Hadi mencadangkan pembentukan kerajaan ini.

Inilah cabaran apabila hendak menyatupadukan umat Islam dan Melayu. Ramai yang menghalangnya... Adakah ini menunjukkan bahawa Islam dan Melayu tidak akan bersatu sampai bila-bila? PAS sewajarnya menyatakan pendirian mereka sebenar.

UMNO Cawangan Gombak Selatan amat kecewa dengan beberapa pihak yang cuba menghalang penyatuan ini. PAS yang pro mukabalah sepatutnya tidak perlu tunduk kepada desakan DAP dan PKR mahupun kumpulan Erdogan PAS yang sememangnya cuba menghalang usaha murni ini. Islam amat mementingkan perpaduan. Bukan mengapi-apikan semangat benci sesama kita.