12/04/2010

CD DEMO PKR DI LANCARKAN ESOK!




Hari ini Kerajaan Selangor akan bersenam ramai - ramai untuk berdemo 'BANTAH KENAIKAN HARGA AIR TOLAK PENSWASTAAN AIR.' Acara bersenam ini akan berlintas langsung di hadapan Istana Negara dan di terajui oleh Bang Badrul Amin.

Antara sebab mereka semua bersenam beramai - ramai adalah mendesak hal ehwal air di serahkan kepada kerajaan negeri. Awat, nak bagi ayaq free la ka kat rakyat atau takdak duit sampai kena buat kerja sendiri? Tak percaya Syabas ka?..

UCGS tertanya - tanya kenapa perlu bersenam demo di hadapan Istana Negara? Eh, kan Selangor ada Sultan. Ini yang panas sikit ni. Ini macam hendak mengenepikan Sultan je. Ini boleh menimbulkan kemarahan dan keraguan. Marah sebab tak hormat institusi Sultan...oh lupa..penasihat kata hapuskan ketuanan melayu..okay.

Keraguan kerana seolah - olah pihak Istana dan kerajaan pakat sekarang macam tak ngam jer., Aisehman..apa sudah jadi..pelik sungguh rasanya.

11/05/2010

Menang besar..wow!

Dengan majoriti besar, 6,359 undi ini sudah menunjukkan bahawa penduduk Batu Sapi amat menyokong BN, walaupun terpaksa berdepan dengan dua parti lawan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)...Wow!

Calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin memperoleh 9,773 undi mengalahkan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee 2,031 undi dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansaari Abdullah 3,414 undi.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong selepas penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah yang merupakan mendiang suami kepada calon BN meninggal dunia pada 9 Oktober lalu setelah terbabit dalam kemalangan maut di Kota Kinabalu.

Tercuit dan terfikir di benak ini akan insiden jeti roboh dua kali bila mana calon PKR datang buat kempen..tak perasan ke diorang akan petandanya...hhmmm..

Yang sorang lagi tuh..faham - faham saje la...gila kuasa gila meroyan..

UCGS ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada semua yang terlibat dan bekerja keras bagi memastikan kejayaan kita.

Kepada penduduk batu Sapi, Salam 1 Malaysia kepada anda semua!

Hok Aloh weeehhh..

Tahniah kepada calon Barisan Nasional DUN Galas, Encik Abdul Aziz Yusoff yang berjaya merampas kerusi ini daripada PAS dengan undian sebanyak 5,324 berbanding dengan calon PAS, Dr. Zulkefli Mohamed hanya mendapat 4,134 undi. Majoriti yang lebih tinggi dari PRU yang lepas iaitu 1,190.

Tahniah juga UMNO Gombak Selatan ucapkan kepada Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Galas, kejayaan BN juga didorong oleh kerja keras jentera parti itu dalam tempoh 48 jam sebelum kempen berakhir. Semua sayap parti UMNO yang turut menyinsing lengan baju turun padang dan tidak kurang juga kepada semua parti komponen terutamanya MCA yang turut berkerja keras hingga ke minit yang terakhir untuk menyakinkan dan memenangi hati pengundi Cina di Galas. Job Well Done!

Ini menunjukkan rakyat sudah muak, jelak dan bosan kepada pakat - pakat. Kita tunggu apa komen dan alasan serta tuduhan yang di lemparkan kepada kita nanti. Jangan tak tahu kan geng ni camne kan. Menang memanglah bising, kalau kalah lagilah akan meletus pelbagai cerita macam letusan Gunung Merapi di Indonesia. Cadangan UCGS, terimalah dengan hati terbuka dan belajar dari apa yang Tok Goku selalu cakap, redha dengan apa yang ada, ye tak. Kami mampu dan terima apa jua keputusan dengan hati terbuka dan redha, takkan la kelian takleh
terima. Keputusan sudah keluar dan petanda sudah nampak. Jangan buat buta pula!

Apa pun, kita jangan rasa selesa. Ini hanya permulaan. Kita kena bekerja keras lagi bagi memantapkan kedudukkan kita lebih selesa di PRU akan datang.

Kepada penduduk Galas, tahniah dan terima kasih di atas kepercayaan yang anda beri kepada BN dan Insya Allah, satu transformasi akan berlaku di tempat anda.

Psstt, jangan buat reformasi ya.

10/21/2010

Melayu...... seharusnya mampu bertarung dengan yang paling kuat!










UCAPAN YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK SELAKU PRESIDEN UMNO SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KALI KE-61, 2010 DI DEWAN MERDEKA PWTC "MENDAYA BANGSA MENERAJU KEMAKMURAN"
Bismillahirrahmanirrahim Rabbi ish-rah-li sadri wa-yassir-li amri wahlul uq-datan min-lisani yaf-qohu qauli. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Yang Berbahagia Pengerusi Tetap, Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap, Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah Ali, YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi & Tun Jeanne Abdullah, Naib Presiden-Naib Presiden, Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua Komponen Parti BARISAN NASIONAL, Dif-dif Kehormat, Para Tetamu dan Para Jemputan, Para Perwakilan dan Pemerhati, MUKADDIMAH Meng-awali ucapan, marilah kita bersama-sama merenung dua firman Allah SWT. Dalam surah al-Baqarah, ayat 143,berbunyi: "Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam „umat pertengahan‟ agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul yakni Muhammad menjadi saksi atas perbuatan kamu".

Dalam surah a-li Imran, ayat 159 pula terkandung firman yang menyebut: "Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka dan ber-musyawarah dengan mereka dalam urusan itu". Saudara dan Saudari sekalian,

1. Alhamdulillah, kita merafakkan sepenuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita berkumpul sekali lagi dalam dewan yang penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW selaku pemimpin yang dimuliakan dan sentiasa diambil pengajarannya.

2. Jika dihitung dan dicongak, Perhimpunan Agung kali ke-61 menandakan Dewan Merdeka yang bertuah ini, telah menyaksikan persidangan dilangsungkan sebanyak 25 kali semenjak tahun 1985. Begitulah, UMNO telah bertatih dan berjalan begitu jauh didewasakan oleh waktu.

3. Dalam pada itu, secara sedar atau tidak, selama lebih enam dekad UMNO telah berada di lapangan, menyalakan obor kebangkitan orang-orang Melayu dan membela untung nasib bangsa. Sehubungan itu, dengan tegas kita mahu menyatakan bahawa sepanjang 64 tahun ini, United Malays National Organization atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO, adalah satu-satunya, suluh yang terang-benderang, kepada citarasa dan nurani orang-orang Melayu.

4. Kerana itulah, tidak ada seorang pun dapat menafi apatah lagi menidakkan betapa besarnya pengaruh dan peranan parti keramat ini yang sejak turun-temurun kepimpinannya telah menongkah arus, menghilir pasang, sebagai teraju perubah tanahair.


TALI-TEMALI WAWASAN NEGARA

Saudara dan Saudari sekalian,

5. Apa yang kita perjuangkan hari ini, bukanlah sesuatu yang baru. Sebaliknya ia adalah penerusan kepada aspirasi bangsa Melayu serta rakyat Malaysia di kala kita membuat keputusan untuk menuntut kemerdekaan. Begitulah, semenjak dahulu, tiga prinsip dan pegangan utama kita yang sentiasa konsisten yakni pertama, kesatuan Melayu sebagai teras perpaduan nasional. Kedua, Islam sebagai Addin dan ketiganya kemakmuran negara bertonggakkan keadilan sosial.

6. Jika diimbau sebenarnya, pada awal tahun 50-an, Presiden UMNO ketika itu, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah mengenengahkan idea untuk membuka pintu keahlian parti kepada orang bukan Melayu kerana beliau melihat realiti, bahawa kemerdekaan, tidak mampu dicapai tanpa kaum-kaum yang ada bersetuju berkongsi kuasa.

7. Namun, rancangan Dato’ Onn pada masa itu adalah terlalu progresif bagi ahli UMNO yang merasakan kedudukan bangsa Melayu masih belum kuat. Hasilnya, ia telah ditentang oleh majoriti ahli dan pemimpin UMNO. Akibat dari itu, Dato’ Onn telah keluar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu bagi meneruskan cita-citanya.

Kendati pun begitu, kita orang-orang UMNO ini bak kata pantun: Hidup sebumbung, di bawah teratak, Berlain bantal, satu hati, Bercerai kasih, bertalak tidak, Ibarat rambut, bersimpul mati.

8. Di sudut lain, sekalipun idea Dato’ Onn pada masa itu tidak dapat diterima UMNO, penggantinya, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah dipilih menggantikan beliau, menyedari peri pentingnya kerjasama politik pelbagai kaum untuk mencapai kemerdekaan. Tunku kemudiannya mengambil strategi yang pada pandangannya adalah lebih realistik dan mampu diterima majoriti orang-orang Melayu serta pelbagai ras dengan mempelopori satu gabungan bitara antara kaum.

9. Kerjasama ini, telah dizahirkan buat kali pertama pada tahun 1955, melalui perkongsian kuasa Parti Perikatan yang mengumpulkan UMNO, MCA dan MIC, masing-masing, mewakili kaum Melayu, Cina dan India. Kemudian pula, pasca tragedi 13 Mei 1969, kepimpinan negara menyedari bahawa, perpaduan tidak mampu dipupuk dengan hanya menggunakan mekanisma politik tanpa disertai asas sosioekonomi bertunjangkan keadilan sosial.

10. Oleh kerana itu, selanjutnya, Allahyarham Tun Abdul Razak telah menggubal dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dengan matlamat membaikpulih ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum yang sebelum itu hampir memusnahkan keutuhan perpaduan nasional. Pendekatan baru ekonomi ini, sebetulnya telah dimungkinkan dengan kedinamikan sistem pasaran yang dibina oleh Almarhum Tunku sebelum itu.

Saudara dan Saudari,

11. Di sini, suka saya menarik kembali perhatian sebahagian daripada kita dah pihak-pihak yang barangkali terlepas pandang bahawa, matlamat Dasar Ekonomi Baru sebenarnya, adalah, untuk membina perpaduan nasional. Cumanya, alat dasar yang telah digunapakai bersifat sosioekonomi, bukannya politik semata-mata sepertimana yang dilakukan pimpinan terdahulu melalui penubuhan Parti Perikatan.

12. Dalam helaan nafas yang sama, Tun Razak tidak melupakan kepentingan mekanisma siasah sebagai alat memupuk perpaduan. Beliau, telah memperbesarkan Parti Perikatan dan membentuk tapaknya melalui penubuhan Barisan Nasional. Menerusi landasan kerjasama serta perkongsian kuasa antara kaum, ia diperluaskan melalui negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

13. Hendaklah jangan kita lupa, jambatan pertama yang dibina antara negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merentasi Laut China Selatan adalah jambatan politik Barisan Nasional, yakni 11 tahun selepas penubuhan Malaysia. Ia dimantapkan lagi kemudiannya, dengan kehadiran UMNO di Sabah, bumi di bawah bayu, pada tahun 1991.

14. Sejurus, apabila Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990, Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri pada ketika itu, telah memperkenalkan penyataan arah tuju kebangsaan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Melalui kertas kerja bertajuk "Malaysia; Melangkah ke Hadapan" yang disampaikannya semasa melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, beliau mevisikan bahawa, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dalam tempoh tiga dasawarsa.

15. Pada saat itu, diimpikan menjelang tahun 2020, Malaysia akan menikmati taraf hidup yang sama dengan Amerika Syarikat. Pendapatan per kapita Amerika Syarikat pada masa itu adalah kira-kira dua puluh ribu dolar. Sungguhpun kita tahu, ada pihak yang mengatakan matlamat ini adalah angan-angan Mat Jenin, alasan Tun Dr. Mahathir adalah begitu kemas sekali. Beliau menyatakan dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru, pukul rata pertumbuhan tahunan negara adalah 6.7 peratus. Jika dalam tempoh tiga puluh tahun hingga 2020, pertumbuhan boleh ditingkatkan kepada tujuh peratus yakni perpuluhan tiga peratus lebih tinggi daripada pukul rata tahun-tahun 1971 hingga 1990, maka wawasan yang dicitakan tidak mustahil untuk dicapai.


16. Di samping aspek ekonomi, beliau telah menggariskan sembilan lagi cabaran sosio-politik yang perlu dihadapi sebelum Wawasan 2020 boleh direalisasikan. Paling utama adalah, mengukuhkan perpaduan nasional atau matlamat untuk membentuk bangsa Malaysia. Pengalaman Dasar Ekonomi Baru menunjukkan bahawa pengagihan saksama hanya akan berlaku dalam ekonomi yang teguh.

17. Apa yang sangat jelas di sini, bagi memastikan perpaduan nasional, kedua-dua mekanisma, politik dan sosioekonomi harus diguna dan dipertemukan. Ertinya, perpaduan nasional tidak akan ampuh tanpa keadilan sosial manakala keadilan sosial pula tidak mampu dicipta tanpa kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi yang berteraskan perpaduan nasional. Ringkasnya, ketiga-tiga elemen tersebut adalah saling melengkapi, saling berkait dan saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Saudara dan Saudari,

18. Setelah diamanahkan untuk memimpin parti dan negara kira-kira lapan belas bulan yang lepas, dengan penuh tradisi harmoni kesinambungan kepimpinan UMNO yang diserahkan oleh Tun Abdullah, saya telah membuat keputusan untuk tidak mencipta semula roda tetapi untuk mengambil teladan akan kebijaksanaan dan pandangan jauh pendahulu kepimpinan parti dan negara melalui formula yang dicuba serta telah teruji oleh zaman.

19. Maka, lahirlah falsafah induk 1Malaysia yang merupakan penerusan kepada wawasan pragmatik bapa-bapa kita dalam parti dan kerajaan. Perpaduan nasional adalah sesuatu yang dinamik. Ia harus sentiasa dibajai dan dijaga, jika tidak, ia akan hancur berkecai. Parti Perikatan terbentuk diambang Merdeka bertepatan waktunya, namun pasca tragedi 13 Mei 1969, menyaksikan model ini perlu dipulih rawat melalui Barisan Nasional dan elemen keadilan sosial melalui Dasar Ekonomi Baru.

20. Kesimpulannya, susur galur dan tali-temali usaha yang dipasak oleh Almarhum Tunku disambung oleh Allahyarham Tun Razak melalui Barisan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru. Allahyarham Tun Hussein pula dikenali sebagai Bapa Perpaduan yang tegas dan tulus dalam melaksanakan khidmatnya. Kemudiannya Tun Dr. Mahathir meneruskannya dengan konsep Bangsa Malaysia. Disusuli Tun Abdullah yang membina usaha memantapkan modal insan dan mengolah Misi Nasional dalam meneraju negara.

Saudara dan Saudari,

21. Sekiranya perpaduan nasional, kemakmuran dan keadilan sosial adalah saling mengikat dan berpilin, maka, selain 1Malaysia, kita memperkenalkan inisiatif Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP dan 6 NKRAnya serta Pelan Transformasi Ekonomi atau ETP untuk membina kemakmuran demi kesejahteraan rakyat.

22. Seperti yang telah dibentangkan sebelum ini, ETP adalah satu pelan yang komprehensif, merangkumi garis-garis besar Model Baru Ekonomi dan lapan prakarsa strategik. Ia juga mengandungi arah tuju yang jelas dengan 12 NKEAnya serta mekanisma pelaksanaan jitu melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas.

23. Dalam hubungan ini lagi, Gagasan 1Malaysia juga adalah selaras dengan nilai-nilai Islam dan semangat yang ditunjukkan sirah Rasulullah SAW dalam pembentukan negara dan ketamadunan Islam terawal di Madinah. Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu, terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh rukun lagi harmoni, berasaskan Perlembagaan yang mengutamakan serta mempertahankan agama serta keadilan kepada semua pihak. Perlembagaan itu juga melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada orang-orang bukan Islam.

Saudara dan Saudari,

24. Jelasnya, ini bukanlah impian baru. Inilah impian abadi negara dari dahulu dan selamanya. Ia adalah gagasan Allahyarham Dato’ Onn, cita-cita Almarhum Tunku Abdul Rahman, harapan Allahyarham ayahanda saya, kemahuan Allahyarham Tun Hussein, aspirasi Tun Dr. Mahathir dan kehendak Tun Abdullah Badawi. Pastinya, ia kini menjadi wawasan saya, bersama Tan Sri Muhyiddin dan rakan-rakan dalam UMNO, Barisan Nasional dan juga kerajaan.

25. Saya penuh yakin dan percaya, ia adalah hasrat murni didokong tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dalam dewan dan di luar dewan, serta semua rakyat negara tercinta ini. Pendek kata, biar siapapun kita, di mana jua berada, kita adalah 1Malaysia.


KEPIMPINAN DALAM BUDAYA MELAYU DAN UMNO

Saudara dan Saudari sekalian,

26. Di atas semua ini, jika diteliti, dalam budaya Melayu, hal kepimpinan amatlah pelbagai. Mulai daripada kepimpinan rumah tangga, dusun dan kampung sampailah kepada kepimpinan bangsa dan negara. Oleh sebab besar dan pentingnya pengaruh dalam kehidupan, maka para pemimpin diberi kepercayaan dan tanggungjawab memandu umat sepertimana tercermin dalam ungkapan "adat memegang kepercayaan orang, jangan sekali-kali menikam belakang, adat memegang kekuasaan, jangan sekali-kali merosakbinasakan, adat memegang kebebasan, jangan sekali-kali lupa batasan".
27. Makanya, di saat ini, biar apa sekalipun suka duka, pahit maung, kritik cela yang dihadapkan lawan kepada UMNO, tawarikh jelas memperlihatkan bahawa, kita sudah bertahan lebih daripada enam puluh tahun dengan khidmat, jasa dan bakti yang mendalam kepada pembangunan umat Melayu juga negara. Tambahan lagi, kebolehan dan kewibawaan UMNO telah tersanjung tinggi bukan sahaja dirantau sebelah sini malah menjangkau ke seantero dunia.

28. Sememangnya lagi, sejak puluhan tahun, apa yang diperkatakan bukanlah omongan kosong. Terakam jelas dalam catatan negara, parti inilah yang telah menukar perpecahan kepada perpaduan, daripada pemikiran terjajah kepada pemikiran merdeka, daripada tidak percaya kepada kebolehan masing-masing kepada keyakinan mandiri yang membanggakan, daripada berputus asa kepada penuh harapan.

29. Jangan kita lupa, parti inilah yang berperanan merubah orang Melayu daripada bangsa yang tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu pihak British.

30. Tidak cukup dengan itu, tersusun kemas dalam rekod negara, parti UMNO-lah yang telah menggerakkan kesedaran nasionalisma, semangat patriotisma dan demokrasi politik. Dalam gambaran besarnya, terbukti utuh bahawa, kepimpinan UMNO telah berjaya sebagai teraju ulung yang mentransformasikan Malaysia dengan begitu pantas seperti apa yang kita kecapi hari ini.

Saudara dan Saudari sekalian,

31. Menyongsong kisah-kisah pencapaian itu, kita ingin bertanya, apakah jenis bangsa yang berjaya menunjangi perjuangan hebat ini? Apakah sistem nilai yang dipegang? Persoalannya di sini, bukanlah kita ingin termanggu dengan kejayaan-kejayaan lalu, namun, marilah kita menyingkap apakah kekuatan dan apakah faktor yang menjadi asas kepada keutuhan pertubuhan yang bermakna ini.

Dalam konteks ini, sesuai jika saya mengungkap beberapa baris puisi indah oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang serta bait-bait coretan gurindam daripada seorang tokoh persuratan, Tenas Effendy yang membicarakan tentang Melayu. Pertama sekali dari segi usul dan asalnya disebut: Melayu itu, kaya falsafahnya Melayu itu, orang yang bijaksana Akal budi bersulamkan daya Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, Keturunan Acheh adalah Melayu, Saudara dan Saudari, Tidak lengkap lagi senarai ini sebenarnya: Jakun dan Sakai asli Melayu, Arab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah muallaf bertakrif Melayu Mendakap realiti semasa Malaysia pula: Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam, Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum, Kita bersama dalam serumpun,

Di sudut perpaduan dan agama dinyatakan bahawa: Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan. Seterusnya dari perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan: Menjadi pemimpin sifatnya agung Syarak dipakai adat dijunjung Hidupnya mengabdi kepada rakyat Taat setia membela umat Akhirnya, disimpulkan Melayu itu: Dijadikan induk kuat berdiri Umat sentosa bertuahlah negeri.

Saudara dan Saudari sekalian,

32. Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni. Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat.

33. Terbukti, di sudut leluhurnya, bangsa Melayu itu, sejak sekian lama telah merentas ujian waktu. Keperibadian inilah juga yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk. Sikap inilah juga menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.

34. Lebih indah pula, ciri kepimpinan Melayu yang saya utarakan ini, telah dimurnikan dengan tibanya ajaran Islam yang menyeru, mendidik dan mendokong pendekatan wasatiyah. Wasatiyah, adalah suatu kaedah mengamalkan kehidupan individu mahupun masyarakat secara berimbang dan syumul dalam segenap bidang terutamanya dalam soal-soal yang menyangkut perpaduan dan kenegaraan.

35. Sesudah itu, dari masa hingga masa, ajaran Al-Quran serta sunnah disulam dan dijalin kemas dalam anyaman hidup seharian orang Melayu. Sejak itulah juga hingga kini, nilai orang Melayu, padat diwarnai dengan hala cara wasatiyah atau pertengahan. Merujuk para ulama tafsir, disyarahkan bahawa, umat wasatiyah secara tuntasnya adalah umat yang adil lagi berdaya maju, bekerja keras untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

KEPIMPINAN UMNO – SATU TANGGUNGJAWAB MORAL DALAM PENGURUSAN KAUM

Saudara dan Saudari sekalian,

36. Lanjutan dari itu, seperkara yang amat mustahak untuk diingat adalah, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah negara, kita memerlukan corak kepimpinan yang betul dan pemahaman jujur pada wacananya, apatah lagi dalam sebuah negara bitara seperti Malaysia.

37. Sehubungan itu, bersyukurlah bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kekal stabil serta bebas daripada sebarang konflik besar. Sayugia, setiap orang perlu menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum adalah satu rahmat dan aset anugerah dari Allah SWT.

38. Sesungguhnya, kemajmukan adalah sumber kekuatan kita selama ini. Begitulah dunia tercipta dan akan kekal selamanya begitu. Apa yang mustahak adalah, bagaimana kita memanfaatkan aset ini bagi menunjangi kejayaan negara.

39. Berkait perkara itulah, semua pihak perlu mengambil sikap berlapang dada, kerana sekalipun kita mengamalkan tindakan afirmatif untuk menjamin keadilan sosial, kejayaan seseorang nyatanya, hanyalah dihadkan oleh kreativiti, inovasi dan kesanggupan individu itu sendiri, untuk bekerja keras serta mengambil risiko.

40. Misalnya, kaum bukan Bumiputera, setelah 39 tahun dasar afirmatif dilaksanakan, masih lagi merupakan kaum yang memiliki kekayaan terbesar. Kita menyedari, ada pihak mendakwa tindakan afirmatif itu sendiri yang mendatangkan kesusahan, akan tetapi, bukti empirikal menunjukkan sebaliknya. Sebenarnya, sikap penerima bantuan, cara pelaksanaan dan landskap di mana tindakan itulah yang menjadi punca masalah.

Saudara dan Saudari sekalian,

41. Sementelahan itu, apabila ada pihak yang mula mempersoalkan tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang dilindungi dengan hak-hak tertentu, ianya telah menimbulkan kegusaran serta rasa tidak puas hati, kepada kita yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya. Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu.

42. Sayang seribu kali sayang juga, setelah lima puluh tiga tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini. Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara.

43. Sebab itulah, saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum. Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa, mahupun ikhtiar ekslusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif.

44. Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul apabila, sejarah dienteng, atau, dilupakan akibat perjalanan masa, atau juga, apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing.

45. Kerana yang demikianlah, pemimpin oportunis, menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan, sangat ditolak dalam kepimpinan. Mereka tidak layak digelar pemimpin.

Saudara dan Saudari sekalian,

46. Awaslah, awaslah kita, terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya.
Saudara dan Saudari sekalian,

47. Bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali. Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain.

48. Serentak dengan itu, penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dengan sekelip mata telah mentransformasikan landskap sosiopolitik Tanah Melayu untuk selama-lamanya.

49. Dek kerana itu, kita tidak boleh lagi hidup terpenjara kisah nan lalu tanpa melihat ke hadapan. Pokoknya di sini, sepertimana prinsip keutuhan sebarang kontrak yang dibuat di bawah lembayung kedaulatan undang-undang, jika tidak dihormati, maka tiadalah kepastian, walaupun bagi perkara-perkara asas yang telah dipersetujui bersama.

Analoginya di sini, jika ia berlaku dalam bidang perniagaan, maka pihak yang berbuat demikian akan mendapati diri mereka, tidak lagi dipercayai oleh sesiapapun, apabila memungkiri janji.

50. Seterusnya lagi, jika ikrar setia yang telah diwaad, dilanggar sewenang-wenangnya apabila tidak sesuai dengan selera atau kepentingan tertentu, akan hancurlah kepercayaan dan rapuhlah rasa penghormatan di antara kita, kerana, masing-masing akan dihidapi penyakit kesangsian terhadap motif, kejujuran serta keikhlasan terhadap satu sama lain. Hal yang membarah sebegini berbahaya, saya ulang, amat berbahaya kepada sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia kerana ia berpontensi menghancurkan segala apa yang dibina sejak lebih lima puluh tahun yang lalu.

51. Satu hal yang pasti, timbal balas dipersembahkan bukan sahaja oleh bangsa Melayu, tetapi juga oleh kaum lain. Ia dimanifestasi melalui muafakat murni iaitu bagi memperoleh kerakyatan, orang bukan Melayu telah sanggup menerima prinsip hak keistimewaan sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian itulah, kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional.

Saudara dan Saudari sekalian,

52. Inilah sebenarnya asas teras kepada kontrak yang telah dimuafakat bapa-bapa pengasas mewakili kaum masing-masing di ambang kemerdekaan. Ia kemudiannya telah dimaktubkan sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam perkara dan fasal Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan.

53. Kini pula, sebagai generasi kepimpinan mutakhir, kita telah diamanahkan untuk menghadapi tuntutan zaman monumental ini sebagaimana generasi kepimpinan pertama yang telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina asas kepelbagaian. Oleh itu, adalah amat tidak bertanggungjawab jika kita memilih jalan berpeluk tubuh dan duduk bersimpuh tanpa berbuat apa-apa. Lebih teruk lagi jika ditanggungkan pula beban ini kepada generasi kepimpinan akan datang.

54. Demikian itulah, kita harus membina landasan baru perhubungan kaum di Malaysia dengan mengambil kira dua prinsip penting. Pertamanya, ia haruslah berasaskan masa depan yang dikongsi bersama dan kedua, ia harus mengambil kira faktor sejarah tanpa mengenepikan realiti hari ini serta potensi masa depan.

Saudara dan Saudari sekalian,

55. Sememangnya, manusia tidak wujud dan hidup dalam sebuah utopia. Manusia tidak dapat lari dari realiti dan persekitaran. Malaysia adalah sebuah negara berasaskan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sepertimana ideologi kebangsaan yang ternukil dalam panca prinsip Rukun Negara.

56. Seperti yang kita maklum, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

57. Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan. Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181.

58. Sehubungan hal ini, hendaklah kita mengetahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini, sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik. Ini kerana, dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas.

59. Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu. Dalam kata laim, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.

60. Di sebalik semuanya, suka tidak suka, ada sebab yang amat kuat mengapa perkara-perkara ini tidak dibenarkan untuk dipinda kecuali dengan perkenan Majlis Raja-Raja. Hikmahnya, adalah supaya peruntukan-peruntukan tersebut di letakkan luar daripada forum perbincangan. Jika dibuka juga kepada perbahasan, maka kita bimbang, kita khuatir, ia akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan "primordial instinct" atau naluri asal wujud antara etnik.

61. Di atas segalanya, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sejarah telah menunjukkan tidak kira betapa majunya sesebuah ekonomi, betapa berevolusinya sesebuah tamadun, betapa terpelajarnya manusia dan betapa tinggi tahap toleransi, seandai dan sekiranya naluri asal wujud ini tidak diurus dengan baik, kesannya kelak, kita mungkin menyaksikan kezaliman yang sangat dahsyat bakal terjelma, dinyalakan oleh sikap dan disemarakkan sifat tabie manusiawi itu sendiri.

62. Apa yang saya perkatakan ini tidak menghairankan. Di abad ke-20 kita telah dipampangkan dengan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi "holocoust" di Benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda. Jadi, bayangkanlah, apakah kesudahannya, jika setiap generasi rakyat Malaysia mengambil pendirian untuk mempersoal kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.
63. Akibatnya, akan lebih pantas terutama dalam dunia tanpa sempadan dengan kecanggihan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berkembang. Pucuk pangkalnya, saudara dan saudari, mengapa mahu diubah apa yang telah berjalan dengan begitu baik. Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus.

Saudara dan Saudari sekalian,

64. Merentasi situasi ini, sebagai orang Melayu yang merupakan kaum majoriti, kita mempunyai tanggungjawab kepimpinan untuk ditunaikan. Satu tanggungjawab moral kepimpinan yang melangkaui kepentingan kaum kita sendiri. Tanggungjawab ini secara alami telah tertakdir dan tertanggung ke atas orang-orang Melayu disebabkan kita adalah dalam rumpun majoriti yang membentuk 67 peratus daripada penduduk Malaysia. Seperti yang telah saya bicarakan di awal ucapan tadi, ketentuan ini disahihkan lagi oleh faktor sejarah serta sikap dalaman bangsa itu sendiri.

65. Begitulah, suratan satu bangsa yang terpilih menerajui kemajmukan. Kepercayaan yang terus-terusan diberi oleh kaum-kaum lain sewajibnya menjadi perangsang agar orang-orang Melayu sentiasa memperbaiki diri dan terkedepan sebagai pemudahcara antara kaum.

66. Dalam pengertian lain, di arus kemodenan dan kerancakan globalisasi, soal hak, harga diri dan asal-usul tidak lagi

membawa apa-apa makna jika bangsa kita mundur dan ketinggalan. Secara otomatis, rasa hormat, rasa menaruh harap oleh pihak lain kepada kita juga akan luntur. Dek yang demikian, pada saat ini juga kita perlu bingkas bangun dan berlari deras bagi menggapai justifikasi peranan umat Melayu dengan penuh berhemah lagi profesional.

GERAK KERJA UMNO

Saudara dan Saudari sekalian,

67. Menjengah ke hadapan, sebermula Perhimpunan Agung Mac 2009, pelbagai rencana dan perancangan rapi serta strategi telah disusun. Jadinya, kita tidak boleh lagi berlengah-lengah dan membuang masa. Mengatasi semua perkara, tumpuan kita sekarang ini adalah terhadap gerak kerja parti. Gerak kerja UMNO sebagai sebuah parti siasah mesti berubah. Kendati begitu, UMNO harus kekal berpegang teguh kepada tujuan asalnya, sebagai sebuah parti Melayu massa yang mampu mengungkap aspirasi bangsa.

68. Laksamana Hang Tuah menyebut, takkan Melayu hilang di dunia. Begitulah, bangsa Melayu terutamanya dirantau ini, telah menjelajah zaman dan menempuh rangkaian suka duka. Ketahuilah, tahun 2011 yang bakal menjelang bukanlah sembarangan. Ia menandakan genapnya tempoh lima ratus tahun, semenjak kejatuhan empayar Melayu Melaka. Di sini, kita harus mengambil pengajaran kenapa sebuah empayar begitu hebat di Kepulauan Melayu yang menjadi persinggahan perdagangan dua benua telah rebah dijajah Portugis.
69. Ironisnya, banyak pihak hanya menumpukan kepada runtuhnya empayar Melayu ini kerana pengkhianatan dari dalam. Ya, memang benar ini sebahagian sebabnya. Tetapi fakta yang tidak kurang penting untuk diambil iktibar ialah ehwal tentera kedua-dua pihak, masing-masing ternyata memperlengkap persenjataan peperangan untuk era yang berlainan.

70. Maksud saya, pihak Portugis menggunakan senjata yang moden untuk zamannya, dengan senapang dan meriam sedangkan pertahanan Melaka waktu itu masih menggunakan senjata yang sesuai dengan zaman yang telah berlalu. Walaupun keris, tombak dan lembing menjadi lambang kepahlawanan, namun ia ternyata tidak mampu menewaskan bedil dan meriam. Begitulah resam dan ketetapan, sunnah putaran alam.

Saudara dan Saudari sekalian,

71. Oleh yang demikian amatlah mustahaknya Melayu alaf ke-3, Melayu abad ke-21 dipersediakan untuk eranya. Dari begitu obsesi terhadap hak, sebaliknya Melayu abad ke-21 wajib mempersiap siagakan dirinya untuk memanfaatkan hak yang ada. Apa gunanya kuota, rizab dan permit jika segalanya dipersiakan. Apa gunanya peluang jika ia digadai demi keuntungan jangka pendek.

72. Lalu, Melayu abad ke-21 harus gigih membina keupayaan dan kemampuan, bukannya sekadar mendabik perabung-perabung dada bahawa mereka harus berjaya kerana ia adalah hak mereka untuk berjaya. Mahu tidak mahu, Melayu abad ini harus berdepan realiti untuk meraih kejayaan.

73. Kita harus menjadi Melayu yang glokal. Saudara dan saudari, saya ingin bertanya, apa kurangnya bangsa Melayu? Melayu...... seharusnya mampu bersaing dengan yang terbaik. Melayu...... seharusnya mampu bertarung dengan yang paling kuat. Melayu...... mesti menjadi yang terhebat di pentas antarabangsa.

74. Justeru, saya sebagai Presiden UMNO...... tidak mahu..... menerima alasan bahawa anak Melayu masih lemah kesan penjajahan hampir lima kurun. Saya sebagai Presiden UMNO beserta rakan-rakan pimpinan dalam parti juga tidak rela...... melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang meminta-minta, kita tidak mahu...... melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang berpuas hati dengan momokan rezeki secupak tak kan jadi segantang.

75. Dengan tegas, saya ingin ingatkan semua bahawa, pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa yang berilmu, siapa yang menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, janganlah kita mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isinya.

Saudara dan Saudari sekalian,

76. Kepada semua pihak hendaklah menyedari, bukankah apa yang Malaysia capai selama lima puluh tiga tahun kemerdekaan adalah juga hasil usaha dan penerajuan bangsa Melayu? Lantas, kita menjadi lemas dan rimas dewasa ini, apabila kedengaran suara-suara sumbang yang cuba memperlecehkan pencapaian orang Melayu. Benar sekali, amat mudah bagi lidah tidak bertulang membuat nista. Mereka dengan suka-suka menuduh perkhidmatan awam sebagai lubuk ketidakcekapan.

77. Walhal, jika perkhidmatan awam negara tidak kompeten, sudah lama kita menjadi negara gagal, tidak mungkin pula akan berjaya berkembang sebegini dari negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden.

78. Terbukti lagi selama ini, kita telah berjaya tanpa perlu ada pengkalan tentera asing dibumi bertuah ini untuk memberi payung keselamatan. Kita juga berjaya..... tanpa perlu keabsahan sebagai negara bangsa yang merdeka dan berdaulat dipertikaikan. Kita juga telah berjaya.... bersama pelbagai kaum membina tanah air keramat ini.

79. Diperakui, kita ada kelemahan, namun kita tetap mampu pada setiap masa bangkit mengatasi cabaran kelemahan yang dihadapkan dengan kudrat, acuan dan cara kita sendiri tanpa bergantung kepada negara lain.

Saudara dan Saudari sekalian,

80. Mendepani segalanya, UMNO akan tetap menunaikan amanahnya untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Kita melakukannya bukan sahaja semata-mata melalui kata puitis yang muluk-muluk bahkan dengan inisiatif, program dan dasar yang konkrit.

81. UMNO tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang melukut ditepi gantang, bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri. Kita komited untuk melakukan bukan sahaja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi untuk rumpun Melayu. Kita tidak mampu untuk tenggelam dalam keasyikan lampau. Nyatanya, kita bukan sahaja berhadapan dengan cabaran luar tetapi juga cabaran segelintir anak-anak bangsa yang nampaknya sanggup menggadai segala demi kuasa.

82. Sebagai pengajaran dari semua ini, orang UMNO tidak boleh hilang harapan atau bergundah gulana. Ajaran agama Islam juga sangat melarang kita berputus asa. Kita sebagai ahli parti dan orang UMNO tidak mampu untuk terumbang-ambing di kubang kecewa dalam kekalahan, malah kita juga tidak semudah-mudah nak membiarkan UMNO musnah.

83. Demi, membina masa depan, demi terus mendaya bangsa ini, kita harus melalui tiga fasa pemulihan. Fasa pertama dan terpenting adalah memperakui kelemahan dan masalah yang kita hadapi. Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar-penawar yang mustajab memperbaiki kekurangan-kekurangan itu. Fasa ketiga pula adalah memulakan gerak kerja. Apa yang penting, ketiga-tiga fasa ini wajib dilalui dengan penuh ketertiban. Jika tidak, rencana perubahan dan pembaharuan tidak akan berjaya.

PENUTUP

Saudara dan Saudari sekalian,

84. UMNO bukanlah sebarang parti, UMNO lahir daripada suara hati dan aspirasi orang Melayu. Menelusuri perjalanannya, UMNO telah dilanda rentetan dugaan yang besar. Tahun 1951, Presiden dan Pengasas UMNO telah meninggalkan parti. Kemudiannya, PAS telah ditubuhkan oleh salah seorang calon Presiden yang tewas kepada Almarhum Tunku dalam pertandingan menggantikan Dato’ Onn sebagai pemimpin baru UMNO.

85. Menjelang 1969, UMNO dan rakan-rakannya telah hilang buat kali pertama majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, sekaligus kita dihadapkan dengan rusuhan kaum dan demokrasi terpaksa digantung. Dunia ketika itu, sudah seperti melambai selamat tinggal kepada UMNO. Detik cemas 1987 pula menyaksikan parti berpecah dua dan negara menghadapi insiden ketegangan kaum.

86. Setahun kemudian, pada 1988, kita berasa amat pilu dan begitu bersedih hati, bagai kilat turun menyambar, bagai garuda datang menyerang, hilang sudah tempat berteduh, patah ranting tempat berpaut, dengan sungguh rasa berhiba-hiba dan pilu, kita terpaksa menerima keputusan dan berita, bahawa, parti UMNO yang sangat berjasa dan menggala baktinya ini telah diharamkan.

87. Selanjutnya, di akhir tahun 90an, kita bukan sahaja menghadapi krisis kewangan antarabangsa, kita turut mengalami kemuraman politik apabila ramai orang Melayu telah tidak lagi memberi sokongan. Kita kemudiannya dilintangi oleh tsunami politik pada tahun 2008 yang amat mendebarkan.

Saudara dan Saudari,

88. Alhamdulillah, walau apa pun jua rintangan, walau apa pun jua dugaan, pada setiap yang terus berusaha, tabah dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Kuasa, kemenangan pasti tiba. Syukur, dalam setiap krisis, UMNO telah berjaya bangkit kembali dan pulih dalam keadaan di mana segala faktor yang ada seolah-olah tidak langsung berpihak kepada kita.

89. Semuanya ini kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO terus berpijak di bumi nyata. Semuanya ini juga dimungkinkan kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak pernah sedetik pun pudar keyakinannya terhadap perjuangan benar ini, tidak pernah pula sesaat pun luluh harapan kepada pucuk pimpinan. Pokoknya, pegangan mulia UMNO telah memanfaatkan bukan sahaja orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.

90. Hakikatnya, kitalah parti politik pertama yang berani meluaskan medan pemilihan sehingga melibatkan 140,000 orang ahli. Sebelum kita meminda perlembagaan pun, kita terkenal dengan parti politik yang amat kompetitif pertandingannya.

91. Demikianlah murninya impian kita. Demikianlah tulusnya langkah keramat UMNO. Demikianlah menggunungnya harapan orang-orang Melayu.

92. Makanya, bolehkah kita percaya kemakmuran Malaysia akan terus terpelihara sekiranya parti-parti lawan yang kelam kabut, babrak dan goyah memegang tampuk kuasa? Bolehkah rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan terhadap mereka ini yang saban waktu dan saban masa hanya mengidam menduduki pusat pemerintahan? Sanggupkah kita menyerahkan Malaysia tercinta ini kepada penkhianat bangsa dan tanahair?

Sesungguhnya,

93. Kepada saudara dan saudarilah nasib parti kita dipertaruhkan. Dalam genggaman saudara dan saudarilah pembelaan UMNO kita dambakan. Di bahu saudara dan saudari sekelianlah, tergalas, warisan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini.

94. Ayuh..

Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi.. Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi.. Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi.. Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi..

95. Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!

Demi Islam, Demi Melayu dan Demi Malaysia. Bersamalah Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-61, tahun 2010. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.

10/19/2010

PERHIMPUNAN UMNO..MENGALAS ATAU DI GALAS HARAPAN?


Kepada semua perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO 2010, Umno Gombak Selatan mengucapkan SELAMAT BERSIDANG dan kepada perwakilan yang baru sampai ke Kuala Lumpur, Selamat Datang.

Hala tuju, masa depan dan kebangkitan kembali UMNO berada di tangan anda semua. Mengalas Harapan..satu persoalan dan satu soalan. Adakah akan berlaku satu kejutan pada Perhimpunan kali ini? Ingatan pada semua, 'Di mana bumi di pijak si tu langit si junjung'.

Kepada semua sayap parti, harapan UCGS,

Baik - baik bila di persidangan
hendak menentukan masa depan
semua melihat akan kepimpinan
agar bertambah lagi kekuatan.

Biar apa yang di kata
baik Wanita, Puteri dan Pemuda
sama-sama kita berusaha
mencapai kata seia dan sekata

Berat sama di pikulnya
ringan sama di jinjingnya
sama- sama meletak di bahu
Bersama Mengalas Harapan yang jitu!

SELAMAT BERSIDANG!..MENGALAS HARAPAN












8/19/2010

AMANAH ALLAH DIBERI, PEMIMPIN WAJIB IKUTI, DEMI GOLONGAN YG. MEMERLUKAN...

Sudah sekian lama tidak menjengah dan mengemaskini blog ini. Mohon maaf di bulan yang mulia ini. Kesibukan membataskan kami untuk melaksanakannya.

Alhamdulillah, esok bermulalah Program ROAD SHOW : SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM DAN GOLONGAN MISKIN Peringkat Parlimen Wangsa Maju. Program ini dianjurkan oleh Biro Kebajikan UMNO Bahagian Wangsa Maju. Beberapa AJK UMNO Cawangan kami juga akan terlibat termasuklah Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO Cawangan.

Program ini akan berlangsung pada 20, 22, 24 dan 26 Ogos 2010. Road show ini akan dilaksanakan mengikut zon-zon di Wangsa Maju.

Doakan semoga program ini berjalan dengan lancar di bulan yang penuh keberkatan.

7/26/2010

NIK AZIZ TENSION.. - CELAKO CELAKO CELAKO!!!


PAO
KENAPA PULAK NI???

DENGAR CERITA TENSION DENGAN SOKONGAN BEBERAPA PEMIMPIN YANG INGIN MENGKAJI SEMULA ISU PERPADUAN PAS - UMNO..

ADOI... CELAKO CELAKO CELAKO.. HEHEHEE

BAWA BETENANG POK NIK...


MAKLUMAT LANJUT???


KLIK SINI


7/23/2010

HAI MAMBANG TANAH MAMBANG AIR MAMBANG PASIR MAMBANG API?? MAMBANG BALAK DA...

Terlalu banyak boleh ditulis pasal sikap DAP, PKR dan PAS sama ada dulu, kini dan selamanya...

Namun, bagi Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali, beliau ada istilah menarik bagi menunjukkan sikap rakus pemimpin-pemimpin pakatan rakyat itu. Katanya, DAP gila tanah masa pakatan rakyat memerintah Perak hingga meluluskan pemberimilikan 999 tahun.

PKR di Selangor pula gila pasir dengan aktiviti perlombongan yang boleh menyebabkan negeri itu ‘berlubang’ kalau kegiatan itu tidak dihentikan. Manakala PAS di Kelantan pula kata Ibrahim gila balak hingga menyebabkan hasil hutan itu dikeluarkan tanpa kawalan demi mengenyangkan perut kroni-kroni pemimpin PAS di negeri itu. Menurut Ibrahim, DAP, PKR dan PAS sudah jadi mambang – Mambang Tanah, Mambang Pasir dan Mambang Balak.

Kisah pemberian tanah di Perak bukan cubaan, kisah pembalakan di Kelantan juga bukan cubaan dan kisah curi pasir di Selangor juga bukan cubaan. Cuma peliknya di Selangor, apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, beliau tidak menyedari bahawa wujud kumpulan pengusaha pasir secara kecil-kecilan selain pencuri pasir di Selangor.

Katanya, beliau juga baru mengetahui bahawa terdapat pihak yang hanya menjadi ejen bagi mendapatkan lesen pasir. Biar betul Khalid. Mustahil sebagai Menteri Besar tidak tahu aktiviti pelombongan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang di perbadankan di bawah pejabatnya?

Pelik juga bila Khalid menegaskan tujuan KSSB ditubuhkan bukan untuk mencari keuntungan tetapi untuk mewujudkan keadaan bekalan pasir yang stabil padahal dulu katanya adalah untuk merakyatkan ekonomi.

Kononnya hasil keuntungan pasir itu boleh diagih-agihkan untuk membeli hati rakyat Selangor sama macam beri air percuma supaya boleh terus pangkah Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang. Nampak sangat Khalid tidak tahu mengurus negeri dan tidak mustahil desas desus Azmin Ali akan mengisi kerusi Menteri Besar selepas hari raya nanti.

Cara macam mana, kena tunggu permainan politik Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim. Satu lagi perangai Khalid nak tutup kelemahan beliau adalah untuk mendedahkan apa pernah dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah dahulu.

Sebelum ini beliau sanggup benarkan dokumen yang diklasifikasikan sulit didedahkan kepada orang awam semata-mata untuk menutup kelemahannya. Terbaru khabarnya, beliau mahu dedahkan syarikat-syarikat yang dapat lesen korek pasir sejak tahun 2005 hingga 2007.

Tujuannya nak tunjukkan masa kerajaan BN dahulu, kegiatan korek pasir juga hebat. Tetapi Khalid lupa, ketika itu tidaklah ada KSSB (Korek Sampai Selangor Berlubang) dan kerajaan sentiasa tegas terhadap kegiatan melombong secara haram hingga Exco bertanggungjawab Datuk Abdul Fatah Iskandar kerap turun padang dan berperang dengan ‘tonto-tonto’ geng curi pasir ini.

Di zaman kerajaan Pakatan Pembangkang, Exco bertanggungjawab Yaakob Safari dikatakan hanya duduk di pejabat memanaskan kerusi. Bagi rakyat Selangor, jika sebelum ini mereka pilih pakatan rakyat untuk cubaan kini semuanya sudah jadi betul-betul. Tepuk dada tanya selera kerana Pakatan Rakyat kini sudah bertukar jadi Mambang Pasir.

7/21/2010

PAS IBARAT BULAN - DARI JAUH CANTIK SEKALI.. BILA DEKAT HODOHNYA!!!!

Seorang bekas pemimpin PAS kawasan yang enggan ditulis namanya pernah menggambarkan PAS macam simbol parti itu, bulan. Bulan kalau dari jauh memang nampak cantik tetapi kalau dilihat dari dekat dan pada permukaannya, penuh dengan macam-macam – macam muka penuh jerawat , katanya. Ditanya kenapa beliau tinggal parti itu sedangkan beliau pernah jadi pemimpin termasuk dalam Pemudanya, bekas pemimpin PAS itu mengulangi cerita bulan itu lagi.

“Dulu PAS memang cantik tetapi sekarang dah buruk serba serbi. Kini ludah yang pernah dilemparkan pemimpin PAS terkena kemuka sendiri,” katanya mengimbas kembali watak beberapa pemimpin PAS yang sudah guna wang untuk jawatan dan sibuk memburu ‘harta rampasan perang’ di negeri yang dikuasai pakatan rakyat selepas pilihanraya umum lalu.

Menurutnya, PAS kini bukan lagi memperjuang atau mempertahankan Islam sebaliknya rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP. Walaupun bukan semua begitu tetapi selagi ada Mursyidul Am, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS sedang bergerak sebagai parti yang menuju kehancuran dan akan hilang kepercayaan dikalangan orang Melayu beragama Islam di negara ini.

Bukti terbaru, apabila Menteri Besar Kelantan itu mengulangi pendirian bahawa tidak akan ada kerjasama politik dengan UMNO, sebaliknya terus setia bersama Pakatan Rakyat. Nik Aziz berkata sudah tidak ada peluang untuk berunding mengenai perpaduan antara PAS dan UMNO kerana PAS sudah membuat keputusan sejak dua tahun lalu selagi UMNO tidak menukar dasarnya.

"Masalah perpaduan Islam dan bangsa Melayu akan selesai jika UMNO sedia menukar dasarnya daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam," katanya.

Pertikaian Nik Aziz terhadap UMNO semata-mata kerana perkataan Kebangsaan pada UMNO. Sedih sungguh kerana UMNO menghulur tangan demi perpaduan Melayu dan Islam tetapi beliau menjadikan perbezaan politik sebagai alasan berbanding melihat penyatuan Melayu di negara ini yang sudah pecah dengan sebahagian dalam UMNO, PAS dan PKR.

Malah, dengan riaknya Nik Aziz menyatakan, hanya UMNO sejak dulu lagi mahu meminta pertolongan daripada PAS sedangkan parti itu sudah berkali-kali menyatakan keengganannya. Nik Aziz selepas menyampaikan kuliah Jumat di Dataran Kota Bharu dipetik sebagi berkata, beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding."

Seperti kata bekas pemimpin PAS tadi, ada masanya PAS menghalalkan apa saja yang bawa manfaat kepada mereka begitu juga nampaknya dengan Nik Aziz Beliau sengaja lupa sifat bantu membantu sesama manusia sesuatu yang dituntut.

Allah SWT menerusi firman dalam surah al-Maidah ayat 2, “Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya.”

Manakala Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa berjalan menolong saudaranya dan memberikan jasa padanya, maka untuknya pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah.”

Jelaslah, orang Melayu khususnya UMNO tidak dianggap saudara oleh Nik Aziz melainkan Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang diagung-agungkan beliau sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Benarlah kata bekas pemimpin PAS tadi dan betullah tindakannya meninggalkan parti itu kerana bulan memang nampak cantik dari jauh tetapi hodoh dari dekat.

Begitu jugalah dengan Nik Aziz barangkali apabila menolak salam perbincangan yang dihulur Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


7/20/2010

TOK GURU TOLAK PERPADUAN - UMNO PUNCA PERPECAHAN MELAYU??


INILAH NASIB ORANG MELAYU DI MASA AKAN DATANG..

APABILA KUASA MENGATASI SEGALANYA...

MELAYU AKAN TUNDUK PADA SANG MUSANG BERBULU AYAM..

ADAKAH MELAYU AKAN HILANG KUASA????

KLIK DISINI !!!


7/13/2010

PAS BELI WAKIL RAKYAT BN??? - HAH???


ADAKAH APA YANG DIUAR-UARKAN INI BENAR..??

PAS NAK BELI YB BN??

MAKLUMAT LANJUT???

KLIK SINI...

(Sumber : Blog Gelombang Rakyat)


7/12/2010

PAS BIKIN BA'IAH BARU - HARAM PENDAPATAN JIKA KELUAR PAS!! GILA KA??

Bai’ah terbaru dalam PAS menghukum ahli-ahlinya yang keluar parti atau menyertai parti dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”. Rasa macam tak percaya tetapi dah dua tiga kali baca, betul la agaknya.

Nampak semakin banyak perbuatan yang pelik-pelik diamalkan PAS – parti yang berjuang kononnya atas nama Islam. Sebelum ini, heboh pasal PAS mengamalkan bai’ah semasa pemilihan calon pilihan raya yang antara lain khabarnya turut tertalaq isteri jika wakil rakyat PAS lompat parti.

Kini ada bai’ah baru kepada ahli-ahli atau pemimpin PAS yang dilantik jadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan di bawah kuota parti itu di Selangor. Menurut laporan lidah rasmi PAS, Harakahdaily.net, parti itu mendapat 67 kerusi ahli majlis kerajaan tempatan di negeri yang ditadbir bersama dengan PKR dan DAP.

Sebagai tanda sokongan, PAS memberikan tempat kepada ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) apabila empat dari mereka dilantik menjadi ahli majlis di bawah kouta parti itu.

Mereka yang dilantik dan mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hassan Ali adalah K. Deepakaran yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang, S. Arun (Hulu Selangor), S. Lakshmanan (Kuala Selangor) dan Low Hock Khieng (Selayang).

Antara sumpah atau ikrar mereka adalah mereka akan meletakkan jawatan serta-merta dan membayar ‘ganti rugi’ jika mereka tidak lagi bersama PAS. Ketika ditemui wartawan, Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri mengakui, “saya percaya ini kali pertama PAS melantik kalangan bukan Islam sebagai ahli majlis di Selangor".

Ini kali ketiga kerajaan negeri Selangor membuat pelantikan ahli majlis sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri itu bermula Mac 2008.

Memandangkan ini kali pertama PAS khususnya PAS Selangor membuat pelantikan ahli majlis kalangan bukan Islam, sesi angkat sumpah taat setia kepada parti menjadi tumpuan mereka yang menghadiri majlis malam tadi.

Ahli-ahli majlis beragama Islam membacakan bai’ah manakala bukan Islam pula ikrar aku janji. Malam tadi, mereka juga menandatangani surat letak jawatan sebagai langkah berjaga-jaga jika melompat ke parti lain ataupun tidak lagi menjadi ahli PAS.

Di bawah bai’ah itu, mana-mana ahli PAS yang keluar parti atau menyertai parti lain dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Ahli-ahli bukan Islam pula dikehendaki meletakkan jawatan dan membayar balik segala pendapatan dan elaun yang diperolehi ketika memegang jawatan sebagai ahli majlis.


7/10/2010

ISU FELDA - TAK SELESAI LAGI KA?? AYO...

Drama kecil berlaku dalam sidang media di lobi Parlimen pagi Khamis apabila dua orang yang sebutan nama mereka hampir sama tetapi berbeza ejaan, berdebat mengenai pendirian masing-masing berhubung isu Felda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Mentei, Datuk Ahmad Maslan menganggap sesi dialog sudah mencukupi untuk mencari penyelesaian bagi isu itu, tetapi Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkeras mencabarnya berdebat. Ahmad Maslan berpendapat, menerusi berdialog mereka mempunyai masa lebih lama untuk mendengar dan menyelesaikan masalah. Dia juga menafikan takut untuk berdebat.

“Saya bukan takut nak berdebat. Dengan Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat pun saya sudah berdepan. Tak jadi masalah sebenarnya. Tapi kalau debat hanya sejam atau dua jam, susah nak selesaikan masalah. Dialog pula seharian pun boleh. Kalau tak puas hati dengan sesuatu perkara, kita boleh bawa pegawai jelaskan. Tak cukup satu hari boleh jadikan dua hari. Tapi debat, tak kan pula nak buat dua hari,” kata Ahmad Maslan.

Mazlan pula berkata dia bukan mengejar publisiti tetapi mempunyai sebab tersendiri untuk berdebat. “Isu di tanah rancangan Felda ini sudah begitu lama dibiarkan. Saya sendiri sudah turun padang. Daripada 317 tanah rancangan Felda, saya sudah pergi 90 peratus. Saya telah terima maklum balas yang telalu banyak.

“Sebahagian masalah ini berlaku sebelum Datuk Ahmad Maslan berada dalam kabinet. Kita dah cuba bermacam cara, tetapi tidak mendapat respon positif dari Felda. Maka ruang terbaik ialah debat dan biarlah rakyat menjadi hakim, terutama masyakart Felda yang selama ini dikatakan tak tahu bersyukur, tak tahu berterima kasih dan sebagainya.

“Bagi saya, debat adalah satu platform untuk mengetengahkan isu Felda dan sebagai medan kepada rakyat mendengar sendiri perkara sebenar dan mengetahui siapa petualang sebenarnya,” kata Mazlan pula.

Perkara mencuit hati berlaku pada sidang akhbar itu apabila kedua-duanya saling mendabik dada dengan memberi gambaran mereka lebih memahami masyarakat peneroka Felda.

“Saya adalah anak peneroka. Sejak berusia dua tahun saya dibawa masuk oleh ibubapa ke tanah rancangan Felda. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman itulah saya akan kongsi dengan rakyat Malaysia mengenai masalah Felda,” kata Mazlan.

“Saya adalah anak penoreh getah. Kita dah tebang pokok getah dan kita tanam kelapa sawit. Kami berdua dari Johor. Dia (Mazlan) dari Bukit Ramon dan saya dari Benut. Umur kami sama, 44 tahun.

“Saya sudah terlibat dalam keputusan-keputusan besar Felda sejak 2005 apabila menjadi Pengarah Seranta Felda di JPM. Kemudian apabila menjadi Timbalan Menteri, PM minta saya terus jaga Felda. Saya memahami perkara-perkara mengenai Felda. Sebab itu saya ajak berdialog kerana berdebat tak akan selesaikan masalah kerana ia lebih kepada publisiti,” kata Ahmad Maslan pula.

Kedua-duanya bagaimanapun bersetuju supaya debat atau dialog itu diadakan sebelum bulan puasa. Mereka juga ditanya sama ada tindakan untuk mengadakan dialog atau debat ini bertujuan mencari publisiti atau menyelesaikan masalah.

“Saya nak selesaikan masalah, Sebenarnya soal publisiti tak timbul. Saya bukan mahu mahu mencari publisiti. Saya serius mahu berdebat dan biarlah sasarannya adalah rakyat Malaysia. Biar mereka jadi hakim. Ini bukan soal saya dengan Datuk Ahmad Maslan. Dah berpuluh tahun kita berdialog dengan Felda dan hasilnya tak ke mana. Bagi saya, dia memang takut nak berdebat,” kata Mazlan.


7/07/2010

GELOMBANG RAKYAT- NIK AZIZ DESAK ANWAR BERSUMPAH???


NIK AZIZ DESAK ANWAR BERSUMPAH???

ADAKAH NIK AZIZ JUGA RAGU-RAGU DENGAN ANWAR IBRAHIM BERKENAAN KES LIWAT BELIAU???

ANWAR YANG DIGELAR NIK AZIZ SEBAGAI PEJUANG RAKYAT SEOLAH-OLAH TELAH DITIPU BELIAU??

APA CERITA???

PANASSSS...


MAKLUMAT LANJUT??? INILAH GELOMBANG RAKYAT...

KLIK SINI.


7/06/2010

GAMBAR SERIBU MAKNA - PKR NAFI TAJA RPK??

Sekeping gambar beri banyak makna. Begitu juga dengan gambar pelarian, Raja Petra Kamaruddin (RPK) bersama empat rakan karibnya termasuk Datuk Zaid Ibrahim.

Penyiaran gambar tersebut yang dipercayai dirakam di luar negara baru-baru ini di sebuah laman web seseorang yang ada kaitan dengan mereka berlima ini lebih menarik kerana penyiasat persendirian P.Balasubramanian ada sama. Semua tahu RPK yakni pengendali laman Malaysia Today dan Bala sudah lama melarikan diri dan bersembunyi di luar negara.

Kedua-dua mereka sekali sekala menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan skrip dan cerita yang diragui kebenarannya. Malah Senator Ezam Mohd Nor menganggap Bala sebagai bacul kerana ‘hit and run’ – serang dan lari walaupun Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz beri jaminan keselamatan terhadapnya jika beliau pulang memberi kenyataan kepada SPRM berhubung beberapa dakwaannya sebelum ini.

Apapun gambar terbaru RPK, Zaid dan Bala bolehlah dianggap pelengkap skrip dakwaan bahawa PKR terbabit dengan pergerakan Raja Petra serta penyiasat persendirian itu.

Dua lagi di dalam gambar itu - kalau tidak silap adalah peguam Bala iaitu Americk Sidhu (baju putih,duduk) manakala seorang lagi tidak diketahui gerangannya. Kini terpulang kepada pihak berkuasa di sini untuk mengambil tindakan bagi mendapatkan maklumat mengenai RPK dan Bala daripada Zaid yang terbukti mengetahui di mana kedua-dua lelaki itu bersembunyi.

Walaupun Zaid mengakui, RPK adalah rakan karibnya tetapi sebagai pemimpin PKR yang selama ini melaung-laungkan keadilan danketelusan, beliau sepatutnya kena mendedahkan kepada pihak berkuasa atau membantu membawa RPK dan Bala pulang ke negara ini.

Malah peguam Karpal Singh menjelaskan walaupun Malaysia dan London tiada perjanjian ektradisi tetapi kerajaan boleh mengadakan perjanjian dua hala untuk menahan dan membawa RPK yang masih diburu polis di sini.

Polis juga boleh mendapatkan maklumat daripada Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli yang ke London ketika ini bagi menyertai program Frineds of Pakatan – sebuah persatuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat di negara itu.

Gambar Ahli Parlimen Kuala Krai itu bersama Bala ada dalam Facebook Dr Hatta. Pemimpin PAS lain yang turut serta program itu ialah ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar. Apakah motif pemimpin PAS yang berkiblatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini bertemu Bala? Mungkin mereka mahu mendengar macam-macam lagi cerita rekaan Bala supaya boleh jaja di negara ini demi kepentingan politik pakatan pembangkang.


ANWAR MELUTUT MINTA MAAF PADA YAHUDI?? - KEMARUK NAK JADI PM LA KATAKAN.

Sikap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecut terhadap Yahudi bila di Amerika dan berlagak bukan main menghentam mereka waktu di Malaysia terus mengundang reaksi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu membangkitkan bagaimana Anwar menuduhnya kononnya melutut dengan kuasa besar semasa pergi ke Amerika Syarikat baru-baru ini untuk bertemu dengan Presiden negara itu, Barack Obama bagi membincangkan kepentingan negara.

Katanya disebalik itu Anwar yang sanggup ke Amerika Syarikat bagi memohon maaf kepada tokoh-tokoh Yahudi di sana atas kelantangannya mengkritik Zionis sebelum ini. Menurut Najib ini lebih dilihat kepada satu usahanya untuk mencapai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di negara ini dengan sokongan tokoh-tokoh berkenaan.

Berucap merasmikan mesyuarat Umno bahagian Jerantut, Perdana Menteri berkata Penasihat PKR itu kini tidak ubah seperti "sesumpah politik" yang sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan cita-cita peribadinya.

Najib secara sinis berkata cita-cita besar Anwar yang "terlalu ingin sangat" hendak menjadi Perdana Menteri kini hanya mengundang pelbagai masalah dan penyakit kepadanya.

"Kita tak terlalu ingin sangat akan sesuatu.., bila nak sangat-sangat, apa pun kalau nak sangat-sangat, boleh jadi penyakit," katanya.

"Apabila saya pergi ke Amerika Syarikat (AS) untuk bertemu dengan Presiden negara itu, Barack Obama, bagi membincangkan kepentingan negara, saya dituduh oleh Anwar kononnya saya melutut dengan kuasa besar itu.

"Saya berunding atas kepentingan negara Malaysia kerana kita ingin melihat rakyat Malaysia mampu mencapai kejayaan di persada antarabangsa. Saya tidak pernah keluar perkataan "minta maaf" tetapi dia sendiri yang pergi ke AS untuk meminta maaf atas kepentingan negara itu kerana dia takut dengan kawan-kawannya itu marah," katanya.

Najib berkata Anwar terpaksa berbuat demikian ekoran tindakannya sebelum ini yang telah mengkritik Yahudi dalam isu `pencerobohan Zionis' dan membangkitkan isu Apco Worldwide (Apco).

Perdana Menteri berkata penasihat PKR itu terpaksa mengadap tokoh-tokoh Yahudi di negara itu yang marah dengan tindakannya yang begitu keras mengkritik Zionis sebelum ini. Mengikut laporan akhbar, sebuah laman web berhaluan kanan, The Evangelical Outpost yang memetik pendapat golongan kapitalis dan konservatif, Rachel Motte menganggap, Anwar adalah seorang pemimpin yang tidak mengenang budi.

Motte dilaporkan berkata, Anwar adalah pemimpin yang memperjuangkan imej pro Barat ketika di luar Malaysia tetapi untuk mendapat sokongan Melayu beliau mula bersikap anti-Yahudi dan anti-Amerika.

Sementara itu menyentuh tentang laporan akhbar lidah rasmi PKR ,Suara Keadilan yang mendakwa kononnya Felda bangkrap ,Perdana Menteri anggapnya satu satu penghinaan kepada golongan peneroka .

Kata Najib ia merupakan pendustaan besar yang dilakukan pembangkang kepada masyarakat peneroka dan luar bandar kerana institusi itu banyak membangunkan masyarakat Melayu.

Beliau menilai tindakan PKR itu merupakan salah satu agenda untuk menghancurkan Felda yang berjaya membangunkan ekonomi orang Melayu sejak 50 tahun lalu.

Selama ini, menurut beliau, Felda merangka pelbagai program untuk membangunkan golongan peneroka dan anak-anak mereka dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan kemahiran.

Perdana Menteri memberi jaminan sentiasa meneliti pengurusan aset Felda secara sistematik supaya matlamat membangunkan peneroka tidak pernah tersasar.

6/25/2010

PKR SELANGOR MAKIN CELARU - AZMIN KATA LAWAN TETAP LAWAN??

Pekung kegagalan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor semakin terdedah dengan pertukaran Setiausaha Politiknya Nik Nazmi Nik Ahmad serta peletakan jawatan Naib Presiden PKR Azmin Ali sebagai pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Sebelum inipun, sudah macam-macam cerita pasal perang antara Khalid dan Azmin.

Malah pada Konvensyen PKR di Kelantan baru-baru ini, timbul juga cerita kononnya keretakkan hubungan kedua-dua mereka amat serius hingga ada perwakilan mendakwa mereka tidak boleh bertentang mata.

Mungkin ramai tidak tahu, Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa dilihat lebih sesuai sebagai Menteri Besar tetapi kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin merancang menawan Putrajaya berpendapat Azmin lebih diperlukan dalam kabinetnya.

Bagaimanapun, selepas pembohongan Ketua Pembangkang itu terbongkar dan pelan 16 September tinggal mimpi kosong, timbul semula cerita Azmin perlu menerajui kerajaan Selangor tambahan pula Khalid dianggap gagal mentadbir negeri itu.

Isu pengagihan lembu korban ke Parlimen Bandar Tun Razak dan penyelenggaraan kereta Lexus milik peribadi menggunakan peruntukkan kerajaan negeri dan anak syarikatnya antara yang mencalarkan imej Khalid. Barangkali sedar kedudukannya tergugat, Anwar kemudian dilantik penasihat ekonomi Selangor sekaligus Khalid berasa selamat di bawah dagu Ketua Umum PKR itu.

Terkini, dengan tindakan Khalid melantik Setpol baru, Faekah Husin yang juga Setpol kepada Datuk Seri Wan Azizah Ismail, ada kalangan pemimpin dan ahli PKR menganggap tindakan itu memberi kesan mendalam kepada Azmin.

Ini kerana Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia dikatakan amat rapat dengan Azmin malah Nik Nazmi pernah bertugas sebagai pegawai khas Anwar sebelum bertanding pada PRU 12.

Justru itu, pasti satu percaturan menarik ekoran pelantikan Faekah yang masih Setpol Wan Azizah kerana di kalangan pemimpin yang rapat dengan keluarga Anwar, mereka tahu pergeseran bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu dengan Azmin dipercayai ada kaitan dengan Shamsidar Taharin.

Sekaligus, apabila Nik Nazmi keluar daripada pejabat Menteri Besar Selangor, Azmin mungkin putus maklumat mengenai tindak tanduk serta perancangan Khalid. Sebab itu, Azmin barangkali meletak jawatan daripada PKNS sebagai tanda protes terhadap pimpinan Khalid.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak ketika ditanya Agendadaily, punca melepaskan jawatan itu menafikan ianya ada kaitan dengan Nik Nazmi ataupun pemilihan pucuk pimpinan PKR tidak lama lagi.

Apapun, keputusan Azmin menghantar surat memaklumkan meletak jawatan itu dibuat empat hari menjelang parti itu dijadual mengadakan sesi pemukiman serta Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini.

Dalam pada itu, ada juga pihak melihat tindakan Azmin ini antara strategi awal beliau merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini disandang Syed Hussin Ali.

Pelantikan Nik Nazmi sebagai Pengarah Komunikasi PKR sudah pasti akan banyak membantu kempen Azmin jika beliau memutuskan bertanding menentang Syed Hussin kelak.

Namun disebaliknya semua percaturan politik itu, jelaslah rumah tangga PKR khususnya di Selangor sedang bergolak dan Azmin tidak menolak kemungkinan berlaku rombakan dalam struktur parti yang akan diumumkan selepas MPP Ahad ini.

Lagipun jika benar ada kumpulan 15 Ahli Parlimen yang turut mempertikai kepimpinan Khalid, dan menyokong Azmin bermakna Ahli Parlimen Gombak itu bukan lagi harimau yang menyembunyikan kukunya.