12/30/2009

KELANTAN SERAMBI MEKAH? - KES KHALWAT TERTINGGI BULAN INI !!!

Hebat Kelantan sekarang ini. Bukan sahaja soal politik PAS yang tiada surut-surutnya, soal sosial remaja dan muda mudi di negeri yang diperintah parti yang kononnya berlandaskan Islam itu sama rancaknya juga. Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS lain selama ini bangga dengan Kelantan kerana jolokan negeri Serambi Mekah.

Mursyidul Am PAS itu juga selama ini semakin hebat kerana dapat menentukan siapa masuk syurga dan neraka. Barangkali kerana sudah jadi Serambi Mekah dan boleh jamin siapa masuk syurga, soal sosial keterlaluan, haram dan dosa tidak perlulah Nik Aziz sebagai pemimpin negeri fikirkan lagi. Maka tidak hairanlah, bila 30 pasangan, termasuk 15 pasangan muda di tangkap kerana berkahwat malah ada antara mereka sedang berbogel ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sepanjang bulan ini.

Seperti biasa kalau tanya soalan ini pada Tok Guru, beliau kata di negeri lainpun ramai kena tangkap khalwat, kenapa nak sibuk-sibuk pasal Kelantan? Betul tu Tok Guru tetapi bukankah Kelantan negeri parti Islam PAS dan negeri Serambi Mekah? Inilah kesannya kalau sepanjang masa beliau dan pemimpin lain sibuk berpolitik menyalahkan orang lain terutama kerajaan khususnya UMNO hingga tidak pedulikan soal-soal lain. Ada ramai yang bertanya, sejauh mana PAS sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam membimbing remaja-remaja mahupun beliau soal agama, memantap solat dan sebagainya. Apakah kursus-kursus bercorak keagamaan yang kerajaan Nik Aziz sudah sediakan kepada belia-belia sejak sekian lama mentadbir Kelantan? Sebagai ulama besar, harap beliau jujur menjawab perkara ini. Kes tangkap khalwat ini pastinya memalukan Tok Guru dan pemimpin PAS Kelantan lain.

Barangkali kalau dicari angka jenayah lain membabitkan rakyat Kelantan, pasti angkanya juga tinggi tetapi kes-kes yang berkaitan perlakuan sumbang ini cukup menconteng arang ke muka Menteri Besar Kelantan itu. Kesemua mereka yang berusia antara 15 hingga 44 tahun itu mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie, Nik Najib Che Hasan, manakala pendakwaan oleh Pendakwa Syarie, Farazeila Mat Soud,Isnin. Mereka termasuk pelajar, buruh, penuntut kolej, kakitangan kerajaan dan swasta, peniaga serta duda dan ibu tunggal di pelbagai lokasi mulai tengah malam hingga awal pagi. Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1)(2) Kanun Acara Jenayah Syariah Kelantan No 2/1985 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-dua sekali.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan, ada antara pasangan itu ditahan ketika berbogel bersama pasangan mereka dalam bilik hotel yang diserbu. Berikutan pengakuan bersalah mereka, beberapa remaja yang didenda antara RM300 hingga RM350 seorang terpaksa mendapatkan bantuan dan jaminan ibu bapa masing-masing untuk membayar denda bagi mengelak daripada merengkok dalam penjara.

Pengajaran daripada kes-kes seumpama ini memerlukan Tok Guru bermuhasabah diri dan sedar bahawa sebagai seseorang yang diberikan amanah memimpin negeri, beliau bertanggujawab terhadap segala kebaikan mahupun kerosakkan. PAS kini hanya hebat kerana bersekongkol dengan DAP yang menolak negara Islam manakala PKR pula parti yang dipimpin oleh mereka yang dipersoalkan moralnya.

Sebelum ini dok canang satu dunia kata Kelantan Negeri yang melaksanakan dasar Islam terbaik sampai dikutuk, dihina Negeri BN yang lain. Sekarang, apa cerita Tok Guru? Jangan pula nak salahkan BN juga dalam hal ni, sudah lar...


12/22/2009

WEE CHOO KEONG BUANG MASA DI WANGSA MAJU - ABD. RAZAK MUHAMAD

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Wangsa Maju, En. Abd. Razak Muhamad menganggap Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong tidak lagi releven kerana tidak pernah berkhidmat dengan sepenuhnya untuk masyarakat setempat.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata, Mr. Political Badut sebenarnya tidak senang duduk dengan pendekatan BN Wangsa Maju yang turun padang dan sentiasa mengambil berat masalah masyarakat Wangsa Maju.

Beliau berkata demikian di Majlis Sumbangan Akaun Tabung Haji berjumlah RM200 bagi pelajar sekolah dan Jom Ke Sekolah anjuran Biro Kebajikan dan Biro Pendidikan UMNO Wangsa Maju.

Turut bekerjasama dalam program ini adalah GPMS Cawangan Wangsa Maju. Seramai 400 pelajar telah berdaftar di bawah Akaun Tabung Haji seterusnya diberi sumbangan berjumlah RM 200. Turut serta memberi sumbangan adalah Giant yang menyediakan barang-barang keperluan sekolah bagi pelajar-pelajar tersebut.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua pihak yang terus menyokong kepimpinan beliau seterusnya bangkit dalam memantapkan jentera Barisan Nasional. Beliau juga memuji Blog UMNO Cawangan Gombak Selatan yang aktif beroperasi menyampaikan penerangan secara jelas mengenai pendekatan BN Wangsa Maju dan menjawab segala dakyah-dakyah dari pihak pembangkang dengan berani dan telus.

Turut hadir ke Majlis tersebut adalah wakil komponen BN seperti PPP dan Parti Makkal Sakhti Bahagian Wangsa Maju. Hampir kesemua parti komponen BN Wangsa Maju berikrar akan terus memberi komitmen sepenuhnya dalam memperkuat jentera BN..

Syabas Barisan Nasional Wangsa Maju.. Sama-sama kita memerah tenaga, bangkit menentang Pakatan Pembangkang.




Wakil-wakil dari Parti PPP hadir bagi memberi sokongan



Ketua Pemuda UMNO Bhg. Wangsa Maju, En. Taupiq (berbaju putih, kanan sekali) dan Naibnya, En. Azha Mustapha (berbaju ungu) sedang berbincang bersama Ahli Pemuda yang lain.



Berdiri sebagai penghormatan kepada hadirin yang hadir.


LAGI GAMBAR.... MENYUSUL.......



12/18/2009

AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU TAK SENANG DUDUK - 2 LAPORAN POLIS DIBUAT KE ATAS BELIAU.

Jika sebelum ini Evergreen Adventure Sdn. Bhd. membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong aka Mr. Political Badut, kini Persatuan Penjaja Wangsa Maju pula tampil membuat laporan polis atas tuduhan dan fitnah Mr. Political Badut yang mengatakan bahawa Gerai Rahashini Tom Yam telah menceroboh tanah DBKL, walhal gerai tersebut telah mempunyai lesen yang dibenarkan DBKL selama 15 tahun. Wow!!!!

Alasan juga diberikan bahawa gerai tersebut telah mengganggu lalulintas terutamanya jika berlaku kebakaran terutamanya kepada Bomba. Heh? Sudah 15 tahun gerai ini berfungsi, baru nak menyalak. Emmm...

Laporan ini dibuat berkenaan dengan penjaja Uptown Wangsa Maju yang peniaganya hampir 90% adalah Melayu dan dikatakan mempunyai kepentingan dari pihak DBKL dan UMNO Wangsa Maju.

Hmm... Entahlah, tuduhan yang mengarut dari Mr. Political Badut. Tapi musykil, gerai Melayu bila sudah lama bertapak, ada sahaja yang cuba hendak jatuhkannya. Alasan kesesakan lalulintas lah, gerai haram lah.. Tapi cuba lihat gerai di bawah ini : -





Ini merupakan antara gerai-gerai cina di kawasan Wangsa Maju. Jika dilihat gerai-gerai ini, memang betul-betul mengganggu lalu lintas dan berada di lokasi yang tidak sesuai. Apabila dilihat gerai-gerai cina ini, adakah logik ianya mendapat kelulusan dari pihak DBKL? Emmm...

Tapi yang peliknya, Mr. Political Badut tidak pula mempersoalkan gerai-gerai ini. Dia tidak pula mengaitkan gerai-gerai ini di Parlimen. Gerai Rahasshini yang sudah bertapak selama 15 tahun, siap ada lesen peniaga lagi, gerai itu yang dia menyalak di Parlimen. Tak pasal-pasal gerai tu terus popular. Kami pun tak pernah makan di gerai tu. Tapi itu la, Kenapa ye? Ini merupakan laporan yang diberikan dari seorang blogger yang juga merupakan peniaga Melayu di kawasan Wangsa Maju.

Kami nak tanya. Ada Dato' Shafei halau peniaga-peniaga Cina ni? Ada Dato' arahkan DBKL robohkan gerai-gerai Cina ni? Ada tak Dato' buat laporan tentang gerai-gerai ini? Tidakkan.. Sebab apa?

Sebab Dato' Shafei tidak ada kuasa untuk arahkan sesiapa. Sebab Dato' Shafei tidak mahu mengganggu periuk nasi orang lain, apatah lagi warga Wangsa Maju. Sebab Dato' Shafei amal diplomasi dan mengutamakan rakyat Wangsa Maju, tidak kira Melayu, Cina mahupun India. Sebab Dato' Shafei faham mereka mencari rezeki halal untuk keluarga mereka.

Ada Mr. Political Badut ni ambil tahu semua ini? Dia sebenarnya ada perancangan untuk menjatuhkan UMNO Wangsa Maju. Dia tahu kita sedang kuat. Dia tahu dia akan dibuang dari menjadi Ahli Parlimen pada PRU13 kerana rekod buruk dia sebagai Ahli Parlimen PKR. Sebab itu dia cari isu. Cari isu satu hal, ditempelaknya UMNO, peniaga-peniaga Melayu. Tak pula dia bangkitkan isu gerai-gerai cina seperti di gambar atas ni.

Siapa yang racist sekarang? Mr. Political Badut, sanggupkah bela nasib orang Melayu dan India di Wangsa Maju? Dia bukan setakat tak bela, tak pernah ambil tahu pun. Tanah-tanah tradisi Melayu di Wangsa Maju, ada dia ambil tahu? India-india yang susah di Wangsa Maju, ada dia ambil tahu. Yang berkepentingan sahajalah dia bela. Yang tak ada kepentingan? Sama sahaja. Kami kadang-kadang tidak faham kenapa masih ada orang yang boleh menyokong Mr. Political Badut ni... Apa yang dia buat untuk rakyat Wangsa Maju?

Inilah sikap Ahli Parlimen yang tidak layak sebenarnya memimpin. Tahu nak menyalak sahaja. Kepada pembaca, tepuk dada, guna akal, tanya hati anda.



12/17/2009

SAYA RELA DISIASAT, UMNO WANGSA MAJU BANGKIT - DATO' SHAFEI ABDULLAH

Sepertimana yang kita sedia maklum semalam pihak Parlimen telah meluluskan usul untuk menyiasat Setiausaha Politik Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Shafei Abdullah, seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Mr. Political Badut.

Berikut merupakan ulasan Dato' Shafei mengenai perkara tersebut melalui blog beliau, www.shafeiwangsamaju.blogspot.com :-

Semalam Parlimen meluluskan untuk membentuk sebuah Jawatankuasa untuk menyiasat kononnya saya mengkasari Wee Choo Keong. Saya rela disiasat tetapi sekiranya saya disiasat maka Wee Choo Keong juga mestilah disiasat. Beliau mestilah disiasat untuk menentukan sama ada beliau benar-benar saya kasari. Adakah matanya bengkak, pipinya lebam atau bajunya terkoyak.? Apakah saya bertindak memudaratkannya secara fizikal.

Seperti mana yang telah diketahui umum, Ahli Parlimen Wangsa Maju ini sememangnya suka mencari publisiti murahan. Beliau juga membuat tohmahan bahawa saya adalah de-facto Datuk Bandar Kuala Lumpur, de-facto Menteri Wilayah Persekutuan dan banyak lagi. Hakikatnya Kuala Lumpur mempunyai Datuk Bandar dan Wilayah Persekutuan mempunyai Menterinya iaitu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Apakah beliau bermaksud bahawa apa saja tindak-tanduk Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur mesti mendapat pengesahan saya? Kerana itulah yang dimaksudkan dengan 'de-facto'. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mempunyai Menteri, Timbalan Menteri dan KSU juga TKSU manakala DBKL mempunyai Datuk Bandar, Ketua Pengarah dan Timbalan-timbalan Ketua Pengarah; ini menggambarkan suatu organisasi yang cukup komprehensif dari segi struktur dan fungsi.

Tugas saya di Kementerian Kewangan sudah cukup banyak dan sibuk yang pastinya saya tiada masa dan ruang untuk mengganggu kementerian lain. Hakikatnya Wee Chee Keong kini gusar dengan kebangkitan UMNO Wangsa Maju dan perpaduan yang kian kental di kalangan ahli-ahli UMNO di sini. Wee Choo Keong tahu bahawa beliau hanya 'singgah' sebentar di Wangsa Maju. Tiada jaminan bahawa beliau akan kekal menjadi calon pembangkang di Wangsa Maju dalam pilihan raya akan datang.

Dalam pilihan raya lalu beliau hanyalah menumpang pada tiket PKR, tiada jaminan bahawa PKR akan terus mengekalkannya. Beliau pernah menjadi persona nan grata pada DAP dan nampaknya PKR tidak berminat untuk mengekalkannya sebagai calon PKR lantaran sikap perkauman yang terlalu menebal. Justeru itu beliau cuba re-invent dirinya demi survival politiknya dengan membuat tohmahan dan menggunakan apa saja ruang yang ada untuk meraih publisiti.

Strateginya ialah dengan menjadikan saya sebagai bogey man dengan menakut-nakut orang bahawa saya adalah mafia di WPKL. Hakikatnya beliau takut kepada kebangkitan UMNO Wangsa Maju. Justeru itu saya perlu dineutralkan. Ini juga memberikan ruang kepadanya untuk mendabik dada kononnya hanya beliau yang layak menjadi calon pembangkang di Parlimen Wangsa Maju apabila saya berjaya dineutralkan. Apa yang sebenarnya berlaku tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh Wee Choo Keong.

Sebelum beliau bercelupar dengan bersandarkan imuniti di Dewan Rakyat dengan mentohmah saya, saya tidak mengenalinya dan tidak pernah berjumpa dengannya. Maka tujuan saya datang ke Parlimen tidak ada kena mengena dengannya. Saya bagaimanapun mushkil mengapa beliau amat 'meminati' saya. Kehadiran saya di Parlimen mungkin telah mengejutkannya dan membuatkan beliau gelabah dan membuat rumusan bahawa saya akan bertindak kasar. Hakikatnya saya hanya bercakap dengannya. Percakapan sayapun tidak kasar. Bodohlah saya sekiranya saya mengkasarinya di Parlimen.

Apatah lagi sebagai Setiausaha Politik kepada Dato Sri Najib sudah tentu saya cukup arif dengan protokol dan diplomasi untuk tidak bertindak sebegitu. Membuat tuduhan palsu adalah tindakan menghina Dewan Rakyat dan beliau patut disiasat kerana membuat tohmahan kerana hakikatnya saya tidak pernah berlaku kasar terhadapnya.


12/16/2009

PANDANGAN AKTIIVIS UMNO WILAYAH MENGENAI DATO' SHAFEI - BELIAU DITRIBUNAL KRN. BELA RAKYAT !!!

Berikut merupakan pandangan Orang Lama dalam Politik Wilayah Persekutuan iaitu Ketua UMNO Cawangan Bukit Wangsa,Abdul Rahman Hashim. Melalui blog beliau iaitu www.locengwangsa.blogspot.com.

Belikut merupakan pandangan beliau mengenai isu Dato' Shafei Abdullah : -

Dato' Mohd. Shafei Abdullah, Setiausaha Politik kepada Dato' Sri Najib Tun Razak kini menjadi fokus awam setelah dirinya yang telah banyak memberikan pembelaan terhadap rakyat di Wangsa Maju, telah dipolemikkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong daripada PKR. Wee Choo Keong yang sentiasa tidak berpuas hati dengan gerak kerja membela rakyat yang dijalankan oleh Shafei selama ini telah mengheret isu terbabit di dalam Dewan Rakyat dengan menuduh Ketua UMNO Bahagian itu telah mencampuri urusan DBKL.

Dato' Shafei Abdullah dikatakan telah meminta DBKL supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan perniagaan peniaga-peniaga kecil di Taman Melati dan juga di Seksyen 2 Wangsa Maju yang tidak disenangi oleh Wakil Rakyat PKR Wangsa Maju itu. Polemik yang membabitkan dua tokoh politik ini dilihat sebagai pertembungan menguji pengaruh diantara UMNO dan PKR dalam pasca pilihan raya ke-13 yang bakal mendatang.

Tindakan Shafei yang konsisten untuk membela masalah rakyat di Wangsa Maju begitu tidak disenangi oleh Wee Choo Keong sehingga Wee dilihat lebih berpuas hati meminta DBKL melakukan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga-peniaga kecil yang berkena
an. Reaksi sedemikian telah mengundang kebencian rakyat terbanyak terhadap Wee Choo Keong dan masyarakat Melayu di kawasan ini yang rata-rata telah menunjukkan sokongan padu kepada Ketua UMNO Bahagian itu.

Sebagai orang yang telah dipolemikkan, Shafei dikatakan telah bersemuka dengan Wee di bangunan Parlimen dan meminta penjelasan daripada Wee terhadap isu yang telah dibangkitkannya di dalam sesi perbahasan di dewan rakyat. Pertanyaan Shafei itu telah membuatkan Wee merasakan dirinya tercabar sehingga mendorong jawatankuasa penyiasat dibentuk bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu.

Dewan Rakyat kelmarin telah pun meluluskan usul tanpa bahas bagi menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat aduan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong berhubung satu laporannya terhadap Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Shafei Abdullah.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan itu selepas majoriti anggota Parlimen bersetuju bahawa usul yang dikemukakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz itu tidak di bahas.

Melalui usul itu, Mohamed Nazri mencadangkan agar jawatankuasa itu ditubuh bagi membolehkan tindakan yang sesuai diambil berhubung perkara itu mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia sendiri telah dicadangkan oleh Nazri Aziz untuk mengetuai jawatankuasa penyiasat ini, manakala Datuk Ronald Kiandee telah dicadangkan sebagai Timbalan Pengerusi.

Lain-lain anggota parlimen yang turut dilantik menganggotai jawatankuasa penyiasat ini ialah terdiri daripada Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (BN - Alor Gajah), Nancy Hj Shukri (BN - Batang Sadong), Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Timur), R. Sivarasah (PKR - Subang) dan Datuk Kamarudin Jaafar (PAS - Tumpat).

Pada saya, apakah rasionalnya jawatankuasa ini perlu dibentuk semata-mata untuk menyiasat kewajaran Shafei menunjukkan kemarahannya terhadap musuh politiknya di Wangsa Maju itu. Jika Wee merasakan dirinya tidak tenteram lagi dengan kemarahan yang ditunjukkan oleh Shafei, apakah wajar Wee juga patut ditribunalkan setelah jawatankuasa ini nanti akan membuat keputusan bahawa faktor emosi dan marah kepada seseorang itu tidak wajar dikenakan tindakan disiplin?

Tindakan sekumpulan Pemuda UMNO yang didakwa telah 'mengkasari' Karpal Singh di luar Dewan Rakyat adalah tidak sama dengan tindakan 'memarahi' Wee oleh Dato' Shafei. Shafei berhak untuk meminta penjelasan dari Wee, sebagaimana Wee sebagai Ahli Parlimen juga berhak untuk bercakap atas apa jua isu sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan Dewan Rakyat.

Biarlah jawatankuasa penyiasat ini yang membuat keputusan bagi memuaskan hati Wee. Wee Choo Keong tidak perlulah mengajar Shafei supaya meletakkan jawatannya sebagai Setpol Najib, kerana itu bukanlah urusan Wee. Saya pula merasakan apa rasionalnya Shafei perlu meletakkan jawatan semata-mata hendak melayani selera wakil rakyat pembangkang itu. Shafei perlu meneruskan agenda rakyatnya, kerana rakyat masih berkehendakkan UMNO.


Sila layari blog Abdul Rahman Hashim di www.locengwangsa.blogspot.com

Abdul Rahman Hashim



12/15/2009

ISU FITNAH DATO' SHAFEI - EVERGREEN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MR. POLITICAL BADUT

Syarikat Evergreen Ture Sdn. Bhd. telah membuat laporan polis mengenai fitnah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang telah mengaitkan syarikat tersebut dengan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Shafei Abdullah.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Dato' Shafei Abdullah tidak terlibat sama sekali dalam bentuk pengurusan bersama beliau. Ianya adalah satu fitnah bagi menjatuhkan syarikat tersebut.

Sila Klik Gambar ini untuk melihat dengan lebih jelas.


Berikut adalah kenyataan Mr. Political Badut di dalam blog beliau : -

''Saya nak tanya apa kepentingan Mr Political Toll (Dato' Shafei) dalam syarikat Evergreen Sdn Bhd melalui pembekalan alatan kepada pusat-pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) semasa Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Pertahanan? Saya tahu bahwa dia adalah sahabat karib En John Tee, MD Evergreen Sdn Bhd?''

Emmm... Amacam Mr. Badut? Apa lagi idea baru kamu untuk menjatuhkan UMNO Wangsa Maju? Allah Maha Mengetahui.

Sejak kami tampil membela Dato' Shafei, ramai yang membuat spekulasi buruk terhadap kami. Kata kami dibayarlah, diberi rasuahlah.. Macam-macam. Tapi tidak mengapa, kami tetap dengan pendirian kami bahawa pembelaan ini bukan hanya untuk Dato' Shafei. Kami tampil untuk membela UMNO Wangsa Maju itu sendiri. Kami tidak mahu UMNO Wangsa Maju rebah dan terus ditindas oleh orang lain.

Mungkin sekarang Dato' Shafei menjadi mangsa. Selepas ini? Pembangkang akan melakukan pelbagai cara bagi menjatuhkan UMNO. Fikirlah... Kerana perjuangan kami hanya untuk Agama, Bangsa dan Negara.



Dulu Kami Diam...
Dulu Kami Membisu...
Kerana Kerja Kami...
Bela Nasib Rakyat Wangsa Maju...
Tapi Sekali Kamu Usik Kami...
1 Bala Tentera Menanti Kamu...
Kamu tunggu, Mr. Political Badut....



PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BATU? BETUL KE?

Ahli Parlimen PKR kawasan Batu di Kuala Lumpur,Tian Chua berkata beliau tidak akan merayu seterusnya jika proses rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mulai 29 Januari ini kalah. Langkah ini adalah bagi memastikan satu pilihanraya kecil diadakan di kawasan itu.

“Saya tidak boleh fikirkan soal diri saya lagi tetapi untuk parti jika kalah dalam rayuan itu.Saya nak pastikan ada pilihanraya kecil di situ,”katanya. Tian Chua menjangka jika beliau meneruskan proses rayuan ini boleh memakan masa dan melepasi tempoh had peraturan Suruhanjaya Pilihanraya dimana tidak perlu ada pilihanraya kecil jika seseorang wakil rakyat kosongkan kerusinya pada Mac 2011.

Beliau enggan mengulas harapannya dalam proses rayuan mulai 29 Januari itu. Tian Chua bagaimanapun berkata beliau yakin PKR dapat menawan balik kawasan Batu sekiranya berdepan dengan calon BN-Gerakan di situ.

“Saya menduga berat sikit bagi kami jika calon UMNO bertanding di situ tetapi jika calon Gerakan kami pasti menang mudah,”katanya. Pada 22 Okt lalu Tian Chua telah dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 kerana didapati bersalah gigit tangan konstabel Rosyaidi Anuar dalam pergelutan di jalan depan bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

Berikutan keputusan itu beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Keputusan itu ditangguhkan sementara proses rayuannya selesai.

12/13/2009

NAJIB MINUM ARAK? - AL FITNAHTUL ASSHADDU MINAL QATL...

Tiba-tiba hari ini kami terpanggil untuk memberi kenyataan mengenai isu gambar ini yang telah disensasikan oleh pembangkang. Datuk Seri Najib minum arak?

Apabila kita lihat sekali, tanpa soal selidik kita akan membuat andaian sendiri bahawa memang benar itu adalah arak.

Bagi mereka yang arif tentang lawatan protokol di peringkat antarabangsa, Negara-Negara ada menyediakan sejenis minuman buah khas buat tetamu yang beragama Islam. Minuman ini adalah sejenis Jus buah-buahan seperti Epal dan Nenas.

Aik, Anwar Ibrahim tak tahu ke? Bukan dia selalu pergi luar Negara. Diakan ramai 'sahabat' dari luar negara.

Hmm... Pembangkang fitnah lagi. Kalau setakat hendak menipu orang-orang kampung bolehlah. Jika orang yang profesional dan arif tentang perkara ini, dan kemudian mengiyakan fitnah, sememangnya orang ituterlibat dalam fitnah ini.

Datuk Seri Najib tidaklah sebodoh itu. Beliau tidak akan melakukan sesuatu yang memalukan Agama, Bangsa dan Negara.

Yang pembangkang, terus memfitnah. Ditayang gambar ini di seluruh akhbar-akhbar mereka. Tak ada nak siasat dahulu betulkah air yang Datuk Seri Najib minum itu ada kandungan arak ataupun tidak? Bukannya hendak dengar penjelasan Datuk Seri Najib terlebih dahulu mengenai air yang beliau minum pada ketika itu? Tahu-tahu, terus membuat andaian membabi buta.

Niat murni Datuk Seri Najib ke Selatan Thailand untuk menyelesai dan membela umat Islam di kawasan tersebut telah disalaherti oleh Pembangkang. Pembangkang seolah-olah cemburu dan tidak puas hati dengan pendekatan Datuk Seri Najib yang lebih terbuka dalam isu Selatan Thailand.

Kepada rakan-rakan blog lain, sila siarkan gambar ini dan beri penerangan di dalam blog anda. Kita tidak boleh biarkan Perdana Menteri kita dicemar dengan fitnah Pembangkang. Ayuh, kita terangkan pada mereka.

12/12/2009

KNPA KAMI BERIYA-IYA TAMPIL MEMBELA DATO' SHAFEI ABDULLAH? CHOO KEONG AKA 'MR. POLITICAL BADUT' PANAS!!!!!

Alhamdulillah, kempen Blog UMNO Cawangan Gombak Selatan (UCGS) untuk menyokong kepimpinan Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah, Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju mendapat maklumbalas positif dari pelbagai pihak. Beberapa blog tampil dengan berani menyatakan pendirian mereka mengenai kepimpinan Dato' Shafei.

Namun, tidak kurang juga pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang membuat andaian sendiri bahawa Crew-Crew Blog UCGS telah diberi rasuah dengan elaun yang tinggi dari Dato' Shafei untuk membersihkan nama beliau.

Astagfirullah, inilah politik mereka. Susah sekarang ni nak sokong pemimpin yang kita hormati. Kempen sikit, sudah dikata kami dibayar. Tapi tidak mengapalah, fitnahlah lagi. Kami tak kisah kerana niat kami ikhlas kerana Allah Taala.

Namun begitu, kami ingin menyatakan pendirian khas dari Crew-Crew Blog UMNO Cawangan Gombak Selatan, Kenapa kami beriya-iya berkempen untuk pertahankan Dato' Shafei Abdullah?
Tarik nafas panjang-panjang (nak marah ni, tapi control).

Sokongan Blog UCGS ke atas Dato' Shafei Abdullah adalah berdasarkan keperibadian Dato' sebagai seorang pemimpin. Kami amat rapat dan mengenali beliau. Dan setakat hari ini, Dato' menjalankan tugas dengan baik di samping sering turun padang menyelesaikan masalah penduduk di sekitar Gombak Selatan.

Malah, Dato' Shafei antara yang berjuang untuk menyelamatkan Tanah Rizab Melayu (Tanah Tradisi Melayu) di kawasan kami ini. Nak harapkan Mr. Political Badut? Restoren-restoren Cina sahaja dibangunkan... Kami di kampung-kampung Melayu di kawasan W.angsa Maju dibiarkan. DBKL hendak ambil tanah kami, ada Mr. Political Badut turun ke tempat kami? Tempat Cina adalah...

Ini yang menyebabkan kami tampil membela Dato'. Sebab ketrampilan dan Identiti Dato' amat menitikberatkan semangat Membela Warga Wangsa Maju. Ia bersesuaian dengan identiti 1Malaysia itu sendiri. Dato' tidak mengugut DBKL seperti Mr. Political Badut ni. Salah sikit, menyalak kat Parlimen.

Dato' amalkan Diplomasi, yang menyebabkan : -

Sehingga hari ini,
Tanah Kami masih kekal,
Sehingga hari ini,
Peniaga2 Melayu dapat mencari rezeki halal,
Sehingga hari ini,
Mayarakat Kurang Upaya di tmpat kami dibela.

Dato' tidak pernah mengganggu aktiviti ekonomi dari kalangan Cina, India mahupun bangsa-bangsa lain. Masing-masing diberi ruang untuk menikmati kehidupan masing2. Ada masalah, kita bincang. Kita amalkan semangat perpaduan kaum. 1Malaysia..

Tidak seperti 'Mr. Political Badut'. Ada masalah sikit, Menyalak.... Itu yang dia ni tak puas hati. Panas tengok Dato' Shafei baik dgn warga Wangsa Maju tidak kira dari kalangan Melayu, Cina mahupun India.

Tak puas hati dengan peniaga-peniaga di Uptown.. Melayu pula tu.. Dia ingat Peniaga Uptown tu kaya raya.. Mereka semua hidup sederhana, ada yang susah.. Janganlah disekat dan diherdik orang macam ni untuk mencari rezeki halal.

Yang Cina, diangkat, dijulang... Restoren Cina bersepah2.. Kerusi Meja kalau blh smpai ke tengah jalan lah.. Smpai kereta nak lalu pun xblh.. Tak pula Si Badut ni menyalak kat Parlimen...

Melayu, celah-celah longkang dicampak.. Manalah kita tak marah dekat dia. Cuba hendak menutup periuk nasi orang. Kamu sebagai Wakil Rakyat sepatutnya berjumpa dengan peniaga, bincang dengan mereka. Cari penyelesaian dengan baik. Ini baru pemimpin. Ini tidak, tak suka, disuruh roboh.... disuruh tutup periuk nasi orang lain. Melayu pulak tu.

Kami sebenarnya banyak isu yang hendak kami kemukakan mengenai masalah Ahli Parlimen Wangsa Maju ni. Dari dulu lagi. Tapi kami diam. Dato' Shafei Abdullah sendiri kata "Biarlah, dia buat kerja dia, kita buat kerja kita. Aku pun banyak kerja lain nak buat untuk warga Wangsa Maju. Dia buat hal dengan rakyat, kita back up". Kita tak pernah usik Mr. Political Badut ni. Tapi sekarang sudah melampau.

Dato' Shafei yang kami kenal sentiasa mengambil pendekatan diplomasi dengan amsyarakat. Berjumpa, kita bincang.

Malah jika ada orang tak puas hati ke.. Jumpalah Dato' Shafei. Kita berdepan, bincang masalah, cari jalan penyelesaian. Tak payahlah bersikap pondan macam Si Badut ni.. Menyalak di Parlimen.. Tahulah kamu tu Ahli Parlimen, Dato' tu, orang biasa je.. Tak duduk kt Parlimen..

Kenapa? Takut Dato' lawan kamu next election ke?

Fikir-fikirlah.... Inilah sebab kami menyokong DATO' SHAFEI ABDULLAH.. KERANA SEMANGAT KEPIMPINAN DIA, MENEKANKAN SEMANGAT 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..

12/11/2009

WEE CHOO KEONG aka MR. POLITICAL BADUT TERUS MENYALAK - DATO' SHAFEI AKAN TERUSKAN AGENDA BELA WARGA W.MAJU

Baru sebentar tadi kami mengunjungi blog Loceng Wangsa di http://locengwangsa.blogspot.com/. Penulis blog ini merupakan sahabat karib Dato' Shafei Abdullah. Beliau telah mengunjungi pejabat Dato' Shafei di Putrajaya pada 10 November lalu dan sempat bertanyakan kepada beliau tentang isu ini yang secara kebetulan telah dibangkitkan oleh Wee Choo Keong aka Mr. Political Badut semasa membahaskan penggulungan bajet Kementerian Wilayah Persekutuan oleh Dato' Raja Nong Chik. Dalam perbahasan itu Wee telah mengemukakan pertanyaan kepada Menteri WP tentang dakwaan kononnya Setiausaha Politik PM itu telah mencampuri urusan DBKL dalam operasi penguatkuasaan di kawasan Wangsa Maju.

Dato' Shafei yang mendapat tahu tentang perkara ini daripada seseorang yang berada di Dewan Rakyat yang telah melaporkan kepadanya, dan Dato' sempat memberikan ulasan spontannya kepada Loceng Wangsa dimana secara konsisten beliau telah berkata bahawa dirinya tidak akan terjebak dengan taktik kotor dan manipulasi yang dibuat oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju itu; sebaliknya Dato' berkata akan tetap meneruskan agenda pembelaan kepada rakyat di kawasan Wangsa Maju tanpa memikirkan samada Wee Choo Keong perlu bersama-samanya ataupun tidak.

Penulis blog Loceng Wangsa juga di dalam blognya memberi penghormatan kepada Dato' Shafei Abdullah. Beliau mengulas "Tindakannya dengan meminta pihak DBKL supaya tidak mengambil tindakan drastik untuk merobohkan gerai-gerai sebagaimana yang didakwa oleh wakil rakyat pembangkang sebagai menghalang tugas-tugas DBKL itu telah mencerminkan kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang berhati rakyat yang tidak dimiliki oleh Wee Choo Keong."
Penulis blog ini juga menyatakan bahawa Choo Keong aka Mr. Political Badut resah dengan tindakan drastik dan pantas Dato' Shafei Abdullah membela Warga Wangsa Maju.

"Wee sepatutnya tidak gembira apabila melihat rakyatnya menghadapi kesulitan untuk meneruskan perniagaan, tetapi Wee dilihat begitu tidak senang hati apabila DBKL tidak meneruskan tindakan terhadap peniaga Melayu berkenaan, sebaliknya Wee menuding jari dengan mendakwa Shafei telah cuba mencampuri urusan DBKL."

Loceng Wangsa juga mengucapkan syabas kepada Dato' Shafei Abdullah atas tindakan beliau yang sewajarnya digelar Juara Rakyat.

"Saya ingin mengucapkan syabas kepada Dato' Dr. Shafei Abdullah kerana telah menampilkan martabat jati diri UMNO yang kini sedang mengetuai kerajaan BN di peringkat persekutuan. UMNO mestilah bertindak mendepani segala isu rakyat dengan segala iltizam untuk mendahulukan rakyat. Persetankan sahaja apa yang dibangkitkan oleh Wakil Rakyat PKR itu, kerana Wee Choo Keong sebenarnya sedang berhadapan dengan kekuatan UMNO Wangsa Maju yang dipimpin oleh penerajunya yang begitu dekat di hati rakyat.

Inilah pandangan seorang Aktivis UMNO yang bergiat aktif di dalam blog, iaitu Loceng Wangsa. Kami ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada beliau kerana tampil memberi kenyataan peribadi beliau terhadap kepimpinan Dato' Shafei Abdullah.

Ini bukan soal pembelaan terhadap Dato' sahaja. Ini adalah soal maruah parti kita yang sekian lama bertapak di Wangsa Maju. Jangan biarkan Pakatan Pembangkang memijak kita sehingga Maruah Parti UMNO Wangsa Maju terus tergadai. Kita perlu bangkit. Bangkit menentang Pakatan Pembangkang Wangsa Maju.



Dulu Kami Diam...
Dulu Kami Membisu...
Kerana Kerja Kami...
Bela Nasib Rakyat Wangsa Maju...
Tapi Sekali Kamu Usik Kami...
1 Bala Tentera Menanti Kamu...
UMNO Cawangan Gombak Selatan Akan Mulakannya......
Kamu tunggu, Mr. Political Badut....