4/27/2010

INDIA KINI SEDAR ANWAR PENIPU - ANWARI MAINKAN CINA PULA!!

Ramai yang ingin tahu bagaimana Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor melalui calonnya P. Kamalanathan yang dimenangi dengan majoriti 1,725 undi.

Sejak kematian Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Allahyarham Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad 25 Mac lalu, parti itu berkeyakinan terus akan mengekalkan kerusi itu walau siapapun yang diletakkan sebagai calonnya.

Hanya ada dua sebab utama bagaimana BN berjaya menumpaskan PKR terutamanya Anwar Ibrahim dalam pertandingan dua penjuru tersebut iaitu strategi BN mengena dan Anwar Ibrahim tersilap congak. Faktor beberapa orang pemimpin PKR meninggalkan parti itu menjadi bonus kepada kejayaan BN.

Kesilapan paling utama bagi PKR ialah terlalu fokus kepada pengundi Cina yang kononnya menjanjikan sokongan melebihi 90 peratus kepada pembangkang. Lantaran itu, PKR menyerahkan tugas dan tanggungjawab menjaga pengundi Cina kepada ‘tycoon’ pengusaha pasir dan pelbagai pengusaha lain manakala pemimpin PKR cuba menambat hati pengundi Melayu di kawasan Felda khususnya dalam DUN Hulu Bernam.

Para peneroka ini sebenarnya adalah penyokong kuat dan pengundi tegar BN sejak sekian lama lagi, khususnya semasa Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menjadi Ketua UMNO bahagian Hulu Selangor.
Jika pada pilihanraya umum 2008, PKR meraih 63 peratus undi Cina bermakna BN hanya mendapat 37 peratus, kali ini pihak pembangkang dijanjikan lebih daripada 90 peratus tetapi janji ini tidak menjadi kenyataan.

MCA dan Gerakan dalam masa yang sama gagal menambat hati pengundi Cina.Ini jelas sangat dengan semua peti undi berada dalam keadaan gelap iaitu BN tewas. MCA sewajarnya mengambil kira perkara ini.

Pengundi India nampaknya kini telah bangkit memberi sokongan penuh pada BN semula. Jika kita ingat pada PRU 12 Anwar Ibrahim membangkitkan rasa benci mereka kepada BN kerana dikatakan mengabaikan kaum ini. Anwar dengan lagaknya menggelarkan diri dia sebagai pemimpin Makkal Sakhti dan berjanji akan membela nasib India, Cina mahupun Melayu di negara ini.

Tapi nampaknya kaum India telah sedar telah terperdaya dengan Sang Anwar ini. Kg. Buah Pala menjadi saksi kekejaman pemerintahan Pembangkang. Anwar sendiri yang menjanjikan bahawa kampung ini akan terbela. Namun, ianya ranap.

Kaum Cina wajar menyedari hakikat ini bahawa mereka kini sedang menjadi bahan politik Pembangkang pula. Pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim akan menggunakan Cina pula sebagai peraih undi setelah gagal meyakinkan sebahagian kaum Melayu dan India.

Pengundi Cina mesti akui bahawa hanya BN sahaja yang mampu memberi kemajuan kepada semua kaum. Pembangkang pimpinan Anwar hanya pandai bercakap dan berjanji, namun semua itu hanya helah untuk mencapai cita-cita beliau.

Ingatlah Pengundi CINA, ANDA AKAN TERUS MENJADI BAHAN MAINAN POLITIK PEMBANGKANG. JIKA ANDA TERUS MENYOKONG PAKATAN RAPUH, ANDA AKAN TERUS DIPERMAINKAN. DAN ANDA AKAN TERTIPU DENGAN HELAH MEREKA.


4/26/2010

BN BELI UNDI??? - TU JE LA ALASAN PBANGKANG BILA DA KALAH..




Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor pada Ahad. Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.

"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.

"Bukannya BN ke sana sini dan beritahu 'tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini', tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 di sini. Turut hadir ialah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga penasihat Landskap Malaysia, bersama isterinya Tun Jeanne Abdullah yang merupakan pengerusi Landskap Malaysia.

Bernama melaporkan Najib berkata demikian semasa mengulas dakwaan pembangkang kononnya BN membelanjakan RM167 juta bagi melaksanakan pelbagai projek untuk meraih undi di Hulu Selangor.

Pad aAhad P.Kamalanathan dari BN menewaskan Datuk Zaid Ibrahim dari PKR dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi. Calon BN itu menerima 24,997 undi manakala Zaid memperolehi 23,272 undi.

Perdana Menteri memberi contoh projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya, yang menurutnya bertujuan menangani masalah orang ramai di kawasan berkenaan.

"Ia dilaksanakan kerana orang ramai mahukan projek ini. Projek dilaksanakan oleh syarikat Plus (Plus Expressways Bhd), ia bukan wang awam. Persimpangan itu bertujuan membantu penduduk tempatan kerana ia akan dapat memendekkan tempoh perjalanan antara 60 dan 90 minit. Jadi apa yang dilakukan BN ialah menangani masalah tulen yang dihadapi penduduk, BN bukan beli undi," katannya.

4/25/2010

ALHAMDULILLAH..... KITA JUMPA DI PARLIMEN SIBU PULA


BN menang dengan majoriti 1 725 undi..

ALHAMDULILLAH




KITA JUMPA SEKALI LAGI DI PARLIMEN SIBU, INSYAALLAH.

SALAM 1MALAYSIA


INFO KEPUTUSAN - BN MENANG???


Penantian keputusan PRK Parlimen Hulu Selangor semakin mendebarkan. Adakah BN akan merampas kembali Parlimen Hulu Selangor... ? Berdoalah sahabat-sahabat seperjuangan.

Untuk info mengenai keputusan terkini peti-peti undi di kawasan Parlimen Hulu Selangor...


TOLAK ZAID BRAEM - TOLAK PARTI KENCING RAKYAT!!!


AYUH,KITA KELUAR MENGUNDI

UNDILAH BARISAN NASIONAL

PASTIKAN KEMENANGAN BERPIHAK PADA KITA.

KERANA PKR HANYA TAHU 'KENCING' RAKYAT.


4/24/2010

LEBIH 5000 PENYOKONG BN HADIR ULU YAM - PKR,APA CERITA??

Klik untuk lihat lebih jelas.


CERAMAH BN DI ULU YAM MALAM TADI MENGGEGARKAN SEMANGAT 1MALAYSIA.

LEBIH 5000 PENYOKONG HADIR BERI SOKONGAN.

PKR, APA CERITA.???

LEBIH LANJUT, KLIK DI SINI !!!


4/23/2010

AMARAN!!! FITNAH PKR DI SAAT2 AKHIR..

Ini adalah salah satu gambar fitnah yg. disebarkan pada Pilihanraya2 terdahulu.

Kami diberitahu bahawa Parti Kencing Rakyat (PKR) akan menyebarkan fitnah di saat-saat akhir PRK Hulu Selangor. Fitnah-fitnah ini akan mengaitkan beberapa nama Pemimpin UMNO. Mereka akan menggunakan pelbagai cara dan kaedah agar dapat mengaburi mata pengundi seterusnya menyokong mereka.

Inilah strategi pembangkang di saat akhir setelah mereka ketandusan isu dan marah dengan pendedahan sebenar dari pihak BN. Mereka merasakan tercabar dan sanggup menggunakan strategi memfitnah dengan pelbagai cara untuk menang.

Di harap crew2 dan jentera2 pilihanraya dapat memantau perkara ini dan nasihat kami pada pengundi, jangan mudah terperdaya dengan fitnah taksub dari pihak pembangkang.


ALLAH TAKDIRKAN 16 SEPTEMBER TAK JADI - BETUL ABANG NUAR !!!



Malam tadi Sang manusia bernama Anwar Braem telah memberi kenyataan mengenai Projek Mega 16 September yang dicanang beliau 1 dunia. Menurut kenyataan Malaysiakini, Anwar menyatakan projrk tersebut telah ditakdirkan Allah tidak kesampaian.

Kenyataan Anwar itu sebagai memancing dan meraih simpati agar pengundi Hulu Selangor memilih Zaid Braem sebagai wakil rakyat mereka. Alahai Abg Nuar, kalau sudah kata menipu, menipu juga. Agaknya itulah punca ceramah-ceramah anjuran PKR di Hulu Selangor tidak mendapat sambutan.

Masyarakat Hulu Selangor sudah jelak dan muak dengan pembohongan Anwar Braem ni. Angan-angan nak jadi PM tak jadi.Rakyat pula ditipu. Bak kata Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, DSato' Dr. Shafei Abdullah, PKR adalah Parti Kencing Rakyat.

Sudah2 lah tu Abang Nuar, janganlah terdesak sangat sampai meminta simpati murahan dengan penipuan-penipuan kamu. Jawab dulu 2 kes kamu yang masih tertangguh, Kes Liwat dan Kes Parlimen ( Tuduhan 1Malaysia sama dengan 1Israel).

4/22/2010

GEMPAR !!!! TIMB. AMK MASOK LOKAP - NIK AZIZ KEMPEN TUK ZAID YG GELAR DIA NYANYUK


Berita GEMPAR yang diambil melalui laman blog www.mediawangsamaju.blogspot.com bahawa 5 pimpinan AMK diketuai Timbalannya, FARIZ MUSA telah ditahan reman kerana mensabotaj bahan-bahan kempen BN. Sila layari blog tersebut untuk paparan lanjut.

Mengenai Tuan Guru Pakatan Rebah, Nik Aziz. Dengarnya Tuan Aji ni akan datang berkempen untuk Zaid Braem pada esok. Kempen Tuan Aji ni dengarnya lebih kepada Ceramah2 agama di masjid-masjid sekitar Hulu Selangor. Hai Tuan Aji, nak buat fatwa baru ke pasal Zaid Braem ni.

Udah-udah le Tuan Aji Nik Ajiz oiii... Zaid Braem ni dulu pernah cakap Tuan Aji dulu nyanyuk. Tak reti nak tadbir Kelantan. Pulak tu, sampai nak saman Kerajaan Kelantan sebab nak laksana Hudud. Tak sedar2 lagi ke misi dan visi Zaid Braem ni Tuan Aji oii..

Apa2 lah... Tepuk dada tanyalah hati...


CERAMAH ANWAR LUAR JANGKAAN - 100 000 PENYOKONG HADIR !!!



INILAH NAMANYA HIMPUNAN 100 000.

100 000? 10 ORANG ADA LA...

INILAH NAMANYA HIMPUNAN KEADILAN... APA YANG ADILNYA ABANG NUAR OIII

ORANG DA MUAK DENGAN FITNAH ABG NUAR..

ANTARTUYA LAH... APCO LAH...

NAK TAHU LEBIH LANJUT??



4/21/2010

FACEBOOK UMNO GOMBAK SELATAN KENA HACKED - PKR PENGECUT, AYUH TERUS BERJUANG !!!


Hari ini Facebook kami di UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN telah disekat atau 'hacked' angkara dari pihak pembangkang yang dianggap pengecut kerana takut pada kebenaran dan kesilapan yang pemimpin-pemimpin mereka telah lakukan.

Pihak Crew UMNO GOMBAK SELATAN selama ini tidak pernah mengusik atau melakukan perkara-perkara sebegini kepada mereka malah mengendahkan tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan terhadap pemimpin kami. Kerana kami merasakan apa yang mereka dakwa terhadap pemimpin kami hanyalah sekadar mainan dan pancing politik mereka.

Namun, tindakan mereka menyekat facabook kami membuktikan seolah-olah maklumat yang kami sampaikan adalah benar. Jika tidak, kenapa mereka mengganggu proses demokrasi dan menyekat penyebaran maklumat kami?

Inilah pembangkang !!! Mereka akan sentiasa mencari jalan agar rakyat tidak mengetahui akan PENIPUAN DAN STRATEGI KOTOR yang dilakukan pemimpin mereka. Namun, ini tidak akan mematahkan semangat kami untuk terus berjuang. Berjuang menyebarkan kebenaran kami, permainan busuk lagi kotor dari pihak pembangkang.

HIDUP BN !!!!!

20 METER PADU PERCUMA DICANANG 1 DUNIA - FLAT BUKIT SENTOSA KENA POTONG AIR !!!


Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PR kini digelar Penipu Rakyat. Rumah Pangsapuri Bukit Sentosa tidak mendapat bekalan air dan Kerajaan Negeri tidak berusaha mencari sebarang jalan penyelesaian.

Sudah lah flat tersebut usang dibiarkan Kerajaan Negeri.... Di potong air pula.

20 Meter padu percuma dibangga dan dicanang 1 Dunia. Bila dikaji, banyak masalah.

PANASS !!!!!

Nak tahu lebih lanjut.?

4/20/2010

PAS KAIT BEKAS2 PM MINUM ARAK - AL FATIHAH BUAT TUNKU & TUN ABDUL RAZAK


Nampaknya PAS, parti komponen Pakatan Pembangkang semakin terdesak setelah ramai yang mempertikai pengikhtirafan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR sebagai calon PKR bagi Parlimen Hulu Selangor.

Mustapa Ali, seorang pemimpin PAS telah mengaitkan pula bekas-bekas Perdana Menteri sebagai peminum arak tegar. Yang hidup tak apa lagi. PM kita yang meninggal dunia juga dikaitkan. Apa yang kamu dapat wahai Mustafa Ali oii.. Bukan hendak disedekahkan kalimah Al Fatihah pada 2 bekas Perdana Menteri kita ini. Dihina lagi. Kamu lupa PAS pernah bekerjasama dengan Tun Abdul Razak semasa tahun 1970 an dahulu?

PAS yang sebelum ini terlalu banyak menghina, mencerca dan memaki hamun Pemimpin UMNO sebagai rendah moral telah menerima Zaid Ibrahim selaku rakan sekutu mereka. Walhal mereka tahu Zaid Ibrahim bukan seorang pemimpin yang menerima fahaman PAS.

Bermula dengan kes saman Zaid Ibrahim terhadap PAS mengenai perlaksanaan Hudud, kemudian dicerca Nik Aziz sebagai nyanyuk dan akhir sekali seorang peminum arak, adakah ini ciri-ciri pemimpin yang diinginkan PAS?

Ini persoalan yang timbul di kalangan masyarakat. Dahulu kamu berkata tidak dapat menerima pemimpin yang bukan bercirikan Islam, yang mempunyai moral yang rendah apatah lagi seorang peminum arak. Kenapa pula kini lain pula ceritanya?

Dek kerana mengikut telunjuk Sang Manusia bernama Anwar, kamu beralah.. Banyak kali sudah PAS beralah. Akhir sekali, Islam yang kamu katakan menyusuk dalam badan kamu pun terbuang begitu sahaja.

Ini realiti. Kerana PAS yang dahulu bangga dan bongkak mengatakan pemimpin mereka tinggi akhlaknya, tinggi moralnya, tinggi ilmu agamanya... Semua tinggi lah. Memang, seorang pemimpin bernama Zaid Ibrahim pun ada ciri-ciri tersebut. Heh?

Tepuk dada, tanya hati anda..


PANAS!!!!!! MULUT ZAID BERBAU ARAK??? CERAMAH PR HAMBAR !!!


CERAMAH PAKATAN PEMBANGKANG YANG SEBELUM INI DIKATAKAN MEMBANJIRI STADIUM,DEWAN MAHUPUN TEMPAT TERBUKA KINI HANYA DIHADIRI 10 - 20 ORANG SAHAJA...

APA SUDAH JADI ????

DENGAR KATA PULA ADA SAKSI YANG MENYATAKAN BAHAWA TERBAU MULUT BUSUK ZAID IBRAHIM YANG BERBAU >:{?p_ ?

YEKE?

PANAS !!!!! NAK TAHU LEBIH LANJUT???




4/19/2010

USTAZ AZIZAN PANIK TEMPIAS MABUK ZAID - UGUT BUBAR DUN KEDAH !!!!



Nampaknya Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak panik dan gelabah dengan pengunduran beberapa ADUN dan Ahli Parlimen PKR. Malah selepas sahaja Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Dr. Halili Rahmat mengisytihar keluar parti, beliau telah membuat ugutan akan membubar DUN Kedah jika 3 ADUN PKR Kedah mengisytihar diri sebagai ADUN Bebas.

Awat Ustaz oii... Panik tak tentu pasai. Belum papa gi da tak senang duduq. Terkena tempias mabuk Zaid Ibrahim ka? Bukan bersikap kurang ajar, pemimpin PAS sepatutnya tidak lagi bersama PR kerana perjuangan PKR semakin jelas sekali tersasar dan kini telah merebak ke beberapa pemimpin PAS yang dahulunya digelar Erdogan.

Apa-apa pun, BN perlu bekerja keras untuk mencapai kemenangan di Parlimen Hulu Selangor. Jangan ambil endah dengan apa yang berlaku. Kerja terus kerja.Terus menerus memperkasa kempen kita.

CERAMAH PKR : TAK DAPAT SAMBUTAN, ZAID MABUK KETAKUTAN

ANWAR DA MACAM CACING KEPANASAN...
TAK ADA ORANG NAK DATANG DENGAR PEMBOHONGAN ANWAR.
ZAID IBRAHIM MABUK KETAKUTAN...

NAK TAHU BERITA INI YANG LEBIH PANAS?










4/18/2010

ZAID IBRAHIM PEMINUM ARAK?? : "INSYAALLAH, ZAID AKAN BERUBAH" - HADI AWANG


Gambar ini diambil dari sebuah blog politik.

Sementara menanti selesai penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu pagi Sabtu,Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkujung ke khemah para pemimpin Barisan Nasional yang terletak disebelah khemah para pemimpin pembangkang.

Waktu berbual kosong di situ dengan Naib Presiden UMNO Datuk Zahid Hamidi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noresah Mohamad dan dan Exco Kerajaan Negeri Perak,Datuk Hamidah Osman mereka tersentuh tentang soal menguna isu peribadi menyerang calon lawan.

Zahid berkata PAS sakan serang peribadi calon BN Rohaizat Osman semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir di Pulau Pinang dulu.Beliau merujuk kepada isu isteri kedua Rohaizat yang menjadi bahan kempen utama di pilihanraya kecil itu.

Salahuddin hanya tersenyum dan menjelaskan mereka sebenarnya lebih tumpukan kepada isu dakwaan pecah amanah Rohaizat sebagai peguam. Hal ini berbangkit setelah Agendadaily yang turut serta di situ memberitahu Salahuddin baru saja diminta mengulas tentang cerita yang hangat diperbualkan tentang calon PKR pilihanraya kecil Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim mendakwa beliau adalah peminum arak tegar.

Turut sama diminta mengulas dakwaan yang meluas tersebar di internet itu ialah Presiden PAS Datuk Seri Haji Awang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PKR Azmin Ali. Cuma dicelah kesibukan penamaan calon itu komen Zaid sendiri tidak sempat diminta Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditemui sewaktu duduk di khemah pembangkang di situ enggan menjawab apa-apa sekalipun wartawan Agendadaily belum mengemukakan sebarang soalan padanya.

Menariknya sewaktu berbual bersama Salahuddin di khemah BN,Halimah yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO secara berdepan memberitahu Naib Presiden PAS itu mereka juga dengar Zaid ada kuda lumba.

Katanya mereka juga tahu nama kuda lumba milik Zaid itu. Apa yang dapat disimpulkan semasa Haji Hadi ,Khalid dan Salahuddin mengulas isu dakwaan Zaid peminum arak tegar mereka tidak menafikan atau mengesahkannya.Sebaliknya mereka seolah mahu beliau diberi ‘ peluang kedua’.

Hanya Azmin yang menegaskan BN harus membuktikan dakwaan mengatakan Zaid kaki botol.Beliau juga membangkitkan mengenai isu anak seorang bekas Perdana Menteri yang ada saham dalam syarikat pembuat arak di Filipina.

Haji Hadi tidak mengulas panjang kerana berkata beliau tidak membaca blog di internet. “Dia ( Zaid) baru balik Haji . Dia pergi Haji …Insyallah perubahan lepas balik Haji….”katanya. Ditanya samaada ada atau tidak Zaid memberitahu pemimpin PAS beliau sudah tidak lagi minum arak (seperti didakwa dalam internet) ,Presiden PAS itu hanya berkata, “ dalam Islam kita mesti terima (tanya) orang yang berkenaan.”

Salahuddin pula berkata baginya seseorang itu harus diberi peluang kedua. “Dalam Islam kita menyaksikan peristiwa lampau itu… sekiranya ditinggalkan… mereka diberi tempat dan kedudukan dalam Islam itu sendiri.

Serentak dengan itu ,Salahuddin kata beliau percaya isu-isu peribadi sukar diterima …rakyat lebih fokus kepada isu-isu yang berbentuk dasar,program dan kritikan membina kita.

Katanya beliau sebagai ahli politik jarang membawa isu yang terlalu peribadi. Ditanya bukankah isu arak ini sensitif bagi PAS dan bila beliau sebut ‘ diberi peluang kedua’ tidakkah bermaksud Zaid sudah bagi pengakuan beliau tidak akan minum lagi ,beliau berkata,” saya tidak dapat beri komen…sebab saya tidak pernah nampak dan tidak pernah tahu dengan mata kepala saya sendiri …

Bila dikata ini isu besar dan tidakkah PAS minta penjelasan dari Zaid, beliau berkata, ‘ isu ini terlalu peribadi…apa yang saya tahu baru-baru ini beliau sudah menunaikan fardu Haji ke Mekah…itu saja yang saya tahu.” Ditanya pula katakan akhirnya Zaid mengaku beliau minum, beliau berkata,” pada waktu itu saya akan komen…”

Menteri Besar Selangor pula ketika diminta mengulas berkata adalah sulit baginya menengok karektor seseorang dari waktu dia kecil sampai ke besar. ‘Bagi saya pemimpin UMNO tidak boleh guna (dakwaan peminum tegar) sebagai alat….yang penting adakah saudara Zaid sekarang sudah tukar dari segi tatacaranya…

Khalid memberi contoh mengenai saudara baru.Katanya apakah tidak boleh terima seseorang itu dalam Islam sedangkan dulu dia minum arak dan makan khinzir. "Bagi saya Zaid keadaan dulu dan sekarang adalah berbeza,” katanya.

Menurut Khalid, Zaid pernah diterima sebagai wakil rakyat di Kota Bharu waktu dalam UMNO dulu sedangkan masyarakat di situ konservatif tentang Islam. “Saya percaya dia tidak sukar di sini ( Hulu Selangor) ..saya percaya dia sukar di Kota Bharu …di Kota Bharu rakyat …saya difahamkan lebih konservatif dari segi pengamatan Islam…tapi mereka pilih saudara Zaid…di Hulu Selangor…saya tak taulah..tapi tak sekonservatif dengan Kota Bharu….oleh itu telahan itu tidak manasabah…untuk kita tidak memilih saudara Zaid.

Ditanya apa pandangannya jika ada pihak yang menuntut Zaid bersumpah beliau tidak minum lagi,Khalid berkata jika demikian maka semua orang kena pergi bersumpah. “Jadi saya rasa perkara itu (dakwaan minum) tak payah ditimbulkan…itu akan merosakan dua pihak…adakah ahli-ahli UMNO tidak pernah minum arak…jawapannya saya tahu…dulunya masa zaman ( bekas Perdana menteri) Tunku Abdul Rahman memang ada..kalau orang kata tak ada itu satu perkara bohong.

“Saya tahu zaman Khir Johari…zaman Datuk Bahaman semua ada…jadi lebih baik kita tidak bangkitkan perkara ini.”kata Khalid lagi.

Bila dikata soal arak ini isu yang dekat dihati orang Islam,Khalid berkata,” apabila orang sudah tidak lagi melakukannya…saya percaya…saya yakin pada peribadi orang itu ( Zaid) …kalau dia nak jadi wakil rakyat..nak jadi Menteri Besar macam saya… I stay in glass houses …orang nampak yang saya lakukan…jadi tak jadi masalah…kalau adapun kita akan selesaikan…Barisan Nasional tak boleh nak jadi very angle about this …kalau kita bangkitkan pasal MCA,MIC lagi kelamkabutlah…jangan.”

Azmin bila ditanya hal itu lantas bertanya balik, “ apa buktinya…ini memang peranah UMNO dalam mana-mana pilihanraya dan juga pilihanraya kecil akan guna sebarang cara yang disebut sebagai character assassination untuk bunuh seseorang dengan lempar fitnah dan tomahan.

“Bukan setakat Datuk Zaid ..apa yang tidak difitnahkan tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh..tapi Alhamdulillah….rakyat hari ini bijak memilih…antara fitnah UMNO dengan kenyataan sebenarnya.

Azmin berkata jika betul UMNO prihatin soal arak mengapa tidak bangkit isu dimana anak pemimpin besar UMNO menguasai kilang arak San Miguel di Filipina.

“Saya nak tanya Agendadaily mengapa tidak lapor seorang pemimpin besar UMNO keluarga dia menguasai lebih 30 peratus saham San Miguel di Filipina..bukan setakat mentekedarah arak…dia menguasai dan memiliki kilang arak…ini tidak jadi isu.

Bila ditanya ini soal keperbadian calon PKR di Hulu Selangor,Azmin menegaskan ini tidak dibuktikan dan ini fitnah.

Ditanya apakah beliau benar-benar yakin Zaid bukan seperti didakwa,Azmin berkata, “ ini bukan soal yakin tak yakin…dalam pemilihan calon kita pilih calon itu dalam semua konteks…semua keadaan..apakah penerimaan rakyat di bawah…apakah komitmennya pada perjuangan…kita mahu seorang yang betul-betul jujur dan mempunyai maruah dna akhlak yang baik…akhirnya dari 10 calon yang dikemukakan Datuk Zaid salah seoranh yang mampu jana satu kekuatan baru.

Ditanya samaada beliau nak cabar Barisan Nasional kemuka bukti Zaid peminum tegar,beliau berkata,” banyak dah kita cabar ..soal Apco tak mengaku…”

Bila ditanya satu perkara yang tidak betul dalam hal lain tidak boleh dijadikan sandaran untuk mengatakan yang ini ( soal dakwaan terhadap Zaid) tidak betul, Azmin berkata,” kenapa tidak dibuktikan…apakah dia baru kenal Zaid baru semalam…puluh tahun Datuk Zaid dalam UMNO tidak jadi masalah…Datuk Zaid masuk Keadilan jadi masalah…”

Sumber dari : Agendadaily


4/17/2010

ZAID IBRAHIM CALON PKR - PENYOKONG PKR MABUK MENGGANAS !!!


Hari penamaan calon bagi PRK Parlimen Hulu Selangor telah berlalu. 4 calon telah menawarkan diri untuk bertanding bagi kerusi tersebut.

Keputusan rasmi menunjukkan P.Kamalanathan mewakili BN, manakala Zaid 'Kaki Botol' mewakili Parti Kencing Rakyat (PKR). Terdapat juga 2 lagi calon Bebas.

Semasa Hari Penamaan Calon berlangsung, pihak Pembangkang dengan sikap bodoh dan biadap membaling botol ke arah penyokong BN menyebabkan beberapa penyokong cedera di bahagian kepala, kaki dan tangan.

Seorang penyokong MIC telah tercedera di bahagian kepala manakala 3 wakil Parti Makkal Sakhti iaitu dari Wilayah Persekutuan (Ganesan), Kuala Lipis dan Pulau Pinang juga menjadi mangsa penyokong PKR yang leka mabuk membaling batu dan 'kon' ke arah mereka. Tindakan ini menyebabkan berlaku kekecohan dan ianya diselesaikan pihak polis.

Zaid Ibrahim yang kaki mabuk telah berjangkit ke penyokong-penyokong beliau.. Mabuk di jalanan.. Lupa diri.. Ganas... PAS,apa cerita? Mabuk sekali ka?

Walaupun berlaku situasi sebegini, ianya tidak sama sekali melunturkan semangat Barisan Nasional untuk bekerja keras berjuang. Bersama kesemua parti komponen BN yang lain, kami bersatu untuk merampas kembali Parlimen Hulu Selangor.

4/16/2010

WEE CHOO KEONG KENA KENCING DGN. ANWAR - TAK SETUJU ZAID IBRAHIM CALON HULU SELANGOR.


Sepertimana yang kita sedia maklum beberapa Ahli Parlimen dari PKR telah keluar dari parti kesayangan mereka dek kerana berang dengan sikap Anwar yang semakin menjadi-jadi. Nama-nama seperti Datuk Seri Zahrain yang dahulunya digelar jaguh PKR merasakan Anwar Ibrahim sebenarnya mempunyai agenda jahat dan peribadi (baru nak sedar..... hmmm).


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula dibuang terus dari PKR kerana mempertahankan kalimah Allah. Siapa sangka, individu yang berjuang mati-matian semasa Anwar dipecat dari kerajaan dan menghadapi tuduhan liwat 11 tahun dahulu akhirnya dibuang begitu sahaja. YB Zul sedar,inilah perjuangan PKR... Kalau sedar awal-awal dulu kan bagus?


Dan YB Zul telah membongkang terdapat Firaun-Firaun kecil dalam PKR berpakat untuk menguasai parti dan membuang sisa-sisa lama di dalam parti ini. Tergelak besar dibuatnya kerana dahulu mereka juga yang menggelar Bekas Presiden UMNO, Tun Mahathir sebagai Mahafiraun. Alih-alih, pemimpin mereka sekarang pula digelar firaun. Hahahahaa... Nama yang sinonim dengan gelaran Firaun Kecil termasuklah calon PRK Hulu Selangor,Datuk Zaid Ibrahim.


Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang pernah kami gelarkan Mr.Political Badut satu ketika dahulu pun semacam tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Beliau juga anti Zaid Ibrahim dan menggelar orang-orang seperti ini sebagai Little Napoleons.. Pulak. Baru nak tersentak ke YB? Dulu punya cium mulut dengan Anwar?


Choo Keong juga telah membuat kenyataan tidak bersetuju dengan pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon PRK Hulu Selangor mewakili PKR. Nak buat macam mana YB., orang ini sekarang kesayangan Anwar. Yang dulu-dulu semua sudah kena buang.

Kira Zaid Ibrahim ini telah berjaya membuang dan akan terus membuang bekas-bekas pejuang reformasi yang dahulunya bertarung nyawa membela Sang Anwar Ibrahim.

Macam-macam ragam PKR sekarang ini. Apa yang dituduh UMNO, difitnah UMNO kini kena batang hidung sendiri. Inilah balasannya. Allah Maha Berkuasa.

Tapi apa-apapun, jentera BN jangan tidur lena. Kita ada tanggungjawab dan amanah yang mesti kena laksanakan. Perkuatkan jentera kita bagi menghadapi PRK Hulu Selangor. Calon telah dipilih. Tugas kita kini hanya perlu pastikan pengundi memilih kita. Kerana kita adalah Juara Rakyat yang sebenar.


INILAH JIWA SEBENAR ZAID IBRAHIM - FIR'AUN KECIL !!!!!!

4/15/2010

P.KAMALANATHAN CALON BN - BLOG UMNO GOMBAK SELATAN KEMBALI BERTARING !!!


Pemilihan calon BN bagi PRK Hulu Selangor akhirnya terjawab apabila nama Ketua MIC Pusat, P. Kamalanathan diumumkan. Pemilihan beliau telah menutup sebarang spekulasi yang digembar gembur dari pelbagai pihak.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis khas di Command Centre BN di Bukit Sentosa,dekat Rawang petang Khamis. Hadir sama di majlis itu ialah Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu dan barisan pimpinan MIC lain. Majlis berlangsung dalam semangat setiakawan BN sekalipun sebelum ini timbul polimek dalam MIC mengenai calon untuk bertanding.

Blog UMNO Gombak Selatan kini kembali bertaring........ PRK Hulu Selangor membangkit semula semangat kami. Pelbagai isu dan perkembangan mutakhir akan kami utarakan melalui blog kami.

Ayuh BN, jangan lena dibuai mimpi.. Kita gempur Hulu Selangor..