4/26/2010

BN BELI UNDI??? - TU JE LA ALASAN PBANGKANG BILA DA KALAH..




Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor pada Ahad. Perdana Menteri berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.

"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.

"Bukannya BN ke sana sini dan beritahu 'tengok sini, kami beri yang itu, kami beri yang ini', tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 di sini. Turut hadir ialah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga penasihat Landskap Malaysia, bersama isterinya Tun Jeanne Abdullah yang merupakan pengerusi Landskap Malaysia.

Bernama melaporkan Najib berkata demikian semasa mengulas dakwaan pembangkang kononnya BN membelanjakan RM167 juta bagi melaksanakan pelbagai projek untuk meraih undi di Hulu Selangor.

Pad aAhad P.Kamalanathan dari BN menewaskan Datuk Zaid Ibrahim dari PKR dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi. Calon BN itu menerima 24,997 undi manakala Zaid memperolehi 23,272 undi.

Perdana Menteri memberi contoh projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya, yang menurutnya bertujuan menangani masalah orang ramai di kawasan berkenaan.

"Ia dilaksanakan kerana orang ramai mahukan projek ini. Projek dilaksanakan oleh syarikat Plus (Plus Expressways Bhd), ia bukan wang awam. Persimpangan itu bertujuan membantu penduduk tempatan kerana ia akan dapat memendekkan tempoh perjalanan antara 60 dan 90 minit. Jadi apa yang dilakukan BN ialah menangani masalah tulen yang dihadapi penduduk, BN bukan beli undi," katannya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan dilayan puak2 giler babi. Mermang macam tuu lah prangai diaorang. Kalau kalah macam2 tuduh UMNO dan BN Kalau menang macam2 pulak dia orang kate,. Rakyat dah sedah le, Tuhan sdentiasa tolong laa. Tuu tak masuk lagi bab pengundi hantu... tasa2 tak lama lagi bile kluar postmotem ade lee tuu.

Dasar puak2 giler babi tuu tak terlayan oleh akal kite, Cuma kita perlu kaga rakyat sebab semasa saya ke KL baru2 ni ada kejadian ribut tapi rakde orng kite yg turun bantu.........

Jangan berulamg lagi.....