1/26/2010

ZAID IBRAHIM FIRAUN KECIL - ZULKIFLI NORDIN

Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin menyifatkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Zaid Ibrahim sebagai Firaun Kecil yang mempertikaikan pendiriannya berhubung dengan kalimah Allah.

Sehubungan itu beliau menegaskan, jika sampai kepada peringkat beliau perlu keluar parti dalam mempertahankan kalimah suci Allah, beliau sedia berbuat demikian.

“Mereka ini bagi saya adalah Firaun Kecil . Dalam Isu Islam tidak ada kompromi apatah lagi soal kalimah Allah membabitkan soal akidah. Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta saya menarik balik laporan polis terhadap Khalid Samad kerana menyifatkan ia adalah perbezaan pendapat tetapi saya tegaskan kepadanya, kenyataan Khalid bukan perbezaan pendapat tetapi penghinaan kepada Islam.

“Dalam soal Zaid Ibrahim yang mahu saya dipecat dari parti, saya tidak berminat melayan politikus hinggusan dan opportunis macam dia. Saya hendak bertanya apakah pendirian dia tentang hudud, kerana dulu dia pernah saman kerajaan Kelantan kerana hendak laksanakan hudud. Selepas itu PAS perlu buat pendirian terhadap orang macam ini. Kita hendak tahu sejauh mana PAS boleh berkompromi dengan soal Islam ini,” jelasnya panjang lebar.

Khalid dalam kenyataanya mempersoalkan kenapa Zulkifli menyamannya kerana pendiriannya sama dengan Anwar. Manakala Anwar pula menyifatkan Zulkifli sudah cross the line dan Zaid pula mahukan parti memecat Zulkifli sebagai ahli PKR.

Mengulas mengenai semua perkara itu, Zulkifli berkata, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya walaupun terpaksa meninggalkan parti. Ditanya adakah beliau ada berhubung dengan Anwar, beliau mengakui Anwar ada menghubunginya dan meminta beliau menghormati perbezaan pendapat dan menarik balik laporan polis terhadap Khalid.

“Saya juga hairan kenapa Anwar sebagai seorang yang mempunyai imej Islam yang kuat menyokong Kristian. Kita tahu ada dua pendapat berbeza dalam isu ini, ada ulama luar yang menyifatkan tidak salah agama lain guna kalimah Allah tetapi ulama besar dalam negara tidak bersetuju.

“Saya harapkan Anwar akan mengambil sikap bebas tetapi beliau menyokong pihak Kristian. Tapi itu saya boleh terima sebagai perbezaan pendapat. Tetapi kenyataan Khalid yang menyatakan enakmen Islam Selangor sudah ketinggalan zaman, bagi saya adalah satu penghinaan. Dalam soal kalimah Allah Khalid sudah tidak bertamaddun, keluar batas perbahasan. Dia hina Islam, hina sistem perundangan, hina Sultan, bagi saya dia biadap. Anwar minta saya tarik balik laporan polis, saya kata boleh jika Khalid memohon maaf kepada umat Islam dan kepada Sultan Selangor,” ujarnya panjang lebar.


1/25/2010

ZULKIFLI NORDIN DIPECAT? - ANWAR DIKTATOR !!!

Polemik isu kalimah Allah nampaknya telah memecahbelahkan Pakatan Pembangkang. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang lantang dan mempunyai ideologi berbeza dari PKR akan diambil tindakan.

Mesyuarat khas Biro Politik PKR akan diadakan pada Selasa depan bagi membincangkan tindakan Zulkifli Nordin yang membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu kalimah Allah.

Setiausaha Agung PKR yang baru, Saifuddin Nasution Ismail berkata, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zulkifli Nordin pada hari Sabtu yang lalu telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana kenyataannya mengenai isu kalimah Allah disifatkan boleh mengelirukan umat Islam.

Ini bukan kali pertama Zulkifli bertelagah dengan Khalid kerana sebelum ini mereka berdua pernah saling melemparkan kenyataan sehingga menyebabkan Zulkifli pernah diberikan surat tunjuk sebab oleh PKR. Ditanya lebih lanjut, Saifuddin berkata, perkara itu akan dibincangkan di peringkat Biro Politik terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan rasmi mengenainya dibuat.

Sementara itu Khalid Samad nampaknya tidak ambil kisah dengan laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli dan sebaliknya tetap berpegang dengan kenyataannya sebelum ini kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan pendirian rasmi Pas dan PKR.

Beliau juga mempersoalkan kepada Ahli Parlimen PKR itu tidak buat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana mempunyai pendirian yang sama dengannya.

Dulu, PKR lantang melaungkan kebebasan bersuara dan menuduh UMNO dan BN tidak mengamalkan kebebasan bersuara atau gelaran "Yes Man". Sekarang? Apa cerita? Lepas ini, pemimpin PKR akan lebih bersikap diam diri dan tidak akan menegur mana-mana kesilapan yang diamalkan pemimpin mereka. Nampaknya tuduhan yang mereka tuju pada kita kini kembali pada mereka. Anwar Ibrahim semakin tunjuk belang. Anwar Ibrahim Diktator.

Yang hairan, kenapa Zulkifli Nordin masih setia bersama PKR? Sudah-sudahlah Uncle Zul.. Keluarlah dari PKR.. Pelbagai drama dan lakonan telah kamu saksikan dalam PKR. Sanggup gadaikan maruah Agama untuk tarik pengundi bukan Islam. Itukah ideologi kamu?

Terpulang Uncle Zul....


1/24/2010

2 KHALID MENGGELUPUR DI SELANGOR - TIDUR TAK LENA, MANDI TAK BASAH

Nama mereka serupa. Seorang Khalid Ibrahim, seorang lagi Khalid Samad. Malah dengan apa yang berlaku kebelakangan ini, nasib mereka juga nampak hampir sama juga.

Jika Khalid menjadi Menteri Besar yang tidak dipercayai lagi oleh pemimpin-pemimpin PKR kawasannya sendiri di cabang PKR Kuala Selangor, Khalid ahli parlimen PAS Shah Alam pula berdepan protes masyarakat Islam ekoran kenyataannya berhubung isu Kalimah Allah.

Malah lebih malang lagi Yang Di Pertua PAS kawasan Shah Alam itu dianggap sesetengah pihak sebagai cuba mencabar bidang kuasa Sultan Selangor selepas mengeluarkan kenyataan menentang pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Khalid juga sedang menunggu keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat berhubung ‘pertembungan’nya dengan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Jawatankuasa itu sepatutnya mengumumkan hasil siasatan dan kemungkinan tindakan terhadap mereka berdua tetapi menangguhkan kepada 29 Januari apabila kedua-dua mereka tidak dapat hadir menemui jawatankuasa itu yang bermesyuarat Jumaat.

Jika sabit, tiga hukuman menanti mereka iaitu digugurkan, digantung keahlian dan amaran. Bagaimanapun, hukuman ke tiga dijangka dikenakan terhadap mereka demi menjadi perpaduan dalam PAS serta mengelak Khalid dan Hasan terus berlaga pendapat.

Selain itu, Khalid yang diterima menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Istana Bukit Kayangan pagi Jumaat juga dikaitkan sesetengah pihak dengan pendirian beliau mengenai isu kalimah Allah baru-baru ini. Khalid dilihat memasuki pekarangan istana pada jam 11.15 pagi sebelum keluar semula pada jam 1 tengah hari.

Ketika ditemui wartawan sejurus keluar kawasan istana, Khalid berkata kehadiran beliau untuk menghadap baginda adalah bagi membincangkan isu berkaitan rancangan pembangunan kawasan Shah Alam serta meminta perkenan baginda untuk tujuan terbabit.

"Tujuan saya menghadap baginda hari ini (semalam) adalah bagi membincangkan mengenai Shah Alam dan perancangan untuk pembangunannya. Saya akan keluarkan kenyataan nanti,” katanya. Dalam pertemuan itu, katanya, beliau turut diberi nasihat oleh Sultan Selangor mengenai hal-ehwal agama dan menerima segala teguran baginda itu.

Terdahulu, kira-kira jam 10.30 pagi sekumpulan 30 wakil persatuan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam Parlimen Shah Alam berkumpul di Bangunan Sultan Idris Shah menyerahkan memorandum mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengambil tindakan terhadap Khalid.

Memorandum itu meminta dua badan terbabit mengambil tindakan terhadap Khalid kerana dikatakan menghina bidang kuasa Sultan dan badan agama negeri itu serta tidak mengendahkan arahan Sultan bahawa kalimah Allah tidak dibenarkan diguna bukan Islam di Selangor.Sementara itu, Menteri Besar Selangor pula menerima kejutan besar dengan peletakan jawatan 13 ahli jawatankuasanya PKR Kuala Selangor yang diketuai Khalid.. Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin kerana hilang kepercayaan terhadap Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Situasi ini bermakna Khalid hilang jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada Mac ini. Peletakan jawatan beramai-ramai AJK serta kemungkinan banyak ahli yang keluar parti itu sudah mula didengar Agendadaily sejak November lalu.

Cakap-cakap itu jadi kenyataan akhirnya dan Khalid yang cuba menutup malu menyatakan akan ada pemilihan baru di bahagian Kuala Selangor, maka sebab itu ahli jawatankuasa terbabit meletak jawatan kerana mungkin tidak terpilih semula.

Namun disebalik itu semua, ada cerita lagi panas kononnya terdapat pihak tertentu dalam PKR yang mahu menjatuhkan Khalid dan menggantikan Menteri Besar baru.

Ianya dikatakan bermula sejak Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mula dilantik penasihat ekonomi negeri Selangor. Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut membuat dakwaan serupa mengenai usaha menggulingkan kepimpinan Khalid.

Menurut beliau, PKR di negeri itu berdepan krisis dalaman yang cukup ketara terutamanya bagi merebut jawatan di peringkat negeri dan pimpinan tertinggi. "Sesama mereka sendiri ada masalah dalaman, perkara ini tak dapat nak selindung lagi kerana ia jadi semakin besar.

"Perkembangan terkini menunjukkan memang ada usaha untuk jatuhkan Tan Sri Khalid, ada kumpulan tertentu dalam partinya sendiri mahu rampas kedudukan beliau," katanya yang turut menamakan Naib Presiden PKR yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai pemimpinpin PKR yang akan mendapat lama daripada semua ini.

Cuma pesan mantan Menteri Besar Selangor itu, jangan Khalid tuduh UMNO atau jadikan UMNO kambing hitam malang yang bakal menimpa dirinya.




1/22/2010

KES LIWAT - ANWAR LETAK JAWATAN? UNCLE LIM K.PEMBANGKANG? SANDIWARA..

Nampaknya desas-desus mengenai perletakan jawatan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim Al Juburi semakin menjadi perhatian anak-anak buahnya. Beliau dikatakan terpaksa melepaskan jawatan beliau kesan dari kes liwatnya yang asyik ditangguh sahaja.

Bila dengar Anwar Ibrahim nak letak jawatan, PAS dan DAP apa lagi. Menggelupur kepanasan nak pegang jawatan Ketua Pembangkang. Tapi jika dikira majoriti Parlimen, PAS memang kecundanglah. Namun Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir menjelaskan, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia menerajui jawatan tersebut jika Anwar Ibrahim Al Juburi melepaskan jawatan beliau. Eh? Belum apa-apa sudah buat statement. Nampak sangat tak sabar-sabar nak take over Ketua Pembangkang.

Persoalannya, siapa yang akan menggantikan De Facto PKR ni? Ada yang kata Lim Guan Eng. Emm... PAS kecundang lagi la jawabnya.

Apapun, kita tengoklah nanti sejauh mana mereka boleh 'bersatu'... Jangan-jangan semua ini sandiwara mereka...


1/21/2010

KERAJAAN BAZIR WANG RAKYAT RM1 BILLION TAJA F1 TEAM? - PAS FITNAH LAGI...

PAS nampaknya memfitnah Kerajaan Malaysia lagi dengan mendakwa bahawa Kerajaan telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM1 billion untuk menaja Pasukan 1Malaysia F1 Team.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahamad Shabery Cheek, perbelanjaan perlaksaan projek tersebut dibiayai oleh syarikat-syarikat swasta seperti Air Asia, Proton, Naza Group dan lain-lain, bukan melalui peruntukan kerajaan. "Kerajaan tidak mengeluarkan sesen pun wang rakyat untuk program ini. Kerajaan hanya memberi sokongan dan mengalu-alukan projek swasta sebegini". Itulah ulasan beliau.

PAS baru-baru ini memfitnah Kerajaan dengan mendakwa Kerajaan BN telah membazirkan wang rakyat dengan memberi peruntukan RM 1 billion dalam Bajet 2010 untuk Formula 1. Ianya juga seperti didakwa PAS menyebabkan pengurangan subsidi gula sehingga menyebabkan harga gula naik RM 0.20 sekilogram.

Inilah kerja PAS dan Pakatan Pembangkang. Sengaja ingin menutup masalah dalaman mereka dan cuba mengalihkan pandangan masyarakat terhadap masalah Kerajaan Negeri pimpinan mereka dengan mencipta fitnah kepada Kerajaan BN.

Sudah-sudahlah PAS.. Selesaikan masalah kamu di Negeri Kelantan terlebih dahulu. Sudah tahap kritikal da...

PS - Exco Selangor didakwa lakukan rasuah? Aik, 'Pejuang Keadilan' pun main rasuah ka?


NIZAR AKUI MELAYU PERAK SUDAH TAK SOKONG PAKATAN - SEDAR PUN? INGATKAN TAK SEDAR..

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.

Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Namun, Mohammad Nizar berkata, keseluruhannya sokongan rakyat terhadap pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin menang.

Bernama melaporkan beliau berkata demikian pada sidang akhbar di rumahnya di sini sempena setahun kerajaan negeri pimpinan DAP, Pas dan PKR tumbang setelah dua Ahli Dewan Undangan Negeri 9Adun) daripada PKR dan seorang daripada DAP keluar parti masing-masing untuk memberi sokongan kepada BN sehingga membolehkan BN berkuasa kerana mempunyai majoriti dalam dewan.

Mohammad Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh diselesaikan melalui pilihan raya negeri dan meminta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Mohammad Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Sedar pula Nizar ni. Itulah. Kamu sewajarnya bertanya pada diri kamu, kenapa Melayu Perak sudah tidak percayakan kamu. Muhasabah diri sikit. Jangan pula salahkan UMNO lagi. Sendiri buat salah, sendiri tanggung.


1/19/2010

LEBIH 60% ANAK MELAYU TIDAK DAFTAR MENGUNDI - HAH ????

Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar,” katanya ketika dihubungi Isnin.

Bernama meelaporkan sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.

UMNO Cawangan Gombak Selatan mengajak kesemua Cawangan-Cawangan UMNO dan BN di Malaysia untuk sama-sama kita berkempen bermula dari sekarang. Ayuh kita ajak mereka berdaftar SPR untuk memastikan mereka mengundi kita pada PRU 13.


1/18/2010

CAH KETING DALAM PAS : MEMBANGUN BERSAMA CAH KETING.

Apabila Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka mengakui wujud budaya ‘cah keting’ atau cantas mencantas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti itu, mungkin ada yang geleng kepala.

Maklumlah, sebelum ini budaya itu kerap dikaitkan dengan UMNO tetapi bila Nik Aziz mula berdoa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan amalan itu, tindakan Menteri Besar Kelantan itu sekaligus mengesahkan perbuatan itu wujud juga dalam PAS.

Mahu atau tidak, ramai masih ingat pertembungan Datuk Husam Musa dan Nasaruddin Mat Isa dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS serta pertembungan Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan Khalid Samad di Selangor.

Memang tidak salah Husam mencabar Nasaruddin yang mempertahankan jawatan tetapi gerakan memastikan pemimpin yang pro kedua-dua mereka kalah dalam perebutan jawatan peringkat bawahan boleh dianggap sebahagian ‘cah keting’.

Akibatnya, ramai pemimpin dari Kelantan yang bertanding tewas hingga ada mengaitkan kekalahan itu sebagai penolakan kepimpinan Nik Aziz sebagai sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dan Husam selaku timbalannya.

Di Selangor, lagi sengit apabila Dr Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri mengugurkan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid daripada jawatan Timbalan Pesuruhjaya selain Ketua Penerangan PAS negeri Shaari Sungib.

Walaupun penguguran mereka dijelaskan oleh Dr Hasan sebagai ‘memberi kebaikan kepada PAS Selangor’ dan dipersetujui ramai, kumpulan yang pro pada Khalid pula menganggapnya sebagai ‘cah keting’.

Kesannya berlaku pergeseran panjang hingga ke hari ini antara mereka berdua dengan masing-masing berlawanan pendapat dan kesudahannya Dr Hasan dan Khalid dihadapkan kepada Jawatankuasa Disipin PAS.

Apabila Nik Aziz semalam menyebut mengenai ‘cah keting’ atau cantas mencantas, Dr Hasan yang ditanya pasal pertelingkahannya dengan Khalid, memilih jalan selamat dengan menafikan wujud amalan itu di Selangor.

Beliau yang ditemui media selepas mengadakan bersama jentera penerangan PAS Selangor, Dr Hassan menjelaskan sikap terbuka PAS negeri dalam menentukan pucuk pimpinan. “Kalau saudara tengok, saya tak ada cantas mencantas. Kalau ada orang kata, kita berhentikan ketua penerangan dan sebagainya, mana-mana parti buat begitu ikut keperluan,Lagipun, saya tak pernah buat keputusan bersendirian. Saya rujuk pada Dewan Harian, saya rujuk pada Perhubungan PAS Selangor. Kemungkinan, kalau ada ketua penerangan dan timbalan pesuruhjaya ditukar, mungkin dah sampai masa dan itu demi kebaikan dan masa depan PAS di Selangor,” tegasnya.

Menurut Dr Hasan lagi, “ Tak timbul bila PAS menurunkan sesaorang itu kerana ianya dengan izin semua dan mereka terbabit diberi ruang mengemukakannya (bantahan) pada Dewan Harian dan Perhubungan negeri,”.. Bagaimanapun, perbezaan Dr Hasan dan Khalid bukan rahsia lagi dalam PAS negeri dan Pusat.

Malah, orang ramai melihat tindak tanduk Khalid yang kerap mempertikai kenyataan dan tindakan Dr Hasan memberi gambaran berlaku kepincangan dalam parti itu seperti dimaksudkan Nik Aziz.

Dalam isu kalimah Allah juga, Khalid mengentam Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor yang di bawah portfolio Dr Hasan dalam barisan Exco kerajaan negeri. Ada berpendapat, tindakan Khalid yang dilihat sebagai pemimpin PAS yang pro Anwar Ibrahim semata-mata mahu memperlekeh kepimpinan Dr Hasan.

Menjawab isu ini, beliau menyifatkan isu kalimah Allah yang dibangkitkan Khalid adalah pandangan peribadi bukannya PAS Selangor.

“Pandangan PAS negeri selari dengan Mursyidul Am, timbalan presiden (Nasaruddin) dan semangat Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Kalau ada pandangan berbeza, saya anggap ianya peribadi dan tak wakili organisasi PAS,” katanya. Menurut Dr Hasan, beliau tidak ada cara menyekat pandangan peribadi ‘kawan-kawan’ kerana PAS juga mengamalkan demokrasi.

“(Pandangan Khalid) Ini kita faham. Sebagai pesuruhjaya, saya mesti tentukan aliran ini minimum dan tidak goyangkan keutuhan serta keampuhan parti,”: jelasnya.


1/12/2010

BAKAR GEREJA DESA MELAWATI - MANA AHLI PARLIMEN W.MAJU aka MR. BADUT??

Sabtu lepas, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama beberapa Menteri Kabinet telah melawat Gereja yang terbakar di Desa Melawati, Wangsa Maju. Turut menyertai rombongan tersebut adalah Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah dan beberapa AJK UMNO Wangsa Maju yang lalu.

Persoalan yang timbul, kenapa Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong aka Mr. Political Badut? Kenapa beliau tidak melawat Gereja tersebut? Tak datang melawat satu hal, dikritik pula pihak Kerajaan dan Polis Di Raja Malaysia.

"Kerajaan dan Polis Diraja Malaysia gagal menjaga kepentingan dan hak rakyat Malaysia. Secara goodwill Kerajaan patut menanggung tanggungjawab ini dan saya cadangkan bahawa kementeriannya membayar segala belanja membaiki gereja-geraja yang telah dirosakkan oleh para pengamuk yang telah melakukan perbuatan mengkhianati negara dan patut dihukum menurut undang-undang negara ini."

Inilah antara kenyataan Mr. Political Badut mengenai hal ini. Mr. Badut, kamu antara orang yang sepatutnya dipersalahkan kerana tak jaga Parlimen kamu. Dulu masa BN pegang Parlimen ini, dikritiknya kita. Sekaran sudah pegang Parlimen pun nak kritik kita juga.

Sudahlah Mr. Badut. Jangan pula hendak melarikan diri dan menuding jari kepada orang lain. Kamu sewajarnya pergi lihat sendiri situasi gereja tersebut. Inikah wakil rakyat Malaysia?

Jangan hanya tahu mengkritik dan menghina kami. Main taip je dalam blog kamu sesuka hati. Tapi, tak turun padang melihat sendiri apa yang berlaku. Tahu mabuk minum arak je... Opps.. Terlepas pulak.

Sememangnya kami akan memastikan dalam PRU 13, Wee Choo Keong akan ditumbangkan. Kerana beliau bukan pemimpin berjiwa rakyat. Beliau hanya seorang insan yang tak pernah buat kerja, tapi hanya tahu menjaga kepentingan peribadi..



1/11/2010

SERANG RUMAH IBADAH TINDAKAN BODOH - ADA PIHAK CUBA SABOTAJ UMNO???

UMNO Cawangan Gombak Selatan mengambil kesempatan disini menyatakan penditian mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang bertindak keterlaluan merosakkan rumah Ibadah seperti yang berlaku baru-baru ini. Tindakan membaling bom di Gereja kawasan Desa Melawati merupakan tindakan bodoh dan mencemarkan Agama Islam.

Situasi yang sama berlaku di Surau di Taman Menara Maju, Kampung Jawa, Klang dekat Shah Alam di mana cermin surau tersebu didapati pecah setelah dibaling dengan batu. Selain cermin pintu itu yang pecah, terdapat tompokan air yang dibuang ke dalam surau berusia 13 tahun itu.

Astagfirullahal Azim. Memang. Kontroversi penggunaan nama Allah telah menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati beberapa pihak termasuk dari pihak kami. Namun, janganlah pula kita melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal dan menyebabkan hubungan baik antara agama di Malaysia lumpuh. Ada cara dan pendekatan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.

Jika mengadakan demonstrasi aman, kita masih boleh terima. Ini sampai merosakkan rumah Ibadah. Adakah ini ajaran Islam? Datuk Seri Najib sendiri telah memberi jaminan bahawa isu penggunaan nama Allah ini akan diselesaikan. Oleh itu, janganlah pula dibuat perkara gila sebegini. Di mana letaknya adab dan semangat keharmonian masyarakat Malaysia?

UMNO Cawangan Gombak Selatan meminta pihak polis menyiasat dan menyiasat secara terperinci tentang perkara ini. Kepada semua pihak, kita perlu tekadkan diri kita bahawa sebarang perselisihan faham yang berlaku antara sesama kita hendaklah mengambil pendekatan yang lebih bijak yang sememangnya akan dapat menyelesaikan sesebuah masalah.

Ini bukanlah budaya kita di Malaysia. Semoga Allah melindungi Malaysia dari sebarang anasir keganasan melampau.


PS : Dengar kata insiden-insiden ini dilakukan oleh satu pihak bagi mensabotaj UMNO. Betul ke? Wallahu 'A'lam.


UMNO JUARA RAKYAT - BANGKIT DAN TERUS BANGKIT !!!

“Kami dengar dan kami terima bahawa rakyat telah memberi teguran kepada UMNO dan BN, teguran itu kami akan hayati bukan saja kami dengar tapi kami insaf bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah kuasa keramat dan mutlak. UMNO akan terus membela nasib rakyat !!!!"

Itulah antara ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau yang juga merupakan Presiden UMNO mengingatkan kesemua pemimpin UMNO agar tidak bersikap bongkak dan hanya berkeinginan untuk mengejar jawatan. Pembelaan terhadap rakyat wajib diutamakan dan pemimpin sebegini yang akan diangkat dan dijulang.

Kehadiran ribuan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional masih kuat dan utuh di bawah pimpinan Datuk Seri Najib. Ini juga sedikit sebanyak membuat pembangkang berasa gusar dan takut terhadap respon dari rakyat Malaysia yang menyokong Barisan Nasional.

Crew blog UMNO Cawangan Gombak Selatan berkesempatan menyertai rombongan UMNO Bahagian Wangsa Maju ke Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, Selangor ke Program UMNO Juara Rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah amat gembira dengan sambutan yang menggalakkan dari UMNO Wangsa Maju dimana lebih dari 50 ahli UMNO Wangsa Maju menyertai rombongan ini.

Turut menyertai rombongan ini adalah Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En. Abd. Razak Muhamad, Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Gombak Selatan dan beberapa AJK UMNO Cawangan.

Semoga ianya menjadi perintis dan semangat untuk kita terus bekerja bagi membela nasib rakyat tanpa mengira kaum. Berikut antara beberapa gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang berlangsungnya Program UMNO Juara Rakyat.




Kehadiran Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Gombak Selatan diketuai Ketuanya, Pn. Endon Abd. Manan (kanan sekali) memeriahkan rombongan UMNO Wangsa Maju.



Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah (tengah) sempat bergambar sementara menunggu ketibaan bos beliau, Datuk Seri Najib. Beliau dilihat begitu gembira dengan kehadira Crew Blog UMNO Gombak Selatan.



Kehadiran golongan belia ke program ini menunjukkan mereka kenal akan sejarah Malaysia dan mengetahui sejauh mana pengorbanan UMNO dan BN terhadap Negara.



Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Kiri Sekali) turut hadir memberi sokongan.



Persembahan ini amat memberi semangat kepada mereka yang hadir.



Naib Ketua Pemuda UMNO Bhg. Wangsa Maju, En. Azha Mustapha (kiri) merupakan antara wakil Pemuda Wangsa Maju yang hadir. Turut kelihatan, Pegawai Khas Dato' Shafei Abdullah (kanan).




Antara wakil Pergerakan Pemuda UMNO Wangsa Maju yang hadir.


LAGI GAMBAR?
LAYARI FACEBOOK DAN 'SEARCH' UMNO GOMBAK SELATAN.