8/28/2009

MENJELANG HARI MERDEKA - SEMARAKKAN 1MALAYSIA

Menjelang beberapa hari lagi kita akan menyambut kemerdekaan yang ke 52. Namun persoalannya yang timbul kini, sejauh mana kita mampu menghayati erti kemerdekaan?

Slogan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak adalah nadi kemerdekaan Negara kita. Kita sewajarnya bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia yang mempunyai pelbagai penganut Agama dan Bangsa.

Bangsa Melayu, Cina dan India antara kaum utama di Negara ini. Dan kita sewajarnya memupuk semangat kekeluargaan di kalangan kita. Tidak perlu kita mempertikai atau menafikan hak sedia ada. Kerana ianya terbukti mampu menguatkan semangat perpaduan di Negara kita.

Ayuh kita bersatu. Kita semarakkan kemerdekaan yang kita kecapi ini. Jangan kita membiarkan mana-mana individu atau sekumpulan manusia memecahbelahkan kita semua. Golongan sebegini sengaja mengapi - apikan kita semua dengan mempertikaikan hak keistimewaan, hak kebebasan dan perlembagaan sedia ada untuk kepentingan mereka. Walhal ianya bukanlah satu bebanan untuk kita bersatu. Ia adalah satu simbol perpaduan kita.

Ayuh.. Kibarkan jalur gemilang. Tanda kekeluarga 1Malaysia...

8/26/2009

KEMENANGAN PAS - BN PERLU BERSATU PADU PERJUANG PARTI

PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi.

Mengulas keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan sokongan kepada BN di beberapa peti undi. Sikap pengundi menurutnya tidak banyak berubah tetapi BN akan tetap mengambil perhatian perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para pengundi baik daripada kalangan Melayu, Cina mahupun India semasa tempoh kempen pilihan raya kecil berkenaan.

BN terutama UMNO tidak perlu berputus asa. UMNO perlu bersatu hati dan bergerak secara berpasukan dalam menempuh pembangkang. UMNO kini tidak perlu lagi memikirkan soal Kumpulan A atau Kumpulan B dalam menggerakkan parti ini kerana perjuangan kita dalam membela Agama, Bangsa dan Negara.

Pemuda UMNO terutamanya perlu bergerak secara 1 pasukan yang mantap bagi memperhebatkan semula jentera parti kita. Buang segala perang dan syak wasangka di kalangan kita. Ayuh kita bersatu dan berperang menentang pembangkang.

Ini bukan lagi soal kepentingan politik sesiapa. Ini adalah soal Agama, Bangsa dan Negara. Jika kita fikirkan 3 perkara ini, UMNO akan kembali kebal. Inilah yang kita mahukan. Jika kita terus leka dengan mainan politik dalaman, UMNO akan terus hancur. Janganlah kita leka berpolitik sesama kita sehingga kita lupa, Agama Bangsa dan Negara kita semakin dipijak oleh Pengkhianat Bangsa.

Ingatlah, seperti yang diperkatakan oleh Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Shafei Abdullah, "Sekarang bukan masanya untuk kita berperang sesama kita. Sekarang kita perlu bersatu menentang musuh parti kita." Beliau berkata demikian ketika memberi pandangan mengenai penubuhan blog UMNO Cawangan Gombak Selatan.

8/25/2009

PRK PERMATANG PASIR - MILIK SIAPA?

i.
Setakat pukul 11 pagi tadi, hampir 40% pengundi telah menjalankan tangggungjawab mengundi calon yang sesuai untukmewakili DUN Permatang Pasir. Pengundian mereka akan menentukan samada PAS akan kekal di DUN tersebut atau BN mampu merampas semula kerusi ini.

Tanpa insiden besar kecuali tindakan ahli parlimen PKR Padang Serai, N.Gobalakrishnan yang didakwa menyerang polis, proses pilihanraya kecil N11, Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berjalan lancar. Walaupun hujan hampir setiap hari sepanjang tempoh kempen selama lapan hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), ianya tidak melemahkan jentera parti Barisan Nasional (BN) dan PAS yang bertanding pada pilihan raya kecil terebut.

Tempoh kempen tiga hari terakhir dalam suasana bulan puasa juga berjalan seperti biasa malah meriah pada petangnya apabila petugas parti bersama-sama berbuka puasa manakala bersolat terawih pada malamnya. Hanya isu calon mendominasi kempen dengan calon BN, Rohaizat Othman diasak isu lesen guamannya dibatalkan Majlis Peguam manakala calon PAS, Mohd Salleh Man juga dikaitkan dakwaan pecah amanah RM600,000 wang peruntukkan kempen di parlimen itu sebelum ini.

PAS dan jentera pembangkang PKR dan DAP turut mempergunakan kenyataan rakan kongsi calon BN itu, Yusri Isahak yang kecewa kerana mendakwa jadi kambing hitam dalam kes pembatalan lesen guaman Rohaizat. Bagaimanapun, Yusri pada dua hari terakhir kempen, tampil menyatakan sokongan terhadap Rohaizat dan menyelar pembangkang kerana menjadikan kenyataan beliau dua hari sebelum itu untuk menyerang Rohaizat

Pihak UMNO Cawangan Gombak Selatan mengucapkan Selamat Mengundi buat pengundi DUN Permatang Pasir. Undilah BN kerana perjuangan kami untuk anda.


8/21/2009

PRK Permatang Pasir - SALAM RAMADHAN, HENTIKAN SERANGAN PERIBADI.

Alhamdulillah, pada esok hari Sabtu, umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan. Inilah bulan yang dinanti-nantikan seluruh umat Islam di mana kita akan memberi fokus untuk melipatgandakan pahala masing-masing.

Dan kebetulan pula, hari pengundian bagi PRK Permatang Pasir akan berlangsung di bulan Ramadhan. UMNO Cawangan Gombak Selatan menyeru kesemua warga BN dan parti lawan agar menghentikan sebarang bentuk penyerangan peribadi yang akan memberi impak negatif kepada umat Islam.

Kami amat kecewa dengan sikap segelintir pemimpin Pembangkang menggunakan taktik serang peribadi terhadap calon BN, Rohaizat Othman. Kami berharap segala spekulasi yang ditimbulkan dari pihak lawan akan terus dihentikan dan janganlah menghina, mengutuk dan mencaci kami di bulan yang mulia ini.

Ingat, bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan. Laksanakanlah kempen dengan penuh berhemah dan tawadhuk. Janganlah mencaci memaki kami di sini. Semoga Allah memberkati usaha dan perjuangan kita untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.


8/19/2009

BERI DERMA PADA YANG MEMERLUKAN - DATO' SHAFEI ABDULLAH

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Hj. Mohd Shafei Abdullah pada malam tadi telah memberi sumbangan kepada Masjid-Masjid dan Surau-Surau di seluruh kawasan Wangsa Maju. Beliau yang juga Setiausaha Politik Dato' Sri Najib Tun Razak berkata, sumbangan ini adalah satu peransang untuk masyarakat setempat terus mengimarahkan Masjid terutamanya menjelang bulan Ramadhan kelak. Beliau juga menyarankan agar masyarakat sentiasa mengingati dan memberi derma kepada insan yang memerlukan.

Sambutan ini diadakan di Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas, Batu 4 Kuala Lumpur dan kehadiran yang amat memberansangkan memberi inspirasi kepada Jawatankuasa Masjid ini untuk terus berkhidmat di bawah kepimpinan Tuan Hj. Abdull Razak Hj. Alias.

Turut hadir dalam Majlis ini adalah Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En. Abd. Razak Muhamad, Jawatankuasa Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas, Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan Gombak Selatan dan Biro Rakan Muda Masjid.


8/18/2009

PRK PERMATANG PASIR UJI KEKENTALAN DATUK SERI ZAHID HAMIDI

Ini adalah kali pertama Pilihanraya Kecil diadakan di Pulau Pinang di mana Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memimpin UMNO Pulau Pinang. Menteri Pertahanan ini diberi amanah untuk menerajui UMNO Pulau Pinang setelah berlakunya rombakan besar Badan Perhubungan UMNO di seluruh Negeri.

PRK Permatang Pasir adalah satu ujian buat Naib Presiden UMNO ini. Beliau akan menggunakan segala tenaga yang ada untuk meyakinkan pengundi di Permatang Pasir. Seperti yang kita sedia maklum, Datuk Seri Zahid Hamidi seorang yang amat lantang dan berani dalam memberi sebarang penegasan. Masih ingat lagi kami ucapan pertama beliau sebagai Naib Presiden UMNO etika Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, keberanian beliau mempertahankan penggunaan nama Allah yang hanya untuk umat Islam memikat ramai ahli UMNO.

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan amat berbangga mempunyai seorang pemimpin yang berani seperti Datuk Seri Zahid Hamidi. Insyaallah, di bawah kepimpinan beliau, UMNO Pulau Pinang akan kembali utuh. PRK Permatang Pasir akan menjadi medan utama pada masa kini untuk menguatkan parti kita dan memperkasa perjuangan untuk meyakinkan pengundi.

Kepada para petugas BN di Permatang Pasir, perang sudah bermula. Kita tidak akan biarkan Kerajaan Pulau Pinang sekarang menggunakan rakyat untuk kepentingan pemimpin mereka. Kampung Buah Pala menjadi saksi kekalutan mereka yang menyatakan bahawa mereka adalah pejuang rakyat.

Bangkit dan terus bangkit.... Buat Datuk Seri Zahid Hamidi, kami amat yakin dengan kepimpinan anda di Pulau Pinang. Terus perkasakan UMNO dan Barisan Nasional.


8/17/2009

PRK Permatang Pasir - PAS GUNA A.SAMAD SAID UNTUK BERKEMPEN

Nampaknya, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) juga akan berkempen membantu Pakatan Pembangkang untuk memenangi PRK Permatang Pasir. Ini disahkan sendiri oleh Penasihat GMP, Datuk A.Samad Said.

"Saya diberi pentas, bercakap soal PPSMI, tentang perkembangannya. (Tindakan) itu biasa sahaja, oleh kerana (ada) pilihan raya kecil. Itu adalah tafsiran (orang ramai). Saya cuma guna pentas (PAS)." Itulah kenyataan Penasihat GMP, Datuk A.Samad Said kepada media.

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan begitu hairan dengan tindakan PAS memanggil Sasterawan Negara ini. Sejak bilakah PAS memperjuangkan Bahasa Melayu? Apa kaitan penduduk Permatang Pasir dengan isu ini?

Banyak lagi isu di Pulau Pinang yang sehingga hari ini masih lagi dipersoal masyarakat. Apa perkembangan terbaru Kg. Buah Pala? Kenapa ianya tidak lagi diselesaikan? Apa peranan PAS dalam hal ini?

Jangan hanya tahu hendak mencari kelemahan orang. Perbetulkan kesilapan kamu dahulu. Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan amat kesal dengan tindakan PAS menumpang populariti A.Samad Said.


PRK PERMATANG PASIR - GOBALA KECOH GILA...



Polis menahan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi, lapor Bernama.

Katanya setelah Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.



Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu."Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis ," kata Ayob. Katanya terdapat juga anggota polis yang cedera dan dihantar ke hospital.

(Sumber : Malaysiakini)

8/15/2009

BLOG HINA ISLAM - JANGAN CABAR KAMI

Kisah sebuah blog yang telah menghina Islam dan Sultan Perak kini kian kecoh. Sudah tentunya yang menghina itu penyokong kuat pembangkang. Namun persoalannya, sampai bila kita mahu membiarkan Islam dicela dan dihina?

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan meminta pihak Kerajaan bersikap tegas dalam hal ini. Jangan biarkan mereka terus menerus menghinaIslam sesuka hati. Ini akan menaikkan kemarahan masyarakat seterusnya akan berlakunya pergolakan. Pihak yang terlibat perlu disiasat segera dan diambil tindakan tegas jika didapati bersalah.

Setakat ini, Ketua Pemuda DAP Liow Siew Fook antara yang sedang disiasat berkenaan kes ini. Beliau menafikan terlibat dalam penulisan blog tersebut. Namun, seperti mana yang diketahui, pihak yang menulis artikel tersebut sudah tentunya penyokong pembangkang kerana di dalam artikel tersebut juga, penulis menghina Sultan Perak.

PAS sepatutnya bersikap tegas dalam menegur penyokong Pembangkang. Jangan hanya tahu bersandiwara dan sibuk berlakon untuk menarik sokongan pengundi, tetapi lupa akan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim? Jika PAS membenarkan perkara ini berlaku, apa maknanya perjuangan PAS... Lakonan semata-mata?

Dari satu lakonan ke satu lakonan. Itulah Pembangkang. PAS tidak pernah sedar bahawa Agama dan Bangsa anda sedang dipijak, ditikam dari belakang. Atau tidak ambil peduli?


8/14/2009

PRK PERMATANG PASIR - ROHAIZAT OTHMAN CALON YANG SESUAI

Pemilihan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, En. Rohaizat Othman dianggap calon yang tepat untuk Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir. Ianya telah diumumkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau membuat pengumuman tersebut di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam petang ini. Nama Rohaizat pernah disebut-sebut akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti baru-baru ini. Namun, ianya tidak menjadi kenyataan setelah BN memutuskan untuk tidak bertanding di DUN Penanti kerana perletakan jawatan Bekas ADUN, Sdra. Fairus dianggap tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini. Sebelum ini, Umno bahagian Permatang Pauh menyenaraikan empat calon termasuk Mohd Zaidi kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang terbaik untuk mewakili parti itu.

UMNO Cawangan Gombak Selatan menyatakan pendirian menyokong calon BN yang telah dipilih. Sama-sama kita bekerja keras bagi mengembalikan DUN Permatang Pasir ini.

KDN - 58% MAHU ISA DITERUSKAN DENGAN SEMAKAN

Sebanyak 58 peratus atau 23,850 respons mengundi menyokong ISA "diteruskan dengan semakan" seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hanya 42 peratus atau 17,399 respons mahu akta kontroversi itu "dimansuhkan" bagi soalan keempat "Apa yang anda mahu dari ISA?" (lihat carta pertama), satu daripada dua soalan yang didakwa diseleweng akibat lonjakan mendadak dan luar biasa kelmarin.

Pada jam 4 petang 10 Ogos, hanya 1,333 respons mahu ISA disemak semula tetapi melonjak 1,069 peratus kepada 15,590 respons pada 1.45 petang semalam (lihat carta kedua).

Lonjakan luar biasa itu, berbanding hari-hari sebelumnya, mula dikesan tengah hari Isnin lalu - justeru mula menjadi subjek pertikaian sekumpulan pengguna internet di ruang diskusi Facebook.

Bagi soalan pertama, pada 10 Ogos, hanya 1,499 respons memilih jawapan ISA sebagai "undang-undang pencegahan" tetapi naik sehingga 887 peratus 14,807 respons. Jumlah respons pula meningkat mendadak sebanyak 16,171 – dari 13,644 kepada 29,815 respons.

Ketua Komunikasi Korporat KDN, Jamilah Taib, juga editor portal berita tersebut berkata, kementerian tidak menyeleweng data tersebut seperti didakwa. Sebanyak 57 peratus daripada 37,944 respons menganggapnya "undang-undang pencegahan."

Maklumat ini membuktikan bahawa ISA masih diperlukan, cuma ianya perlu dirombak agar ianya tidak mengelirukan rakyat. Maknanya, demonstrasi Mansuhkan ISA pada 1 Ogos lepas bukanlah suara dari majoriti rakyat Malaysia, tetapi ianya adalah strategi pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan sebelum ini beberapa kajian sedang dilakukan bagi mengemaskini Akta ISA. Maka, kita tidak sewajarnya melakukan sebarang bentuk perhimpunan haram yang akan menyusahkan ramai pihak.

8/13/2009

Isu Arak Di Selangor - LAKONAN TERBAIK PAKATAN.

“Saudara boleh ambil gambar mereka, kalau hendak salam, ikutlah". Ikuti ungkapan Raja Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim selepas mengadakan sessi perbincangan bersama Dr. Hassan Ali dan Ronnie Liu. Bagaikan tiada apa yang berlaku.

Jika sebelum ini, Dr. Hassan Ali dianggap sebagai hero PAS dalam mempertahankan tindakan MBSA, tidak sama sekali menggadaikan maruah Agama Islam, hari ini seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Begitu juga dengan Ronnie Liu yang dijulang sebagai Hero Bukan Islam kerana mempertahankan desakan beliau untuk memulangkan semula arak yang telah dirampas. Memang benar kata Teresa Kok, Ronnie Liu adalah 'hero' mereka.

Nampaknya lakonan mereka memang berjaya. Dr. Hassan Ali telah menipu kesemua masyarakat yang mengikuti perkembangan di Selangot. Segala gesaan,desakan dan peringatan beliau sebelum ini mati begitu sahaja. Apa yang Islamnya PAS?

Lakonan berkesan menjelang PRK Permatang Pasir. Tapi kita tidak bodoh. Rakyat boleh menilai sendiri sejauh mana kebenaran Pakatan Selangor..


KG. BUAH PALA RANAP - PENDUDUK LAWAN BERANI MATI

Beberapa jentolak telah memasuki Kampung Buah Pala untuk meruntuhkan rumah-rumah di atas sekeping tanah yang menjadi pertikaian berlarutan sejak April. Penduduk kampung berkenaan yang membentuk perisai manusia juga bertembung dengan unit pencegah rusuhan LSF dalam beberapa pergelutan.

Penduduk mendakwa mereka telah dipukul oleh anggota polis unit berkenaan. Seorang wanita turut jatuh pengsan dalam pergelutan tersebut. Penduduk telah menggunakan najis lembu sebagai senjata untuk melawan pekerja-pekerja syarikat.

Bila baca artikel ini, teringat dulu Pembangkang pernah sebut Kerajaan BN menzalimi rakyat, Perdana Menteri telah mengarahkan polis bertindak kasar terhadap penyokong pembangkang semasa demonstrasi, rakyat menderita di bawah Kerajaan BN, BN zalim seperti zionis. Inilah tuduhan-tuduhan dan hinaan yang dilemparkan Pembangkang kepada kita.

Sekarang? Apa yang berlaku di Kg. Buah Pala ini atas arahan siapa? Pemimpin BN ke? Allah Maha Besar.. Tepuk dada tanya hati...



8/12/2009

PERANG PAS DAN DAP - DULU HASSAN ALI BONGKAK KATA PAKATAN SELANGOR YANG TERBAIK. SEKARANG?



Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau tidak akan tunduk terhadap 'ugutan' Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua supaya beliau dikenakan tindakan disiplin ekoran kenyataannya berhubung isu rampasan minuman keras di Shah Alam.

Bercakap dalam sidang akhbar di Shah Alam hari ini, Dr Hasan sebaliknya berkata beliau akan berusaha lebih bersungguh-sungguh lagi bagi memelihara prinsip parti Islam itu demi kebaikan rakyat Selangor. Katanya, usaha beliau tidak akan terjejas dengan ugutan seumpama itu demi berjuang untuk Islam.

Malah, katanya, beliau sedia berdepan dengan apa juga tindakan daripada kepimpinan tertinggi, walaupun termasuk dipecat dari jawatannya. Beliau bagaimanapun menafikan bahawa kesungguhannya itu akan mencetuskan pergeseran dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya, beliau menyifatkanya sebagai "riak kecil yang akan memperkukuhkan kedudukan kita".

Minggu lalu, Pua menuntut supaya Dr Hasan dikenakan tindakan disiplin kerana menggesa rakan exconya dari DAP, Ronnie Liu dipecat atau ditukar portfolio kerana "campurtangan dalam urusan agama Islam"



Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara menyifatkan tindakan Hasan itu "sebagai tidak perlu dan tidak wajar" kerana Liu telah "melaksanakan tanggungajawabnya dengan memulangkan barangan yang dirampas secara tidak sah dari pemiliknya".

Berikutan itu, Dr Hasan menuduh Liu campurtangan dalam keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang merampas alkohol dari sebuah kedai serba aneka.

Liu bagaimanapun menafikannya dengan berkata pembabitannya dalam kontroversi tersebut hanyalah "menasihatkan"MBSA bahawa serbuan ke atas keda 7-11 di Seksyen 8 Shah Alam adalah tidak sah dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.


8/11/2009

GMP NAK BUAT DEMO LAGI - MANUSIA PENTINGKAN DIRI SENDIRI !!!!!!!!

Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) sedang berbincang untuk mengadakan demonstrasi kedua mereka. Sumber ini kami perolehi dari Malaysiakini.

Orang-orang seperti ini semakin hari semakin melampau. Makin kita layan orang-orang macam ini, makin menjadi-jadi. Apa rasionalnya mengadakan demonstrasi jalanan hanya untuk menangani isu pendidikan? Kenapa? Cubalah fikirkan orang awam dan peniaga di kawasan sekitar. Mereka perlukan keamanan. Tidak suka demonstrasi yang dianjurkan oleh kamu.

Apa lagi masalah kamu GMP? Kamu suruh mansuhkan, kami telah mansuhkan. Cuma ianya akan dimansuhkan pada 2010, iaitu secara berperingkat. Takkan nak terus mansuh. Kita cuma perubahan ini tidak mengganggu pelajaran pelajar sekolah. Itu salah juga?

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan ingin menasihati GMP agar tidak mengadakan demonstrasi di sekitar Kuala Lumpur. Buatlah di kawasan yang lebih sesuai seperti di stadium atau kawasan-kawasan yang tidak mengganggu orang awam dan peniaga. Bukan niat kami untuk menggalakkan mereka membuat demonstrasi. Sebab kita halang macam mana sekalipun, mereka tetap akan buat.

Jangan pentingkan diri sendiri. Hanya pentingkan penyokong anda sahaja. Fikirkanlah orang awam dan peniaga. Kanak-kanak yang ingin berjalan-jalan bersama keluarga juga menjadi mangsa dek kerana demonstrasi kamu.

Oleh itu, lakukan demonstrasi di kawasan yang tidak mengganggu sesiapa. Buatlah di stadium. Ada 4 negeri naungan Pakatan yang mengambil kesempatan menyokong kamu. Mintalah permit di stadium-stadium Negeri naungan Pakatan. Berteriaklah sesama kamu. Menyalaklah sampai subuh.

Tak habis-habis berdemonstrasi....

8/10/2009

RONNIE HERO BUKAN ISLAM - HERO PAS TERSEPIT

Meremang bulu roma bila Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggelarkan Ronnie Riu sebagai Hero Bukan Islam. Ronnie Liu dijulang sebagai hero kerana mempertahankan arak di Negeri Selangor.

Kenyataan Teresa Kok ini sememangnya ingin memberitahu bahawa PAS tidak ada hak untuk menggubal sebarang undang-undang di Negeri ini. Teresa Kok juga cuba memberitahu bahawa PAS jangan sesekali mencabar kewibawaan DAP yang jauh lebih banyak memenangi kerusi DUN Selangor iaitu 15 kerusi.

PAS Selangor kini tersepit. Jika sebelum ini PAS Selangor dengan bongkaknya menghina dan mencaci Kerajaan BN pimpinan UMNO, kini mereka tidak boleh berbangga dengan Kerajaan Pakatan Pembangkang.

Memang benar. Laungan Allahu Akbar dari PAS kini terserlah kebesaranNya. Akibat sikap takbur PAS, bangga dapat berjuang bersama DAP dan PKR. Tapi mereka silap, kerana DAP terang-terang menolak sebarang unsur-unsur Islam.

Isunya hanyalah arak. Tetapi DAP berjaya mengheret isu ini untuk memberitahu PAS bahawa tiada ruang untuk anda memperjuangkan Agama anda. Jangan pula hendak salahkan BN. Kerana Kerajaan Selangor kini milik Pakatan. Bukan kami. Jadi, pandai-pandailah kamu selesaikan masalah ini. Dahulukan kamu kata Kerajaan Pakatan bersih, suci.

Biarlah Si Luncai Dengan Labu-Labunya. Kita dari BN mesti teruskan kerja kita. Biarlah PAS dengan takbur dan maki hamunnya, DAP dengan perjuangan araknya, PKR dengan agenda jahatnya. Lama-lama, kesemua orang-orang ini akan ke Hospital Gila. Kerana terlalu tertekan dan keliru dengan perjuangan Pakatan.


8/07/2009

ISU ARAK DI SELANGOR - PAS CUBA JADI HERO KALAH MATI?

Sejak akhir-akhir ini kedengaran pelbagai spekulasi mengenai rampasan arak di sebuah Kedai Serbaguna yang mendapat tentangan hebat dari Exco Selangor, Ronnie Liu. Sikap lantang Ronnie Liu menyebabkan Dato' Dr. Hassan Ali berang dan mendesak beliau letak jawatan. Pelik, isu minuman keras pun boleh menyebabkan pergaduhan. Mungkin arak ini salah satu minuman kegemaran Ronnie Liu atau bahasa kasarnya, kaki botol.

Ada yang mengatakan ianya hanya sandiwara Pakatan Pembangkang. Ada yang mengatakan PAS cuba menjadi hero untuk membuktikan pada penyokong mereka bahawa mereka tidak pernah mengabaikan Agama Islam. Tapi kesudahannya, PAS akan kalah. Samalah seperti sebelum ini.

Inilah dinamakan kerjasama telus dari Pakatan Pembangkang. Sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam bekerjasama dengan sebuah parti yang amat memertabatkan sekular. Isu arak pun, bergaduh, sehinggakan masing-masing nak pertahankan ideologi. Benarkah?

Cakap pasal sandiwara, sememangnya pihak kami pelik, setiap kali menjelang pilihanraya kecil, ada saja isu yang berlaku antara PAS, PKR ataupun DAP. Mungkin 'kebetulan' kot..

Kepada rakyat Malaysia. Inilah Pakatan Pembangkang. Anda melihat situasi ini. Anda simpulkanlah sendiri. Jangan lihat kelemahan kami. Kerana Pembangkang sentiasa mengherdik kami, memaki hamun kami dan menghina kami. Tetapi, orang yang menghina ini, rupa-rupanya lebih teruk dari yang dijangkakan. Inilah akibatnya apabila orang seperti ini dijulang sebagai pemimpin, sehingga mengenepikan semangat Perpaduan sesama Islam.


8/06/2009

ZULKIFLI NORDIN MAHU RONNIE RIU DIBUANG TERUS DARI PAKATAN.


Ada dua pandangan yang berbeza daripada dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila PAS Selangor menuntut Exco Rionnie Liu ditukarkan portfolionya kerana sering mencampuri urusan pentabdiran pihak berkuasa tempatan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ulasannya menolak mentah-mentah desakan PAS tersebut. Namun Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin memberikan ungkapan yang menarik “gugurkan Ronnie sebelum pakatan digugurkan”.

Sementara Khalid menganggap desakan tersebut tidak dapat diterima kerana kerajaan negeri menganggap ia bukan isu, Zulkifli pula menganggap kehadiran Ronnie dalam barisan Exco Selangor kini sudah menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang yang membentuk kerajaan campuran di Selangor. Berita sebelum ini: Pakatan Selangor terus berkocak...PAS desak Ronnie Liu ditukar portfolio.

Berikut merupakan kenyataan YB Zulkifli Nordin.

Salam 2 all.

Belum pun reda isu YB Azmin Ali, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak & ADUN Bukit Antarabangsa yang mendesak supaya barisan exco Kerajaan Selangor dirombak, kini meletus pula isu baru. Desakan YB Azmin tersebut dipercayai kerana terdapat persepsi dikalangan masyarakat umum khususnya dikalangan ahli perniagaan di Selangor bahawa kalau mahu mendapat sesuatu perkara bergerak di Selangor, "jumpalah dua tiga Exco ni, sure lulus punya!!".

Hari ini Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Gombak Setia merangkap Exco Hal Ehwal Islam & Infrastruktur Kerajaan Negeri Selangor, YB Datuk Dr Hassan Ali dalam kenyataannya secara terbuka mendesak supaya YB Ronnie Liu (DAP) digugurkan daripada barisan Exco kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum.

YB Dr Hassan Ali secara khusus merujuk kepada tindakan YB Ronnie yang sering campur tangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan. Kenyataan terbuka YB Dr. Hassan Ali itu berpunca daripada tindakan YB Ronnie mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang telah dirampas daripada peniaga-peniaga yang melanggar peraturan.

Baru-baru ini YB Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) mendedahkan bagaimana terdapat ahli Exco yang dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabat Exco tersebut turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu. Akibat kenyataan itu, YB Ronnie Liu telah membidas YB Wee Choo Keong walaupun YB Wee langsung tidak menyebut nama beliau atau mana-mana ahli Exco.

YB Ronnie Liu juga mempunyai kes pertuduhan jenayah di Mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.

Melihat kepada keadaan ini, saya mengambil pendirian bersetuju dengan desakan YB Datuk Dr. Hassan Ali supaya YB Ronnie Liu segera meletakkan jawatan. Kehadiran beliau kini adalah satu liabiliti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Sekiranya beliau enggan meletak jawatan, saya mendesak YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor supaya mengambil langkah segera menggugurkan YB Ronnie Liu daripada barisan Exco Kerajaan Selangor, sebelum rakyat mengambil tindakan menggugurkan Kerajaan Pakatan Rakyat pula.



8/05/2009

SAMAN RM 100 JUTA - ANWAR JUTAWAN SAMAN, GILA DUIT !!!!!!

Ramai tersenyum apabila peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim beritahu Penasihat PKR itu akan saman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar Utusan Malaysia berjumlah RM100 juta kerana dakwa memfitnahnya.

Ini ekoran Utusan Isnin lalu melaporkan di muka depan kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu. Tersenyum kerana dua sebab. Tindakan menyaman bermakna Anwar masih percaya kepada sistem perundangan negara ini walaupun siang malam pagi petang asyik jaja kata institusi kehakiman negara ini sudah teruk dan tidak boleh dipercayai.

Keduanya, semua orang tersenyum kerana jika saman terbaru ini dilaksanakan, sejak tahun 1999, tuntutan saman Anwar di mahkamah yang masih belum selesai sehingga kini telah mencecah RM520 juta.

Selepas ini Anwar nak saman siapa pula? Lain kali, saman dekat Mahkamah Keadilan Dunia la.. Mahkamah Malaysia kan, tak telus... bohong dan zalim (mengungkap kata-kata Anwar). Bila bab saman, guna juga Mahkamah Malaysia yang tak telus ni..

Kalau sudah kata gila wang, gila wang juga.


8/04/2009

PAS - DAP SELANGOR BERPERANG - RONNIE LIU KETUA SAMSENG? KAKI BOTOL?

Lepas satu, satu kemelut politik negeri Selangor. Bermula dengan dakwaan wujudnya rangkaian samseng dengan Exco kerajaan negeri itu, kemudian Naib Presiden PKR Azmin Ali mendesak agar rombakan dibuat terhadap barisan Exco Selangor, muncul pula kes-kes penyelewengan peruntukan wakil rakyat di kalangan Exco dan ADUN.

Terbaru, sekutu parti yang membentuk kerajaan campuran di negeri berkenaan, PAS membuat desakan terbuka agar Exco Kerajaan Tempatan , Penyelidikan dan Pembangunan, Ronnie Liu digugurkan daripada barisan Exco negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dalam kenyataanya hari Selasa mahu Ronnie digugurkan kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum. Malah secara khusus, Dr Hassan berkata, Ronnie juga sering campur tangan urusan pihak berkuasa tempatan.

Kenyataan terbuka PAS itu berpunca daripada tindakan Ronnie mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang dirampas daripada peniaga yang melanggar peraturan.

Ini bukan serangan pertama terhadap Ronnie kerana sebelum ini beliau dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabatnya turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu.

Ronnie sendiri mengakui sebelum ini memang ada usaha dari dalam DAP dan pakatan pembangkang sendiri untuk menjatuhkan beliau. Untuk rekod, Ronnie kini mempunyai kes di mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.

Sejak era reformasi pada tahun 1998, Ronnie adalah kalangan pemimpin DAP yang dilihat memainkan peranan penting dalam DAP menjalinkan hubungan dengan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malah beliau sering terlibat dengan ‘usaha belakang tabir’ antara DAP dan PKR.


8/03/2009

Demonstrasi Haram : GUNALAH STADIUM, NAK MENYALAK SAMPAI SUBUH PUN BOLEH !!!!

Kalau di Selangor sejak dikuasai oleh pakatan pembangkang semua perhimpunan nak protes apa sekalipun boleh diadakan di Stadium Kelana Jaya mengapa di Kuala Lumpur tempat orang ramai jadi sasaran?

Seperti Sabtu dan sejak zaman reformasi 1998 tumpuannya ialah di kawasan komplek Sogo-Pertama, Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Dataran Merdeka.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedia berlembut dalam bab lokasi nak adakan perhimpunan secara aman.Katanya kerajaan bersedia menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan."Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata beliau yang juga Presiden UMNO.

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan amat bersetuju dengan cadangan Datuk Seri Najib. Buat di tempat yang tidak mengganggu orang awam. Nak pekik, telalak sampai subuh pun orang tak marah. Disebabkan demonstrasi haram Sabtu lalu, kerugian peniaga di sekitar Kuala Lumpur mencecah hampir RM 100 juta. Siapa nak bayar? Kerajaan Selangor? Kerajaan Kelantan? Kerajaan Penang dan Kedah? Kerajaan BN juga. Pembangkang buat kecoh, kita yang tanggung. Itu pun tak reti bersyukur. Tahu nak menyalak macam anjing.

Oooo, lupa. Pembangkang takkan percaya dekat kita. Mereka akan kata itu semua angka yang direka pemerintah. Semua ini kita yang reka. Fakta mereka saja yang sahih. BN saja yang salah. Hey pembangkang, selesaikan dahulu masalah di Negeri yang kamu perintah. Di Selangor, kecoh pasal isu rampasan arak di sebuah Kedai Serbaguna. Exco DAP sampai mengamuk suruh pulangkan semula arak yang dirampas. Tak pernah terjadi di Malaysia, sudah rampas barang haram, kena pulangkan balik, dekat Selangor jadi. PAS, apa cerita?

Di Penang, tak selesai-selesai lagi isu Kg. Buah Pala. Lim Guan Eng kononnya menggunakan pendekatan Amar Ma'ruf nahi Munkar dalam sistem pemerintahan. Nak bela Melayu, Cina dan India. Apa cerita?

Itulah. Suka sangat menyalak cari kesalahan orang lain. Kesalahan sendiri tak sedar. Yang untung, Anwar Ibrahim.


8/02/2009

DEMONSTRASI HARAM - MEREKA MEMALUKAN NEGARA SENDIRI.

Semalam berlangsung demonstrasi haram anjuran Gerakan Anti ISA (GMI) diterajui pembangkang bagi mendesak kerajaan memansuhkan Akta ini.

Pihak crew blog UMNO Cawangan Gombak Selatan kebetulan terpaksa ke Kuala Lumpur semalam bagi membeli barang-barang persiapan untuk program anjuran Rakan Muda Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas dan GPMS yang berlangsung hari ini.

Apa yang dapat kami lihat demonstrasi ini telah membangkitkan kemarahan di kalangan peniaga di samping ibu bapa yang kesal kerana terpaksa melindungi anak-anak mereka seperti berada di sebuah Negara yang tidak aman.

Kami juga turut berasa kesal dengan apa yang berlaku. Demonstrasi ini tidak nampak sebarang impak kepada Masyarakat dan Negara yang lebih selesa dengan keamanan yang diwajarnya dikecapi semua.

Sedih, kecewa, marah, kesal dan bengang. Itu reaksi peniaga dan masyarakat sekitar yang tidak terlibat dengan demonstrasi haram ini. Semalam adalah waktu yang sesuai untuk mereka membeli belah dan berniaga, tetapi terkandas di tengah jalan dek kerana demonstrasi haram ini. Ada peniaga yang merungut kerana mengalami kerugian yang besar.

Kami tidak menyalahkan pihak polis mahupun FRU. Mereka telah memberi arahan kepada penyokong pembangkang untuk bersurai. Tapi kedegilan penyokong taksub ini telah memaksa mereka untuk bertindak melepaskan gas pemedih mata.

Inilah realiti pembangkang. Cuba anda bayangkan jika pembangkang memerintah Negara kita. Adakah mereka menjamin keamanan? Tepuk dada, tanya hati....