8/18/2009

PRK PERMATANG PASIR UJI KEKENTALAN DATUK SERI ZAHID HAMIDI

Ini adalah kali pertama Pilihanraya Kecil diadakan di Pulau Pinang di mana Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memimpin UMNO Pulau Pinang. Menteri Pertahanan ini diberi amanah untuk menerajui UMNO Pulau Pinang setelah berlakunya rombakan besar Badan Perhubungan UMNO di seluruh Negeri.

PRK Permatang Pasir adalah satu ujian buat Naib Presiden UMNO ini. Beliau akan menggunakan segala tenaga yang ada untuk meyakinkan pengundi di Permatang Pasir. Seperti yang kita sedia maklum, Datuk Seri Zahid Hamidi seorang yang amat lantang dan berani dalam memberi sebarang penegasan. Masih ingat lagi kami ucapan pertama beliau sebagai Naib Presiden UMNO etika Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, keberanian beliau mempertahankan penggunaan nama Allah yang hanya untuk umat Islam memikat ramai ahli UMNO.

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan amat berbangga mempunyai seorang pemimpin yang berani seperti Datuk Seri Zahid Hamidi. Insyaallah, di bawah kepimpinan beliau, UMNO Pulau Pinang akan kembali utuh. PRK Permatang Pasir akan menjadi medan utama pada masa kini untuk menguatkan parti kita dan memperkasa perjuangan untuk meyakinkan pengundi.

Kepada para petugas BN di Permatang Pasir, perang sudah bermula. Kita tidak akan biarkan Kerajaan Pulau Pinang sekarang menggunakan rakyat untuk kepentingan pemimpin mereka. Kampung Buah Pala menjadi saksi kekalutan mereka yang menyatakan bahawa mereka adalah pejuang rakyat.

Bangkit dan terus bangkit.... Buat Datuk Seri Zahid Hamidi, kami amat yakin dengan kepimpinan anda di Pulau Pinang. Terus perkasakan UMNO dan Barisan Nasional.


1 ulasan:

Junah berkata...

Salam,

berusaha!