8/19/2009

BERI DERMA PADA YANG MEMERLUKAN - DATO' SHAFEI ABDULLAH

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Hj. Mohd Shafei Abdullah pada malam tadi telah memberi sumbangan kepada Masjid-Masjid dan Surau-Surau di seluruh kawasan Wangsa Maju. Beliau yang juga Setiausaha Politik Dato' Sri Najib Tun Razak berkata, sumbangan ini adalah satu peransang untuk masyarakat setempat terus mengimarahkan Masjid terutamanya menjelang bulan Ramadhan kelak. Beliau juga menyarankan agar masyarakat sentiasa mengingati dan memberi derma kepada insan yang memerlukan.

Sambutan ini diadakan di Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas, Batu 4 Kuala Lumpur dan kehadiran yang amat memberansangkan memberi inspirasi kepada Jawatankuasa Masjid ini untuk terus berkhidmat di bawah kepimpinan Tuan Hj. Abdull Razak Hj. Alias.

Turut hadir dalam Majlis ini adalah Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En. Abd. Razak Muhamad, Jawatankuasa Masjid Jamek Saad bin Abi Waqqas, Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan Gombak Selatan dan Biro Rakan Muda Masjid.


2 ulasan:

MAT SIRAT berkata...

Assalamualaikum,

Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Selamat menyambut kehadiran Ramadhan yang sentiasa ditunggu-tunggu bukan hanya setakat adat malah ibadat...

Semoga Ramadhan tahun ini membuka lembaran hijrah yang baru kepada kita semua...

eXception berkata...

Betul kata Datu Shafei tu, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan