UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

5/31/2009

DUN Penanti Milik PKR : PENGUNDI HANYA 46%, ISYARAT PROTES RAKYAT DUN PENANTI

Nampaknya PKR telah mencipta satu sejarah pilihanraya di Malaysia. Peratusan mengundi di DUN Penanti hanya 46 %. Ini bermakna kurang dari separuh pengundi di DUN Penanti tidak keluar mengundi.

Nampaknya pengundi-pengundi telah memberi isyarat kepada PKR bahawa mereka tidak bersetuju dengan tindakan PKR. Terima Kasih buat lebih 60 % pengundi DUN Penanti kerana tidak keluar mengundi. Tindakan ini sememangnya wajar kerana mereka sudah bosan dengan mainan politik PKR.

Di mana ahli PKR yang dikatakan lebih 80% di DUN Penanti menyokong Kerajaan Pulau Pinang? Adakah beberapa pengundi dari kalangan PAS juga bertindak memprotes pilihanraya ini? Adakah kemenangan PKR ini tidak direstui penduduk Penanti?

Terima kasih kepada ahli UMNO yang tidak keluar mengundi. Di situ dapat kita lihat keikhlasan dan kesetiaan ahli UMNO dalam memperjuangkan parti. Adakah baki 60% pengundi tersebut dari kalangan ahli UMNO?

Bersambung...



Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan at 7:44 PTG 3 ulasan:

5/29/2009

RM 100 Juta Saman Maruah atau Saman Malu? - MARAH BETUL ANWAR APABILA DISEBUT TENTANG PROJEK 16 SEPT.?


Sebelum memulakan artikel, pihak crew blog UMNO Cawangan Gombak Selatan memohon maaf kerana sudah lama tidak update blog ini atas kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Mohon maaf sepuluh jari.

Apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mendedahkan berkenaan tawaran atau pujukan Anwar Ibrahim ke atas beberapa Ahli Parlimen di Sabah untuk menyertai Pakatan Rakyat (seperti yang diberitahu Anwar sendiri sebelum ini), Saudara Anwar nampaknya begitu sensitif dan bertindak di luar kawalan.

Datuk Anifah yang juga disebut-sebut akan lompat parti untuk menyertai kerajaan 16 September mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Pendedahan beliau telah membuat Anwar berang dan bertindak menyaman Datuk Anifah sejumlah RM 100 Juta? WOW....

Anwar nampaknya begitu marah. Mungkin ianya kerana Datuk Anifah membuat pendedahan tersebut di Amerika Syarikat, dan ianya akan memalukan Anwar yang mempunyai ramai 'kenalan rapat' di sana. Jika Datuk Anifah mendedahkan perkara ini di Malaysia, mungkin Anwar akan menarik nafas lega..

Wahai Anwar Ibrahim, anda sebelum ini mencanang satu dunia tentang keburukan Malaysia, pemimpin-pemimpin kami dan Kerajaan Malaysia, ada kami bertindak? Ada kami saman anda? Ada kami menggelabah seperti anda sehinggakan bertindak menyaman dan memaki hamun kami? Jika betul anda tidak bersalah, tidak perlu panik dan menggelabah, relaks..

Janganlah dek kerana projek 16 September anda tidak berjaya dilaksanakan, marahkan kami pula. Ini merupakan luahan dan pendedahan seorang Ahli Parlimen mewakili Sabah, Anifah Aman, yang juga antara yang disebut-sebut akan melompat parti.

Anwar ohh Anwar, sudahlah.. Apa yang anda perlukan sehingga wang RM 100 Juta. Kami difitnah oleh anda kononnya memberi sogokan berjuta-juta ringgit, kamu pula mahukannya?

Insaflah Anwar Ibrahim. Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan mahu lihat, siapa lagi Ahli Parlimen dari Sabah yang akan dedahkan taktik Anwar memujuk mereka melompat parti.

Semoga kebenaran akan terserlah...

Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan at 7:31 PTG 4 ulasan:

5/26/2009

KOMUNIS... KOMUNIS... KOMUNIS - KENAPA TIMBUL SEMULA ISU PKM NI?

Kebelakangan ini sering kali berlakunya pergelutan beberapa pihak mengenai isu komunis ini. Ianya bermula dengan desakan beberapa pihak agar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng agar diterima semula untuk bermastautin di Malaysia.

Apa keperluan orang seperti ini diberi kebenaran untuk bermastautin di Malaysia? Penting sangatkah orang ini untuk menjadi warganegara Malaysia semula? Kenapa isu komunis ini timbul kembali?

Diberi sebab kemanusiaan Chin Peng wajar kembali ke Malaysia? Kemanusiaan apa ini? Apakah manusia ini dahulunya seorang yang berperikemanusiaan.? Butakah orang yang memberi cadangan sebegini rupa?

Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib, janganlah meminta-minta perkara yang melampau. Pemimpin BN harus duduk semeja berbincang bagaimana isu ini timbul kembali. Agar kurang jelas dan selesa apabila isu komunis ini timbul kembali.

Malaysia sebuah Negara yang aman dengan kepadatan penduduk Melayu, Cina dan India secara amnya. Jangan pula isu komunis ini memberi kesan terhadap keselamatan dan kemakmuran Negara.

Jangan dibiarkan isu Komunis ini berlarutan. Kelak akan menaikkan kemarahan rakyat dan akan menimbulkan rasa keliru anak-anak muda mengenai Sejarah Hitam Komunis di bumi kita.



Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan at 7:56 PTG 6 ulasan:

5/25/2009

PKR Tawar Aminah RM80 Ribu dan Jawatan Presiden MPPP. WOW!!! - INIKAH PARTI PERJUANG HAK RAKYAT...

Calon Bebas Aminah Abdullah hari Isnin membuat laporan polis di balai polis Bandar Perda bagi mendapatkan jaminan keselamatan ekoran tindakannya henda mendedahkan tawaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepadanya dan sebagai balsan beliau hendaklah menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

Menurutnya yang juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional Pulau Pinang, beliau membuat laporan polis berkenaan kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.

Sehubungan itu sebagai susulan, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok dengan menyerahkan bukti tawaran yang dibuat oleh PKR tersebut.

Beliau mendedahkan, PKR menawarnya RM80,000 dan jawatan Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan syarat beliu hendaklah menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil berkenan.

Difahamkan, Aminah mempunyai rakaman perbualan dan gambar antaranya dengan pemimpin PKR yang membuat tawaran berkenaan.

Ini adalah pendedahan dari bekas pemimpin dan pejuang Reformasi Anwar. Tapi macam biasalah, pemimpin PKR akan mengatakan bahawa Aminah Abdullah telah diupah BN untuk mendedahkan perkara ini. Bila beliau dedahkan mainan politik kotor PKR, dikatanya BN upah. Cuba BN dituduh, dicanang satu dunia. Belum ada sebarang bukti, sudah dikatanya memang betul, sah bla3.

Tujuan kami mendedahkan perkara ini bukan untuk berkempen, tetapi kita berasa kecewa dengan sikap Pakatan yang sentiasa menghina kita sebagai alat untuk berkempen walaupun kita tidak bertanding di DUN Penanti. Jadi, seharusnya rakyat berfikir, kenapa ramai bekas-bekas pejuang Anwar Ibrahim keluar PKR dan mendedahkan niat buruk mereka.

BN sentiasa memastikan ahli yang melakukan rasuah dan politik wang didakwa dan dihukum mengikut undang-undang. Kita sentiasa memperbaiki kelemahan kita. Tetapi, sikap PKR dan Pakatan sentiasa mendabik dada mengatakan parti mereka bersih dari rasuah. Tidak pernah mengakui kesilapan mereka. Bila bekas pemimpin mereka membongkar ada berlakunya rasuah dan politik wang dalam parti, dituduh pula BN mengupah. Sudah pula, menghina dan mencaci BN.

Semoga kebenaran akan terbukti.

Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan at 7:54 PTG 14 ulasan:

Isu Zambry MB - KEPUTUSAN TELAH DISKRIPKAN? PULAK....

Keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Dr. Zambry telah menyebabkan pemimpin-pemimpin Pakatan tidak berpuas hati malah menjadi bahan kempen pilihanraya DUN Penanti. Calon Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu menjelaskan bahawa keputusan ini telahpun diskripkan dan diatur oleh pemimpin-pemimpin BN sendiri.

Mana bukti anda? Bila Pakatan menang di mahkamah, dikatakan mahkamah mengadili dengan baik. Bila BN menang di mahkamah, dihina balik mahkamah. Inilah sikap pemimpin seperti Mat Sabu yang tidak pernah berpuas hati setiap kali keputusan tidak memihak kepada mereka.

Terimalah dengan hati yang terbuka. Mahkamah mengadili kes MB Perak dengan baik. Jika BN yang merancang kemenangan ini, kenapa pada mulanya mahkamah mengesahkan Nizar MB yang sah sebelum BN kemukakan rayuan? Kalau BN yang merancang semuanya, tidak perlu tunggu sehingga mahkamah rayuan. Apabila kami tewas pada mulanya, kami redha dan tidak pernah menuduh pihak Pakatan.

Sebelum ini, BN dituduh pencacai fitnah, perjudikan hak rakyat... mereka sahaja yang perjuangkan rakyat. Ini apa cerita? Tiada bukti, tiada usul periksa, terus mendakwa kemenangan BN telah diskripkan.

Tapi tidak mengapa. Terpulang pada masyarakat sama ada mahu percaya kata-kata Mat Sabu atau tidak. Orang ini pernah menggelar Anwar Ibrahim sebagai Al-Juburi semasa Anwar Ibrahim di dalam UMNO. Orang ini pernah mengatakan Anwar lebih ganas dari Mahathir. Sekarang? Anwar dipeluk cium seolah-olah kenyataan sebelum ini tidak pernah wujud.

Mat Sabu sebenarnya tak pernah puas memfitnah UMNO. Sampaikan pilihanraya DUN Penanti menjadi medan serangan BN walaupun kita tidak meletakkan calon di sana.

Sahabat, terima kenyataan. Mat Sabu sepatutnya memberi fokus untuk memantapkan PAS Pulau Pinang yang tidak lekang dengan pelbagai masalah dengan DAP dan PKR Penang. Mana suara PAS di Penang? Dahulu nyaris-nyaris PAS Penang boikot PRK Dun Penanti. Kelemahan sendiri tidak dipandang, BN pula dicaci.

BN menerima sebarang keputusan. Tidak kira menang atau kalah. Jika menang, Alhamdulillah. Jika tewas, cari kelemahan, perbetulkan. Itu sahaja. Tidak perlu menuding jari pada sesiapa.


Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan at 11:56 PG 1 ulasan:

5/24/2009

SEGALA YANG BAIK DATANG DARI ALLAH DAN SEGALA YANG TIDAK BAIK DATANG DARI NAJIB - PKR Ego Bongkak Tak Mengaku Kesilapan Sendiri

“Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang tidak baik datang dari Najib” Inilah ungkatan terakhir ucapan pemimpin PKR semasa mengadakan ceramah kempen Pilihanraya DUN Penanti Jumaat malam. Apakah semua ini? PKR masih tidak mahu mengaku kesalahan mereka.

Walaupun BN tidak bertanding di DUN Penanti, PKR masih lagi menghina dan mencaci BN melalui kempen Pilihanraya ini. Kempen pilihan raya kecil DUN Penanti menyaksikan hanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja menganjurkan ceramah pada Jumaat malam. Walaupun berhadapan dengan calon bebas seperti yang diduga ceramah PKR menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai sasaran di samping memberi ruang kepada para pemimpin mereka untuk terus menghina mahkamah dengan mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dengan kedudukan Menteri Besar Perak.

Bukan sahaja penceramah-penceramah amatur dalam hujahnya jelas menghina keputusan mahkamah, nama-nama besar termasuk Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjadikan BN sebagai isu utama di samping isu Menteri Besar Perak sebagai daya tarikan kepada para pengunjung.

Malah Anwar memberi ingatan kepada ‘penonton’ ceramahnya bahawa pilihan raya kecil DUN Penanti bukan melibatkan PKR dan bebas tetapi antara PKR dengan BN sebab beliau mendakwa kononnya calon bebas adalah ‘proksi’ kepada BN.

Calon-calon bebas yang bertanding adalah Aminah Abdullah yang juga merupakan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Pulau Pinang, Nai Khan Ari yang dikatakan bekas ahli GERAKAN dan Kamarul Ramizu Rosli, yang pernah menjadi calon bebas dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebelum ini telah menegaskan bahawa BN tidak ada kena mengenai dengan pilihan raya kecil DUN Penanti. Malah BN bukan sahaja tidak ada kaitan dengan calon-calon bebas tetapi tidak akan terlibat dengan apa-apa aktiviti kempen di kawasan itu.

Dalam ceramahnya di Padang Berapit, Anwar sebagai mana biasa terus menyerang kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta UMNO yang didakwanya parti perkauman.

Sementara menuduh UMNO memainkan isu perkauman, Anwar pada masa yang sama memainkan sentimen masyarakat Cina dan India untuk menolak UMNO dan BN walaupun pilihan raya kecil DUN Penanti tidak ada kena mengena dengan parti itu.

Dalam keghairahan Anwar berucap, satu perkara yang menarik ialah apabila beliau menyentuh mengenai perkembangan politik negeri Perak. Beliau bukan sahaja mengkritik keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tetapi membuat cerita dongeng yang baru bahawa Datuk Seri Nizar Jamaluddin kononnya diguling kerana memberi tanah kepada orang Cina di Perak.

“Apa salah Nizar. Beliau digulingkan kerana beri tanah kepada Cina. Saya nak tegaskan bahawa saya sokong tindakan Nizar dalam soal pemberian tanah ini,” katanya.

Namun, sepanjang 45 minit berucap, Anwar tidak pula menyentuh mengenai hakikat bahawa tindakan membawa kes tersebut ke mahkamah dimulakan oleh Nizar sendiri dan bukannya di bawa oleh Dr Zambry.

Beliau juga tidak menjelaskan bahawa Nizar tidak lagi menjadi Menteri Besar kerana sudah hilang kepercayaan daripada majoriti ADUN Negeri Perak setelah dua ADUN PKR dan satu DAP semasa pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri Perak keluar parti masing-masing dan sehingga kini masih menjadi ADUN Bebas.

Kenapa timbul cerita Nizar diguling dan keputusan mahkamah dipertikai denganmenuduh tiada kebebasan dalam kehakiman.

Kenapa Anwar tidak mengulas mengenai tindakan dua ADUN PKR Perak meninggalkan parti itu. Adakah beliau bimbang orang yang bertanya balik kepadanya, kenapa PKR dengan gembira menerima ADUN BN kawasan Bota yang lompat sekejap ke dalam PKR dan menganggap itu amalan demokrasi tetapi bila kena batang hidung sendiri pelbagai tuduhan dan tohmahan dibuat.

Apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi keputusan memihak kepada pakatan pembangkang, keputusan itu bukan sahaja dianggap tepat malah hakim dan institusi kehakiman dipuji.

Akan tetapi apabila mahkamah membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka, kenapa semuanya dikatakan tidak adil dan tidak bebas.

Hakikatnya, pilihan raya kecil DUN Penanti walaupun tidak melibatkan BN tetapi PKR tidak punya isu lain untuk dibawa kepda rakyat sebaliknya menyerang UMNO, BN dan para pemimpinnya sebagai retorik untuk memuaskan hawa telinga penonton yang datang mendengar ceramah mereka.

Buktinya nilailah ungkapan Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin ketika mengakhiri ucapannya pada majlis ceramah tersebut dengan selamba dan tanpa rasa malu berkata “Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang tidak baik datang dari Najib”. Apa kena mengena ungkapan ini dengan pilihan raya kecil DUN Penanti.


Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan at 12:31 PTG 2 ulasan:

5/23/2009

DUN Penanti - BN BERTANDING KENA 'TEMBAK', TAK BERTANDING PUN KENA 'TEMBAK'

Pagi tadi telah berlangsungnya Penamaan Calon bagi DUN Penanti. Seperti yang kita sedia maklum, BN tidak meletakkan calon di kawasan tersebut kerana merasakan perletakan jawatan bekas ADUN Penanti, Fairus amat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab. Pertandingan 4 penjuru di kawasan tersebut dapat kita saksikan mereka berlawan sesama mereka di sana.

Tapi apa yang menghairankan, sungguhpun BN tidak bertanding, pemimpin PKR masih lagi menggunakan kutukan dan hinaan BN sebagai senjata kemenangan mereka. Dakwaan mereka yang mengatakan bahawa calon bebas yang juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional Pulau Pinang, Aminah Abdullah telah disogok BN untuk bertanding di kawasan tersebut amat tidak wajar.

Tanpa sebarang bukti, mereka yakinnya telah mendakwa kami sebegitu. Penyokong - penyokong fanatik Anwar Ibrahim sudah tentu mempercayainya. Tak perlu bukti. Putih kata Anwar, putihlah kata mereka. Hitam kata Anwar, hitamlah kata mereka.

BN tidak bertanding di kawasan tersebut, kenapa pula kami masih lagi sebagai bahan kotor permainan politik PKR. Anda lupa bahawa Aminah Abdullah merupakan bekas pejuang handal membela Anwar Ibrahim dulu.

PKR kata pemimpin-pemimpin mereka pejuang sejati, membela keadilan rakyat, pembela Melayu, Cina dan India, Lawan Tetap Lawan... macam-macamlah.. Bila orang seperti Aminah Abdullah, Dr. Chandra Muzaffar, Ruslan Kassin, Marina Yusof dan Ezam Noor ini keluar PKR, dikatakan pula BN 'beli' mereka. Takkan pula pemimpin yang dikatakan pejuang sejati ini sanggup meninggalkan parti yang dikatakan parti keramat mereka ini. Mesti ada sebab.

Inilah PKR... Sudah tahu kesilapan berpunca dari mereka, dialihkan pula dengan sogokan BN. BN juga mempunyai ramai ahli dan pemimpin yang pernah dan telah meninggalkan BN. Tapi kami tidak pernah menuduh PKR atau PAS apatah lagi DAP sebagai puncanya. Kami mengaku kesilapan kami. Dan kami perbetulkan.

PKR malu hendak mengaku kesilapan mereka. Takut reputasi pemimpin agung mereka, Anwar Ibrahim malu satu dunia. Situasi di DUN Penanti sebagai buktinya. Sudahlah letak jawatan ADUN tanpa sebab munasabah. Apabila Fairus tidak dibela, Fairus siap ugut akan dedah rancangan kotor PKR. Bila Anwar Ibrahim masuk campur, terus diam membisu. Nanti bila kami tuduh disogok, dikata kami ini memfitnah, menganiaya, binatang dan macam-macam.

PKR juga mahu menutup malu setelah Aminah Abdullah mendakwa parti ini pernah memujuk beliau agar tidak bertanding di DUN Penanti dengan bayaran ganjaran sejumlah wang dari mereka. Kami tidak tahu samada tuduhan beliau ini benar atau tidak. Tetapi itu yang bekas 'pemimpin keramat' kamu ini kata. Tapi macam biasalah, BN juga yang akan dipersalahkan. Mereka sahaja yang betul. Dulu Fairus nyaris-nyaris kata PKR salah (merujuk ugutan Fairus yang akan dedah taktk kotor PKR kerana tidak dibela). Lepas 'dipujuk' Anwar Ibrahim, terus cakap PKR betul balik.

Allah Maha Besar. Sekarang kamu boleh mendabik dada merasakan kamu kuat. Memang BN kali ini menang PRU tidak sehebat dahulu, kerana mungkin Allah ingin menguji kami. Tapi jangan terlalu bangga. Allah akan tunjukkan kebenaran yang sebenar..


Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan at 6:35 PTG 3 ulasan:

5/22/2009

MB PERAK KEKAL ZAMBRY - ADUN Perak Kini Perlu Fokus Bangunkan Perak


Keputusan tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya petang ini sebulat suara memihak kepada rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu yang sahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Ini bermakna Dr Zambry terus kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Penal tiga hakim yang membuat keputusan itu terdiri dari Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mereka memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya pada 11 Mei.

Menurut mereka Sultan Perak layak melantik Dr Zambry apabila Nizar hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.Bila tiga Ahli ADUN pembangkang lompat jadi Bebas dan sokong BN jumlah disebelah BN ialah 31 manakala pembangkang tinggal 28.

Kedua-dua Nizar dan Dr Zambry tidak hadir di mahkamah semasa keputusan itu diumumkan.

Sementara itu Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Othman dan Datuk Ramly Zahari yang ditemui di situ menyuarakan rasa lega dan bersyukur dengan keputusan itu.

Buat Datuk Seri Nizar dan ADUN-ADUN Pakatan yang lain, terimalah keputusan ini dengan hati terbuka. Hentikanlah permainan politik di Perak yang hanya akan memberi kesan negatif terhadap pembangunan rakyat Perak. Kemenangan Dr. Zambry adalah wajar kerana majoriti ADUN Perak adalah dari BN.

ADUN - ADUN Perak dari kalangan BN mahupun Pakatan kini sewajarnya memberi fokus bagi menjaga kemakmuran dan pembangunan di kawasan masing-masing.

Kemenangan Dr. Zambry di harap akan memantapkan lagi Kerajaan Negeri Perak. Kekalahan Nizar tidak semestinya khidmat anda terus terpadam. Anda masih boleh berkhidmat di kawasan DUN dan Parlimen anda. Marilah sama-sama kita bangunkan Negeri Perak semula.

Jangan melenting dengan kekalahan anda. Teruslah berkhidmat sebagai wakil rakyat. Bagi BN Perak, janganlah takbur dengan kemenangan. Cabaran sentiasa akan berhadapan dengan kita. Laksana tugas dengan bijaksana.

TAHNIAH DR. ZAMBRY DARI UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN...


Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan at 8:25 PTG 5 ulasan:

Walaupun Berlainan Parti Kita Tetap Bersaudara - SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ADUN MANIK URAI


ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

UMNO Cawangan Gombak Selatan ingin mengucapkan Salam Takziah buat keluarga Allahyarham. Walaupun kita berlainan parti politik, namun semangat persaudaraan Islam sesama kita tetap kental di hati kami. Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham. Al - Fatihah...
Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan at 12:56 PTG 3 ulasan:

5/20/2009

DAP TAWAR JAWATAN MB PADA SAYA - ADUN Behrang

Tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi meninggalkan PKR dan menjadi ADUN Bebas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya beliau telah ‘dibeli’.

Malah, tindakannnya itu juga dituduh sebagai cubaan untuk mendapat perlindungan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan dirinya daripada menghadapi tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Namun tuduhan-tuduhan yang berat itu sedikit pun tidak menjejaskan dirinya kerana pada hakikatnya beliau tahu apa yang berlaku.

Beliau menceritakan secara terperinci bagaimana mainan politik dalaman PKR sehingga membawa kepada tindakan beliau dan ADUN Changkat Jering meninggalkan parti tersebut

“Keputusan saya meninggalkan kerajaan pakatan pembangkang dulu bukan kerana habuan atau jawatan. Kalau itu yang saya mahu, saya dah jadi MB sama ada MB daripada parti PKR atau MB daripada DAP. Malah kalau saya gila sangat nak jawatan itu, masa keluar PKR dan sedia memberikan sokongan kepada BN, saya boleh kenakan syarat agar saya dipilih menjadi Menteri Besar.” ujarnya.

Kalau begitu kenapa YB membuat keputusan meninggalkan PKR selain daripada sebab-sebab yang telah YB bagi tahu (pada temubual siri pertama sebelum ini).

“Dalam PKR pun ada konspirasi untuk pinggirkan saya dengan Kapten Osman. Ia bermula daripada soal tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap saya dan Kapten Osman sehinggalah kepada peristiwa bila mana ADUN BN kawasan Bota, Datuk Nasharuddin sertai PKR.

Kononnya ada tiga lagi ADUN BN yang akan ikut sama. Mereka yang hendak masuk ini dijanjikan jawatan Exco.

Usaha ini dibuat kerana dengan tambahan empat kerusi daripada BN, kerusi pakatan akan bertambah kepada 35 dan BN tinggal 24 kerusi sahaja.


Jadi sebab itu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman sebagai ADUN dikeluarkan kerana mereka dah yakin ada majoriti lebih dengan kemasukkan empat ADUN BN ke dalam PKR. 35 kerusi jika ditolak dengan dua kerusi saya dan Kapten Osman mereka masih ada majoriti 33 kerusi.

Apakah ini merupakan mainan politik pimpinan PKR di peringkat negeri Perak untuk menyingkirkan beliau dan Kapten Osman?

Sebenarnya ini adalah mainan politik pimpinan PKR negeri Perak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Kenapa saya kata begitu. Pada malam timbul isu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman telah diserahkan kepada ( Speaker Dewan Undangan Negeri) V. Sivakumar, kenapa Anwar pada malam itu tidak ambil inisiatif hubungi Sivakumar sebagai Speaker untuk jangan serahkan surat perletakan jawatan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam kes Arumugam di Bukit Selambau, kenapa Anwar boleh simpan dulu surat perletakan jawatan bagi cara jalan penyelesaian, Kenapa dalam kes kami sepatah pun dia tak cakap apa-apa.

Kenapa tak tunggu kami balik kerja. Maknanya Anwar setuju dengan tindakan ini kerana dia mempunyai perancangan, bagi kerusi Changkat Jering, Ketua Bahagian PKR , Ismail hendak dijadikan calon manakala di Behrang, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak, Mustapa Kamil Ayub akan dicalonkan.

Ini cara mereka… buat rancangan nak dapatkan empat ADUN BN, kami berdua, saya dan Kapten Osman dikorbankan, dan orang ‘kesayangan’ Anwar boleh bertanding dalam pilihan raya kecil.

Malah Ismail pada malam kekecohan surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman dikeluarkan, Ismail telah mengadakan mesyuarat persiapan pilihan raya di Bukit Gantang dan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi calon.


Sedangkan perkara itu belum pun sampai kepada SPR dan mereka seharusnya sedar akan ada proses undang-undang yang akan kita ambil. Langkah awal saya, saya hantar surat penafian kepada SPR, Istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa saya menafikan saya telah meletakkan jawatan. Sura itu sampai ke pejabat SPR jam 7.56 pagi, lebih awal daripada surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Sivakumar.

Bagi saya Anwar jelas hendakkan orang-orang dia sahaja memegang jawatan.

Kenapa YB buat kesimpulan demikian

Taktik ini sama dengan apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin. Tak sabarkah mereka nak tunggu sehingga pilihan raya umum ke-13. Nak suruh cepat berhenti, mereka buat aduan rasuah terhadap Fairus, tapi kerana beliau tak tahan, letak jawatan dan akhirnya orang kepercayaan Anwar, Dr Mansor dinamakan sebagai calon untuk DUN Penanti.

Inilah yang mereka cuba lakukan kepada saya dengan Kapten Osman Jailu. Buat aduan rasuah dengan harapan saya dan Kapten Osman letak jawatan.

Isu rasuah ini bagaimana ceritanya kerana semasa kes ini berlaku ia dikatakan perancangan BN

Dalam soal rasuah ini, pada mulanya saya memang ingat ini semua perancangan BN hendak kenakan saya. Tapi melihat kepada apa yang berlaku kepada Fairus, saya penuh yakin ia adalah rancangan yang diatur oleh orang PKR sendiri.

Mana tidaknya, kes yang didakwa membabitkan saya berlaku apabila bekas ADUN Bota dari PKR dulu, Kapten Usaili Alias hubungi saya beritahu ada orang nak jumpa bincang pasal permohonan satu projek pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar. Ajak saya jumpa di Hotel Casuarina.

Saya minta mereka datang ke pejabat. Selepas jumpa orang itu letak sampul surat. Saya tanya sampul apa itu. Orang itu beritahu sumbangan RM5,000. Saya tanya sumbangan untuk siapa, dia kata untuk parti. Kalau untuk parti bukan kepada saya, sepatutnya kepada Usaili dan Usaili ambil sampul itu.

Memang jadi amalan saya, tetamu yang datang saya akan iring mereka sampai pintu keluar. Bila saya buka pintu saya dah nampak ada pegawai Pencegahan Rasuah dah tunggu di luar. Tapi mereka tidak pun ambil apa-apa tindakan ketika itu.

Esoknya barulah saya dihubungi diminta datang untuk beri keterangan.

Bila lihat apa yang berlaku kepada Fairus, saya mula sedar, inilah cara mereka untuk pastikan saya dan Kapten Osman boleh disingkirkan daripada memegang jawatan bagi membolehkan orang ‘kesayangan’ Anwar mengambil alih.

Tak ada makna kita jadi pemimpin kalau negeri ini kita gadai. Malah saya pernah tegur Nizar apakah hanya kerana kita hendak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, kita nak gadai Perak kepada Cina. Kerana nak angkat seorang, kita gadai semua. Dia tak jawab apa-apaun pun.

Keputusan saya untuk meninggalkan pakatan ini demi untuk menjamin kepentingan Melayu, bukan soal kepentingan diri.

Tapi banyak tuduhan yang mengatakan YB dibeli dan dapat tawaran daripada BN

Biar saya jelaskan. Kalau untuk kepentingan diri, masa selepas pilihan raya dulu, saya antara nama yang disebut untuk menjadi MB.

Malah Anwar jumpa saya beritahu perkara yang sama. Saya sedar diri saya dan mungkin saya tidak layak. Tapi Anwar beritahu jangan bimbang, dia dah ada pasukan yang akan membantu saya menjalankan tugas sebagai MB.

Saya kata kepada Anwar, kalau itu yang Datuk Seri janjikan, saya terimalah tapi Datuk Seri kena tunaikan janji itu. Masa perbincangan mengenai isu MB itu kami bertiga ADUN PKR Melayu iaitu saya, ADUN Changkat Jering Kapten Osman Jailu dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri hadir.

Bukan itu sahaja, saya pernah menjadi ahli DAP pada tahun 1986 cawangan Tanjung Malim. Ngeh dan Nga jumpa saya minta saya aktifkan semula keahlian DAP dan mereka hendak meletakkan saya sebagai MB daripada parti DAP.

Alhamdulillah, perjuangan saya tidak dikaburkan dengan jawatan. Saya beritahu mereka saya ahli PKR kenapa pula saya nak masuk DAP. Saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat pada ketika itu. kalau tidak, mungkin saya menjadi boneka mereka sahaja.
Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan at 8:36 PTG 1 ulasan:

5/18/2009

HAMPIR SETIAP BULAN MEREKA AKAN BUAT PILIHANRAYA KECIL - Mainan politik pembangkang...BN tidak bertanding

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan bertanding di DUN Penanti kerana menganggap pilihanraya kecil kawasan itu tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan dan hanya mainan politik pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika mengumumkan pendirian BN itu berkata, pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan hanya kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka sahaja.


“Dewan Tertinggi bincang dengan panjang lebar tentang pilihan raya kecil DUN Penanti. Dewan Tertinggi mengambil keputusan oleh kerana kekosongan ini bukan disebabkan oleh peruntukan dalam perlembagaan tetapi sebab PKR nak selesai masalah dalaman mereka dan oleh kerana ini juga merupakan satu permainan politik pembangkang.

“Ia tidak kena mengena dengan peruntukan perlembagaan dan oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha pulihkan ekonomi negara maka kita memutuskan supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan masyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC, petang Isnin.

Menurut Najib, keputusan yang dicapai itu dibuat secara sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN.

“Kita tak menari ikut rentak orang lain,. Ini satu permainan politik. Kita tidak mahu terjerumus dalam permainan parti politik pembangkang. Sebab kalau kita ikut lepas ini mereka akan buat di kawasan lain pula,” tegasnya sambil menambah permainan politik pembangkang itu hanya akan menyusahkan rakyat.

Pada sidang media itu, Najib juga mengumumkan pengwujudan jawatan Ketua Penyelaras BN yang disandang oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek.

BN juga memutuskan untuk mewujudkan jawatan Ketua Penerangan BN dan penyandangnya akan diumumkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang.

Selain itu, Dewan Tertinggi BN bersetuju mewujudkan Puteri BN dan Ketua Puteri akan dijemput menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Najib turut mengumumkan perlantikan Pengerusi BN Negeri-Negeri.

Perlis – Datuk Dr. Md Isa Sabu

Kedah – Datuk Seri Shafie Apdal

Pulau Pinang – Tan Sri Koh Tsu Koon

Kelantan – Datuk Mustapha Mohamad

Terengganu – datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein

Pahang – Datuk Seri Adnan Yaakob

Selangor – Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Wilayah Persekutuan – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Negeri Sembilan – Datuk Seri Utama Mohamad Hassan

Melaka – Datuk Seri Ali Rustam

Johor – Datuk Abdul Ghani Othman

Sarawak – Pehin Seri Taib Mahmud

Sabah – Datuk Seri Panglima Musa Aman


Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan at 8:20 PTG 2 ulasan:

5/13/2009

DAP teruja Pilihan Raya DUN Perak Semula - TUNKU ABDUL AZIZ BAKAL MB?

Pakatan Rakyat Perak kini sedang cuba memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memperkenan membubarkan DUN Perak seterusnya mengadakan Pilihan Raya semula bagi menentukan siapa yang akan memegang Kerajaan Negeri Perak. Walhal sudah terang lagi bersuluh BN memegang mejoriti di Negeri Perak dengan jumlah 31 kerusi DUN berbanding Pakatan 28 di mana DAP memegang mejoriti Pembangkang di Perak.


Siapakah sebenarnya yang mendesak diadakan Pilihan Raya ini? Daripada media-media tempatan, Datuk Seri Nizar yang mendesak perkara ini. Adakah ianya benar? Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, cadangan ini datangnya dari DAP kerana mereka yakin mendapat sokongan yang padu dari undi bukan Melayu di Perak. Jumlah 17 kerusi DUN yang dimenangi pada Mac 2008 di jangka akan bertambah jika Pilihan raya DUN Perak diadakan semula.

DAP juga sebelum ini ada memberitahu akan meletakkan calon dari kalangan Melayu di DUN Perak pada Pilihan Raya DUN akan datang. Dan mungkin, jika Pakatan menang , calon tersebut akan dilantik memegang MB Perak kerana menepati syarat seorang Melayu dan Islam. walaupun dari parti DAP. Persoalannya, siapakan calon tersebut?


Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz merupakan antara wakil Melayu yang disebut-sebut akan bertanding jika Sultan perkenan membubarkan DUN Perak. Tunku Abdul Aziz merupakan Naib Pengerusi lantikan dari Jawatankuasa DAP Pusat. Mungkin DAP mahu mem'bukti'kan bahawa parti tersebut sebuah parti berbilang kaum.


Nampaknya Nizar kena mengambil langkah berjaga-jaga kerana mungkin hasrat beliau untuk memegang jawatan idamannya, MB Perak akan tersungkur kerana mungkin DAP akan meletakkan Tunku Abdul Aziz sebagai calon ADUN dan seterusnya bakal MB Perak.

Apapun, BN sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang keputusan di Perak.

Posted by UMNO Cawangan Gombak Selatan at 7:48 PTG 13 ulasan:
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Mengenai Kami

Foto saya
Lihat profil lengkap saya



PERDANA MENTERI

PERDANA MENTERI

TIMB. PERDANA MENTERI

TIMB. PERDANA MENTERI

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

PENGERUSI BN WANGSA MAJU

PENGERUSI BN WANGSA MAJU

JAWATANKUASA UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


PENGERUSI TETAP

Hj. Karim Abdullah

TIMB. PENGERUSI TETAP
Kamarudin Mahidin

KETUA
En. Abd. Razak Muhamad

TIMB. KETUA
Tuan Hj. Abdull Razak Hj. Alias

SETIAUSAHA
En. Ahmad Alkamal Hj. Abd. Manap

BENDAHARI
En. Saiful Azman Hj. Rosly

KETUA PENERANGAN
En. Shamsury Mohd Salleh

KETUA PEMUDA
En. Mohd Radzi Omar

KETUA WANITA
Pn. Endon Abd. Manan

KETUA PUTERI
Pn. Zurina Rajab

AJK
Ayob Abdul Jalil
Abdul Raof Moxtar
Hj. Ibrahim Abu
Zain Mahmud
Khairul Anuar Abdul Rahman
Abdul Rahman Abdul Jalil
Azmi Abu Samat
Mohd Suhaimi Mohd Salleh
Jamil Sharif
Jamilah Ismail
Kuraishah Yaakob
Mohd Affendi Mohd Ayob
Hamzah Ahmad
Siti Khadijah Mohd Daud
Alsuhana Abas


web counter

Arkib Blog

  • ▼  2009 (221)
    • Feb (22)
    • Mac (26)
    • Apr (40)
    • Mei (20)
    • Jun (18)
    • Jul (33)
    • Ogo (22)
    • Sep (9)
    • Okt (5)
    • Nov (8)
    • Dis (18)
  • ►  2010 (72)
    • Jan (18)
    • Feb (1)
    • Apr (21)
    • Mei (11)
    • Jun (5)
    • Jul (10)
    • Ogo (1)
    • Okt (2)
    • Nov (2)
    • Dis (1)
  • ►  2011 (32)
    • Jan (32)

Pengikut

Blog Wangsa Maju

  • Suara Lensa
  • Badut Rakyat
  • Gelombang Rakyat
  • Gelombang Wangsa Maju
  • KL BOYZ CHANNEL
  • MALAY DELIMA
  • Wanita UMNO Wangsa Maju
  • Dato' Shafei Abdullah
  • Papa Gomo

PEJUANG NEGARA

  • rocky's bru
  • MY ADHA - MALAYSIA™
  • LAMAN BLOG MANZAIDI
  • Apa Yang Tersirat
  • MINDA INTELEK MELAYU
  • TAIPINGMALI (TM)
  • darulehsan today
  • Dari Kacamata Mohd Ali Rustam
  • Politik Harian
  • AZLI SHUKRI
  • BERANI MEMBUAT PILIHAN...
  • Asam Pedas
  • The Unspinners
  • The Antics of Husin Lempoyang
  • Pewaris Melayu
  • © MESIN TAIP BURUK
  • ASPIRASI BANGSA - MASA UNTUK BERSATU!
  • Panglima Perang Cyber
  • TAFADHDAL
  • SMALL TALK
  • ANGIN PERUBAHAN
  • PILIHANRAYA KINI
  • seseOrang
  • ISU SEMASA, SOSIAL DAN POLITIK
  • operation island shield
  • PaKMie - PENGORBANAN ITU ADALAH SUATU PERJUANGAN
  • bERANIKAN hATI
  • Rahman,Ahchong,Muniandy
  • Belantan
  • Direktori Blog2 UMNO
  • DUNIATIGER
  • - JURI RAKYAT -
  • Unit Media Permatang Pauh
  • NOBISHA
  • KERIS PUTERA
  • Suara Muhyiddin
  • WARIS PURBA
  • Mat Cendana's BLOG REVIEW
  • Drama Politik Masa Kini
  • GERAKAN ANTI PKR
  • Opodos Lada Kokou
  • ISLAM MAJU,MELAYU MAJU!
  • Mengenal Diri
  • Shahaniza Samsuddin
  • PENGHUNI GUA
  • Malaysian-2Day
  • Rajahmas
  • SATRIA KEBENARAN
  • DEBAT RAKYAT
  • Analisis Ringan Politik dan Isu Semasa Malaysia.
  • g a R a m a N i s
  • Warisan Tamar
  • SUMPAH SETIA SEORANG PEMBELA MELAYU
  • Demokrasi Malaysia
  • HUJAN EMAS
  • PuLaUTiMbUl
  • JASA
  • سڬالاڽ موڠكين
  • eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan
  • SUARA RAKYAT SELANGOR (SUARAS)
  • PELANTAQ HUJAH
  • x-pkr [ dibaca : EKSTRIM TOLAK PKR]
  • SUARA PERUBAHAN
  • kudakepang
  • -Inspirasi Hatiku-
  • MALAYSIAN UNITED
  • Sekretariat Pekerja Muda
  • WWW.PAKATANMALAYSIA.BLOGSPOT.COM
  • Suara Perpaduan Melayu
  • Fikiran Kami
  • ridwan.ct
  • Tan Sri Mat
  • Dignity Lonely
  • Pusaka Ayahnda
  • chilliriver
  • YANG GAMBI
  • Ukhuwwah Sejati
  • Pro Raja Nong Chik
  • AnakDesa
  • Red Rooster
  • AKU BUKAN HERO
  • Saya Rakyat Malaysia
  • Aku313
  • cuit sikit boleh...?
  • Bicara Manek Urai
  • JEJAK PERMATA
  • Penggabung Suara ...
  • DARI RAKYAT BIASA
  • Laman Rasmi Bloggers Pembela Negara
  • Bicara Manek Urai
  • Pemuda Bandar Fasa 5 Melawati
  • Blogger UMNO Malaysia
  • JELATEK PERMAI
  • sembang bersama wari.........
  • nasi lemak bungkus
  • tandangseri
  • Titiwangsa Kini...
  • Semblong Boy
  • Bangsa Sejati
  • uncle nano - Melayu Bangsa Aku
  • REVOLUSI
  • We Ain't Born Typical
  • MELAYU SEPANG
  • a.d.a.m.™
  • ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
  • JENTAYUABAKA
  • DEPA KATA
  • dewakampung
  • ParpuKari
  • PISAU.NET
  • Sahabat-Gunung
  • ANTI HARAKAH
  • :: Bila Bulan Mengambang ::
  • abe MIE
  • macam-macam ada
  • cicit mat kilau
  • Hakcipta terpelihara@2008
  • Kamaluddin Blog Forums - :. Kamaluddin Blog .:
  • IKATAN PERPADUAN MELAYU GOMBAK
  • SARFAMS
  • DIMENSI
  • Senarai Laman Ahli Bloggers Pembela Negara™
  • BELOK KIRI KANAN
  • ANGKATAN MAHASISWA MELAYU BERSATU
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua

Blog UMNO

  • Pemuda Jasin
  • Pemuda Taman Bukit Kepayang
  • Pemuda Seputeh
  • Pemuda Gerik
  • UMNO Cheras
  • UMNO Bukit Ampang
  • Pemuda Sungai Pisang
  • Direktori Blog2 UMNO
  • Pemuda Meru
  • Unit Media Permatang Pauh
  • Pemuda Sepanggar
  • Penasihat Undang-Undang UMNO
  • Dr Mohamad Khir Toyo
  • Puteri Segambut
  • Pemuda Telok Datok
  • UMNO Bandar Puncak Alam
  • UMNO Kg.Serdang, Sitiawan
  • Datuk Seri Raja Zainuddin
  • Puteri UMNO Sri Melor
  • Shahaniza Samsuddin
  • Pemuda Setapak Jaya A1
  • Pemuda Tanjong
  • Puteri Jasin
  • UMNO Jerantut
  • Pergerakan Pemuda UMNO Penjom
  • Puteri Setiawangsa
  • UMNO Taman Paroi Jaya
  • Puteri Arau
  • Pemuda Putrajaya
  • Pemuda Rompin
  • UMNO Taman Sejahtera, Lunas
  • PuLaUTiMbUl
  • Pemuda Taman Ehsan
  • Datuk Haji Yussof Haji Mahal
  • UMNO Balik Pulau
  • Puteri Pandan
  • Pemuda Ranau
  • Puteri Ipoh Timor
  • UMNO Kubang Pasu
  • Pusaka Ayahnda
  • pemudaberanang
  • UMNO Jasin
  • Puteri Ismalina
  • Pemuda IKS
  • Pemuda Meru Perdana
  • Puteri Gopeng
  • Pemuda Batu 5
  • Datuk Noh Omar
  • PEMUDA TAMAN PERUDA
  • Puteri Labuan
  • UMNO Padang Rengas
  • Pemuda Parit
  • Pemuda Taman Melewar
  • Pemuda Maran
  • Pemuda Tmn. Rumpun Bahagia
  • Pemuda Sg. Merab
  • Exco Pemuda UMNO Malaysia
  • UMNO Bandar Klang Selatan
  • Penggabung Suara ...
  • UMNO Bagan Pinang
  • UMNO Halaman Pengkalan Sentosa
  • Pemuda Jalan Naga
  • UMNO Kubang Depu
  • Pemuda Wangsa Maju
  • Puteri Felda Bukit Batu
  • Puteri Keramat Jaya
  • Pemuda Bandar Fasa 5 Melawati
  • Puteri Taman Tun Abdul Razak
  • UMNO Lembah Pantai
  • UMNO Bukit Wangsa
  • Blogger UMNO Malaysia
  • UMNO Tmn. Muhibah
  • UMNO Taman Bukit Desa
  • Puteri Lembah Pantai
  • Puteri Subang
  • Puteri Batu
  • Puteri Putrajaya
  • UMNO Baling
  • umnojohor.blogspot
  • Puteri Kemunting
  • Pemuda Wangsa Maju
  • Pemuda Kemaman
  • Pemuda Tapah
  • Pemuda Permatang Pauh
  • UMNO Kuala Kedah
  • Pemuda Nibong Tebal
  • Pemuda Hulu Langat
  • UMNO Pengkalan Kubor
  • UMNO Desa Penaga
  • r b f
  • UMNO Kapar
  • UMNO Masai
Tunjuk 10 Tunjukkan Semua
Blog ini dikendalikan di bawah Penerangan UMNO Cawangan Gombak Selatan, Bahagian Wangsa Maju. Tema Mistik Bhd.. Imej tema oleh ideabug. Dikuasakan oleh Blogger.