5/13/2009

DAP teruja Pilihan Raya DUN Perak Semula - TUNKU ABDUL AZIZ BAKAL MB?

Pakatan Rakyat Perak kini sedang cuba memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memperkenan membubarkan DUN Perak seterusnya mengadakan Pilihan Raya semula bagi menentukan siapa yang akan memegang Kerajaan Negeri Perak. Walhal sudah terang lagi bersuluh BN memegang mejoriti di Negeri Perak dengan jumlah 31 kerusi DUN berbanding Pakatan 28 di mana DAP memegang mejoriti Pembangkang di Perak.


Siapakah sebenarnya yang mendesak diadakan Pilihan Raya ini? Daripada media-media tempatan, Datuk Seri Nizar yang mendesak perkara ini. Adakah ianya benar? Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, cadangan ini datangnya dari DAP kerana mereka yakin mendapat sokongan yang padu dari undi bukan Melayu di Perak. Jumlah 17 kerusi DUN yang dimenangi pada Mac 2008 di jangka akan bertambah jika Pilihan raya DUN Perak diadakan semula.

DAP juga sebelum ini ada memberitahu akan meletakkan calon dari kalangan Melayu di DUN Perak pada Pilihan Raya DUN akan datang. Dan mungkin, jika Pakatan menang , calon tersebut akan dilantik memegang MB Perak kerana menepati syarat seorang Melayu dan Islam. walaupun dari parti DAP. Persoalannya, siapakan calon tersebut?


Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz merupakan antara wakil Melayu yang disebut-sebut akan bertanding jika Sultan perkenan membubarkan DUN Perak. Tunku Abdul Aziz merupakan Naib Pengerusi lantikan dari Jawatankuasa DAP Pusat. Mungkin DAP mahu mem'bukti'kan bahawa parti tersebut sebuah parti berbilang kaum.


Nampaknya Nizar kena mengambil langkah berjaga-jaga kerana mungkin hasrat beliau untuk memegang jawatan idamannya, MB Perak akan tersungkur kerana mungkin DAP akan meletakkan Tunku Abdul Aziz sebagai calon ADUN dan seterusnya bakal MB Perak.

Apapun, BN sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang keputusan di Perak.

13 ulasan:

GOMO berkata...

SALAM....
SEMEMANGNYA KOMUNIS TELAH CUBA MENYERANG KITA ORANG MELAYU MELALUI POLITIK

KITA WAJIB TENTANG

KERAKUSAN KOMUNIS MENENTANG MELAYU http://gomo-no1.blogspot.com/2009/05/kerakusan-adun-komunis-bintang-tiga.html

Tanpa Nama berkata...

Apa??

u dah zaman la. Mana lagi komunis?

Ni bukan pasal dap, pkr tau pas.

Ni tuk kebaikan rakyat!!

tau.

jangan segali tamak kuasa.

kebali kuasa pilih tuk rakyat.

fedup berkata...

Salam..

Namun mengapa ada melayu yang masih tidak mahu sedar dengan apa yang berlaku..masih lagi mengampu dan mendukung fahaman ini..

Kalau dahulu mereka yang menggunakan taktik guerila kini mereka menggunakan ala-ala penjajahan dari dalam..itu pun tidak nampak ker..

kepada semua bangsa melayu amnya..ahli2 penyokong k'jaan dan UMNO..sudah tiba masanya kita mempertahankan kedaulatan bangsa dan agama daripada tersisih di negara kita sendiri..ingat mereka ada tanah besar kita hanya inilah tanaha bertuah kita ada..cukup2lah tu..

fedup berkata...

Apa..takdak nama lagi..

apa bodoh beno sekor nie..apa yang baiknya tuk rakyat..DAP hanya perjuangan hak DAp..PAS lak hanya tuk PAS..si PKR nie semua di kaut demi kantung dia semata2..itu pon takleh nampak ngan pikior ker weehh..

Kalau sampai agama pun bukan keutamaan dan semuanya adalah equal..mampu kowg bersaing esok..dari lahir hingga sekarang k'jaan bela n bantu kowg..belajar pon yang paling malas owg melayu sehingga k'jaan terpaksa ambik pelbagai pendekatan..bila dah berjaya masuk U..itupun k'jaan kasi muka lagi bagi pinjaman..sayang banyak yang malas nak bayar..terus tentang k'jaan..

apa kebaikan yang diowg boleh bagi macam k'jaan sekarang..sudahlah takdak nama..

kalau setakat nak sokong membabi buta baik gie sokong AF ker Bintang RTM ker Mentor ker..value for ypur money uu.mmg berbaloi..barulah ada hala tuju..konon..

Sudah!..jangan persendakan rakyat dengan alasan2 berbaur Malaysia Malaysian tu!..

Anak Wangsa Maju berkata...

Ini semua rancangan DAP. Gunakan PAS untuk kepentingan mereka.

PAS sedarlah anda dipergunakan..

Tanpa Nama berkata...

jangan nak perbodohkan rakyat..kembalikan kuasa kpd rakyat......biar lebih kerusi melayu dimenangi oleh PAS...sama juga

Anak Lenggong berkata...

BN, Jangan putus asa.. Terus berjuang.. Kami akan terus menyokong anda..

HIDUP UMNO, HIDUP BN, HIDUP PERAK..

Sejati berkata...

PAS, jangan lupa perjuangan anda.. Jangan tamakkan kuasa sehingga gadaikan perjuangan anda untuk DAP...

mohfaz berkata...

salam buat fed up berkata.
kita sama2 rakyat malaysia negara demokrasi mana boleh cakap diorang tu komunis. tunjukler sikit akhlak islam tu.diorang punya i/c samaje macam mike (waganegara). parti dia pun sah berdaftar. bukan nya haram. janganler terlalu kuat perkauman mike tu. dalam islam tak ajar begitu. nabi pun layan org kapir dgn akhlak yg baik.

The Infinity berkata...

Salam Perjuangan

Tanhiah diatas penerangan yang menarik. Semoga orang melayu penyokong pembangkang dapat sedar bahawa mereka telah dimainkan oleh DAP secara halus dan cukup berstrategi

PEMUDA TAMAN PERUDA berkata...

BERITA TERKINI PANAS DARI PERAK- ADUN PKR DAN AHLI PARLIMEN PKR MAHU KELUAR PKR

Adun PKR Kuala Kurau dan Ahli Parlimen PKR Bagan Serai akan keluar dari PKR. Difahamkan rundingan telah pun diadakan malam tadi dengan wakil BN Perak. Adun Kuala Kurau ini saya difahamkan terlalu meluat dengan perangai Nizar,kerana langsung tidak berbincang dengan semua Adun dalam kemelut poltik di Perak.

Manakala Ahli Parlimen Bagan Serai itu pula ada masalah dengan Ketua Bahagiannya. Difahamkan ketua bahagiannya telah memberi amaran kepadanya yang berbunyi begini 'jangan harap kamu akan dipilih sebagai calon dalam pru akan datang'.

fedup berkata...

Dear Mohfaz

Saya langsung tidak menyebut tentang perkataan atau membabitkan komunis tu..cuma taktik yang di gunakan adalah ala2 seperti itu..

kalau di kaji kejatuhan China ke komunis dan juga Rusia..inilah caranya..itu sahaja..jadi kita perlu kita sedar dan peka..kepada bangsa saya sendiri..

saya menghormati pandangan Mohfaz..anda berpandangan satu malaysia..saya juga menghormati kaum lain di malaysia..hanya saya ingin menekankan bahawa perlu juga kita meningkatkan jati diri dan kesedaran bahwa kita berhak ke atas tanah melayu ini..

bukankah begitu mohfaz..

air mata darah bercampur keringat bumi di pijak milik orang..

hak tetap hak yang batil tetap batil..

saya berkata...

Hanya UMNO dan BN dihatiku....
Persepsi bhw UMNO ni perkauman hanya mainan Anwar.

kalau UMNO racist mengapa ada bukan Melayu dlm Kabinet PM Malaysia dr dulu lagi...