
Dr. Zambry dan ADUN BN yang lain mesti terus berjuang dalam membela rakyat dan mengembalikan kestabilan politik Perak.Ini kerana, dengan keputusan mahkamah itu, BN yang kini menguasai majoriti dalam DUN Perak boleh memohon kepada Sultan Perak untuk memanggil sidang khas dewan negeri itu bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan.
Jika begitu bunyinya adakah ini juga bermakna beliau turut mengiktiraf perlantikan Datuk R. Ganesan sebagai Speaker yang mengendalikan sidang DUN yang dirasmikan oleh Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah Khamis lalu.

Ada yang berpendapat, jika Nizar masih mahu terus mencadangkan pembubaran DUN, beliau perlu mendapat keputusan DUN terlebih dahulu kerana buat masa ini beliau menjadi Menteri Besar yang hanya mendapat sokongan 28 ADUN berbanding 31 ADUN yang menyokong BN.

Disamping itu satu persoalan paling besar sekali apakah Sultan Perak akan bersetuju DUN dibubarkan.Kuasa penentu itu kini terletak ditangan baginda.

Keputusan mahkamah hanya menyentuh batang tubuh Nizar dan jawatannya sahaja dan tidak melibatkan kuasa Sultan dalam soal pembubaran DUN.
Ada juga yang bertanya bagaimana dengan kedudukan para Exco kerajaan negeri BN yang dilantik semasa Dr Zambry jadi Menteri Besar.
Apakah jawatan mereka juga terlucut dengan sendirinya ekoran keputusan mahkamah itu dan Exco lama yang dilantik oleh Nizar boleh terus kembali bertugas?
Ini kerana keputusan mahkamah secara spesifik tidak menyentuh kedudukan mereka.
Dalam pada itu,seperti kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak BN akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
Beliau berpandangan BN mempunyai kes yang kukuh dalam soal ini.
Sebenarnya berbagai persoalan lagi masih terus jadi bahan spekulasi dan belum beres sekalipun Nizar kini sah dapat duduk balik kerusi Menteri Besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan