1/31/2011

TAHNIAH KEPADA CALON BARISAN NASIONAL !!!



Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor apabila calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi, manakala Normala 2,992 undi.

Keputusan penuh:

N05: TENANG, JOHOR

Jumlah pengundi: 14,753

KEPUTUSAN:

Normala Sudirman (Pas) 2,992 undi

Mohd Azahar Ibrahim (BN) 6,699 undi

Jumlah mengundi 9,833 pengundi

Peratus mengundi 67 peratus

Undi rosak 142 undi

Majoriti 3,707 undi

Penyandang: Sulaiman Taha (BN)

Undi diperolehi: 6,367

Majoriti: 2,492

POST BY DR.ME...

1/30/2011

SELURUH KAWASAN TENANG BANJIR !!!


Beberapa kawasan terutama yang berkedudukan rendah di dalam kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini dilanda banjir pada Ahad berikutan hujan lebat turun berterusan sejak beberapa hari lepas.Jurucakap Markas Taktikal Polis bagi pilihan raya kecil itu, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata setakat pukul 10 pagi ini, seramai 215 penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir, dengan antara kawasan terlibat ialah Felda Simpang Redong, Ladang North Labis, Ladang Voules dan Pekan Air Panas.

Tiada pusat pengundian yang terjejas akibat banjir setakat tengah hari ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.Beliau berkata proses pengundian di kesemua 12 pusat pengundian dalam kawasan pilihan raya kecil itu berjalan lancar.

"Walaupun hujan lebat, peratusan yang keluar mengundi untuk pilihan raya kecil kali ini agak tinggi dan setakat 12 tengah hari ini sebanyak 48.93 peratus ataupun 7,219 pengundi telah keluar mengundi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata setakat ini, semua jalan menuju ke pusat pengundian masih boleh dilalui dengan semua jenis kenderaan walaupun sesetengah jalan mula dinaiki air.Beliau berkata polis telah menempatkan anggotanya di kawasan terlibat termasuk mengawal lalu lintas bagi melancarkan proses pengundian.

"Kita dah sediakan bot-bot untuk membawa pengundi yang tersekat, kalau ada laluan tidak boleh dilalui kenderaan, dari situ mereka akan dibantu oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau petugas daripada parti-parti yang bertanding.(Di beberapa) tempat lain ada banjir kilat kerana hujan air naik serta merta, tetapi tidak begitu serius sehingga menyebabkan laluan terputus," katanya.

Abdul Aziz berkata antara jalan-jalan yang dinaiki air ialah jalan Segamat- Labis di simpang Felda Redong, jalan masuk ke ladang North Labis, jalan masuk ke Ladang Voules dan laluan ke Kampung Sawah Baru.Mangsa-mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan terdiri 84 mangsa dari kampung Usaha Jaya, 55 (Kampung Paya Dalam); 36 (Kampung Pekan Air Panas); 21 (Kampung Lembah Bakti); 13 (Kampung Bukit Dato) dan enam mangsa orang dari kampung Sekijang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang,yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, dengan calon PAS, Normala Sudirman, 38, diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Dis tahun lepas.

-- BERNAMA

POST BY DR.ME...

1/28/2011

RAKYAT TENANG KENA BUAT PILIHAN TEPAT !!!


Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru semua pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Tenang,supaya membuat keputusan yang tepat dengan memilih calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim sebagai wakil rakyat.Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah penting untuk rakyat di kawasan itu memilih calon yang selari dengan kerajaan negeri dan pusat agar segala permasalahan mereka dapat diselesaikan secara efektif kerana BN mempunyai kuasa pentadbiran.

Menurut beliau,ia terbukti apabila kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi membangunkan kawasan sekitar Tenang.Sambil menyuarakan keyakinan bahawa BN mampu mengekalkan DUN Tenang dengan majoriti yang lebih besar, Timbalan Perdana Menteri berkata, tiada sebab untuk rakyat di kawasan itu serta Johor keseluruhannya menolak BN yang telah banyak berjasa.

"Jika rakyat di sini memilih calon Pas (Normala Sudirman), wakil rakyat yang dihantar adalah pembangkang, dia ini bukan mempunyai kuasa pentadbiran, bagaimana hendak membantu menyelesaikan masalah rakyat seperti yang dijanji Pas.Pihak yang hanya boleh menyelesaikan permasalahan di Tenang ini adalah BN, apatah lagi dengan gandingan kerajaan negeri dan pusat," katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat di sini malam ini.

Mengulas lanjut,Muhyiddin berkata, tiada pihak yang boleh mempertikaikan jasa BN membangunkan negara dan ia terbukti apabila Johor kini muncul antara salah sebuah negeri termaju di Malaysia hasil perancangan strategik kerajaan.Mengenai kempen pembangkang yang 'menjual' isu harga barang naik, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah melakukan yang terbaik untuk menstabilkan harga barang termasuk membuat kawalan harga terhadap barang-barang tertentu.

Katanya,tiada negara lain di dunia ini yang sanggup melakukan kawalan harga demi kesejahteraan rakyat seperti mana yang dilakukan oleh Malaysia.

"Memang kita akui ada barang tertentu harganya naik kerana faktor pasaran tetapi ia jauh lebih rendah daripada negara lain, kerajaan sanggup membelanjakan berbilion ringgit dengan memberi subsidi demi kesejahteraan rakyat.Carilah di mana negara lain di dunia ini yang melakukan segalanya demi rakyat seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan BN," soalnya.

sumber dari utusan malaysia

POST BY DR.ME...

1/21/2011

TUN MAHATHIR MENJADI BAHAN KETAWA ORANG SINGAPURA !!!


Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi topik hangat apabila ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas beberapa orang Melayu setempat.Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr. Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang terpinggir dan ketinggalan.

Dalam ruangan forum akhbar itu, seorang pembaca, Sallim Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Dr. Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal.

"Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Dr. Mahathir.Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia," katanya.

Beliau berkata, Dr. Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh.Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di sini terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi.

"Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan," katanya.

Seorang lagi pembaca, Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr. Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau menyelidik dulu keadaan orang Melayu di sini.

"Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus," katanya.

Menurutnya, walaupun Singapura bukan negara Islam, kebanyakan undang-undang di sini tidak ada bercanggah, malah sejajar dengan ajaran Islam.Kamariah berkata, kemungkinan Dr. Mahathir (bersikap demikian kerana) berurusan dengan seseorang individu (rakyat Singapura) yang tidak berpuas hati atas beberapa dasar pemerintah Singapura kerana tidak dapat memenuhi kepentingan diri sendiri.Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis, Melayu Singapura hidup dengan selesa dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dan mereka ada kebebasan dalam hal agama serta pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain.

"Tun Dr. Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura, bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju," tulis Eusope.

Bagaimanapun, seorang pembaca yang menamakan diri beliau, Walid Jumblatt Abdullah menulis dalam forum akhbar itu semalam bahawa beliau amat gembira sekali apabila melihat kaum Melayu Singapura bergegas menyangkal kritikan Dr. Mahathir.Katanya, alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah seperti keluarga pincang, keruntuhan akhlak, keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah tersebut.Menurutnya, memang tidak dinafikan, Dr. Mahathir sering mengeluarkan kenyataan kontroversial dan tidak semestinya semua dinyatakan beliau adalah benar.Namun, katanya, setiap manusia ada kelemahannya dan beliau amat terkejut apabila melihat surat mengutuk Dr. Mahathir, malah ada yang menggunakan kata-kata agak keras sehingga mengecapnya sebagai 'seorang tua yang nyanyuk'.Walid berkata, walaupun jika seseorang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tidak perlulah digunakan bahasa sedemikian kerana sikap serupa itu memang bukan daripada budaya Melayu itu sendiri.Katanya. Dr. Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Melayu yang dikenali di seluruh dunia,bahkan beliau disanjung dalam Dunia Islam.

"Walaupun beliau mempunyai kekurangan sendiri, beliau terlalu banyak berjasa kepada dunia Islam. Sering sekali beliau memperjuangkan isu-isu yang tidak sama sekali diperjuangkan oleh pemimpin Islam di mana-mana sahaja seperti isu Bosnia (Herzegovina), Kosovo, Somalia, Sudan, Palestin dan lain-lain lagi," katanya.

Menurutnya, Dr. Mahathir dicalonkan oleh empat kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dari Bosnia-Herzegovina, dua daripada empat kumpulan ini adalah kumpulan Kristian untuk memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2007.

"Setahu saya, beliau pemimpin Melayu pertama dicalonkan bagi anugerah penghargaan tersebut," kata Walid.

Mengulas komen seorang pembaca yang mengatakan tidak ada pembangunan bagi orang Melayu di bawah kepimpinan Dr. Mahathir, Walid bertanya, tahukah anda bahawa kadar kemiskinan di Malaysia telah dikurangkan sebanyak 80 peratus sewaktu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri? Bahkan, katanya, kemajuan Malaysia diiktiraf seluruh dunia sehinggakan negara itu digelar sebagai 'Harimau Asia' oleh IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) kerana kemajuan ekonominya.Walid berkata, Dr. Mahathir telah menaikkan martabat bangsa Melayu di mata dunia.

"Janganlah kita dibutakan kebencian kita terhadapnya sehingga kita tidak mengiktiraf jasa beliau kepada dunia Melayu dan dunia Islam. "Juga, janganlah dengan kita mengambil sikap defensif terhadap kritikan orang luar. Kita tidak melihat masalah dan kekurangan masyarakat kita sendiri," katanya.

sumber bernama

POST BY DR.ME...

1/20/2011

KERUSI PELABUHAN KLANG KOSONG !!!


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor,Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.Beliau berkata,keputusan yang berkuat kuasa 16 Januari lalu dibuat setelah wakil rakyat itu tidak menghadiri sidang DUN bermula Julai 2010 hingga Januari tahun ini.Menjelaskan rekod kehadiran wakil rakyat itu,Chang Kim berkata, Badrul Hisham hadir sidang pertama DUN pada 12 hingga 14 April 2010 iaitu sepanjang tiga hari ia berlangsung.

''Sidang kedua DUN pada 12 hingga 15 Julai 2010, beliau tidak hadir selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 Julai.Pada sidang ketiga DUN 8 hingga 6 November lalu, beliau tidak hadir langsung tanpa sebarang alasan. Malah,beliau sendiri mengakui tidak hadir dalam sidang berkenaan melalui satu surat bertarikh 10 Disember.Dalam surat itu,beliau menyatakan menerima rawatan tradisional di Pahang ketika sidang DUN berlangsung dan saya membalas surat beliau pada 12 Disember dengan memaklumkan bahawa alasan tersebut tidak boleh diterima," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Chang Khim berkata, keputusan mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu dibuat selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 di bawah Artikel 69 perlembagaan negeri itu.

Kata beliau,artikel tersebut menetapkan bahawa sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak hadir tanpa kebenaran Speaker pada tiap-tiap persidangan selama enam bulan, kerusinya hendaklah diisytiharkan kosong oleh Speaker.Malah katanya, keputusan itu juga dibacakan bersama dengan Artikel 70 (1) perlembagaan negeri.

Kata beliau, artikel itu menyatakan sultan hendaklah dari semasa ke semasa melalui proklamasi yang disiarkan dalam warta memanggil DUN bermesyuarat dan tidak boleh membiarkan luput enam bulan antara persidangan terakhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan bagi persidangan pertamanya dalam penggal berikutnya.

Ditanya adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah diberikan notis mengenai kekosongan kerusi berkenaan, Chang Khim berkata, beliau akan mengemukakan keputusan itu kepada suruhanjaya berkenaan tetapi belum menetapkan tarikh untuk berbuat demikian.DI PUTRAJAYA, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, suruhanjaya itu akan meneliti secara mendalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebelum membuat keputusan muktamad sama ada berlaku kekosongan di kerusi DUN Pelabuhan Klang.

"Setiap negeri mempunyai Undang-Undang Tubuhnya sendiri. Seperti mana yang berlaku di kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah tempoh hari yang diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan ekoran penyandangnya gagal menghadiri dua persidangan dewan, demikian juga di Selangor ini yang kita kena kaji dengan teliti undang-undang negerinya.Yang menentukan kekosongan sesuatu kerusi itu adalah SPR dan kita akan pastikan dalam tempoh 60 hari ini perkara ini dibincangkan. Kita masih menunggu surat rasmi Speaker (Chang Khim)," katanya kepada Utusan Malaysia.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

AZAHAR IBRAHIM CALON BN UNTUK PRK DUN TENANG !!!


Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd. Azahar Ibrahim dipilih sebagai calon bagi menggalas cabaran Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan pemimpin dan penyokong BN di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Labis di sini petang ini.

Mohd. Azahar, 39, yang dilahirkan di Labis dan anak kepada bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.Beliau akan menentang Ketua Muslimat Pas Labis, Normala Sudirman,39, yang dipilih parti itu sebagai calonnya.

Muhyiddin pada sidang akhbar selepas itu memberitahu, Mohd. Azahar diletakkan sebagai calon setelah diputuskan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil kira kriteria-kriteria seorang pemimpin yang mampu melaksanakan amanah dengan baik.Beliau yakin pemuda itu akan menjadi calon yang disenangi para pengundi.Menurutnya, calon itu yang merupakan anak jati Labis merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat setempat dan prihatin mengenai keperluan pembangunan di kawasan itu.

"Mengambil kira semua faktor positif, saya kira calon BN yang ditampilkan ini akan diterima baik oleh para pengundi dan disenangi ramai kerana beliau bukan orang asing di sini dan saya dimaklumkan semua kepimpinan (BN) di Labis akan memberi sokongan.

"Saya memohon sokongan para pengundi di Tenang, tidak kira orang Melayu, Cina, India atau Orang Asli. Saya kira pada usia 39 tahun, beliau banyak tenaga dan boleh bergerak ke semua kawasan," katanya.

Beliau seterusnya meminta para pimpinan jentera BN untuk bekerja dengan rapat kerana tempoh masa lapan hari kempen adalah tidak panjang dan memerlukan kerjasama serta pelaksanaan tugas oleh semua pihak.Muhyiddin turut mengingatkan jentera parti agar tidak memandang mudah cabaran pembangkang dan bekerja bermati-matian untuk memastikan kemenangan BN.

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Disember lepas.Pada Pilihan Raya Umum 2008, Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.DUN Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

1/18/2011

NG KIAN NAM MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA !!!

Peguam yang menimbulkan kontroversi kerana mempertikaikan azan, Ng Kian Nam semalam memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas kesilapannya itu.Katanya,perkara itu terjadi kerana beliau sebenarnya tidak tahu membezakan antara laungan azan dengan ceramah ataupun kuliah subuh.

“Saya perlu jelaskan saya tidak pernah meminta ataupun berniat untuk menghentikan atau mempertikaikan azan yang merupakan elemen yang begitu penting dalam sembahyang umat Islam.Saya perlu mengaku tiap-tiap orang ada kelemahannya termasuk saya. Sebagai seorang bukan Muslim, semasa saya tulis surat tersebut, saya langsung tidak tahu membezakan antara azan dan ceramah.Maka saya ingin memohon maaf secara tulus ikhlas jikalau kekeliruan saya ini menimbulkan salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak khasnya umat Islam di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis dialog dengan dua persatuan penduduk Pantai Dalam.

Hadir sama,Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai yang bertindak sebagai moderator dialog tersebut dan Pengerusi Majlis Gabungan Ayahanda-Ayahanda Wilayah Persekutuan,Zakaria Awang.Kian Nam yang juga ahli MCA sebelum ini dilaporkan menghantar surat kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) meminta laungan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah di Jalan Pantai Permai di sini diperlahankan kerana mengganggu tidurnya yang tinggal berdekatan.

Tindakan Kian Nam itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam sehingga mendorong lebih 100 orang mengadakan demonstrasi di pekarangan masjid tersebut pada Jumaat lalu.Menurut Kian Nam, beliau akan berpindah semula ke rumahnya di Pantai Dalam sedikit masa lagi kerana penerimaan masyarakat Melayu dan Islam di sana yang sedia memaafkannya.Beliau sebelum ini berpindah sementara kerana bimbangkan keselamatannya ekoran bantahan masyarakat Islam setempat.Dalam pada itu,Raja Nong Chik memberitahu, beliau kesal dengan sikap sesetengah pihak yang mensensasikan isu agama tersebut untuk pelbagai tujuan termasuk kepentingan politik.

“Pada saya ia hanya salah faham, jadi ia sebenarnya bukanlah isu. Pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili penduduk di Pantai Dalam pun menerima hakikat ini,” ujarnya.

Sementara itu, Zakaria berkata,demonstrasi bantahan yang dianjurkan oleh pihaknya pada Jumaat lalu merupakan petunjuk bahawa kesucian dan kedaulatan Islam akan terus dipertahankan di negara ini.Beliau bagaimanapun memuji keberanian serta keikhlasan Kian Nam yang tampil serta memohon maaf pada majlis dialog itu.

“Kalau boleh kami minta Kian Nam memberitahu rakan-rakan daripada kaum lain supaya memahami dan tidak mencampuri hal ehwal agama Islam,” tegasnya.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

1/16/2011

HUTANG 41 JUTA DIBATALKAN !!!


Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak membawa berita gembira kepada penduduk kawasan Sungai Asap apabila beliau menyatakan persetujuan kerajaan secara prinsipnya untuk menghapuskan baki hutang perumahan berjumlah RM41 juta yang ditanggung oleh mereka.

Perdana Menteri berkata,keputusan itu dibuat kerana mengambil kira penduduk terbabit berpindah ke kawasan penempatan berkenaan di atas kehendak kerajaan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan Empangan Hidroelektrik Bakun.Katanya,satu kaedah penyelesaian akan dicari kerajaan bagi menyelesaikan hutang itu yang kini berjumlah RM41 juta selepas kerajaan negeri memberi diskaun RM41 juta sebelum ini.

"Penghuni rumah panjang ini mempunyai asas yang kukuh untuk dibantu kerana mereka dipindahkan atas kehendak kerajaan dan mereka juga belum mendapat limpahan pendapatan yang sepatutnya kerana projek ini pernah tergendala.Pada prinsipnya kita akan batalkan pembayaran RM41 juta yang masih tertangguh, kita anggap ia sebagai satu pertimbangan khas bagi keadaan luar biasa," katanya sewaktu berucap pada majlis mesra rakyat di Rumah Panjang Uma Belor, Sungai Asap, di sini hari ini.

Sebanyak 1,693 keluarga suku Orang Ulu terdiri daripada Kenyah, Kayan, Lahanan, Ukit dan Penan menetap di tiga skim penempatan semula Sungai Asap.Setiap keluarga terlibat telah dibayar pampasan untuk tanah, rumah dan tanaman yang terjejas kerana pembinaan projek Empangan Hidroelektrik Bakun serta mendapat lot pertanian seluas 1.2 hektar yang diberikan oleh kerajaan negeri.Setiap rumah baru yang diberikan kepada mereka bernilai RM50,000 sebelum dikurangkan oleh kerajaan negeri menjadi RM25,000 seunit.

Mengenai rungutan penduduk bahawa tanah seluas 1.2 hektar itu tidak mencukupi untuk diusahakan,Perdana Menteri berkata, beliau akan mencari jalan bagi membolehkan keluasan tanah itu ditambah.Katanya, beliau sedar tanah seluas 1.2 hektar itu tidak mencukupi untuk memberikan pendapatan melepasi garis kemiskinan.

"Mengenai bekalan elektrik ke kawasan ini pula, kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan melaksanakan projek sambungan bekalan yang menelan belanja RM22 juta," katanya.

Pada sidang akhbar selepas itu, Najib berkata, isu penjualan Empangan Hidroelektrik Bakun kepada Kerajaan Negeri Sarawak masih di peringkat rundingan dan terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti.Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun lalu menyatakan hasrat untuk membeli empangan berkenaan pada harga RM6 bilion dan bersedia meningkatkan bidaan kepada RM7 bilion bergantung kepada kaedah pembayaran.

Kos keseluruhan empangan itu adalah RM7.3 bilion tetapi ia telah melebihi kadar tersebut berikutan beberapa masalah yang berlaku ketika pembinaannya.Dalam pada itu, Najib menjelaskan beliau tidak dapat menghadiri taklimat di Empangan Hidroelektrik Bakun pada pagi ini kerana keadaan cuaca buruk tidak mengizinkan helikopter yang dinaiki beliau melakukan pendaratan.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

MAJLIS PERKAHWINAN ABDUL TAIB MERIAH !!!


Majlis perkahwinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi berlangsung dalam suasana meriah di Petra Jaya,semalam.Bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru, majlis bermula pukul 9.15 malam apabila kedua-dua mempelai diiringi masuk ke dewan persandingan bersama tetamu kehormat.

Meskipun diadakan secara tertutup,majlis berkonsepkan perkahwinan ala Inggeris yang mendapat sentuhan perunding terkenal,Datuk Raja Rezza Shah itu dihadiri 460 tetamu dari dalam dan luar negara.Antara orang kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri,Toh Puan Norkiah serta Perdana Menteri,Datuk Sri Najib Tun Razak dan isteri,Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah ahli keluarga pengantin perempuan, beberapa Menteri Kabinet dan negeri, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pembesar negeri.Pada majlis itu, anak kedua Abdul Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menyampaikan ucapan ringkas dan latar belakang pasangan itu serta mengucapkan selamat hari lahir kepada Ragad yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.

"Saya juga ingin berkongsi dengan anda mimpi Puan Sri Ragad kira-kira lima bulan yang lalu. Beliau bermimpi dilamar oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dan dibawa pergi dengan menaiki sebuah Rolls Royce," katanya.

Sebelum majlis berakhir, Abdul Taib yang segak mengenakan tuksedo hitam manakala isterinya mengenakan gaun malam serba putih menyempurnakan upacara memotong kek setinggi lima tingkat.

Abdul Taib diijabkabulkan dengan Ragad yang berasal dari Syria pada 18 Disember lalu di kediamannya di Demak Bharu sekali gus menamatkan zaman duda selepas kematian Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April lalu.Beliau yang berkahwin dengan Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

1/15/2011

CINA JOHOR TIDAK 'TENANG' PENIPUAN PAKATAN !!

BERNAMA melaporkan bahawa terdapat perubahan di kalangan pengundi Cina untuk kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tenang kali ini, dan diperakui sendiri oleh Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan Khamis.

Malah beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, angin perubahan pengundi Cina terhadap BN kali ini memungkinkan ia memenangi DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,500 undi pada pilihan raya umum 2004.

"Saya melihat daripada laporan yang diterima daripada ketua-ketua peti undi, ketua cawangan dan rakan-rakan MCA yang mendapati ada perubahan daripada masyarakat Cina untuk menyokong BN berbanding pada pilihan raya umum 2008," katanya selepas melawat Kampung Baru di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, BN walaupun menang dengan majoriti 2,492 tetapi tewas di ketiga-tiga peti undi di mana majoriti pengundinya terdiri daripada masyarakat Cina. Pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan pada 30 Jan ini, berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil terbabit akan dijalankan pada 22 Jan ini.

Ahmad melahirkan keyakinan bahawa masyarakat Cina akan menolak Pas pada pilihan raya kecil ini, kerana ia tidak akan memberikan sebarang keuntungan kepada pengundi di segi pembangunan tempatan, kerana pihak yang berkemampuan untuk membawa pembangunan adalah BN.

"Pembangkang tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka bukan kerajaan negeri atau kerajaan pusat. Sia-sia jika menyokong pembangkang kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa, perabih beras saja," katanya.

Pembangkang katanya, tidak mempunyai sebarang peruntukan kewangan untuk menjalankan projek pembangunan di Johor. Mengenai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang, beliau berkata, calon yang dipilih seharusnya seseorang yang disukai oleh pengundi dan berkemampuan untuk membawa kemenangan besar terhadap BN. Selain itu katanya, calon itu juga mampu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik terhadap semua kaum di DUN Tenang.


POST BY DR.DOL...

ORANG ASLI DIINGATKAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN HASUTAN PEMBANGKANG !!!


Masyarakat Orang Asli diingatkan supaya tidak terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang mendakwa kononnya kerajaan gagal membawa kemajuan serta perubahan kepada mereka.Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, hasutan tersebut bukan sahaja satu pendustaan besar tetapi dilakukan atas niat politik.

"Cuba tanya mereka, apa yang sudah mereka lakukan dalam membantu Orang Asli melainkan dengan menabur fitnah sahaja.Bagi kerajaan Barisan Nasional (BN), kita tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap Orang Asli walaupun jika mengikut statistik, jumlah mereka hanya dalam lingkungan 150,000 orang atau lima peratus daripada 28 juta penduduk negara ini," katanya.

Beliau berucap melancarkan logo baru Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang kini ditukarkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di sini hari ini.Hadir sama timbalannya, Datuk Hasan Malek dan Ketua Pengarah Jakoa, Datuk Mohd. Sani Mistam.Pada majlis tersebut, Shafie turut melancarkan Klinik Bergerak pertama Jakoa yang akan digunakan di seluruh kawasan perkampungan Orang Asli di negara ini.Shafie berkata, penukaran nama JHEOA kepada Jakoa merupakan satu lagi komitmen kerajaan dalam membangunkan kaum berkenaan.

''Kini kita bukan sahaja mahu menjaga hal ehwal tetapi mahu membawa kemajuan kepada golongan tersebut dalam ruang lingkup lebih luas mencakupi aspek ekonomi, sosial dan pembangunan insan serta pendidikan," ujarnya.

Beliau menambah, usaha membasmi kemiskinan di kalangan Orang Asli turut menjadi keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dengan sasaran mengurangkan kemiskinan kepada 25 peratus berbanding 49 peratus tahun lalu.Menurutnya, program pendidikan pula akan diberikan penekanan bermula dari peringkat asas pendidikan bagi memastikan pelajar kaum berkenaan bersedia menghadapi cabaran pada peringkat seterusnya sehingga ke universiti.Sehubungan itu katanya, kementerian sedang melatih enam pelajar Orang Asli dalam pelbagai bidang pelajaran untuk dihantar ke universiti di luar negara.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

1/14/2011

LAUNGAN AZAN DI PERMAIN2 KAN.......


Pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinci mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".

Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu.

"Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.

"Ketika khutbah Jumaat, kita menggunakan pembesar suara dalam dewan solat sahaja," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang ini.

Mahadi yang mula bertugas di masjid berkenaan sejak Mac tahun lalu berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu.
Arahan pihak atasan

Bagaimanapun, Mahadi berkata beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan".

"Kita terpaksa ikut," katanya sambil menambah pertemuan beliau dengan pihak JAWI berlangsung pada akhir Disember lalu.

Mahadi berkata beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - dimajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid.

Katanya, dalam surat tersebut - yang salinannya diberi oleh JAWI kepada pihak masjid - peguam itu mendakwa bunyi solat Subuh di masjid itu "amat lantang" sehingga mengejutnya dari tidur.

Difahamkan peguam tersebut tinggal di pangsapuri berkenaan - yang terletak lebih kurang satu kilometer dari situ.

Mahadi berkata, pihaknya dimaklumkan oleh JAWI bahawa beberapa hari sebelum ini, peguam berkenaan ada menelefon jabatan itu, merungut bahawa bunyi azan "masih lagi kuat".

Sehubungan itu, Mahadi meminta peguam berkenaan bertemu dengan pihak pengurusan masjid untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Mengenai rungutan penduduk yang mereka tidak lagi mendengar bacaan al-Quran dan pengajian kuliah Maghrib manakala laungan azan Jumaat yang perlahan sekarang, Mahadi sekali lagi berkata: "Saya tidak boleh berbuat apa-apa, kita hanya terima arahan dari pihak atasan".

Selain memperlahankan kadar pembesar suara bagi laungan azan, Mahadi berkata pihaknya turut mendapatkan maklum balas dari penghuni pangsapuri Pantai Hill Park (kelihatan di belakang masjid).

"Kira-kira 10 orang yang ditanya, kebanyakanya berkata laungan (pembesar suara) azan adalah biasa, tidak mengganggu tidur... tak ada apa-apa (masalah), tak ganggu," katanya.

Ditanya mengenai rancangan sekumpulan individu untuk mengadakan perhimpunan membantah tindakan peguam berkenaan, Mahadi berkata, pihaknya ada mendengar mengenainya.

"Tetapi kita (masjid) tidak terlibat apa-apa," katanya sambil menambah beliau tidak mengetahui identiti kumpulan berkenaan.

Sementara itu, Malaysiakini dimaklumkan perhimpunan memprotes aduan peguam tersebut akan diadakan selepas solat Jumaat di masjid tersebut esok, yang akan diketuai sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Ayahanda Malaysia.

Ketika dihubungi Malaysiakini, penolong setiausaha majlis tersebut, Amin Rahim Harun berkata, kira-kira 500 orang akan menyertai perhimpunan itu.

"Kita tidak mahu perkara ini berlarutan kerana ia menjadi isu sensitif kepada orang Melayu," katanya.

PRK TENANG ! JANGAN MAIN ISU PERKAUMAN !!!


Semua pihak yang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang diingatkan supaya tidak memainkan isu perkauman atau bakal berdepan tindakan tegas pihak berkuasa.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dalam perkara itu kerana ia akan mengeruhkan keadaan dan mengancam keharmonian kaum.

“Isu sensitif perkauman berkemungkinan digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak kisah untuk mengeruhkan keadaan di Labis dan jika ini berlaku pihak polis akan bertindak menegakkan undang-undang negara. Saya menuntut pihak polis mengambil tindakan.Setelah selesai pilihan raya, pihak yang meniupkan isu ini akan balik ke kawasan mereka tetapi penduduk Tenang yang akan mengalami kesusahan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Taklimat Keselamatan yang diadakan di Balai Polis Labis di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, segala keperluan polis termasuk semua perkara yang boleh menjejaskan PRK DUN Tenang telah diambil kira dalam taklimat dengan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali hari ini.Menurutnya, pemantauan dimulakan sejak di peringkat awal iaitu sebelum dan selepas proses penamaan calon dan pengundian.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

ANWAR AKAN TETAP TERUSKAN NIATNYA UNTUK BERDEBAT !!!


Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebaliknya meneruskan cabaran beliau terhadap Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurutnya,ini berdasarkan kapasiti Najib selaku Menteri Kewangan selain merupakan individu yang mendakwa Pelan 100 Hari pembangkang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan negara bankrap.Katanya, keputusan meneruskan cabaran itu dibuat dengan persetujuan pemimpin ketiga-tiga parti pembangkang dalam Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Pakatan Pembangkang.

"Tuduhan bahawa program itu sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan boleh membuatkan negara bankrap datang daripada Perdana Menteri.Justeru,kita mahu dapatkan reaksi terus daripada beliau.Ia juga berkaitan ekonomi yang terletak di bawah Menteri Kewangan.Bukannya urusan ahli Parlimen yang hendak bersara.Khairy sebenarnya cuba menyelamatkan bos beliau," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat Pas,Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP,Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.Sementara itu,Anwar memberitahu, pakatan pembangkang akan mengedarkan 'buku jingga' yang mengandungi program 100 harinya ke seluruh negara melalui kepimpinan pembangkang di setiap negeri dalam tempoh sebulan.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

1/13/2011

JENTERA BN TERUSKAN MENDAMPINGI PENGGUNDI DI DUN TENANG !!!


Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) perlu terus mendampingi para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan bukannya berasa selesa dengan sokongan sedia ada, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Katanya segala rintihan mereka perlu didengar dan segala masalah yang dibangkitkan perlu diselesaikan.

"Kita yakin dengan keupayaan jentera kita.Kita akan pastikan dengan kerjasama antara komponen parti dan berusaha mendekati rakyat, pastinya kemenangan akan berpihak kepada kita," kata Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,kepada pemberita.

Mohd Shafie berkata BN sudah membuktikan kemampuannya untuk membela nasib penduduk di kawasan itu tanpa mengira kaum, sekaligus menolak dakwaan parti itu mengabaikan kaum tertentu dalam bidang tertentu.Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN itu ditetapkan pada 22 Jan dan hari pengundian pada 30 Jan.Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas.

Mengenai langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menemui setiap wakil rakyat BN Sabtu lalu,beliau berkata ia adalah satu transformasi politik bagi memastikan kepentingan rakyat terus terbela.

"Langkah ini jelas menunjukkan Perdana Menteri memberi ruang kepada wakil rakyat BN untuk berbincang dan mengenal pasti masalah rakyat di kawasan masing-masing, sekaligus akan memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shafie berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menaja 25,000 pelajar daripada pelbagai bidang terutamanya Sains dan Matematik pada tahun ini, bagi melahirkan lebih ramai pelajar Bumiputera cemerlang.Daripada jumlah itu,MARA mensasarkan untuk menghasilkan 10,000 profesional,500 pemimpin perniagaan dan awam, 500 teknoprenur dan 4,000 pelajar cemerlang, yang merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan modal insan agensi itu.

"Tahun ini, saya mahu memastikan MARA dapat menjadi peneraju pembangunan modal insan. Walaupun ia adalah bidang utama MARA sejak dulu, tetapi ia perlu diperluaskan supaya dapat melahirkan modal insan yang benar-benar berkualiti," katanya.

Katanya selain sektor pendidikan dan latihan kemahiran, agensi itu juga perlu memperbaiki tiga lagi sektor utamanya iaitu keusahawanan, pelaburan dan pengurusan sebagai langkah transformasi ke arah status Bumiputera berpendapatan tinggi.

sumber dari Bernama

POST BY DR.ME...

HAPUSKAN SIFAT CANTAS MENCANTAS !!!


Tabiat cantas mencantas yang berlaku dalam UMNO Kedah perlu dihapuskan sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu menawan semula negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tabiat itu memang berlaku dan ia boleh menjadi penghalang kepada cita-cita BN untuk merampas semula Kedah yang jatuh ke tangan pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.Menurut bekas Presiden UMNO itu, beliau berkeyakinan perubahan dalam kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Kedah seperti yang diumumkan baru-baru ini boleh membawa kemenangan kepada BN dengan syarat sesetengah pemimpin UMNO menghentikan kelakuan yang tidak baik itu.

"Insya-Allah boleh(menang)kalau tidak ada cantas mencantas,memang boleh menang(pilihan raya).Yang jadi masalah ialah bila orang lain naik,yang tidak naik dia cantas. Bila yang tak naik ini naik, orang lain pula cantas, jadi tidak boleh menang sampai bila-bila pun," katanya selepas merasmikan prapelancaran sambutan Jubli Perak GiatMara di GiatMara Prima Kubang Pasu di sini hari ini.

Turut hadir isterinya,Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali,Pengerusi GiatMara,Datuk Shahiruddin Ab. Moin dan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara,Meriyam Abdul Majid.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada perubahan kepimpinan UMNO Kedah yang diumumkan baru-baru ini mampu memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya umum akan datang.Melalui rombakan tersebut,Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dilantik sebagai Pengerusi dan Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Pengerusi.Menjawab satu soalan Dr. Mahathir menegaskan,beliau tidak pernah campur tangan dalam menentukan kedudukan anaknya,Mukhriz dalam politik negara.Malah katanya,semasa menjadi Perdana Menteri, beliau melarang anak-anaknya daripada terlibat dalam politik kerana bimbang ia akan disalah tafsir oleh rakyat.

"Saya tak campur tangan sama sekali berkenaan dengan nasib baik buruk anak saya,daripada dulu pun saya tidak pernah campur tangan. Semasa jadi perdana menteri.saya larang anak saya daripada terlibat dalam politik,takut orang kata kerana bapa dia perdana menteri.Sekarang ini bapa dia tak jadi perdana menteri,masih lagi bapa tak ada kacau.Ini urusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin-pemimpin UMNO yang menentukan," ujarnya.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

SHUHAIMI PERLU MOHON MAAF KEPADA ISTANA SELANGOR !!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda,Shuhaimi Shafiei dinasihatkan supaya memohon maaf kepada Istana Selangor ekoran kenyataan kontroversi yang disiarkan melalui blognya berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK)baru-baru ini.



Pesuruhjaya Pas Selangor,Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata,kenyataan Shuhaimi itu telah melukakan hati institusi diraja Selangor serta pihak-pihak yang terlibat dalam proses pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang berkuatkuasa 1 Januari lalu.

"Dia (Shuhaimi) orang muda,bila dalam suasana sedemikian,dibandingkan dengan saya yang banyak uban ini,agaknya temperamental (anginnya) berbeza sedikit.Kedua, kenyataan yang dibuat itu sudah tentu melukakan hati pihak berkenaan,".katanya pada sidang akhbar khas bagi menyatakan pendirian Pas Selangor berhubung isu pelantikan Mohammed Khusrin di Gombak dekat sini hari ini.

Hasan yang juga Exco Selangor ketika ditanya,mengakui 'pihak berkenaan' yang dimaksudkannya itu merujuk kepada institusi diraja Selangor.Shuhaimi sebelum ini dibidas pelbagai pihak kerana mengkritik pelantikan Mohammed Khusrin melalui blognya dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan biadab terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Walaupun Shuhaimi kemudian menafikan kenyataan itu ditujukan kepada sultan, namun terdapat puluhan laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh pelbagai pihak sehingga beliau dipanggil polis untuk memberi keterangan.Hasan memberitahu,beliau akan menemui Shuhaimi dalam waktu terdekat ini bagi menasihatkan ADUN Sri Muda itu supaya memohon maaf kepada semua pihak bagi menjernihkan keadaan.

"Saya yakin,mengenalinya (Shuhaimi) beliau tiada masalah untuk memohon maaf bagi menjernihkan keadaan,".jelasnya.

Katanya,Pas juga telah mengarahkan para pemimpin parti berkenaan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pelantikan Mohammed Khusrin kerana khuatir ia akan mengeruhkan lagi keadaan.Justeru,katanya,tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad daripada Pas yang mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung isu itu baru-baru ini adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Pas Selangor.

"Kita tidak ada cara nak sekat mana-mana orang sama ada dari dalam atau luar parti untuk beri input kerana ia datang daripada pelbagai kelompok," ujarnya.

Hasan menambah,beliau secara dasarnya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Mohammed Khusrin kerana memahami tugas seseorang pegawai tinggi Kerajaan Persekutuan dan yakin sebarang isu dapat diselesaikan dengan bijak.Dalam perkembangan berkaitan Hasan berkata,Kerajaan Parti Keadilan Rakyat(PKR)Selangor bersedia ke mahkamah bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk membolehkan kuasa melantik SUK dikembalikan kepada Menteri Besar dan sultan.

Katanya,pindaan itu akan cuba dibuat serta diluluskan semasa sidang tergempar DUN pada 24 Januari ini dan sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pindaan tersebut,kerajaan negeri bersedia berhadapan dengan mereka di mahkamah.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

1/12/2011

SHUHAIMI TIDAK DATANG MEMBERI KETERANGAN SEBALIKNYA MENGHANTAR PENYOKONG !!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda,Shuhaimi Shafiei yang sepatutnya hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11 petang semalam,gagal berbuat demikian.

Beliau sebaliknya 'menghantar' kira-kira 30 penyokongnya berhimpun di balai polis itu dengan membawa kain rentang tertera perkataan 'Kami Bersama Berdiri Teguh Di Belakang YB Suhaimi Shafie'.Turut hadir Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang memasuki IPD itu pukul 2.15 petang dan keluar selepas 30 minit kemudian.

Shuhaimi dikehendaki polis supaya hadir memberikan keterangan yang dipercayai berhubung kenyataan dalam blognya yang dilihat sebagai menghina dan menghasut orang ramai menentang institusi beraja di negeri ini.Bagaimanapun,wakil rakyat itu dikatakan hanya akan hadir jika polis mengeluarkan notis 111 terhadapnya.

Sumber dari utusan menyebut Tian Chua berkata,arahan polis memanggil ADUN tersebut semalam hanya tindakan terburu-buru dalam memulakan siasatan.Beliau mendakwa tindakan polis itu seolah-olah mengugut ADUN berkenaan dan memberikan tekanan terhadapnya dan kerajaan PKR Selangor.

"Selain itu,tindakan polis yang datang ke rumah Shuhaimi malam tadi adalah tidak perlu dan tidak bersesuaian.Lagipun tiada notis rasmi mewajibkan Shuhaimi hadir ke balai polis hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memaklumkan kepada polis tentang ketidakhadiran Shuhaimi di balai polis itu di sini hari ini.Ahli Parlimen Batu itu berkata, perbincangan dengan peguam telah dilakukan dan berpendapat Shuhaimi hanya akan hadir memberikan keterangan selepas menerima notis 111.Selain itu katanya,pihak polis juga perlu memberikan jaminan keselamatan terhadap Shuhaimi.Beliau turut mendesak pihak polis agar tidak melibatkan diri dalam politik dan perlu bertindak profesional.Sementara itu,Ketua Polis negeri,Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi hari ini berkata, polis hanya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah iaitu merekod kenyataan percakapan mereka berkaitan dengan satu kes yang disiasat.

"Sekiranya saksi enggan tampil apabila dipanggil,baru polis keluarkan notis 111 untuk dirakam percakapan.Seksyen ini bukan bermakna dia salah tetapi hanya untuk merekod kenyataan.Kita bukan nak tangkap Shuhaimi dan kalau betul (hendak tangkap), buat apa keluarkan notis?" ujar beliau.

Mengenai kehadiran anggota polis ke rumah Shuhaimi, beliau berkata, ia bagi mengetahui bila wakil rakyat itu akan datang ke balai untuk memberi keterangan.

"Memang polis tidak mencampuri urusan politik dan polis hanya bertindak mengikut fakta undang-undang.Apabila sudah ada 25 laporan polis dibuat terhadap Shuhaimi, polis mesti menjalankan siasatan, ini bukan mengenai politik atau tidak, kaya atau miskin atau bangsa apa, kita hanya pandang dari segi undang-undang," katanya.

POST BY DR.ME...

1/11/2011

DATUK AHMAD MASLAN MEMINTA SIVANANDAN FIKIR DUA KALI !!!


Pemimpin Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Ladang (NUPW),G. Sivanandan disaran melupakan hasratnya menjadi calon Bebas pada pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sebaliknya menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana hala tuju perjuangan Sivanandan, 50, hanyalah untuk membela nasib segelintir pekerja ladang di DUN Tenang berbanding Barisan Nasional (BN) yang memperjuangkan nasib semua golongan di kawasan berkenaan.Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, beberapa isu pekerja ladang yang diketengahkan Sivanandan seperti taraf hidup dan gaji rendah telah diambil tindakan selanjutnya oleh kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia.

“Penduduk di DUN Tenang sudah pastinya mahukan kepimpinan yang membantu mereka menyelesaikan pelbagai isu yang menyeluruh dan bukannya terhadap isu tertentu sahaja.Justeru,saya sarankan Sivanandan agar lupakan sahaja hasrat bertanding,sebaliknya bersama-sama menyokong kepimpinan kerajaan,” katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan hasrat Sivanandan bertanding pada pilihan raya kecil itu bagi mewakili suara hampir 800 pengundi berdaftar dalam kalangan pekerja ladang di DUN Tenang.Beliau yang tinggal di pekan Chaah dan bergiat aktif dalam NUPW kawasan tempatan selama 20 tahun mendakwa mendapat sokongan kuat daripada keseluruhan pekerja ladang di DUN Tenang.Sivanandan berkata,sokongan kuat yang diterimanya daripada pekerja ladang di DUN Tenang itu disebabkan oleh kekecewaan terhadap taraf hidup dan gaji rendah yang diterima oleh pekerja terbabit daripada majikan mereka.

Ahmad menegaskan,BN yakin dapat mengekalkan kerusi DUN Tenang pada berdasarkan rekod perkhidmatan yang baik di DUN itu selama ini selain sokongan padu daripada rakyat berbilang kaum di kawasan berkenaan.Mengulas isu Felda, beliau berkata, pihaknya akan lebih kerap turun sehingga ke peringkat akar umbi berjumpa dengan peneroka dan anak- anak peneroka untuk menjelaskan beberapa isu berbangkit termasuk isu Felda Plantation Sdn. Bhd.

Ini kerana, katanya, masih ramai peneroka dan anak-anak mereka yang belum mendapat gambaran jelas mengenai isu berkenaan menyebabkan mereka mudah terpengaruh kata-kata pihak pembangkang yang sengaja memutarbelitkan isu itu.Ahmad berkata, janji parti pembangkang untuk membahagikan tanah Felda Plantation di seluruh negara kepada anak peneroka hanya janji kosong yang digembar-gemburkan oleh parti berkenaan semata-mata untuk meraih sokongan.

“Pembangkang tahu ia tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana keuntungan daripada syarikat itu sebenarnya diberikan semula kepada peneroka Felda melalui komisen, kemudahan, program pembangunan dan banyak lagi,” katanya.

Ahmad berkata, ladang tersebut sebenarnya telah 51 peratus dimiliki oleh peneroka melalui Koperasi Permodalan Felda yang memberi pulangan kedua terbaik di negara iaitu sebanyak 14 peratus.Selain itu, janji pembangkang juga tidak praktikal kerana segala usaha tanah seluas 330,000 hektar itu digunakan untuk membayar gaji kakitangan Felda dan 40,000 pekerja ladang selain RM1 bilion daripadanya digunakan bagi tujuan program pembangunan Felda.

sumber dari utusan malaysia

POST BY DR.ME...

1/10/2011

MISBUN BOLEH MELAKUKAN YANG TERBAIK....


KUALA LUMPUR: Datuk Misbun Sidek memberi bayangan anaknya, Misbun Ramdan, 20, yang dikaitkan antara punca beliau nekad meletak jawatan sebagai jurulatih negara, mampu menawan dunia dalam tempoh tiga tahun lagi jika mendapat bimbingan dan latihan terbaik.

“Beri dia tempoh tiga tahun lagi,” katanya yang yakin Mis-bun Ramdan mampu menyaingi pemain dunia berikutan kejayaannya menundukkan pemain lebih ternama, Sony Dwi Kuncoro 21-13, 10-21, 21-16 pada pusingan pertama Kejohanan Grand Prix (GP) Emas Indonesia, pada Oktober lalu.
“Itu adalah sasaran yang ditetapkan ke atasnya. Saya pasti kemenangan itu adalah satu titik tolak dan permulaan baik kepadanya. (Lee) Chong Wei juga terkejut dan hairan bagaimana dia boleh menewaskan Sony dalam pertemuan kali pertama, sedangkan berdasarkan pengalamannya, dia mengakui sukar menewaskan pemain Indonesia itu,” katanya.
Misbun berkata, sama seperti Hafiz Hashim yang dibentuknya daripada ‘kosong’ tetapi selepas tiga tahun mendapat bimbingannya, pemain kelahiran Kelantan itu menyerlah dengan menjuarai Seluruh England dan kemudian Sukan Komanwel.

“Daripada ranking 400 lebih, dia kini (Misbun Ramdan) berada pada ranking 100 lebih dunia,” kata Misbun yang melakukan kejutan sehari sebelum tahun baru apabila menghantar surat peletakan jawatan selaku jurulatih perseorangan negara kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Namun, jurulatih kontroversi yang genap 51 tahun bulan depan itu bagaimanapun tidak menyatakan alasan di sebalik keputusan drastik itu. Antara andaian punca beliau berbuat demikian kerana keengganan BAM memenuhi permintaan supaya anaknya yang disenaraikan dalam skuad pelapis dikendalikan Hendrawan, dimasukkan dalam skuad elit bagi membolehkannya membimbing anaknya itu.

Bagaimanapun, BAM tidak mahu melayan permintaan itu kerana Misbun Ramdan belum layak disenaraikan dalam skuad elit, selain tidak mahu dilihat pilih kasih kerana ada empat lagi pemain pelapis yang mempunyai ranking lebih baik daripada anaknya itu.

-BERITA HARIAN

1/09/2011

JAWAPAN RAIS YATIM.....


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata "alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat." "Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Rais berkata beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi. Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan alegasi salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.
Rais berkata sehubungan itu, perkara ini adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang. Laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lepas susulan spekulasi blogger adalah bukti bahawa alegasi ini bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan, kata anggota Parlimen Jelebu itu.

Rais berkata: "Alegasi pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil wikileaks." Beliau berkata tindakan mengaitkan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebagai tidak melayani aduan pada 2007 berkaitan kes tersebut adalah suatu perbuatan "politik licik murahan yang semata-mata bertujuan mengelirukan fakta di mata rakyat kerana perkara tersebut tidak pernah dibawa ke perhatian Abdullah dan Musa."

"Apa-apa yang disebut sebagai laporan dari luar atau dalam negara yang mengisahkan alegasi memperkosa individu tertentu di dalam media blog, laman web atau lain-lain di internet adalah manifestasi politik bagi tujuan merosakkan peribadi saya selaku Anggota Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang rekod khidmat saya tidak pernah tercela dengan sebarang salahlaku dalam tempoh hampir 40 tahun," katanya.

Rais berkata tujuan merosakkan nama dan imej beliau itu jelas supaya perjuangannya di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tergencat dan menggagalkan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional khususnya Gagasan 1Malaysia yang dicipta Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. "Pembangkang dan pihak-pihak yang tidak senang dengan penerimaan dan kejayaan dasar ini di kalangan rakyat bertindak untuk membantutkannya melalui fitnah dan pendustaan murahan.

"Mereka berpandangan dengan 'membunuh pengantarnya' tujuan jahat mereka tercapai," tambahnya. Rais berkata dengan adanya gara-gara dan perkembangan pilihan raya kecil dan umum di musim kini, "isu seperti ini diolah oleh mereka itu sebagai 'lembing rejaman' yang diharap akan membunuh politik dan perjuangan murni kerajaan.

"Mereka menganggap dengan dedahan bersifat spekulasi dan tohmahan ini pemerhatian umum terhadap kes-kes jenayah besar seperti liwat yang melibatkan pimpinanan pembangkang akan dapat dipesongkan," katanya. Sejak kebelakangan ini, beberapa laman blog telah menyiarkan cerita yang mengaitkan Rais merogol seorang pembantu rumah pada 2007.

- BERNAMA

LIWAT ANWAR - CHOO KEONG DAKWA KARPAL ADA BUKTI !!


Pengerusi DAP, Karpal Singh digesa memberikan respons segera terhadap kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kes liwat.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Pengerusi DAP Johor, S. K. Song yang turut menuntut kalangan pemimpin DAP lain agar tidak mengunci mulut berhubung dakwaan berkenaan.

Menurut beliau, tanpa bertindak dalam menjawab segala dakwaan terbabit, ia akan mendorong sesiapa sahaja memberikan pelbagai andaian terhadap kenyataan Choo Keong.

‘‘Selama ini mereka lantang bercakap soal moral dan prinsip tetapi apabila berhadapan dengan dakwaan Choo Keong, kenapa diam?

‘‘Saya pun rasa hairan mengapa Karpal dan pemimpin DAP lain mendiamkan diri. Mereka perlu jawab,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Choo Keong melalui entri terbaru di blognya http://weechookeong.wordpress.com yang menggesa Karpal supaya menawarkan diri sebagai saksi kes liwat yang dihadapi Anwar.

Ini kerana, jelas Choo Keong, Karpal pernah menyatakan secara terbuka dalam ceramah DAP di Hotel Federal pada 1997 yang beliau mempunyai bukti kukuh bahawa Anwar terlibat melakukan sodomi.

Menurutnya, sekiranya Karpal menolak berbuat demikian, ia secara tidak langsung memberi imej buruk kepada ahli Parlimen pembangkang itu kerana sanggup membuat kenyataan palsu di tempat awam.

Dalam entri itu, beliau turut berkata: ‘‘Saya tidak percaya Karpal sebagai pengamal undang-undang akan membuat kenyataan demikian tanpa mengenal pasti dan mempunyai bukti kukuh berdasarkan kenyataan Azizan Abu Bakar (bekas pemandu Anwar) bahawa beliau diliwat Anwar ketika itu.’’


POST BY DR. DOL...

PM BERJUMPA DENGAN SEMUA WAKIL RAKYAT BN !!!


Barisan Nasional(BN)mencatat sejarah baru apabila buat kali pertama semua ahli Parlimen parti itu mengadakan pertemuan empat mata secara bergilir-gilir dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh lapan jam bagi menyampaikan masalah rakyat di kawasan masing-masing.

Pertemuan bersejarah di Perdana Suite, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu merupakan sebahagian rangka Pelan Transformasi Politik (PTP) sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri demi memastikan BN dapat melaksanakan khidmat kepada rakyat dengan efektif.Perjumpaan tertutup itu bagaimanapun tidak membabitkan ahli Parlimen berstatus menteri yang mempunyai sesi pertemuan lain di samping tujuh ahli Parlimen yang tidak hadir atas sebab munasabah dan kesemua wakil rakyat tersebut sudah memberi penjelasan bertulis kepada Najib.Pertemuan antara Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dengan 105 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) semalam bukan petanda Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat ini.

laporan dari UTUSAN menyebut Sesi berkenaan bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir kira-kira 5.30 petang dengan Tiga ahli Parlimen dari Sarawak iaitu,Ahli Parlimen Mas Gading,Datuk Dr. Tiki Lafe,Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar(Santubong)serta Datuk Fadillah Yusuf(Petra Jaya)menjadi kumpulan wakil rakyat pertama berjumpa dengan Perdana Menteri.

Sebaik sahaja semua wakil rakyat dari Sarawak selesai mengadakan pertemuan,sesi seterusnya membabitkan ahli Parlimen dari Sabah sebelum disusuli ahli Parlimen dari Semenanjung dimulakan dengan Johor kira-kira pukul 12 tengah hari.Dalam pertemuan itu,Datuk Seri Najib yang ditemani Setiausaha Agung BN,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi masa lima minit kepada setiap ahli Parlimen untuk menyampaikan segala masalah membabitkan rakyat di kawasan masing-masing bagi membolehkan kerajaan mencari penyelesaian.

Hadir sama sebagai membuktikan komitmen kepada pembaharuan politik yang cuba dilaksanakan Datuk Seri Najib adalah Bekas Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi serta beberapa bekas menteri kanan antaranya Tan Sri Syed Hamid Albar(Kota Tinggi) dan Tan Sri Rafidah Aziz(Kuala Kangsar).Malah,Tun Abdullah Ahmad Badawi turut memuji pendekatan kerajaan sebagai amat baik serta mempunyai fokus dan beliau berkeyakinan,jika komitmen sebegitu sampai ke peringkat akar umbi,BN akan kembali menjadi sebuah parti yang kuat.Pada masa sama,beliau yakin,jika kesungguhan Perdana Menteri untuk melakukan transformasi politik itu berjaya diterjemahkan oleh seluruh kepimpinan UMNO dan BN, parti tersebut akan berupaya menawan kembali semua negeri yang terlepas ke tangan pembangkang pada 2008 lalu.

POST BY DR.ME...

1/08/2011

ISU SUK SELANGOR,PERSATUAN BEKAS PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK TELAH BERSUARA !!!


Tindak tanduk kerajaan negeri Selangor mempertikaikan lantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru boleh memberi impak negetif keatas integriti dan moral Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) khasnya dan perkhidmatan awam amnya.Itu pandangan Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD Alumni) yang mengikuti dengan teliti perkembangan pelantikan Khusrin.

Laporan dari Agenda News Menyebut Presidennya Tan Sri Salehuddin Mohamed meminta pentadbiran negeri Selangor menghormati keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam membuat lantikan itu.Beliau yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara berkata kerajaan Selangor perlu memberi peluang kepada Khusrin berkhidmat dengan jujur dan cemerlang sebagai SUK menggantikan Datuk Ramli Mahmud.

"Kami yakin beliau akan berbuat demikian kerana adalah menjadi tradisi dan budaya yang diamalkan dan dimegahkan di kalangan pegawai PTD untuk berkhidmat dengan setia di bawah kerajaan yang memerintah," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Beliau berkata PTD Alumni,yang mengikuti dengan teliti perkembangan pelantikan Mohd Khusrin yang dipertikaikan dan ditolak kerajaan dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berasa dukacita dan berasa bimbang terhadap impak negatif yang akan berbangkit.Salehuddin berkata impak berkenaan membabitkan integriti dan moral Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik khasnya dan perkhidmatan awam amnya.Beliau berkata kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tersiar di akhbar Khamis juga tidak seharusnya dipertikaikan kerana ia menjadi amalan biasa perkhidmatan awam mematuhi peraturan mengikut ketetapan yang dibuat dalam undang-undang.Katanya, proses kenaikan pangkat adalah satu perkara yang sensitif kerana ia membabitkan pelantikan untuk memegang jawatan tertinggi dan berprestij seperti SUK.

"Segala keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam dibuat secara profesional dengan berasaskan penilaian yang amat teliti dan menggunakan laporan sulit tahunan pegawai berkenaan," katanya.

Beliau berkata lembaga berkenaan juga tidak akan membuat apa-apa keputusan kenaikan pangkat yang akan dipersoalkan di kalangan anggota perkhidmatan awam dan boleh membawa kesan yang tidak diingini serta menjejaskan keyakinan dan kehormatan badan itu.

POST BY DR.ME...

1/07/2011

DATUK SERI ANIFA AMAN TELAH BERJAYA MEMBATALKAN SAMAN ANWAR !!!


SYABAS kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kerana berjaya membatalkan saman fitnah RM100 juta terhadapnya oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim,berhubung kenyataan beliau bahawa ketua pembangkang itu cuba menariknya menyertai parti itu dengan menawarkan jawatan tinggi pada 2009.selepas ini siapa kah mangsa Anwar Ibrahim seterusnya???maksud saya Anwar Ibrahim nak saman siapa pulak.

Bernama melaporkan bahawa Hakim Datuk John Louis O'Hara yang membuat keputusan itu dalam kamar,membenarkan permohonan Anifah dengan kos.Anwar Ibrahim telah menyaman Anifah atas kedudukan peribadinya sebagai anggota Parlimen Kimanis serta kedudukan rasmi sebagai Menteri Luar, dan menteri itu dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua,sementara kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.Saman itu difailkan 27 Mei 2009, ekoran kenyataan Anifah pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton pada 16 Mei tahun sama, yang mendakwa ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya Anwar menubuhkan kerajaan pada 16 Sept 2008.Anwar Ibrahim juga mendakwa Anifah memfitnahnya dengan menyatakan beliau cuba membeli anggota Parlimen dan mencemarkan imej negara.

Datuk Anifah diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah atas kedudukan peribadinya manakala Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili menteri itu atas kedudukan rasmi beliau.Peguam S.N Nair yang mewakili Anwar pula berkata, beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu

POST BY DR. ME...

1/06/2011

SUKA PAKSA ORANG BUAT PENGAKUAN BERSUMPAH,TAPI ANWAR SENDIRI PALING TAKUT BERSUMPAH KERANA TAKUT DI MAKAN SUMPAH !!!


anda sebelum ini telah melihat Anwar Ibrahim Telah bersumpah.tetapi kenapakah dalam kes liwat tidak boleh bersumpah??? ini yang membuat kan saya pelik.adakah kerana dia ini mendengar nasihat dari Ulama atau pun itu memang perangai dia.tapi masa pegang jawatan sanggup ulak tu bersumpah???

Kepada yang dok bertanya kenapa sekarang cerita dah basi,orang tak mau dengar,hanya mereka-mereka yang takut dengan kebenaran dan hakikat bahawa pemimpin pujaan mereka tak lebih dari sesumpah yg akan bertukar -tukar wajah dan imej mengikut keadaan setempat dan suhu sheikhnya di tahap mana,kalau dia dah naik sheikh ,maka paham-paham je lah segala kopiah,segala serban akan tercampak bertaburan.

Mengetahui sejarah,mengkaji sejarah dan menilai sejarah amat penting wahai penyokong-penyokong tegar Anwar Ibrahim,contohnya bagaimana kemerdekaan di capai hasil bermandikan darah dato nenek moyang kita dahulu kala menentang penjajah,bagaimana peristiwa 13 mei 1969 boleh berlaku rusuhan kaum dan lain-lain agar semua peristiwa pahit itu menjadi iktibar untuk kita supaya lebih peka, lebih patriotik,lebih berhati-hati dan lebih menghargai kestabilan ,keamanan dan kejayaan-kejayaan yg telah kita raih selama ini.Jangan lah kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga.Renung-renungkan lah, maka wajib saya membongkar semula peristiwa paling pahit di alaf siber yg penuh kontroversi ketika aljuburin di dakwa di mahkamah pada 1998.Ramai terutama generasi muda hari ni yg masih tidak mengerti mengapa simunafik dipecat, dibicarakan dan dipenjarakan.

UNTUK SELANJUTNYA

SILA KLIK DI SINI

POST BY DR. ME...