1/13/2011

SHUHAIMI PERLU MOHON MAAF KEPADA ISTANA SELANGOR !!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda,Shuhaimi Shafiei dinasihatkan supaya memohon maaf kepada Istana Selangor ekoran kenyataan kontroversi yang disiarkan melalui blognya berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK)baru-baru ini.



Pesuruhjaya Pas Selangor,Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata,kenyataan Shuhaimi itu telah melukakan hati institusi diraja Selangor serta pihak-pihak yang terlibat dalam proses pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang berkuatkuasa 1 Januari lalu.

"Dia (Shuhaimi) orang muda,bila dalam suasana sedemikian,dibandingkan dengan saya yang banyak uban ini,agaknya temperamental (anginnya) berbeza sedikit.Kedua, kenyataan yang dibuat itu sudah tentu melukakan hati pihak berkenaan,".katanya pada sidang akhbar khas bagi menyatakan pendirian Pas Selangor berhubung isu pelantikan Mohammed Khusrin di Gombak dekat sini hari ini.

Hasan yang juga Exco Selangor ketika ditanya,mengakui 'pihak berkenaan' yang dimaksudkannya itu merujuk kepada institusi diraja Selangor.Shuhaimi sebelum ini dibidas pelbagai pihak kerana mengkritik pelantikan Mohammed Khusrin melalui blognya dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan biadab terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Walaupun Shuhaimi kemudian menafikan kenyataan itu ditujukan kepada sultan, namun terdapat puluhan laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh pelbagai pihak sehingga beliau dipanggil polis untuk memberi keterangan.Hasan memberitahu,beliau akan menemui Shuhaimi dalam waktu terdekat ini bagi menasihatkan ADUN Sri Muda itu supaya memohon maaf kepada semua pihak bagi menjernihkan keadaan.

"Saya yakin,mengenalinya (Shuhaimi) beliau tiada masalah untuk memohon maaf bagi menjernihkan keadaan,".jelasnya.

Katanya,Pas juga telah mengarahkan para pemimpin parti berkenaan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pelantikan Mohammed Khusrin kerana khuatir ia akan mengeruhkan lagi keadaan.Justeru,katanya,tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad daripada Pas yang mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung isu itu baru-baru ini adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili Pas Selangor.

"Kita tidak ada cara nak sekat mana-mana orang sama ada dari dalam atau luar parti untuk beri input kerana ia datang daripada pelbagai kelompok," ujarnya.

Hasan menambah,beliau secara dasarnya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Mohammed Khusrin kerana memahami tugas seseorang pegawai tinggi Kerajaan Persekutuan dan yakin sebarang isu dapat diselesaikan dengan bijak.Dalam perkembangan berkaitan Hasan berkata,Kerajaan Parti Keadilan Rakyat(PKR)Selangor bersedia ke mahkamah bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk membolehkan kuasa melantik SUK dikembalikan kepada Menteri Besar dan sultan.

Katanya,pindaan itu akan cuba dibuat serta diluluskan semasa sidang tergempar DUN pada 24 Januari ini dan sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pindaan tersebut,kerajaan negeri bersedia berhadapan dengan mereka di mahkamah.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

Tiada ulasan: