1/14/2011

PRK TENANG ! JANGAN MAIN ISU PERKAUMAN !!!


Semua pihak yang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang diingatkan supaya tidak memainkan isu perkauman atau bakal berdepan tindakan tegas pihak berkuasa.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dalam perkara itu kerana ia akan mengeruhkan keadaan dan mengancam keharmonian kaum.

“Isu sensitif perkauman berkemungkinan digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak kisah untuk mengeruhkan keadaan di Labis dan jika ini berlaku pihak polis akan bertindak menegakkan undang-undang negara. Saya menuntut pihak polis mengambil tindakan.Setelah selesai pilihan raya, pihak yang meniupkan isu ini akan balik ke kawasan mereka tetapi penduduk Tenang yang akan mengalami kesusahan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Taklimat Keselamatan yang diadakan di Balai Polis Labis di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, segala keperluan polis termasuk semua perkara yang boleh menjejaskan PRK DUN Tenang telah diambil kira dalam taklimat dengan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dan Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali hari ini.Menurutnya, pemantauan dimulakan sejak di peringkat awal iaitu sebelum dan selepas proses penamaan calon dan pengundian.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

Tiada ulasan: