1/15/2011

ORANG ASLI DIINGATKAN JANGAN TERPEDAYA DENGAN HASUTAN PEMBANGKANG !!!


Masyarakat Orang Asli diingatkan supaya tidak terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang mendakwa kononnya kerajaan gagal membawa kemajuan serta perubahan kepada mereka.Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, hasutan tersebut bukan sahaja satu pendustaan besar tetapi dilakukan atas niat politik.

"Cuba tanya mereka, apa yang sudah mereka lakukan dalam membantu Orang Asli melainkan dengan menabur fitnah sahaja.Bagi kerajaan Barisan Nasional (BN), kita tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap Orang Asli walaupun jika mengikut statistik, jumlah mereka hanya dalam lingkungan 150,000 orang atau lima peratus daripada 28 juta penduduk negara ini," katanya.

Beliau berucap melancarkan logo baru Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang kini ditukarkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di sini hari ini.Hadir sama timbalannya, Datuk Hasan Malek dan Ketua Pengarah Jakoa, Datuk Mohd. Sani Mistam.Pada majlis tersebut, Shafie turut melancarkan Klinik Bergerak pertama Jakoa yang akan digunakan di seluruh kawasan perkampungan Orang Asli di negara ini.Shafie berkata, penukaran nama JHEOA kepada Jakoa merupakan satu lagi komitmen kerajaan dalam membangunkan kaum berkenaan.

''Kini kita bukan sahaja mahu menjaga hal ehwal tetapi mahu membawa kemajuan kepada golongan tersebut dalam ruang lingkup lebih luas mencakupi aspek ekonomi, sosial dan pembangunan insan serta pendidikan," ujarnya.

Beliau menambah, usaha membasmi kemiskinan di kalangan Orang Asli turut menjadi keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dengan sasaran mengurangkan kemiskinan kepada 25 peratus berbanding 49 peratus tahun lalu.Menurutnya, program pendidikan pula akan diberikan penekanan bermula dari peringkat asas pendidikan bagi memastikan pelajar kaum berkenaan bersedia menghadapi cabaran pada peringkat seterusnya sehingga ke universiti.Sehubungan itu katanya, kementerian sedang melatih enam pelajar Orang Asli dalam pelbagai bidang pelajaran untuk dihantar ke universiti di luar negara.

sumber utusan malaysia

POST BY DR.ME...

Tiada ulasan: