Keputusan tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya petang ini sebulat suara memihak kepada rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu yang sahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.
Ini bermakna Dr Zambry terus kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Penal tiga hakim yang membuat keputusan itu terdiri dari Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.
Mereka memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya pada 11 Mei.
Menurut mereka Sultan Perak layak melantik Dr Zambry apabila Nizar hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.Bila tiga Ahli ADUN pembangkang lompat jadi Bebas dan sokong BN jumlah disebelah BN ialah 31 manakala pembangkang tinggal 28.
Kedua-dua Nizar dan Dr Zambry tidak hadir di mahkamah semasa keputusan itu diumumkan.
Sementara itu Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Othman dan Datuk Ramly Zahari yang ditemui di situ menyuarakan rasa lega dan bersyukur dengan keputusan itu.
Buat Datuk Seri Nizar dan ADUN-ADUN Pakatan yang lain, terimalah keputusan ini dengan hati terbuka. Hentikanlah permainan politik di Perak yang hanya akan memberi kesan negatif terhadap pembangunan rakyat Perak. Kemenangan Dr. Zambry adalah wajar kerana majoriti ADUN Perak adalah dari BN.
ADUN - ADUN Perak dari kalangan BN mahupun Pakatan kini sewajarnya memberi fokus bagi menjaga kemakmuran dan pembangunan di kawasan masing-masing.
Kemenangan Dr. Zambry di harap akan memantapkan lagi Kerajaan Negeri Perak. Kekalahan Nizar tidak semestinya khidmat anda terus terpadam. Anda masih boleh berkhidmat di kawasan DUN dan Parlimen anda. Marilah sama-sama kita bangunkan Negeri Perak semula.
Jangan melenting dengan kekalahan anda. Teruslah berkhidmat sebagai wakil rakyat. Bagi BN Perak, janganlah takbur dengan kemenangan. Cabaran sentiasa akan berhadapan dengan kita. Laksana tugas dengan bijaksana.
TAHNIAH DR. ZAMBRY DARI UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN...
5 ulasan:
Salam semua,
Mari bantai YB Dr. yang perasan ada orang nak kacau dia... haha
ni ha blog nye :
http://docpearl.blogspot.com/
p/s : x selera aku
Saya amat bersetuju dengan pandangan UMNO Cawangan Gombak Selatan.
Kini sudah tiba masanya kita memberi fokus kpd pembangunan rakyat.
Cukuplah.. Jgn kita membuang masa... Marilah kita bangunkan Perak...
saya tidak berparti tetapi menyokong kerajaan dan BN. Tolong sampaikan kepada kepimpinan tertinggi parti, dah naik meluat kami diluar ni melihat ketua penerangan umno malaysia ini. Kepala dia kosong dan ego. saya setuju dengan pendapat dr siddiq azazi. Lihat dibawah disertakan:
Ahmad Maslan Kata Hakim Kes Perak “Wayar Putus”
“Tuan-tuan, hakim yang mengendalikan kes Perak ni putus wayarnya!” Ujar Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan semasa menyampaikan ucapan kepada lebih 800 Ahli UMNO di dewan Sri Jugra Kuala Langat pada malam 20 mei yang lepas.
Mulut Jahat
Mulut Jahat. Itulah yang boleh diungkapkan terhadap Ketua Penerangan yang bongkak, sombong dan tak ingat akhirat ini.
Ahmad Maslan yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO oleh DS Najib dengan penuh bersemangat mengutuk hakim Abdul Aziz Abdul Rahim hanya kerana Yang Arif terbabit tidak memihak kepada kerajaan dalam keputusan yang lalu yang melibatkan pengisytiharahan tidak sah MB Perak Dr.Zambry Abdul Kadir di mahkamah tinggi Kuala Lumpur minggu lalu.
Pandai sangat kah Ahmad Maslan dalam bidang undang-undang sehinggakan hakim yang Arif dikatakan putus wayar? Ahmad Maslan juga dengan bangga berkata beliau yang mempunyai ijazah sarjana muda Sains Politik Universiti Wellington dilantik sebagai ketua penerangan termuda dalam sejarah parti.
“I tanya Najib kenapa lantik I jadi ketua penerangan. Biasa ketua penerangan ni untuk orang yang dah nak out, tapi I baru nak in,”
Sungguh megah dan bongkak hamba Allah berusia 43 tahun ini. Kalau ini lah ketua penerangan yang UMNO miliki, jangan harap boleh menang pilihanraya akan datang?
Ahmad Maslan Kutuk Ahmad Sabu
“Saya katakan angka 121. 121 bermaksud, 1 orang melayu cari 2 orang melayu untuk sertai UMNO, dan 1 bukan melayu untuk sertai BN. Tapi tuan-tuan, angka 121 ini istimewa. Kerana angka 121 inilah bilik yang Ahmad Sabu kena tangkap basah! (sambil ketawa)”
Apa perlunya beliau mengaitkan misi ahli UMNO dengan Ahmad Sabu kena tangkap basah? Bukankah itu melambangkan ketidakmatangan beliau? Seharusnya kedatangan beliau menemui ahli UMNO adalah untuk memberi semangat, visi dan misi kepada akar umbi demi menguatkan lagi parti. Tetapi malang, Ahmad Maslan berkelakuan seperti kanak-kanak yang singkat otak dan terencat akal. Hentam orang sana sini, tanpa menunjukkan relevancy dalam kata-kata beliau.
Bodek Najib Rakyat Meluat
“DS Najib tak pernah kenal Altantuya. Pada malam Altantuya di bom, Datin Sri Rosmah Mansor sedang menghadiri jamuan berbuka puasa di bangunan Tabung Haji. Bila masa pula DS Rosmah terlibat?”
bersambung.........
sambungan ahmad mazlan...........................Saya ingin beritahu anak wak Maslan ni, bahawa janganlah terlalu kuat membodek. Malahan rakyat pun sudah jemu mendengar kisah Altantuya dikaitkan dengan Najib ini. Semua orang sudah tahu, apa perlunya beliau berulang-ulang kali sebut fasal perkara ini lagi? Bukankah banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh UMNO dalam proses transformasi yang harus dilakukan oleh kita semua?
Jika tiada apa yang bernas untuk disemai ke akar umbi, lebih baik anak wak Maslan ini duduk diam-diam di rumah dan teruskan menambah ilmu di dada. Bukan pergi berkelakuan seperti orang kurang siuman hentam orang sana sini tanpa asas sebab musabab yang berkenaan dengan beliau dan keluarga beliau.
Malang parti UMNO memiliki seorang ketua penerangan seperti ini. Kepada DS Najib, saya berharap Dato Seri tidak mempunyai tabiat yang serupa dengan Tun Dr.Mahathir – tabiat salah melantik orang. Saya yakin, pada hemat saya dan rakyat sekalian yang lain, jawatan ketua penerangan UMNO ini lebih sesuai diberikan kepada Datuk Seri Dr.Rais Yatim, yang memiliki segala-galanya lebih daripada Ahmad Maslan?
Saya juga ingin bertanya kepada DS Najib, sistem KPI yang diperkenalkan kepada menteri-menteri kabinet, adakah ia juga wajar diaplikasikan kepada pemimpin tertinggi parti? Bukankah ia wajar, Datuk Seri? Kita tidak mahu pemimpin yang tidak siuman, kutuk mengutuk dan menghentam orang sesuka hati. Ini jelas bercanggah dengan konsep “Satu Malaysia” yang diajukan oleh Datuk Seri.
Seorang hadirin semasa pulang berkata kepada saya “Apa dia cakap ni? Tak ada satu pun yang boleh di bawa balik.”
http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/05/22/ahmad-maslan-kata-hakim-kes-perak-wayar-putus/
Naik menyampah tengok dia ini terlalu ego . percakapan kosong. Jika tak diganti maka boleh menjahanamkan UMNO. Tanya ahli UMNO sendiri. mereka pun meluat dengannya. Penghuni Gua
Yakinkah rakyat Perak bahawa BN memang pilihan yang tepat dan bekerja untuk rakyat. Jadikan kemenangan ini dorongan untuk bekerja lebih kuat juga lebih smart. Masih banyak ruang yang perlu diperhatikan dan dibantu. Buktikan dalam dua hingga tahun ini bahawa BN masih relevan dan punya pemimpin yang yang berwibawa.Rakyat Perak sudah muak dengan politiking yang berpanjangan.Tutup mulut pembangkang dengan tindakan-tindakan proaktif dan berkesan dalam membela rakyat Perak.
Catat Ulasan