8/17/2009

PRK PERMATANG PASIR - GOBALA KECOH GILA...



Polis menahan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi, lapor Bernama.

Katanya setelah Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.



Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu."Bagaimanapun kekecohan dapat dikawal oleh pasukan polis ," kata Ayob. Katanya terdapat juga anggota polis yang cedera dan dihantar ke hospital.

(Sumber : Malaysiakini)

1 ulasan:

fedup berkata...

salam

sumbat jer ke penjara..ako taklah kejam sampai kenakan ISA..tapi kalau dah macam nie..kekonon nak tiru stail kg buah pala laa..piraaahhh..taktik diowg nak raih undi..kang sebarlah gambo si aney ke gari..kowg nengoklah..