4/15/2010

P.KAMALANATHAN CALON BN - BLOG UMNO GOMBAK SELATAN KEMBALI BERTARING !!!


Pemilihan calon BN bagi PRK Hulu Selangor akhirnya terjawab apabila nama Ketua MIC Pusat, P. Kamalanathan diumumkan. Pemilihan beliau telah menutup sebarang spekulasi yang digembar gembur dari pelbagai pihak.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis khas di Command Centre BN di Bukit Sentosa,dekat Rawang petang Khamis. Hadir sama di majlis itu ialah Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu dan barisan pimpinan MIC lain. Majlis berlangsung dalam semangat setiakawan BN sekalipun sebelum ini timbul polimek dalam MIC mengenai calon untuk bertanding.

Blog UMNO Gombak Selatan kini kembali bertaring........ PRK Hulu Selangor membangkit semula semangat kami. Pelbagai isu dan perkembangan mutakhir akan kami utarakan melalui blog kami.

Ayuh BN, jangan lena dibuai mimpi.. Kita gempur Hulu Selangor..



Tiada ulasan: