Belikut merupakan pandangan beliau mengenai isu Dato' Shafei Abdullah : -
Dato' Shafei Abdullah dikatakan telah meminta DBKL supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan perniagaan peniaga-peniaga kecil di Taman Melati dan juga di Seksyen 2 Wangsa Maju yang tidak disenangi oleh Wakil Rakyat PKR Wangsa Maju itu. Polemik yang membabitkan dua tokoh politik ini dilihat sebagai pertembungan menguji pengaruh diantara UMNO dan PKR dalam pasca pilihan raya ke-13 yang bakal mendatang.
Tindakan Shafei yang konsisten untuk membela masalah rakyat di Wangsa Maju begitu tidak disenangi oleh Wee Choo Keong sehingga Wee dilihat lebih berpuas hati meminta DBKL melakukan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga-peniaga kecil yang berkenaan. Reaksi sedemikian telah mengundang kebencian rakyat terbanyak terhadap Wee Choo Keong dan masyarakat Melayu di kawasan ini yang rata-rata telah menunjukkan sokongan padu kepada Ketua UMNO Bahagian itu.
Dewan Rakyat kelmarin telah pun meluluskan usul tanpa bahas bagi menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat aduan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong berhubung satu laporannya terhadap Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Shafei Abdullah.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan itu selepas majoriti anggota Parlimen bersetuju bahawa usul yang dikemukakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz itu tidak di bahas.
Melalui usul itu, Mohamed Nazri mencadangkan agar jawatankuasa itu ditubuh bagi membolehkan tindakan yang sesuai diambil berhubung perkara itu mengikut Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
Tan Sri Pandikar Amin Mulia sendiri telah dicadangkan oleh Nazri Aziz untuk mengetuai jawatankuasa penyiasat ini, manakala Datuk Ronald Kiandee telah dicadangkan sebagai Timbalan Pengerusi.
Lain-lain anggota parlimen yang turut dilantik menganggotai jawatankuasa penyiasat ini ialah terdiri daripada Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu), Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (BN - Alor Gajah), Nancy Hj Shukri (BN - Batang Sadong), Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Timur), R. Sivarasah (PKR - Subang) dan Datuk Kamarudin Jaafar (PAS - Tumpat).
Pada saya, apakah rasionalnya jawatankuasa ini perlu dibentuk semata-mata untuk menyiasat kewajaran Shafei menunjukkan kemarahannya terhadap musuh politiknya di Wangsa Maju itu. Jika Wee merasakan dirinya tidak tenteram lagi dengan kemarahan yang ditunjukkan oleh Shafei, apakah wajar Wee juga patut ditribunalkan setelah jawatankuasa ini nanti akan membuat keputusan bahawa faktor emosi dan marah kepada seseorang itu tidak wajar dikenakan tindakan disiplin?
Tindakan sekumpulan Pemuda UMNO yang didakwa telah 'mengkasari' Karpal Singh di luar Dewan Rakyat adalah tidak sama dengan tindakan 'memarahi' Wee oleh Dato' Shafei. Shafei berhak untuk meminta penjelasan dari Wee, sebagaimana Wee sebagai Ahli Parlimen juga berhak untuk bercakap atas apa jua isu sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan Dewan Rakyat.
Biarlah jawatankuasa penyiasat ini yang membuat keputusan bagi memuaskan hati Wee. Wee Choo Keong tidak perlulah mengajar Shafei supaya meletakkan jawatannya sebagai Setpol Najib, kerana itu bukanlah urusan Wee. Saya pula merasakan apa rasionalnya Shafei perlu meletakkan jawatan semata-mata hendak melayani selera wakil rakyat pembangkang itu. Shafei perlu meneruskan agenda rakyatnya, kerana rakyat masih berkehendakkan UMNO.
Sila layari blog Abdul Rahman Hashim di www.locengwangsa.blogspot.com
1 ulasan:
Terima kasih kerana menyiarkan ulasan saya itu di laman maya ini. Saya akan tetap mempertahankan Dato' Shafei,bukannya beliau sekadar sahabat, malah tindakannya yang mendepani isu rakyat sewajarnya dikagumi oleh pimpinan UMNO yang lainnya, khususnya di WP.
Catat Ulasan