7/12/2010

PAS BIKIN BA'IAH BARU - HARAM PENDAPATAN JIKA KELUAR PAS!! GILA KA??

Bai’ah terbaru dalam PAS menghukum ahli-ahlinya yang keluar parti atau menyertai parti dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”. Rasa macam tak percaya tetapi dah dua tiga kali baca, betul la agaknya.

Nampak semakin banyak perbuatan yang pelik-pelik diamalkan PAS – parti yang berjuang kononnya atas nama Islam. Sebelum ini, heboh pasal PAS mengamalkan bai’ah semasa pemilihan calon pilihan raya yang antara lain khabarnya turut tertalaq isteri jika wakil rakyat PAS lompat parti.

Kini ada bai’ah baru kepada ahli-ahli atau pemimpin PAS yang dilantik jadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan di bawah kuota parti itu di Selangor. Menurut laporan lidah rasmi PAS, Harakahdaily.net, parti itu mendapat 67 kerusi ahli majlis kerajaan tempatan di negeri yang ditadbir bersama dengan PKR dan DAP.

Sebagai tanda sokongan, PAS memberikan tempat kepada ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) apabila empat dari mereka dilantik menjadi ahli majlis di bawah kouta parti itu.

Mereka yang dilantik dan mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hassan Ali adalah K. Deepakaran yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang, S. Arun (Hulu Selangor), S. Lakshmanan (Kuala Selangor) dan Low Hock Khieng (Selayang).

Antara sumpah atau ikrar mereka adalah mereka akan meletakkan jawatan serta-merta dan membayar ‘ganti rugi’ jika mereka tidak lagi bersama PAS. Ketika ditemui wartawan, Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri mengakui, “saya percaya ini kali pertama PAS melantik kalangan bukan Islam sebagai ahli majlis di Selangor".

Ini kali ketiga kerajaan negeri Selangor membuat pelantikan ahli majlis sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri itu bermula Mac 2008.

Memandangkan ini kali pertama PAS khususnya PAS Selangor membuat pelantikan ahli majlis kalangan bukan Islam, sesi angkat sumpah taat setia kepada parti menjadi tumpuan mereka yang menghadiri majlis malam tadi.

Ahli-ahli majlis beragama Islam membacakan bai’ah manakala bukan Islam pula ikrar aku janji. Malam tadi, mereka juga menandatangani surat letak jawatan sebagai langkah berjaga-jaga jika melompat ke parti lain ataupun tidak lagi menjadi ahli PAS.

Di bawah bai’ah itu, mana-mana ahli PAS yang keluar parti atau menyertai parti lain dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Ahli-ahli bukan Islam pula dikehendaki meletakkan jawatan dan membayar balik segala pendapatan dan elaun yang diperolehi ketika memegang jawatan sebagai ahli majlis.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau dapat salinan atau kenyataan yg ori dari pemimpin mereka berkaitan fatwa ini elok dicetak dan diedarkan dikalangan penjawat awam dan pekerja GLC kerajaan yg menyokong PAS.. nyata hukum yg pemimpin mereka jatuhkan ini melibatkan juga sumber periuk nasik menyara tekak anak beranak n petur mereka yg selama ini kerajaan bayar. tiada perasaan malu sedikit pon makan gaji yg kerajaan bayar tapi hati busuk merosakkan nama kerajaan dan menyokong pembangkang. Bukan dalam proton sahaja, tabung haji... UITM... LHDN... dan bayak lagi kaum kerabat muka tak malu PAS berkeliaran menjilat gaji kerajaan BN!!!....


Pacat

rinandamku berkata...

fatwa baru PAS ? memang gila ..PAS satu2nya parti didunia yg buat bai'ah tak masuk akal , ada ke jadi Haram pendapatan jika keluar PAS ? Pas tu apa ? pusat pungutan zakat ke ?

nampak sangat kebahlolan dan kebangangan puak2 Ularmak PAS , yg mengaku lebih beriman dan islamik berbanding segala manusia dibumi ,
hairan , sangat memusykilkan ...macamana para Ustaz PAs diam membisu tak bersuara apabila pimpinan PAS pusat buat Bai'ah sebegitu pelik , atau ada ke dalil quran hadis jadi rujukan PAS bahawa Islam mengajarkan sebegitu ?

ini Bida'ah !! PAs saja memandai2 buat undang2 dan ajaran sendiri , kata parti berlandaskan Quran ?

fedup berkata...

salam UCGS

mana lak undang2 depa pakai nih..habeh la mek2 n mami2 penang..mana nak bayaq barang kemas tu..tu dia..gile meroyan mende nih..

Tanpa Nama berkata...

ni lagi satu... betul tu "tanpa Nama" kalau nak kira haram,kena pandukan Al-Quran... cadangkanlah semua anggota kerajaan buat undi pos... sapa yang tak undi kerajaan buat apa simpan... ramai lagi yang duk tgu nak suap anak bini depa ngan pandapatan halal.

Tanpa Nama berkata...

gaji kerajaan tu duit BN ke duit rakyat?x layak ke org PAS mkn gaji kerajaan?sejak bila pulak gaji kerajaan tu jd duit BN?kalo duit kerajaan tu duit BN, masyaAllah....maknenye dah byk la duit rakyat BN mkn...