Namun, bagi Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali, beliau ada istilah menarik bagi menunjukkan sikap rakus pemimpin-pemimpin pakatan rakyat itu. Katanya, DAP gila tanah masa pakatan rakyat memerintah Perak hingga meluluskan pemberimilikan 999 tahun.

Kisah pemberian tanah di Perak bukan cubaan, kisah pembalakan di Kelantan juga bukan cubaan dan kisah curi pasir di Selangor juga bukan cubaan. Cuma peliknya di Selangor, apabila Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, beliau tidak menyedari bahawa wujud kumpulan pengusaha pasir secara kecil-kecilan selain pencuri pasir di Selangor.

Pelik juga bila Khalid menegaskan tujuan KSSB ditubuhkan bukan untuk mencari keuntungan tetapi untuk mewujudkan keadaan bekalan pasir yang stabil padahal dulu katanya adalah untuk merakyatkan ekonomi.
Kononnya hasil keuntungan pasir itu boleh diagih-agihkan untuk membeli hati rakyat Selangor sama macam beri air percuma supaya boleh terus pangkah Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang. Nampak sangat Khalid tidak tahu mengurus negeri dan tidak mustahil desas desus Azmin Ali akan mengisi kerusi Menteri Besar selepas hari raya nanti.

Sebelum ini beliau sanggup benarkan dokumen yang diklasifikasikan sulit didedahkan kepada orang awam semata-mata untuk menutup kelemahannya. Terbaru khabarnya, beliau mahu dedahkan syarikat-syarikat yang dapat lesen korek pasir sejak tahun 2005 hingga 2007.
Tujuannya nak tunjukkan masa kerajaan BN dahulu, kegiatan korek pasir juga hebat. Tetapi Khalid lupa, ketika itu tidaklah ada KSSB (Korek Sampai Selangor Berlubang) dan kerajaan sentiasa tegas terhadap kegiatan melombong secara haram hingga Exco bertanggungjawab Datuk Abdul Fatah Iskandar kerap turun padang dan berperang dengan ‘tonto-tonto’ geng curi pasir ini.

3 ulasan:
Uik, jangan lupa... MAMBANG BOGEL pun banyak dalam Pengencing Rakyat. Hahahaha....
ada lagi satu mambang baru kat KELANTAN ..... mambang emas
SALAM MENTEKEDARAH TAIK SEROPA NGAN SALAM 1 MALAYSIA.......
SEJAHAT2 KHALID DAN NIK AZIK....2 MB NI TADAK SALAHGUNA KUASA UNTUK MENGAYAKAN DIRI SENDIRI SEBAGAIMANA KIR TOYOTA DAN MAMAT BIN MAMAT TAIB.
TERLAJAK LURUIH KIR TOYOL BULIH WAT ISTANA JUTAAN RINGGIT. MAMAT BIN MAMAT TAIB SONGLAP PITIH SAMPAI 22 JOTA KAT BRISBANE AUSRALIA.
he he he
gurau ngan puak2 bewak.
Catat Ulasan