6/14/2009

PEMIMPIN PAS YANG MENYOKONG KERAJAAN PERPADUAN ADALAH BONEKA UMNO - Kelab Penyokong PAS Desak Mereka Tidak Kempen PRK Manek Urai

Kelab Penyokong PAS yang diwakili dari kalangan bukan Islam telah menyarankan agar pemimpin PAS yang menyokong Kerajaan Perpaduan tidak berkempen pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu. Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini." Inilah kenyataan Timbalan Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng.

Nampaknya Kelab ini telah mula bersuara dan mencabar kewibawaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencadangkan pembentukan Kerajaan Perpaduan. Kelab ini seolah-olah naik angin apabila Ustaz Hadi mencadangkan pembentukan kerajaan ini.

Inilah cabaran apabila hendak menyatupadukan umat Islam dan Melayu. Ramai yang menghalangnya... Adakah ini menunjukkan bahawa Islam dan Melayu tidak akan bersatu sampai bila-bila? PAS sewajarnya menyatakan pendirian mereka sebenar.

UMNO Cawangan Gombak Selatan amat kecewa dengan beberapa pihak yang cuba menghalang penyatuan ini. PAS yang pro mukabalah sepatutnya tidak perlu tunduk kepada desakan DAP dan PKR mahupun kumpulan Erdogan PAS yang sememangnya cuba menghalang usaha murni ini. Islam amat mementingkan perpaduan. Bukan mengapi-apikan semangat benci sesama kita.


3 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

salam bro...
biasalah...kalau dah geng yang menyokong yahudi ni ada dalam pas tak mustahil perpaduan antara umat islam akan di tentang.

nik aziz sudah menjadi boneka hussam

Tanpa Nama berkata...

KURANG AJAR: KPP KELANTAN MINTA YANG SOKONG UG SUPAYA MASUK UMNO
oleh 1Utama 1Ismud-Semarak
bypass308.blogspot.com

Kelab Penyokong Pas (KPP)Kelantan bukan setakat beri warning kat puak yang sokong UG (terutamanya Hadi dan Nash, walau tak sebut nama) supaya jangan turun berkempen di manik urai, takut pengundi keliru katanya. Rupa-rupanya, KPP membuat kenyataan yang lebih kedepan iaitu mendesak puak Pas yang sokong UG ni supaya masuk Umno terus.


ini sudah kira melampau lampau dah, siapa sebenarnya di sebalik kpp kelantan (termasuk kpp mana jugaklah). mulai sekarang pas kena ambil tahu latar belakang puak ni, mana tau mafia ke atau agen bn bongok.

jarang anak melayu nak herdik orang tua macam ni (setahu saya puak Cina dan India pun tahu jugak hormat orang tua), tapi ini geng dari mana yang tak reti status diri, kancil nak telan gajah?

kalau pun betul ada cadangan baik, bagitaulah ikut saluran betul, cakap sama pemimpin pas lah, bukannya cakap kepada reporter untuk siarkan seluruh negara, ni saje nak memalukan pas ke apa?

jangan terkejutlah kalau satu hari nanti, kpp desak Nik Aziz serah kerusi MB kepada pemimpin kpp. kalaulah begini keberanian anak kecil menyergah bapa, alamatnya kena halau keluar rumah lepas ni. Buat perabis beras je kalau dok pelihara lagi.

seperti tulisan saya semalam, saya nak sebut sekali lagi bahawa kpp hanya satu kelengkapan seperti aksesori buat pas, adanya aksesori ini maka pas nampak segak sikit dan dapat sokongan bukan islam.

tapi kalau dibuang eksesori ni pun, pas bukannya boleh lingkup pun. sokongan bukan islam terhadap pas kini jauh lebih baik berbanding 70an dulu, malah dalam pas sendiri ada mualaf cina yang boleh jalankan kerja seperti yang dibuat oleh kpp.

kalau ambil kira kat kelantan (setahu sayalah), orang islamnya 96%, yang bukan islam baru 4%. bukan kerja susah mana nak tarik mereka terus sokong pas, takkan mereka tidak terima kasih dengan banyak patung gergasi taraf asia tenggara yang dibina di wat siam. aktiviti di tokong cina pula tak pernah digangggu pas.

sepatutnya, pimpinan pas kena bagi kata dua kepada kpp supaya jangan buat kenyataan yang bukan dalam kawalan mereka. kpp kena ingat, kpp dan pas hanya MoU, kerjasama tanpa ikatan hitam putih. oleh itu toksahlah nak tunjuk pandai sampai naik belang.

orang pas bukan bodoh nak ikut telunjuk kpp, pas tahu apa yang baik untuk parti, lagipun kita tak tahu sama ada pemimpin dalam kpp ni dah diresapi orang mca, mic ke tak.

mana tahu, dah seludup masuk dan buat kacau, ini bisa aje kerana masuk ahli pun bukan ada pendaftaran rasmi, pakai sebut je, kad ahli pun tadke. kira-kira organisasi haram jugaklah ni. so,dok diamdiam dah le, buat apa yang patut sebagaimana matlamat kpp ditubuhkan.
Posted by byPASs at 3:25 PM

Tanpa Nama berkata...

blog umno ni bagus dan menarik. banyak cerita tentang pembangkang. cerita mengenai umno tak berapa nak ada. kalau tak baca, nescaya tak tahu langsung perkembangan pembangkang. teruskan usaha murni ini.