6/24/2009

API PERJUANGAN UMNO GOMBAK SELATAN SEMAKIN MEMBARA - KETUA UMNO BHG. WANGSA MAJU TURUT BANGGA

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Haji Shafei Abdullah memuji komitmen yang diberikan dari UMNO Cawangan Gombak Selatan yang bersungguh-sungguh menjayakan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan. Kehadiran melebihan kuota persidangan juga menunjukkan UMNO Cawangan masih utuh dan kuat. Beliau juga berkata bahawa UMNO dan Barisan Nasional kini perlu bekerja keras bagi mengembalikan keyakinan semua rakyat terhadap parti ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan memuji inisiatif UMNO Cawangan dengan memberikan informasi terkini mengenai politik melalui Blog dan Buletin. Beliau mahu melihat kerja keras UMNO Cawangan ini membuahkan hasil positif di masa akan datang di samping mengembalikan kerusi Parlimen Wangsa Maju ke tangan BN yang kalah tipis pada PRU 12.

Dato' Shafei juga menyelar sikap Anwar Ibrahim yang menjadi punca pemberontakan kaum di Negara ini. Ini semua merupakan strategi beliau bagi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan Gombak Selatan pada ahad lepas. Turut hadir pada persidangan tersebut adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Naib Ketua Pemuda UMNO Bhg. dan Ketua UMNO Cawangan Kg. Puah Lembah.

En. Abd. Razak (kiri) sedang berbincang bersama Timbalannya, Tuan Haji Razak Alias selepas persidangan.


Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En. Abd. Razak Muhamad berkata, UMNO Cawangan Gombak Selatan sentiasa bersama Dato' Shafei Abdullah dalam memperkasa UMNO demi Agama, Bangsa dan Negara. Manakala Timbalan Ketua UMNO Cawangan, Tuan Haji Abdull Razak Haji Alias mahu semua Jawatankuasa UMNO Cawangan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada En. Abd. Razak Muhamad.

Pada hari tersebut juga pihak UMNO Cawangan Gombak Selatan telah merasmikan Blog dan Buletin UMNO Cawangan Gombak Selatan. Perasmian yang julung kali diadakan mendapat maklum balas positif dari ahli-ahli UMNO yang hadir. Blog dan Buletin ini dikendalikan oleh Biro Penerangan UMNO Cawangan Gombak Selatan di bawah pimpinan Ketua Penerangan, Shamsury Mohd Salleh.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Cawangan, Sdr. Radzi Omar akan bekerjasama dalam memberikan informasi melalui Buletin dan Blog menerusi ruangan Pena Pemuda. Sokongan yang sama diberikan kepada Ketua Wanita UMNO Cawangan, Pn. Endon dan Ketua Puteri UMNO Cawangan, Pn. Zurina.

Semoga UMNO Cawangan Gombak Selatan akan terus mara dan semangat kental kami tidak pernah luntur dan akan terus membara.

Berikut merupakan beberapa gambar sekitar Perasmian Blog dan Buletin UMNO Cawangan Gombak Selatan dan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan : -


Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Shafei memberi reaksi positif semasa membaca Buletin UMNO Cawangan Gombak Selatan. Turut kelihatan, Ketua UMNO Cawangan, En. Abd. Razak (kiri) dan Timb. Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, En. Jaafar Arifin (berkopiah).




Dato' Shafei khusyuk melihat video Perasmian Blog UMNO Cawangan Gombak Selatan.




UMNO Cawangan Gombak Selatan memberi penghargaan kepada bekas Timb. Ketua UMNO Cawangan, En. Abu Samat Mohd Amin yang telah meletakkan jawatan pada tahun lepas atas sebab masalah kesihatan. Penghargaan ini diwakili anak-anak beliau.





Dewan Balairaya Kampung Sungai Merali menjadi lokasi persidangan UMNO Cawangan setiap tahun. Sungguhpun kelihatan agak kecil dan usang, namun perjuangan UMNO tidak mengira tempat.




Ketua UMNO Cawangan, En. Abd. Razak dan Timbalannya, Tuan Hj. Razak sedang berbual dengan Pemuda UMNO Cawangan.



Pimpinan Wanita UMNO Cawangan diketuai Ketua Wanita UMNO Cawangan, Pn. Endon.




Barisan Pemuda UMNO Cawangan Gombak Selatan diketuai oleh Sdr. Radzi Omar.




Barisan kepimpinan Puteri UMNO Cawangan Gombak Selatan diketuai Pn. Zurina Rejab




Ketua Penerangan UMNO Cawangan merangkap Ketua Editor Blog dan Buletin UMNO Cawangan, Sdr. Shamsury Mohd Salleh mempengerusikan Majlis.




Pemuda UMNO Cawangan bekerjasama mengemas Dewan selepas selesai Majlis.

10 ulasan:

JEFFRY berkata...

SLM PERJUANGAN UCGS
PERSIDANGAN YANG MENARIK. DI HARAP IANYA AKAN BERTERUSAN
DAN MENCAPAI OBJEKTIF PERJUANGAN UMNO YANG MASIH RELEVAN DI MASA2 AKAN DTG

Kg Pulau Timbul berkata...

Salam.. Inshallah Kalau ada penginapan untuk 40 org lagi kita akan sampai sana..Hehehe

Kot2 boleh wat aktiviti bersama2 dengan Pemuda UMNO Cawangan Gombak dan Cawangan Kg Pulau Timbul Disana...

Dan Kalau ada trip ke Kedah atau rombongan Pemuda UMNO Gombak selatan atau Cawangan maklum lah..
Blh atoq program kat sini..
Segalanya untuk UMNO..

Ni Email saya
kgpulautimbul@yahoo.com
Politikkubangpasu@yahoo.com
Snizam_42@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN...

SAYA BERASA AMAT TERHARU DAN BERSEMANGAT MEMBACA ARTIKEL INI..

KELITAHAN UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN BENAR2 BANGKIT BERSEMANGAT...

BLOG UMNO CAWANGAN JUGA AMAT MENARIK DAN BERBEZA JIKA DIBANDINGKAN DGN BLOG2 UMNO YG LAIN..

TERUSKAN USAHA ANDA.. SAYA SENTIASA MENJADI PENYOKONG SETIA BLOG ANDA

Ct berkata...

Ucapan Jutaan Tahniah buat UMNO CWGN GOMBAK SELATAN.

Saya amat bangga dengan pencapaian blog UMNO Cawangan yg berbeza dengan blog UMNO yg lain. Tahniah...

Muhammad Azli Shukri berkata...

Tahniah, mesyuarat yang sangat menarik.

Azli Shukri
AJK Pemuda UMNO Bahagian Kuala kangsar dan
S/U UMNO Cwg Talang Masjid

Anak Wangsa Maju berkata...

Alhamdulillah, kerjasama dan inisiatif UMNO Cwgn Gombak Selatan dalam mengendalikan blog dengan berkesan wajar dicontohi UMNO Cwgn yang lain.

Tahniah buat UMNO Cwgn khasnya buat Ketua Cwgn dan Ketua Editor Blog.

Semoga ianya kekal dan UMNO Cwgn Gombak Selatan bersatu padu demi Agama Bangsa dan Negara.

SYABAS!!!!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...

UMNO Cwgn Gombak Selatan adalah contoh terbaik dalam memberikan penerangan kepada rakyat melalui blog..

TAHNIAH DAN SYABAS...

Nobisha berkata...

Ucapkan salam perjuangan dari saya buat sahabat saya, En. Abd. Razak Muhamad. Beliau adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat..

Saya amat bangga dgn perjuangan beliau di dalam UMNO..

Buat Shamsuri ketua editor, teruskan perjuangan anda melalui blog. Usah gusar atau gentar.. Kerana 'bos' anda adalah yg terbaik.. Anda beruntung...

SYABAS BUAT SEMUA JWTNKUASA UMNO CWGN GOMBAK SELATAN

GOMO berkata...

SALAM BRO...
MANTAP PERASMIAN INI.
MAAF KAWAN KESUNTUKAN MASA UNTUK HADIR. LAIN KALI KITA JUMPA LAGI...

TERUSKAN MENYAMPAIKAN MAKLUMAT DAN BANTUAN KEPADA RAKYAT DENGAN LEBIH JITU LAGI.

SALAM PERJUANGAN

Muhammad Azli Shukri berkata...

saya link blog tuan.