6/18/2009

Dakwah PAS kepada UMNO seperti NABI MUSA temui FIRAUN - DAKWAH BERSAMA DAP MACAM SIAPA PULA?

Dakwah PAS kepada UMNO seperti Nabi Musa temui Fir'aun? Kenyataan ini amat mengecewakan UMNO Cawangan Gombak Selatan. Kenyataan ini diutarakan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru, Nasrudin Hassan. Beliau begitu angkuh membuat kenyataan sedemikian seolah-olah UMNO telah mengganggu dan menyeksa hidupnya serta keluarganya sepertimana Fir'aun mengganggu Nabi Musa A.S.

Apakah begitu zalim UMNO sehingga membandingkan UMNO dengan fir'aun?
Apakah kami ada membunuh anak-anak lelaki di Negara ini?
Apakah kami ada menyeksa rakyat menjadi hamba abdi kami?
Apakah kami pernah membunuh rakyat kami hanya kerana kehendak kami tidak dituruti?
Apakah pernah pemimpin tertinggi kami mengaku dirinya Tuha sepertimana fir'aun mengaku dirinya Tuhan?
Pernahkah kami membunuh mana-mana pemimpin kamu?

Ingatlah, kami dari UMNO adalah Islam. Kita mengadap kiblat yang sama. Kami tidak pernah menolak Islam. Sebarang perbincangan mengenai Islam kami sedia menyokong dan sentiasa berusaha ke arah itu.

Setahu kami, parti sekutu kamu DAP yang menolak Undang-Undang Islam (Hudud). Terang-terang mengugut kamu wahai PAS, akan memastikan Hudud tidak akan dilaksanakan. PAS yang bersengkongkol dengan DAP yang terang-terang menentang Islam.

Inilah politik. Tidak kira kamu digelar Ustaz, Tuan Guru, Al-Fadhil bla3, demi kepentingan politik, dihina saudara seIslam kamu sendiri. Malah dibela pula orang kafir yang terang-terang menentang Islam.

Buat Nasrudin Hassan, jangan hendak cuba mencari publisiti murahan dengan menggadai maruah Islam kita. Diagung-agungkan parti sekutu kamu yang sebenarnya tbengit telinga mendengar tentang Islam. Berfikirlah sebelum bercakap. Jangan pula DAP mentertawakan kamu kerana inilah yang mereka mahu.


8 ulasan:

pedang srikandi berkata...

PAS memang mcm tu...PS rasa sebenarnya PAS dah hilang modal nak kuyuk UMNO..musuh Islam dibela..saudara sesama Islam dihina..tapi tak hairanlah..sebab PAS kan suka mengkafirkan orang...jd Allah dekatkan PAS dengan orang kafir untuk dikafirkan...buktinya...Islam semakin tergadai di tangan PAS..

pedang srikandi berkata...

PAS memang mcm tu...PS rasa sebenarnya PAS dah hilang modal nak kuyuk UMNO..musuh Islam dibela..saudara sesama Islam dihina..tapi tak hairanlah..sebab PAS kan suka mengkafirkan orang...jd Allah dekatkan PAS dengan orang kafir untuk dikafirkan...buktinya...Islam semakin tergadai di tangan PAS..

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan blog..

ketua pemuda nie saja nk cari isu.. nk jadi popular la katakan.. maklum la.. lepas menang pemilihan tak de langsung yang dibangkitkan.. semua isu2 tak boleh pakai...

Tak silap patutnya hari nie ade perhimpunan 100,000 membantah ISA di parlimen... peh.. juak2 nie kalau nk buat angka die mmg tak ingat.. ratus ribu.. ingat manusia kat malaysia nie tak de keje lain ker... org keje cari nafkah la... untuk keluarga.. lain la puak2 nie... politic all the time...

tak pe la... die boleh ckp ape saja... tapi harap2 nanti die terima hidayah dari Yang Maha Esa... amin...

terima kasih tuan blog...

perlop

GOMO berkata...

NIK AZIZDAH SESAT TU.....DAH SERUPA SYAITAN!!!
JALAN YANG ELOK BUAT UMAT ISLAM DI SINGKIRKAN NIK AZIZ NI.

SUDAH HILANG KEWARAAN ORANG TUA INI. MUNGKIN ANWAR AL-JUBURI TELAH MELIWAT NYA!!!

kif_0206 berkata...

Mmg dari dulu lg pas mcm tu.
Nik Aziz kelihatan semakin taksub pada kuasa,seolah2 telah lari dari landasan aqidah xseperti tuan guru haji hadi.
Kalu UMNO di katakan sebagai firaun,
maka pas boleh dianggap sebagai israel.
Sejenis bangsa yang xblh dibawa berunding tetapi di dalam konteks parti.

fedup berkata...

Apa motif dia sebenarnya..apa bila sudah lilit serban di kepala tu kira bagus sangat ker sampai nak labelkan owg macam itu..ingatlah kembali akan hadis Nabi yang bermaksud, ' seorang laki - laki menuduh laki - laki lain itu dengan menuduh jahat atau menuduhnya kafir, tuduhan itu akan kembali kepadanya seandainya tuduhan itu tidak benar.'

Dulu PAS cakap UMNO kafir sebab bersetongkol dengan MCA dan MIC serta komponen lain..sekarang apa sudah jadi..siap peluk cium berganding-gandingan tu..nah! eat your own words!..don't say what you don't preach ok..

Tanpa Nama berkata...

umno, majoritinya islam. dakwah kepadanya dengan penuh hikmah, sayang menyayangi sesama saudara seagama. menyeru memperkukuh silaturrahim, menjauhi maksiat, menutup aurat, meletakkan islam di atas politik, mengajak melaksanakan hukum hudud, dll.

dengan dap, yg majoritinya bukan islam. beritahu mereka tentang lailahaillallah. katakan kepada mereka, lakum dinukum waliyadin...

Jeffry berkata...

MUNGKIN PAS MEMANDANG KEBANGKITAN PAKATAN ADALAH DISEBABKAN PERSEKONGKOLAN MEREKA DGN PKR DAN DAP. TAK HAIRAN LAH JIKA NASRUDIN BERANI MENGELUARKAN KENYATAAN SEPERTI ITU DGN SELAMBANYA.
MEREKA LUPA BAHWA ADA RAMAI ORG ISLAM LAIN DI MUKA BUMI INI. ITU BELUM TERMASUK PENGUNDI ATAS PAGAR, MUALAF DAN BAKAL2 SAUDARA BARU. JIKA PAS BEGITU ANGKUH MELABELKAN UMNO YANG DAH TERANG2 ORG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM, SEPERTI FIRAUN, BAGAIMANA DENGAN KEDUDUKAN PENGUNDI ATAS PAGAR, MUALAF DAN SAUDARA BARU? ADAKAH MEREKA PUN DI SAMAKAN SEPERTI FIRAUN JUGA? MEREKA LAKUKAN SEMUA NI KERANA TERDESAK KERANA MSLH DAN KEPINCANGAN DLM PAS SENDIRI SEMAKIN TERSERLAH DARI HARI KE HARI. AKHIRNYA MEREKA TERPERANGKAP DALAM PERMAINAN MEREKA SENDIRI