4/03/2009

PM Keenam - Aspirasi Tun Razak kini Kembali


Alhamdulillah pada hari ini, Jumaat bertarikh 3 April 2009 bermulalah era pentadbiran baru di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Apa yang diharapkan dari kami UMNO Cawangan Gombak Selatan, era kepimpinan Najib akan mengukuhkan pentadbiran Negara dari segala aspek termasuk ekonomi dan politik tanahair.

Aspirasi bapa beliau, Tun Abdul Razak Hussein juga wajar dijadikan panduan dalam mentadbir negara. Insyaallah, aspirasi tersebut kini kembali dan kami akan sentiasa mendokong dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib demi perpaduan dan pengukuhan Agama, Bangsa dan Negara.


BERSATU, BERSETIA DAN BERKHIDMAT



4/02/2009

Tahniah - Tuanku Mizan Perkenan Najib PM Keenam


Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Jumaat ini.


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata Seri Paduka telah memperkenankan majlis pelantikan Najib itu yang akan diadakan di Istana Negara pada jam 10 pagi.


Najib, yang kini timbalan perdana menteri, telah dipilih menjadi presiden Umno dalam perhimpunan agung parti itu minggu lalu.

Menurut Najib,beliau akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok untuk menyatakan hasrat melepaskan jawatan sebagai perdana menteri, lapor Bernama

"Jika mendapat perkenan Tuanku, Jumaat ialah harinya (beliau mengambil alih jawatan perdana menteri)," kata Najib.

Sementara itu, beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai ramalan penganalisis politik bahawa barisan Kabinet baru nanti adalah lebih kecil daripada barisan sedia ada.

"Bolehkah kita tunggu masa yang lebih sesuai? Saya tidak mahu bercakap mengenai semua benda sekarang," katanya.

Ketika ditanya mengenai suasana pada mesyuarat kabinet hari ini yang dipengerusikan oleh Abdullah, Najib berkata perdana menteri bersikap sangat terbuka dan memberikan jaminan bahawa beliau sentiasa bersedia menghulurkan panduan dan nasihat sekiranya diperlukan.

"Beliau tidak akan mencampuri atau mengkritik pentadbiran baru, tetapi akan sentiasa berada di belakang kami. Saya sangat menghargai pendirian beliau dan InsyaAllah, saya yakin Pak Lah sangat positif terhadap apa yang dilakukan," katanya.


Najib berkata, beliau insaf bahawa pelantikannya sebagai perdana menteri merupakan satu tanggungjawab besar dan mandat yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan tidak tergugat.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai perasaannya yang bakal memegang jawatan Perdana Menteri.

"Saya amat insaf bahawa ini satu tanggungjawab...satu penghormatan yang amat besar.

"Tapi lebih penting daripada itu, saya membawa satu perasaan keinsafan yang amat mendalam dan tawaduk bahawasanya ini bukan satu status, bukan soal kuasa tapi soal tanggungjawab...(dan) harapan yang diberi oleh rakyat amat besar," kata timbalan perdana menteri.


Katanya beliau perlu melaksanakan yang terbaik supaya rakyat yakin yang kerajaan bawah pimpinan beliau kelak merupakan sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat dan yang boleh mereka bergantung harap kerana faham akan kehendak mereka.


4/01/2009

'UMNO Sesat Ajaran' - Video Ceramah Pemimpin DAP Memperguna Ayat Al Qur'an Untuk Kepentingan Politik



ANDA MESTI L
IHAT VIDEO INI...
PEMIMPIN DAP INI MENGGUNAKAN AYAT AL QUR'AN...
MENGATAKAN ORANG UMNO SESAT AJARAN....
MENGAPA PERKARA INI HARUS DIBIARKAN?




Inilah PAS dan PKR...

Sehingga membiarkan 'sahabat' mereka dari DAP menggunakan dan mempermainkan ayat suci Al Qur'an demi kepentingan Politik...

Membiarkan Pemimpin DAP yang beragama Kristian ini mengatakan Orang Islam dari UMNO ini sesat ajaran ....

Mengapa perkara ini harus dibiarkan?...

Pemimpin DAP ini menggunakan sepotong ayat Al Qur'an bagi kepentingan politiknya, walhal DAP secara terang-terang tidak mahu Malaysia ditabalkan sebagai Negara Islam..

Tapi demi untuk menarik undi dan meyakinkan orang Melayu dan Islam, mereka menggunakan ayat Al Qur'an ini untuk kepentingan politik mereka..

Kenapa PAS membiarkannya berlaku?

Kami di Barisan Nasional menghormati sesama kaum, agama dan bangsa kami...

Kami di Barisan Nasional sentiasa berunding untuk kepentingan bersama....

Kami tidak akan membenarkan dan membiarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti perkauman dan agama...

Apatah lagi mempermainkan ayat-ayat suci Al Qur'an, mahupun kitab-kitab ajaran agama lain

PAS lupa kenyataan Timb. De Facto mereka, Harun Din seperti di dalam video di atas...

Atau mereka buat-buat lupa untuk kepentingan politik...

Atau Harun Din sanggup menarik semula kenyataan beliau seperti di dalam video di atas?

LIHATLAH VIDEO INI...
RENUNGKANLAH PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT....
BARU ANDA AKAN TAHU, SIAPA YANG SESAT SEBENARNYA...


PRK Bukit Gantang - Terima Kasih Tun, Kesediaan Membantu Kempen Pilihanraya Kecil

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia turun berkempen membantu calon BN Ismail Saffian, Ahad ini.



Beliau dijadual menemui pengundi di Taman Kaya atau Taman Kota Jaya dalam DUN Changkat Jering. Bagaimanapun, menurut setiausaha bahagian Umno Bukit Gantang, pejabat bekas presiden Umno itu belum menetapkan masa kehadirannya


Ahli jawatankuasa Umno bahagian itu Mohamad Saadin Yusof mengalu-alukan kedatangan tokoh itu untuk turut berkempen dan percaya ia akan memberi semangat baru kepada penyokong Umno.

Kehadiran Tun Dr. Mahahtir akan memberi kekuatan tambahan kepada BN.

Terima Kasih Tun. Jasamu amat dikenang.

PRK Batang Ai - BN Kuasai Ruai Rumah Panjang Di Batang Ai


"Ruai", ruang istimewa yang wajib ada dalam mana-mana rumah panjang di Sarawak, mempunyai fungsi tersendiri bagi majlis khas seperti sambutan Hari Gawai, perkahwinan, tempat meraikan tetamu dan juga untuk bersantai.

Terletak antara beranda dan bilik ataupun lebih dikenali sebagai pintu, keluasan ruai biasanya bergantung kepada jumlah pintu rumah panjang dan ada yang mencecah sehingga 200 meter panjang dan 20 meter lebar.

Dihiasi dengan tenunan pua kumbu, ruai juga dihampar dengan tikar rotan yang lebih dikenali sebagai tikar Sarawak. Biasanya ruai tidak mempunyai meja ataupun kerusi kerana ia juga menjadi ruang menjamu tetamu dengan duduk di atas lantai.

Sejak akhir-akhir ini, ruai di beberapa rumah panjang di kawasan Batang Ai menjadi semakin meriah bukan kerana sambutan Hari Gawai tetapi kerana terdapat pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai.

Pilihan raya kecil 7 April ini melibatkan calon Barisan Nasional, Malcolm Mussen Lamoh, dan lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jawah Gerang.

Melihat kepada kempen Barisan Nasional di beberapa rumah panjang di sekitar kawasan Batang Ai, sambutan yang diberikan oleh penduduk rumah panjang sememangnya luar biasa.

Bukan sahaja tetamu kehormat daripada kalangan pemimpin dan wakil rakyat BN yang diberi layanan istimewa oleh penduduk rumah panjang, malah kakitangan kerajaan dan petugas media juga disambut mesra.

Di kebanyakan rumah panjang, hampir setiap sudut ruai rumah panjang dihiasi dan digantung bendera BN.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang ketika berkempen di Rumah Panjang Dundang berkata ruai menjadi ruang istimewa kepada masyarakat Iban untuk membincangkan antara lainnya masa depan mereka dan anak cucu mereka.

"Kita tidak mahu ruai ini menjadi tempat untuk membawa masyarakat Iban mundur ke belakang," katanya.

Menurut Jabu, mana-mana pihak yang mahu menghasut dan memecah belah perpaduan masyarakat Iban tidak seharusnya dijemput datang ke ruai rumah panjang.

"Jika ruang tersebut dibuka kepada orang luar yang hanya tahu mengkritik kerajaan tanpa membawa apa-apa kemajuan, masyarakat Iban akan terus ketinggalan di belakang," katanya.

Pembangkang tidak ketinggalan mencuba nasib dan pengaruh mereka di ruai tetapi kurang mendapat sambutan.

Pada 22 Mac lepas ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat rumah panjang calon PKR di Sayat, beberapa penduduk dikatakan meninggalkan tempat itu kerana tidak senang dengan kehadiran beliau.

Ada juga penghuni rumah panjang dilaporkan memadamkan lampu dan menutup pintu ketika anggota PKR hendak berkempen, malah terdapat juga laporan, ada anggota PKR dihalau penduduk rumah panjang.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Dublin Unting Ingkot bulan lepas akibat serangan angin ahmar.

Batang Ai mempunyai 8,006 pengundi, 95 peratus daripadanya masyarakat Iban.